Ahad, April 08, 2012

Peruntukan RM20 juta untuk belia Selangor 'hilang' - MB Khalid Drakula salahkan UMNO/BN?


Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi cuba menyalahkan UMNO/BN berhubung dakwaan 'kehilangan' RM20 juta daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM87.5 juta bagi pembangunan belia di bawah geran Selangorku.

Sambil memberikan alasan tidak mengingati jumlah sebenar peruntukan tersebut, beliau menyatakan pengurusan peruntukan itu di bawah pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor adalah lebih baik daripada pentadbiran BN sebelum ini.

Beliau mendakwa ketika Selangor di bawah pentadbiran BN, mereka tidak tahu ke mana peruntukan kerajaan negeri disalurkan.

"Peruntukan pembangunan belia di Selangor kita bahagikan kepada beberapa peringkat iaitu pembangunan usahawan belia, pembangunan sukan dan pembangunan pendidikan.

"Saya tak ingat jumlah sebenarnya berapa tetapi kita bukan macam kerajaan BN, dia tak tahu ke mana duit (peruntukan) pergi, tapi kita buat audit mengikut aliran.

"Dalam peruntukkan RM300 juta di bawah geran Selangorku, kita peruntukkan 30 peratus daripadanya untuk pembangunan belia," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat pembangunan di I-City di sini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Majlis Belia Selangor (MBS) pada 3 April lalu yang mempersoalkan kenyataannya ketika merasmikan majlis Konvokesyen INPENS International College Ke-16 pada 31 Mac lalu.

Dalam ucapannya ketika itu, beliau dilaporkan berkata, peruntukan pembangunan belia di negeri itu berjumlah RM67.5 juta.

Angka itu ternyata berbeza berbanding ketika pembentangan Bajet Selangor 2012 pada November tahun lalu yang menyatakan kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM87.5 juta untuk pembangunan belia di negeri ini menerusi geran Selangorku.

Sementara itu Majlis Belia Selangor melalui Timbalan Presidennya, Badrul Hisham Badrudin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini menyebut, Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2012 bertemakan Selangorku “Hasil Negeri Untuk Rakyat” telah memperuntukkan RM87.5 juta untuk pembangunan belia di negeri ini.

Pecahan peruntukan itu adalah seperti berikut:

* Program latihan belia - RM3.5 juta
* Program keusahawanan muda - RM50 juta
* Pembangunan sukan - RM4 juta
* Penyediaan infrastruktur sukan - RM30 juta
* Jumlah Keseluruhan - RM87.5 juta

Agak menghairankan apabila pada satu majlis baru-baru ini, Khalid mengatakan jumlah peruntukan kepada belia ialah sebanyak RM67.5 juta sahaja. Menjadi persoalan apabila bajet yang dinyatakan itu tidak sama seperti ketika beliau membentangkan bajet 2012. Ke mana menghilangnya lagi RM20 juta?

Jika dalam Bajet 2012, peruntukan di bawah program keusahawanan muda sebanyak RM50 juta tetapi dalam kenyataan baru-baru ini telah meyusut kepada RM30 juta sahaja.

Justeru, Majlis Belia Selangor (MBS) mahu Kerajaan Negeri membuktikan ketelusan dengan menyenaraikan jumlah penerima, jenis perniagaan yang dijalankan dan jumlah pengagihan geran Program Keusahawanan Muda yang sudah dibelanjakan di bawah Geran Selangorku sehingga kini. Kejayaan yang dicapai setakat ini juga perlu dinyatakan program tersebut sangat penting dalam memberi impak ekonomi di negeri ini.

Ini kerana sejak permulaan Program Keusahawanan Muda ini, MBS tidak pernah diberi peluang dan ruang untuk terlibat secara langsung apatah lagi persatuan-persatuan belia di bawah payung MBS yang mempunyai keahlian melebihi 400,000 ahli belia.

Sebagai sebuah organisasi yang memayungi banyak persatuan belia, MBS sepatutnya diberi hak tersebut untuk sama-sama melahirkan belia yang berdaya saing dalam ekonomi namun telah diketepikan atau dengan kata lain, dianak tirikan oleh kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, MBS juga membantah keras kenaikan sewa tapak-tapak penjaja pasar pagi, pasar malam dan gerai di bawah pengelolaan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membantutkan usaha menaikkan lagi ekonomi peniaga-peniaga kecil di negeri ini.

Janji kerajaan negeri untuk “memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama” hanya tinggal janji. Jika dilaksanakan sekalipun, hanya pada dua tahun pertama kerana selepas itu golongan peniaga kecil khususnya usahawan muda telah dipinggirkan.

MBS juga mahu kerajaan negeri melaksanakan janji-janji yang pernah dilaungkan pada pilihan raya umum yang lalu tetapi masih belum Berjaya direalisasikan:

* Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
* Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nursery.
* Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama.
* Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.
* Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti.
* Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor.
* Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga.
* Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia.
* Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda.

MBS mewakili seluruh golongan belia di negeri ini mahu kerajaan negeri telus dan bukan sekadar retorik dalam melaksanakan konsep Negeri Berkebajikan. Jika golongan muda terus diabaikan, jangan harap kami akan memberi undi pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Cukup lah sekali kami dipermainkan serta diperbodohkan dengan pelbagai janji manis yang sampai sekarang masih tidak dilaksanakan.

Jangan hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikan!











Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: