Jumaat, April 13, 2012

Apa sudah jadi dengan pakej ransangan ekonomi Selangor dan kenapa Bandar Klang banjir baru-baru ini!


Pada tahun 2009 kerajaan negeri telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi Selangor sebanyak RM 50 Billion. Nampaknya hanya janji dan omong-omong kosong sahaja kerana sehingga hari ini pelaksanaannya belum nampak lagi walaupun sudah masuk empat tahun memerintah.

Konsep pakej ransangan ekonomi ialah satu peruntukan segera dengan jangka pelaksanaan dua tiga tahun untuk membantu kepesatan pertumbuhan ekonomi negeri jangka pendek bukan memakan masa panjang 10 – 15 tahun?

Semasa melancarkan Karnival Sungai Klang pada 23 Mac 2009, Menteri Besar telah mengumumkan Projek Pemulihan Sungai Klang yang menelan belanja sebanyak RM 50 Bilion yang akan disiapkan dalam tempoh 15 tahun. Kalau apa yang dilaporkan oleh Akhbar The Straits Times pada 15 Mac 2010 adalah benar, matlamat pakej ekonomi RM 50 Billion tidak akan mencapai matlamat dan sasarannya.

Seperti yang dilaporkan, RM 2 Billion telah diperuntukkan iaitu untuk membersihkan Sungai Klang sebanyak RM 1 Billion dan untuk pembangunan sebanyak RM 1 Billion dalam tempoh pelaksanaan selama 2-3 tahun. Tiga syarikat telah dipilih daripada 37 syarikat yang telah membuat tawaran dan sebuah syarikat DPZ Asia dipilih, ‘was approved’ dengan izin, oleh Menteri Besar.

Dalam konteks Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor sebanyak RM 50 billion ini, Menteri Besar sepatutnya memberi jawapan dan penjelasan kepada ( 7 ) soalan berikut kerana rakyat negeri Selangor perlu tahu?

(1) Daripada sumber mana RM 50 Billion didapati.

(2) Bagaimana RM 50B dibelanjakan dan sila beri butir-butir terperinci termasuk jadual pelaksanaan projek.

(3) Selain daripada projek-projek besar infrastruktur, berapa banyakkah diperuntukkan untuk projek-projek kecil dan sederhana yang boleh memberi manfaat kepada syarikat kecil dan sederhana di negeri Selangor.

(4) Sejauh manakah pakej ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri Selangor bagi tahun 2009, 2010 dan 2011.

(5) Jika apa yang dilaporkan dalam akhbar The Straits Times pada 15 Mac 2010 betul mengenai empat ( 4 ) syarikat yang akan menjalankan projek pemuliharaan Sungai Klang, mengapa syarikat DPZ Asia dipilih sendiri oleh Menteri Besar dan tidak melalui proses tender terbuka.

(6) Salah satu daripada tiga syarikat yang Berjaya ialah Wessex Water I-Bhd Consortium. Adakah I-Berhad syarikat yang sama dengan pembangunan I-City Shah Alam.

(7) Adakah kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan Presiden, Transparency International Malaysia (TI-M)supaya kerajaan negeri menandatangani ‘Integrity Pacts’ dengan izin, atau ‘perjanjian integriti’ dengan empat syarikat yang telah dipilih untuk mengendalikan projek pemuliharaan Sungai Klang bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa, korupsi dan untuk meminimumkan kos – mempastikan integriti, ketelusan dan pertanggungjawaban.

Untuk Sungai Klang, MB Khalid mencadangkan Projek Pembersihan Sungai Klang dilakukan dan pada 18 Mei 2009 dan lawatan ke Singapura telah dibuat untuk meneliti perkara ini dan hasilnya Projek Pembersihan Sungai Klang yang bernilai RM2 bilion tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat dari Singapura.

Apa yang menjadi pertikaian sekarang adalah tanah-tanah rizab Melayu di sepanjang 6km Sungai Klang diberikan hak pembangunannya kepada syarikat Singapura terbabit sebagai pertukaran kepada pembiayaan pembersihan Sungai Klang? Pertukaran ini menimbulkan kontroversi kerana diakhirnya siapa yang mengaut keuntungan dalam pembangunan persisiran Sungai Klang ini?

Setelah dibangunkan nanti adakah orang Melayu mampu membeli semula aset-aset yang dibangunkan? Sudah pasti mereka ini akan dihalau ke tempat lain dengan hanya diberi pampasan yang tidak setimpal dan akhir sekali tanah-tanah rezab melayu tergadai tanpa pembelaan. Apa yang berlaku di Pulau Pinang, bakal berlaku juga di Selangor nanti.

Pembabitan syarikat Singapura ini dikatakan mempunyai kaitan dengan perlantikan Madam Low Siew Moi sebagai Penasihat Kewangan kepada Khalid Ibrahim dan perlantikan Tricia Yeoh sebagai Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam kepada Khalid Ibrahim. Bermakna jika dilihat pada nama-nama yang telah disebutkan ini, MB Khalid Ibrahim sebenarnya sudah dikawal oleh mereka-mereka ini dalam membuat keputusan di Selangor.

Adakah ini gambaran pemimpin yang mementingkan rakyat dan mementingkan kebajikan? Penyisihan dan layanan buruk ini adalah suatu tindakan yang amat menyedihkan dan tidak patut di kala pemimpin itu sendiri dikatakan bernaung di bawah parti yang berlandaskan keadilan dan integriti.

Sebab itu sebenarnya rakyat Selangor kini "sedang menangis" kerana melihatkan sikap kerajaan Selangor yang hanya mementingkan diri-sendiri dan kroni-kroni sahaja. Persoalannya, adakah kerajaan Selangor peduli akan nasib rakyat? Di lihat MB Khalid terus mempercayai kroni beliau sendiri samada yang baru dan lama dikenali..!






Pelik tapi benar! MB Khalid sanggup memperuntukkan sejumlah wang yang besar iaitu RM 2 billion setahun ( RM50 billion untuk 15 tahun ) untuk Projek Pembersihan dan Mencantikkan Sungai Klang sejak tahun 2009! Tetapi lihatlah apa yang sudah berlaku di Bandar Klang baru-baru ini?

Takkan kamu nak tepuk dahi saja Khalid...!!!













Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Khalid Ibrahim telah menjadikan Port Klang Golf Club sebagai sasaran terbaru..mengikut makluman,pajakan tanah akan tamat dlm 7-8 tahun lagi..
Mengikut rancangan menara setinggi 50 tingkat serta taman tema mirip sunway lagoon akan dibina menggantikan padang golf tersebut..
Niat pada dasar pembinaannya utk memajukan kawasan sekitar sebagai destinasi tarikan perlancongan..
Cuma yg menjadi keraguan,perlaksanaan sama ada menguntungkan penduduk setempat atau sekadar kroni2 & golongan kaya raya serta pemaju dari Korea?

Taminsari berkata...

Ojay-Z...Terima kasih atas info. Mungkin mereka tak sempat lakukannya. Yang penting pastikan PRU ke-13, Selangor kembali ke pangkuan BN. InsyaAllah..!!!