Rabu, Ogos 15, 2012

Anwar sifatkan hakim 'Bahalol'...!!! - Laporan polis sudah dibuat, hasil siasatannya bagaimana?


Pemuda UMNO lapor polis, Anwar sifatkan hakim ‘bahalol’!

Pada 3 Jun 2010, Pergerakan Pemuda UMNO telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat Parti Keadilan, Anwar Ibrahim yang telah menghina dan membuat tuduhan jahat terhadap institusi kehakiman negara apabila menggelarkan hakim yang mengadili kes beliau sebagai ‘bahalol’.

Laporan polis itu dibuat oleh setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pukul 4 petang.

Megat Firdouz berkata, laporan itu dibuat kerana pihaknya mendapati kenyataan Anwar seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 30 dan 31 Mei lalu adalah subjudis kepada kes beliau yang sedang dibicarakan. Sila klik di sini.

“Sebagai ketua pembangkang di Parlimen, Anwar tidak sepatutnya membawa sistem kehakiman sebagai bahan tohmahan di pentas politik dengan meracuni fikiran rakyat. “Saya juga percaya Anwar mempunyai niat jahat yang sengaja dilakukan untuk menghasut dan menimbulkan kesangsian orang ramai terhadap sistem kehakiman negara,” katanya selepas membuat laporan tersebut.

Pada 29 Mei 2010 lalu, Anwar dilaporkan membuat kenyataan mengejut dengan menggambarkan hakim yang mengadili perbicaraan tuduhan liwatnya sebagai ‘bahalol’ ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, Kota Bharu, Kelantan.

Anwar turut menyifatkan badan kehakiman negara sebagai ‘rosak dan punah’ serta masih gagal dipulihkan kerana diterajui oleh individu-individu yang tidak layak. Megat Firdouz menambah, kenyataan jahat Anwar yang merupakan seorang pemimpin atasan tidak boleh dipandang mudah oleh pihak berkuasa.

“Kami mahu pihak polis bertindak tegas terhadap laporan ini kerana bimbang orang ramai juga turut bertindak seperti Anwar selepas ini. “Jika terus dibiarkan, di mana kita hendak letak maruah institusi kehakiman selepas ini,” soal beliau.

Bagaimana pula dengan yang ini?











Suara Politik
Taminsari

Anwar sebenarnya sudah lama perjuangkan hak Gay di Malaysia!



Anwar Seeks Privacy Provision in Malaysia Gay Laws

International Herald Tribune, November 11, 2004
From the Agence France-Presse

KUALA LUMPUR — Malaysia’s laws on homosexuality need to be amended, says the former deputy prime minister Anwar Ibrahim, whose conviction and nine-year jail sentence for sodomy were recently overturned on appeal.

Anwar, who spent six years in prison on a separate charge of abusing his position to cover up homosexual offenses, spoke out on what he called a “sensitive” issue in an interview.

Anwar, a popular politician who was widely expected to be Malaysia’s prime minister by now, maintained, as he has done since his arrest in 1998, that the charges against him were trumped up to destroy his political career.

But while insisting on his innocence and acknowledging that most people in mainly Muslim Malaysia objected to homosexuality, he said people’s privacy needed to be protected.

“In the general view, among Muslims and many non-Muslims that I know, homosexuality is not accepted,” he said. “Fair enough. But here the question is, how do you use the law and intrude on people’s privacy and their own private choices?

“This is the borderline. I think public display may be objectionable, but I think the laws need to be amended.

“The issue is the invasion of privacy, and we therefore have to design and make sure the law does not involve the overzealous groups trying to push their views or values outside the scope of the law.

“So I think while I endorse the general law against homosexuality—I think it is against Islamic tenets and also the cultural practice here by most Malaysians—I think we have to bear in mind that invasion of privacy is something that we need to look at.”

Anwar’s wife, Wan Azizah Wan Ismail, is a member of Parliament for the opposition National Justice Party set up to press Anwar’s cause after he was fired as deputy by Mahathir bin Mohamad when Mahathir was prime minister. She is the only party member to win a seat in March elections in which opposition parties were defeated by the man who took Anwar’s place as Mahathir’s successor, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar has said he bears no grudge against Mahathir.

“I think why Mahathir may have had these charges trumped up against me is because there is a general sentiment—and he is right in the sense of a very general sentiment—against homosexual practices,” Anwar said.

Anwar spoke vigorously about domestic and international developments since his imprisonment. He criticized President George W. Bush and his conduct of war but was again cautious when asked about the role played by gay rights issues in the recent U.S. election.

Some commentators have attributed Bush’s re-election in part to his opposition to marriage between homosexuals.

“Gay marriages are going a bit too far,” Anwar said. “I’m a liberal in many ways but I think that is going a bit too far.” Klik di sini.

Bagaimana pula dengan kenyataan Anwar di Mumbai, India baru-baru ini!



Anwar ketika di temuramah dengan BBC pada 12 Jan lalu di Mumbai,India apabila ditanya mengenai sokongan daripada golongan pro-gay di Malaysia terhadapnya berikutan keputusan mahkamah, beliau berkata:

1. Menyokong penuh pemansuhan undang undang lapok sodomi

2. Walaupun masyarakat Malaysia rata-rata tidak boleh menerima homoseksual di khalayak ramai, undang-undang lapok sodomi tidak harus digunakan untuk menghukum orang yang tidak bersalah! Maksudnya kalau private not public tak mengapa!!!

Adakah Anwar mahu menafikan lagi kenyataan-kenyataan yang telah dibuat beliau? Tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran. Takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Ogos 14, 2012

Nik Aziz tidak kisah Karpal tolak hudud?



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak peduli sekiranya Pengerusi DAP, Karpal Singh terus membuat kenyataan menolak negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan Pas.

Beliau berkata, kenyataan yang dibuat Karpal itu secara tidak langsung menyedarkan orang ramai mengenai negara Islam dan hukum hudud yang sebenarnya.

"Saya setuju biar dia 'geger' sokmo (selalu bising), daripada geger itulah orang faham tetapi jangan caci, guna akal kita,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Karpal baru-baru ini yang menegaskan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.

Menurut Karpal, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sejak sekian lama malah akan terus mempertahankannya.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menambah, bantahan beliau yang mewakili DAP itu berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan.

Berikutan penentangan berterusan Karpal itu, beberapa ulama menegaskan adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong parti yang bersekongkol dengan DAP kerana parti tersebut jelas menolak pelaksanaan hukum Islam.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, undang-undang yang diamalkan di negara ini lebih kejam daripada hukum hudud kerana melaksanakan hukuman gantung sampai mati.

"Di Malaysia, sudah beratus-ratus orang yang digantung sampai mati, sama ada kes dadah dan macam-macam lagi.

"Apabila kena gantung, emak dan isteri dia menangis, anak jadi yatim, tidak ada tempat bergantung. Kalau hudud, manusia tidak mati, kerat tangan sahaja, manusia boleh kerja buruh, jual ikan dan pensyarah, jadi hudud lebih baik daripada hukuman gantung sampai mati," katanya.

Komen : Nampaknya tindakan Nik Abdul Aziz @ Pok Nik yang tidak kisah jika Karpal Singh berterusan mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud membuktikan parti yang menggugurkan perjuangan untuk menubuh negara Islam itu bacul.

Keputusan Menteri Besar Kelantan itu bersetuju untuk Karpal sentiasa bising mengenai hudud juga menunjukkan pemimpin veteran Pas tersebut lemah serta ketandusan idea.

Tindakan Pok Nik itu bakal mengundang pemahaman serong orang ramai terhadap hudud kerana Karpal tidak layak bercakap mengenai hukum Islam dan sepatutnya seluruh pemimpin Pas bangkit menentang kebiadapan Pengerusi DAP tersebut.

Agak pelik bagaimana Pok Nik boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau seorang Mursyidul Am tetapi bersetuju dengan perbuatan Karpal? Ini bakal menimbulkan kekeliruan kerana Karpal bukan semata-mata bising tetapi menolak hudud? Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Perhimpunan 'Janji Bersih' bermotifkan politik - Noh!


Noh Omar melihat senarai harga barang sambil di perhatikan oleh Badruddin Amiruldin (kiri) selepas melancarkan Pasar Tani Aidilfitri di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor, semalam.

Perhimpunan 'Janji Bersih' yang dirancang beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 merupakan tindakan bermotifkan politik dan bukannya untuk kepentingan rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, perhimpunan itu sememangnya dirancang NGO berkenaan termasuk pemimpin pembangkang dengan niat mencemari semangat sambutan Hari Kemerdekaan selain mencetuskan persepsi rakyat kononnya Malaysia sebuah negara yang tidak adil dan bersih.

Jelas Noh, tindakan NGO berkenaan adalah tidak wajar kerana Hari Kemerdekaan negara adalah hari yang mana semua rakyat sepatutnya berada dalam suasana yang sama dari segi semangat selain disusuli dengan perpaduan yang erat antara satu sama lain.

"Jadi, apa perlunya mereka mengadakan perhimpunan 'Janji Bersih' ini. Mereka ini sebenarnya mengambil kesempatan di sebalik sambutan Hari Kemerdekaan dan perpaduan rakyat untuk kepentingan politik," katanya kepada pemberita di Tapak Pasar Tani Seksyen 13, di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Noh mengulas tindakan sekumpulan NGO dan Bersih yang berhasrat menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada malam sambutan Hari Kemerdekaan bagi mengulangi tuntutan penambahbaikan proses pilihan raya.

Berdasarkan laporan sebuah portal berita 9 Ogos lalu, wakil kumpulan NGO terbabit iaitu Pengerusi bersama Bersih, Datuk A. Samad Said menyatakan perhimpunan yang dikenali sebagai 'Janji Bersih' itu akan bermula pada pukul 10 malam pada 30 Ogos di Dataran Merdeka.

Terdahulu, Noh merasmikan pelancaran Pasar Tani Khas Aidilfitri di sini yang diadakan khusus bagi memudahkan orang ramai mendapatkan barang keperluan dengan harga lima peratus hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Mengulas mengenai pasar tani itu, Noh berkata, ia merupakan inisiatif kementeriannya menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) untuk bersama-sama menangani kenaikan harga barang di pasaran terutamanya pada musim perayaan.

Selain harga yang rendah katanya, FAMA turut memberi tumpuan terhadap inovasi gerai-gerai serta kebersihan bagi menarik orang ramai ke pasar tani selaras dengan sasaran pihaknya mencapai nilai jualan RM1 bilion tahun ini.

"Dalam tempoh tiga tahun ini, nilai jualan di pasar tani mencecah RM800 juta setahun dan kita menyasarkan nilai jualan itu meningkat kepada RM1 bilion berikutan sambutan menggalakkan orang ramai," katanya.-UMO

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Ogos 13, 2012

Rakyat tuntut janji MB Selangor?


Lu Hoi Kai (tiga, dari kanan) menyerahkan memorandum tuntutan pengecualian cukai kepada Shahril Said di ruang legar bangunan SUK, di Shah Alam, semalam.

Kira-kira 1,800 orang pemilik kedai pejabat di Jalan Kemboja, Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor menuntut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya melunaskan janjinya untuk memberikan pengecualian cukai terhadap mana-mana premis yang tidak didiami atau disewa di kawasan berkenaan sebelum ini.

Tuntutan itu dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sementara Persatuan Pemilik-pemilik Kedai Pejabat Jalan Kemboja, Lu Hoi Kai yang mendakwa janji tersebut antara yang diumumkan oleh kerajaan negeri yang dipimpin Abdul Khalid sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor, dua tahun lalu.

"Namun, janji itu kita tidak nampak dilaksanakan sehingga ke hari ini. Malah kita dikenakan cukai pintu sebanyak 11 peratus daripada nilai taksiran baru sebanyak RM9,220 setahun oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

"Kami merasakan kadar itu terlalu tinggi kerana kawasan kedai pejabat yang dimiliki kami sebenarnya 'bandar mati' kerana tiada sebarang aktiviti perniagaan beroperasi di kawasan ini. Oleh itu, kami mahu Menteri Besar tunaikan janji, batalkan kutipan cukai pintu masa sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan bantahan aman serta menyerahkan memorandum tuntutan mereka itu kepada Pegawai Berita Pejabat Menteri Besar, Shahril Said.

Pada masa sama, Hoi Kai turut menggesa kerajaan negeri supaya segera menyelesaikan masalah kerosakan pada premis milik mereka yang didakwa berpunca daripada aktiviti pencerobohan oleh syarikat penyelenggaraan yang dilantik oleh MDHS pada 2009.

Beliau mendakwa, MDHS telah membenarkan syarikat penyelengaraan tersebut menyewakan premis kedai dan pejabat di kawasan berkenaan untuk menjalankan aktiviti penternakan, penanaman dan memproses baja tanpa pengetahuan atau kebenaran daripada para pemiliknya.

"Walaupun aktiviti itu telah dihentikan ketika ini, namun para pemilik masih menanggung kerugian apabila keadaan premis yang ditinggalkan dalam keadaan kotor, tingkap serta pintu rosak dan sebagainya. Kita dimaklumkan mereka yang menjalankan aktiviti itu di premis terbabit hanya membayar wang deposit sebanyak RM360 dan RM100 sebulan sebagai sewaan selama dua tahun.

"Kita juga telah membuat laporan polis mengenai pencerobohan itu di Balai Polis Bandar Bukit Sentosa pada November 2009. Selain itu, kita juga membuat bantahan kepada MDHS dan mereka berjanji penyewa akan membaik pulih premis berkenaan kepada keadaan asal," jelasnya.

Tambahnya, para pemilik bangunan itu juga mahu wang sewa yang dikutip harus ditolak daripada akaun yuran penyelenggaraan namun sehingga hari ini perkara itu tidak dilaksanakan.

"Malah, ada pemilik premis didakwa menerima surat peguam serta ugutan tindakan mahkamah daripada syarikat penyelenggaraan sedia ada ," katanya.

Dalam pada itu, Hoi Kai berkata, sebelum ini pihaknya telah mengemukakan tiga memorandum kepada Abdul Khalid mengenai masalah yang dihadapi iaitu pada 2010, 2011 dan yang terbaru pada Januari 2012.

"Namun, sehingga kini tiada langkah penyelesaian dapat diambil untuk kepentingan para pemilik premis kedai pejabat di Bandar Bukit Sentosa," katanya.-UMO

Suara Politik
Taminsari

Abass diarah kurang pengeluaran atas arahan siapa?



Pendedahan mengenai isu bekalan air di Selangor memasuki fasa baru apabila hari ini Barisan Nasional (BN) negeri mendakwa krisis air yang berlaku di Kajang dan Balakong baru-baru ini sebenarnya berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri.

Koordinator BN negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed mendakwa pihaknya menerima maklumat bahawa Pengarah Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB), Suhaimi Kamaralzaman telah mengeluarkan surat kepada Konsortium Abass Sdn. Bhd (Abass) pada tahun lalu supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gelen sehari kepada 120 juta gelen sehari.

"Tindakan itu menyebabkan berlaku krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan Abbas mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

"Persoalannya adalah kenapa Suhaimi mengeluarkan arahan tersebut kepada Abass? Adakah KDEB atau kerajaan negeri ingin melakukan sabotaj terhadap rakyat Selangor dan Syabas," katanya pada sidang akhbar di bangunan UMNO Selangor di sini.


Minggu lalu, beribu-ribu penduduk di sekitar Kajang dan Balakong mengalami masalah gangguan bekalan air bersih setelah berbulan-bulan lamanya pendedahan dilakukan oleh pelbagai pihak yang mengingatkan tentang krisis tersebut yang bakal berlaku di negeri ini.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang menafikan akan berlaku krisis air akhirnya turut terpaksa menghantar lori-lori tangki untuk membekalkan air kepada para penduduk, sekali gus menunjukkan masalah itu begitu serius.

Bagaimanapun, kerajaan negeri menuding jari kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) kerana gagal menyediakan air bersih kepada para penduduk sehingga Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu mengambil alih perkhidmatan itu daripada syarikat konsesi berkenaan.

Mohd. Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang mempersoalkan kenapa Syabas dipersalahkan sedangkan kawasan yang mengalami gangguan bekalan tersebut melibatkan lokasi agihan air yang disalurkan oleh loji rawatan di bawah Abbas.

Malah, beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap seorang Exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah yang melakukan demonstrasi di pejabat Syabas Kajang dekat sini pada 5 Ogos lalu seperti disiarkan secara besar-besaran dalam akhbar berbahasa Cina, seolah-olah menunjukkan masalah air bukan berpunca daripada kerajaan negeri.

"Adakah beliau lupa bahawa beliau sekarang merupakan sebahagian daripada kerajaan yang memerintah. Adakah beliau tidak tahu tanggungjawab kerajaan negeri adalah menyediakan air bersih kepada rakyat?," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Zin turut melontarkan persoalan tentang tahap kemampuan kerajaan negeri yang berkali-kali bertegas mahu mengambil alih industri bekalan air itu sedangkan maklumat diperoleh oleh BN Selangor menunjukkan saham 15 peratus milik KDEB dalam Syabas telah dicagarkan kepada semua bank bagi tujuan pinjaman bernilai RM250 juta.

"Adakah kerajaan negeri begitu daif sehingga terpaksa mencagarkan saham KDEB dalam Syabas bagi memohon pinjaman. Jika benar ini berlaku, mampukah kerajaan negeri mengambil alih Syabas kerana saham berjumlah 15 peratus pun tidak mampu untuk diuruskan, inikan pula sebuah syarikat pembekalan air yang begitu penting," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri begitu berbangga dengan skim pemberian air percuma kononnya dinikmati oleh semua rakyat dan mendakwa ia adalah hasil daripada pengurusan ekonomi yang cekap oleh Menteri Besar.

Namun, kata Mohd. Zin, pihaknya mendapat maklumat bahawa kerajaan negeri terpaksa membuat pinjaman sehingga RM300 juta setahun dengan kadar faedah sebanyak RM8 juta bagi tujuan meneruskan skim bekalan air bersih percuma.

"Kerajaan negeri sebenarnya tersepit dengan janji-janji manis pemberian air percuma. Adakah ini satu langkah pentadbiran yang bijak apabila terpaksa berhutang dengan bank untuk memberikan air percuma dan bagaimanakah pelan untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut?," katanya.

Beliau berkata, hakikatnya pakatan pembangkang tidak mampu mentadbir dan menguruskan ekonomi dengan baik sehinggakan isu penting seperti pengurusan air tidak dapat diselesaikan dengan mudah.

"Langkah terakhir mereka seperti biasa ialah mengelirukan rakyat dan tidak bercakap berasaskan fakta," katanya.-UMO


Suara Politik
Taminsari

Ahad, Ogos 12, 2012

Unisel salahkan pula SUK dan Jana Niaga?



Masalah kira-kira 3,500 pelajar Universiti Selangor (Unisel) yang gagal memasuki asrama di kampus induk Bestari Jaya semakin rumit apabila pentadbiran universiti milik Kerajaan Negeri Selangor itu menuding jari kepada pihak lain sebagai pencetus kemelut tersebut awal bulan ini.

Krisis tersebut terbongkar semasa sidang akhbar oleh Naib Canselor Unisel, Prof. Dr. Anuar Ahmad kelmarin yang menyatakan punca masalah berkenaan adalah disebabkan syarikat konsesi pengurusan asrama iaitu Jana Niaga Sdn. Bhd. (Jana Niaga) bertindak memfailkan saman terhadap universiti tahun lalu.

Jana Niaga yang mula menandatangani perjanjian dengan Unisel bagi menguruskan asrama kediaman dan penyelenggaraan kampus induk termasuk membabitkan pakej `Bina, Operasi dan Pindah' (BOT) pada Januari 2003 mengambil tindakan saman setelah Unisel gagal membayar kos pengurusan tersebut hingga akhirnya kini dilaporkan mencecah RM15 juta.

Menurut Anuar, pihaknya tidak faham mengapa Jana Niaga boleh memperlakukan Unisel sedemikian rupa. Namun, sebagai sebuah syarikat yang telah menandatangani perjanjian, Jana Naga berhak memfailkan saman kerana Unisel gagal membayar hutang.

Anuar juga bagaikan menuding jari apabila beberapa kali menyebut nama Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang dikatakan lambat mengadakan proses timbang tara sebagaimana dikehendaki Unisel bagi menyelesaikan masalahnya dengan Jana Niaga.

Kata beliau, pihaknya sudah menghantar surat memohon SUK menjadi orang tengah dalam proses timbang tara tiga bulan lalu bertujuan mahu kadar caj pengurusan dan penyelenggaraan dapat dikurangkan berbanding sekarang.

Dalam hal ini, ternyata apabila kemelut sebegini berlaku akhirnya Unisel terpaksa mencari SUK. Alasannya, perkara itu termaktub dalam perjanjian.

Sedangkan sejak pembangkang memerintah Selangor, SUK tidak tersenarai dalam Ahli Lembaga Pengarah Unisel seperti ketika kerajaan BN mentadbir negeri ini. Sebaliknya, jawatan penting dalam lembaga pengarah universiti itu dipenuhi orang politik.

Anuar menyatakan sememangnya Unisel tidak membuat pembayaran sejak Jana Niaga memfailkan saman tetapi dalam masa sama memberitahu tindakan itu bukan kerana faktor tiada wang atau terdapat arahan mana-mana pihak.

Malah beliau menyatakan, kedudukan kewangan Unisel adalah lebih baik kerana hutang universiti tersebut sebelum ini telah diambil alih kerajaan negeri.

Sejak 2010, Unisel tidak membayar kos pengurusan tersebut dan kini telah tertunggak sebanyak 17 bulan bagi penyelenggaraan kampus induk dan lapan bulan pengurusan asrama.

Inilah puncanya kenapa para pekerja Jana Niaga akhirnya ‘mogok’ dan asrama tidak dibuka ketika para pelajar telah diberikan notis pekeliling untuk mendaftar masuk pada awal bulan ini dan kemudian ditunda pula kelmarin.

Bagaimanapun kelmarin, Unisel mengeluarkan pula notis baru memaklumkan pendaftaran pelajar bagi semester ini bermula pada 27 Ogos ini iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri.

Suasana menjadi celaru apabila para pelajar terpaksa membeli tiket pulang pada saat-saat akhir. Jika gagal dapat tiket, maka mereka terpaksa berhari raya di Bestari Jaya! Pelajar Sabah dan Sarawak pula lebih malang kerana terpaksa mengeluarkan belanja membeli tiket kapal terbang yang harganya lebih mahal.

Anuar juga menyatakan dengan makluman tarikh pendaftaran itu bermakna tidak timbul soal pelajar tidak dibenarkan tinggal di asrama atau dihalau keluar.

Sebenarnya, tiada siapa menyatakan pelajar dihalau keluar sebaliknya pelajar yang mendapat notis mendaftar sebelum ini tidak dapat memasuki asrama yang tidak dibuka ekoran Unisel gagal membayar tunggakan hutang!

Sedangkan para pelajar telah membayar yuran asrama melalui potongan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sebagai mana Anuar gagal memberikan kepastian pada hari ini pelajar boleh mendaftar masuk asrama, begitu juga tarikh baru 27 Ogos ini, beliau hanya boleh berkata: “Mudah-mudahan, insya-Allah, sebagai manusia itu saja yang boleh saya kata."

Namun katanya, Unisel sudah mengarahkan peguam memfailkan injunksi di mahkamah agar Jana Niaga membenarkan pelajar mendaftar masuk asrama selepas hari raya ini.-UMO

Suara Politik
Taminsari

Skandal TALAM : Mengapa beli tanah ada kaveat?



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta menjelaskan mengapa sebahagian besar tanah yang dibeli daripada Talam Corporation Berhad (Talam) masih mempunyai kaveat pendaftar dan kaveat persendirian.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, sebagai contoh, tanah di Danau Putra mempunyai lebih daripada 100 kaveat.

Menurut beliau, pencarian tanah yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan kepentingan tanah itu hanya dilindungi dengan satu kaveat yang dibuat oleh kerajaan PKR Selangor manakala kebanyakan tanah itu masih digadai kepada pihak bank.

"Kaveat membolehkan pihak-pihak berkepentingan untuk menuntut hak milik tanah itu. Lebih banyak kaveat, lebih banyak pihak yang berhak ke atas tanah itu.

"Sekiranya anda membeli tanah yang banyak kaveat, sudah tentu anda bimbang kerana ramai orang boleh menuntut tanah tersebut," katanya pada sidang akhbar berhubung isu pembelian tanah milik Talam oleh kerajaan PKR Selangor di Wisma MCA di sini hari ini.

Tee Yong memberitahu, kesemua kaveat berkenaan perlu dilupuskan sebelum tanah itu dapat dijual dengan harga lebih tinggi di pasaran kerana ia masih belum bebas daripada sebarang bebanan.

Tambah beliau, pendedahan itu menunjukkan satu lagi contoh ketidakcekapan kerajaan PKR Selangor dan sesiapa yang menjadi penasihat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam transaksi tersebut sepatutnya dipecat.

"Saya rasa orang ini tentu bukan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kerana dia sering menonjolkan diri sebagai seorang yang paling bijak dan ingin memberi gambaran bahawa dia seorang yang serba tahu," ujarnya.


Dalam perkembangan sama, Tee Yong turut mempersoalkan mengapa hak milik tanah tersebut masih belum ditukar kepada kerajaan negeri atau anak-anak syarikatnya walaupun selepas dua tahun pembayaran dibuat kepada Talam.

Menurut beliau, pencarian yang dibuat baru-baru ini menunjukkan nama Talam dan anak-anak syarikatnya termasuk Maxisegar Sdn. Bhd. dan Continental Heights Development Sdn. Bhd. masih tertera pada geran tanah sebagai pemilik.

"Kita mahu tahu apa status sebenar hak milik tanah itu. Kerajaan PKR Selangor kata semuanya sudah selesai.

"Siapakah yang berbohong? Dalam hal ini, geran tanah tidak berbohong," katanya.

Tambah Tee Yong, kerajaan PKR Selangor juga perlu menyelesaikan gadaian bank pada tanah-tanah terbabit dan memindahkan hak milik kepada pihak-pihak yang berhak untuk melindungi kepentingan rakyat.

Sementara itu, beliau mendesak kerajaan PKR Selangor menjelaskan tentang pemberian diskaun sebanyak RM64 juta kepada Talam sebagai insentif penyelesaian hutang lebih awal kepada Universiti Selangor (Unisel).

Menurutnya, diskaun berkenaan hanya boleh diberi sekiranya Talam membayar hutang sebanyak RM248 juta kepada Unisel sebelum tempoh Perjanjian Tambahan yang dimeterai dengan kerajaan negeri terdahulu tamat pada 8 Mac 2008.

"Bagaimanapun, insentif itu masih diberikan selepas kerajaan PKR Selangor dan Talam memeterai perjanjian baru pada 2010 iaitu dua tahun selepas perjanjian terdahulu tamat tempoh.

"Talam tidak berhak mendapat diskaun kerana gagal mematuhi perjanjian ini. Kenapa ada layanan istimewa? Adakah ini berlaku kerana terlepas pandang yang menunjukkan tidak kompetennya kerajaan PKR Selangor?" katanya.

Tee Yong berkata, pemberian diskaun tersebut amat tidak wajar dalam situasi Unisel sedang berdepan masalah kewangan yang meruncing pada masa ini.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Ogos 11, 2012

Sila rujuk pada ahli PAS seumur hidup, Tun Salleh Abas jika mahu menegakkan negara Islam - Karpal Singh?




Penulis sudah dapat menjangkakan Karpal Singh terpaksa menggunakan 'talian hayat' beliau apabila 'terpaksa' ketika berhadapan dengan tekanan daripada ahli-ahli PAS yang mahukan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat!

Selain daripada kata-kata Karpal sebelum ini yang mencabar PAS supaya 'melangkah mayatnya dahulu' jika mahu manegakkan negara Islam dinegara ini, penghakiman yang pernah dibuat oleh Tun Salleh Abas bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan dijadikan alasan kuat beliau mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini.

Malah Karpal hari ini secara angkuh mencabar ahli-ahli PAS dan para pemimpinnya supaya merujuk kepada Tun Salleh Abas, ahli PAS seumur hidup jika masih mahu menegakkan negara Islam PAS!

Dalam artikel penulis sebelum ini, Antara sebab mengapa Karpal Singh menolak negara Islam dan menyayangi Tun Salleh Abas telah menerangkan secara ringkas mengenainya?

Karpal Singh memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana. Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.

Jika kita masih ingat isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu yang sengaja dimainkan oleh DAP dan Karpal Singh khususnya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas.

Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya,ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.

Apa yang tersirat sebenarnya adalah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikkan semula nilai penghakiman tersebut.

Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.

PAS yang terperangkap dengan isu dan fakta ini terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Sebab itu manifesto Pas 2008 tiada menyebut langsung dengan penubuhan Negara Islam. Mereka takut dengan DAP dari Allah Taala.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rumah urut 'Ronnie Liu' di Batang Kali 'catat sejarah'?


Penduduk Batang Kali yang dahulunya tenang kini mula risau dengan kewujudan pusat urut dan hotel bajet yang mula dibuka di pekan kecil itu di Hulu Selangor.

Kebanjiran pusat urut di Selangor sejak akhir-akhir ini bagaikan tidak mampu dibendung.

Ia bercambah begitu pantas seolah-olah sebuah industri yang membawa pelaburan menguntungkan kepada kerajaan sehingga kelihatan digalakkan pula.

Jika sebelum ini penggemar khidmat urutan badan oleh wanita seksi warga asing tertumpu di Seri Kembangan, Ampang, Kajang dan Puchong, kini mereka mungkin boleh berkira-kira untuk menikmatinya di bahagian timur laut negeri ini pula.

Ini kerana sudah terdapat rumah urut perintis di Bandar Utama di Batang Kali, yang telah lapan bulan beroperasi menurut penduduk yang ditemui.

Boleh dikatakan juga Batang Kali mencatat sejarah kerana buat julung-julung kalinya mempunyai pusat urut, dan ia turut menawarkan khidmat yang sama seperti di tempat lain.

Pusat urut yang beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 11 malam itu turut tidak ketinggalan menawarkan khidmat urutan batin atau lebih dikenali sebagai urutan 'ping-pong' kepada lelaki yang mahukannya.

Malah, ketika tinjauan baru-baru ini, penjaga premis itu tanpa berselindung memberitahu khidmat tersebut disediakan, namun perlu 'berbincang di dalam'.

Bagaimanapun ketika ditanya adakah tukang urut yang disediakannya masih muda, penjaga tersebut berkata, hanya wanita berusia dalam lingkungan 40-an dari Thailand yang bekerja di situ.

"Di sini tiada yang muda-muda atau comel sebab mereka tidak mahu bekerja di sini. Kawasan ini terlalu jauh dan tidak ramai pelanggan, jadi duit tip tidak banyak. Kalau mahu urut batin bolehlah," katanya.

Bagaimanapun, seorang pekerja kedai makan berhampiran berkata, premis itu turut menyediakan gadis-gadis muda namun hanya menawarkannya kepada sesetengah pengunjung.

"Mungkin awak pertama kali datang sini, mesti dia ingat polis sebab itu dia kata tidak ada tukang urut muda tetapi kawan-kawan saya ramai bekerja di situ.

"Kalau awak mahu yang geli-geli datang semula malam ini selepas pukul 7, mesti ada punya yang muda-muda," katanya.

Selain pusat urut, penduduk sekitar juga bimbang dengan kewujudan beberapa hotel bajet di pekan itu kerana bagi mereka ia akan menggalakkan aktiviti tidak bermoral.

Baru-baru ini, akhbar ini pernah melaporkan rungutan beberapa persatuan pengguna yang mendakwa kebanjiran pusat-pusat urut dan hiburan di Selangor sebagai bukti kerajaan negeri itu tidak sensitif terhadap keselamatan dan keselesaan rakyat.

Malah, ia juga menunjukkan kerajaan Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menutup mata terhadap fenomena ini. Jika kerajaan negeri terus membiarkan percambahan pesat pusat urut tanpa mengawalnya, ada kemungkinan Selangor akan mendapat gelaran tidak rasmi 'Darul Urut' pula selepas digelar 'Darul Sampah'.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Ogos 10, 2012

Hudud bukan agenda pakatan pembangkang?



Akhirnya, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi mengaku bahawa hudud bukan agenda pakatan pembangkang. Isunya memang DAP dan PKR tidak berminat dengan negara Islam dan hudud. Tidak patut berbangkit isu itu dalam debat Fathul Bari Mat Jahaya - Nasrudin yang seolah-olah DAP sudah mula memahaminya.

Kecuali Nasrudin ingin melunakkan hati penonton debat seolah-olah usaha Pas cuba memahamkan DAP mengenai negara Islam dan hudud semacam diterima yang disiarkan dalam laman sosial Facebooknya.

Tambah Nasrudin: "Paksi perjuangan Pas adalah Islam dan hudud itu sebahagian darinya". Memperjuangkan Islam dan hudud bukanlah suatu masalah. Tetapi ia menjadi masalah selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang. Kalau begitu apa lagi pertimbangan Pas berada dalam pakatan pembangkang.

Kalau pertimbangan kuasa, apakah selepas dapat kuasa - negara Islam boleh ditegakkan dan hudud dapat dilaksanakan. Sudah pasti tidak kerana Buku Jingga tidak menyatakan demikian dan DAP akan menentang habis-habisan. Kalau begitu apa yang Pas tunggu lagi.

Kata Nasrudin lagi: "Secara realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk Pas menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara persendirian".

Alhamdulillah Nasrudin mula memahami. Tetapi ketidakyakinan terhadap pakatan pembangkang dan kebencian yang teramat sangat kepada UMNO tidak mungkin menyebabkan Pas memerintah Malaysia.

Kebencian terhadap UMNO atas alasan Pas pernah dikhianati oleh UMNO sewaktu menyertai kerajaan campuran dulu boleh dipertikaikan. Apakah memang sengaja UMNO menyingkir Pas atau gelagat Pas dalam kerajaan campuran menyebabkan Pas yang tidak pandai membawa diri tersingkir.

Lalu Pas menghentam UMNO habis-habisan sehingga dikaitkan UMNO sebagai kafir, asabiyah jahiliyah, nasionalis dan bermacam-macam gelaran yang hodoh dan yang terakhir ialah UMNO tolak Islam.

Kalau dibahas secara ilmiah dan mengikut kaedah syarak semua kenyataan hodoh itu boleh dipertikai.

Tetapi kerana politik nafsul amarah yang tinggi menyebabkan amat sukar untuk Pas memulakan muzakarah walaupun mereka tahu UMNO tidak menyebut perjuangan ke arah Negara Islam, tetapi kerajaan yang ditunjangi UMNO banyak membuat kerja-kerja Islam baik dalam pendidikan, kewangan, ekonomi, sosial, pembangunan negara, undang-undang atau syariat. Ini tidak boleh dinafikan oleh Pas.

Pas takut ia akan dituduh menjilat ludahnya apabila mahu berkawan dengan UMNO balik. Dengan pakatan pembangkang, Pas tidak boleh pergi jauh dengan UMNO pula masih berjauh hati. Ke mana akhirnya Pas?

Tirulah pendekatan Ikhwan Muslimin Mesir. Dalam membentuk sebuah kerajaan, ia sanggup bekerjasama dengan pihak lain hatta kelompok nasionalis pun. Apa lebihnya Pas di Malaysia tidak mahu bekerjasama dengan UMNO yang dikatakan parti nasionalis.

Kalau alasan Pas mengungkit isu tersingkir daripada kerajaan campuran dulu tidaklah sampai berperang dan berbunuh-bunuhan.

Perhatikan Hamas dan PLO yang pernah berperang dan berbunuh-bunuhan dengan jiwa besar dan politik matang sanggup melupakan sengketa lalu dan bersatu demi perjuangan orang Palestin.

Mengapa Pas tidak mencontohi Ikhwan Mesir, Hamas-PLO dalam hubungannya dengan UMNO. Sebaliknya kenyataan Nasrudin menambah bahawa UMNO perlu menyerahkan semua kerusinya kepada Pas atau paling tidak bersama menyertai parti itu.

Ini adalah kenyataan yang sangat naif sebagai ahli politik. Kewujudan UMNO dalam konteks Barisan Nasional adalah suatu entiti yang sudah memerintah lebih setengah abad. Melainkan Nasrudin berpendapat bahawa orang UMNO tidak Islam.

Kalau Nasrudin masih merasakan UMNO didukung oleh orang Islam, tidak ada sebab muzakarah tidak boleh berlangsung.

Dengan orang bukan Islam tahalluf siasi atau kerjasama politik boleh berlaku, apa masalahnya dengan orang seagama dan seakidah. Buruk sangatkah orang Melayu dalam UMNO sehingga ditanggapi lebih teruk daripada orang kafir.

Nasrudin sebagai orang yang ada pelajaran patut faham mengenai fenomena umat Melayu di Malaysia kalau mereka berpecah. Berjiwa besarlah sedikit supaya ukhuwah Islamiah dapat dicetuskan kembali dan usaha merapatkan jurang dirintis semula.

Kalau ini tidak berlaku, senario politik Malaysia bakal menepati maksud pepatah menang sorak kampung tergadai, sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna, menang jadi abu kalah jadi arang.

Umat Melayu di Malaysia selalu penulis ibaratkan seperti pelanduk dengan jerat. Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

Ambillah semangat Ramadan dan Hari Raya Fitrah ini untuk membangunkan jiwa muttaqeen yang antara lain menghidupkan ukhuwah Islamiah sesama umat seagama dan seakidah demi masa depan.

Suara Politik
Taminsari

Isu Negeri Selangorku: Cukuplah beri peluang untuk sepenggal sahaja?



Sebagai orang awam yang kurang faham soal transaksi ekonomi dan perniagaan, penulis terpanggil untuk menyentuh isu pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad sebanyak RM392 juta itu. Mungkin ramai yang bertambah pening dengan pelbagai pendedahan oleh Datuk Chua Tee Yong, Azwanddin Hamzah dan Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad.

Apabila urusan pengambilalihan Talam dilakukan pada 2008, kita dimaklumkan bahawa kerajaan Selangor akan membuat penjelasan lengkap tentang urus niaga itu pada 2010, tetapi hingga kini, ia belum dilakukan. Itu belum lagi menyentuh soal tanah di Bestari Jaya yang sebahagiannya kawasan berair serta juga soal terlebih bayar lebih RM50 juta kepada Talam Corporation.

Kemudian apabila Tee Yong membuat beberapa siri pendedahan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjanji akan memberi penjelasan kepada media, tetapi ini juga belum dilakukannya. Setelah itu kerajaan negeri Selangor mahu menggunakan lima juruaudit luar bagi membuat perincian urus niaga tersebut.

Soalnya, apa sudah jadi dengan juruaudit dalaman? Bagaimana pula dengan SELCAT?

Lebih mendukacitakan, Kumpulan Hartanah Selangor, Universiti Selangor dan Permodalan Negeri Selangor digunakan dalam tindakan pengambilalihan Talam. Malah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor turut terpalit sama. Soalnya, adakah tugas PKNS dan yang lainnya itu untuk menyelamatkan Talam Corporation? Memang sungguh hebat Talam Corporation hingga diberi layanan kelas pertama.

Penjelasan Tony Pua tentang isu itu dilihat sangat lemah dan menggambarkan kedangkalan fakta, sedangkan Yang Berhormat itu dianggap pakar ekonomi bagi DAP.


Malah tindakan penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim yang mendiamkan diri dalam isu ini juga amat menakjubkan. Anwar dilihat membiarkan Khalid terkapai-kapai kelemasan. Sedangkan Khalid ialah Menteri Besar tunggal dari PKR. Sungguh malang!

Pada penulis, kesemua itu memperlihatkan kelemahan tadbir urus parti pembangkang yang mentadbir empat negeri. Rakyat mahu melihat kehebatan mereka mentadbir negeri yang dikuasai mereka. Dahulu mereka puas menghentam kerajaan BN depan dan belakang dalam pelbagai isu dan menawarkan janji dan harapan baru, tetapi apa yang dapat dilihat setakat ini, harapan itu itu palsu dan pentadbiran menjadi huru-hara.

Lihatlah masalah bekalan air bersih yang tidak selesai di Kelantan, penebangan hutan di Gunung Inas di Kedah, pembangunan lereng bukit yang semakin parah di Pulau Pinang dan isu air di Selangor membabitkan kerajaan negeri dan Syabas.

Pelbagai isu yang melanda negeri-negeri dikuasai pembangkang telah membuka mata rakyat bahawa mereka mengamalkan 'cakap tidak serupa bikin'. Soal ketelusan dan pengurusan yang baik telah dikesampingkan. Itu belum lagi kita lihat janji-janji mereka yang belum ditunaikan.

Ramai yang sudah muak dengan retorik pembangkang dan ketidakupayaan mereka mentadbir. Cukuplah sepenggal melihat mereka 'bekerja'. Ada yang sudah tidak sabar-sabar untuk menghukum kesilapan mereka. Ingat, 'andai tidak tahu menari, jangan kata papan terjongkang-jongket'.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Ogos 09, 2012

Kerajaan Pusat putuskan Projek Langat 2 diteruskan!



Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) biarpun tidak memperoleh perintah pembangunan daripada kerajaan Selangor.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lalu di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di sini.

Menurut kenyataan sekretariat itu, jawatankuasa bersetuju tender melaksanakan projek tersebut diteruskan berdasarkan kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan hanya dapat menampung permintaan sehingga 2016 sahaja.

"Selain itu, penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 tidak dapat dipenuhi.

"Berikutan itu, kerajaan Persekutuan terpaksa mengeluarkan belanja tambahan sebanyak RM600 juta untuk melaksanakan projek mitigasi yang telah mengakibatkan pembaziran wang rakyat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan projek tersebut merupakan pilihan terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial bagi memastikan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi sehingga 2020.

Katanya, opsyen itu dipilih berdasarkan kajian yang dilaksanakan pada tahun 2000 dan telah dipersetujui oleh kerajaan Selangor.

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, kerajaan Persekutuan turut memutuskan memberi kebenaran kepada kerajaan Selangor melaksanakan skim penstrukturan semula selagi ia mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, semua perjanjian konsesi air dan semua undang-undang yang berkuatkuasa.

Katanya, keputusan itu selaras dengan pendirian kerajaan Persekutuan yang tidak menghalang kerajaan Selangor melaksanakan model penstrukturan yang dihasratkannya.

"Bagaimanapun, berbeza dengan negeri lain, model yang dihasratkan oleh kerajaan Selangor memerlukan mereka mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di Selangor.

"Pada masa ini penglibatan kerajaan Persekutuan menerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) terhad kepada pengambilalihan liabiliti dan aset air sahaja," katanya.

Menurutnya, fungsi pengurusan aset itu tidak membenarkan pegangan ekuiti dalam sesebuah syarikat operator air, justeru, jawatankuasa itu tidak berhasrat campur tangan dalam urusan tersebut.

"Namun, kerajaan Persekutuan melalui PAAB bersedia pada bila-bila masa untuk mengambil alih liabiliti dan aset air berkaitan dengannya sebagai mana di negeri lain seperti dalam tiga tawaran kepada kerajaan Selangor sebelum ini untuk pengambilalihan itu," katanya.-UMO

Suara Politik
Taminsari

Antara sebab mengapa Karpal Singh menolak negara Islam dan menyayangi Tun Salleh Abas?


Karpal Singh memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana. Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.

Jika kita masih ingat isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu yang sengaja dimainkan oleh DAP dan Karpal Singh khususnya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas.

Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya,ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.

Apa yang tersirat sebenarnya adalah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikkan semula nilai penghakiman tersebut.

Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.

PAS yang terperangkap dengan isu dan fakta ini terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Sebab itu manifesto Pas 2008 tiada menyebut langsung dengan penubuhan Negara Islam. Mereka takut dengan DAP dari Allah Taala.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Ogos 08, 2012

Jawatan Timbalan Presiden PAS ‘dilelong’ untuk tagih undi bukan Islam!


Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.

Menurutnya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti. Namun jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kata putus akhir hanya akan ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas.

“Itu kelebihan Islam kerana mampu menangani perubahan-perubahan zaman sehingga hari kiamat, maknanya Islam memberi izin kepada kita (untuk menerima Timbalan Presiden) dari bukan Islam,” katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-11 di sini sebelum ini.

Pada pilihan raya umum Mesir baru-baru ini, Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya itu. Parti tersebut diterajui Dr Mohd Mursi yang juga Pimpinan Pusat Ikhwanul Muslimin.

Antara pimpinan tertinggi Parti Kebebasan dan Keadilan adalah seorang Kristian, Dr Rafiq al-Habib yang memegang jawatan Timbalan Presiden II.

Ditanya adakah perubahan itu bermula dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas, Dzulkefly berkata, ia adalah salah satu transformasi yang sentiasa dibawa Pas.

“Dalam Islam, perkara urus tadbir amat terbuka, apapun kami bersedia menerima perubahan ini mengikut keperluan dan kepentingan,”katanya.


Persoalannya di sini adalah dimanakah ‘Fatwa PAS’ untuk undi bukan Islam kepada PAS! Mungkin Dr.Zulkefly boleh memberikan jawapannya?

Jika kita masih ingat sebelum pilihanraya ke-12 yang lalu, PAS mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam. Dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac 2008 yang lalu, petugas PAS mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, bekas MB Perak Mohammad Nizar Jamaluddin.

Risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S.Vasan daripada MIC yang mewakili BN. Tetapi, bila sudah berjaya membentuk kerajaan, Mohammad Nizar mengatakan beliau adalah Menteri Besar untuk semua kaum!

Bagaimana pula undi bukan Islam kepada PAS? Halal ke Haram ? Bagi penulis persoalan paling besar hari ini ialah di manakah kedudukan orang bukan Islam di kaca mata PAS? Bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam sekiranya mereka turut sama menyokong dan mengundi PAS?

Jika haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam, jadi apa sebenarnya tujuan PAS menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang mana rata-ratanya bukan orang Islam. Dan sekarang kerusi Timbalan Presiden pula hendak ‘dilelongkan’ kepada bukan Islam!

Ustaz Abdul Hadi kelihatan begitu bangga ketika melancarkan Kelab Penyokong PAS sebelum pilihanraya PRU – 12 yang lalu dengan harapan untuk menarik undi bukan Islam. Tidak haram ke? Bila UMNO buat dituduh mereka kafir, tapi bila PAS buat tak apa asalkan dapat undi. Dah tak kira halal ke haram ke, janji dapat undi . Hina sangat ke UMNO kepada PAS yang mana rata-ratanya beragama Islam. Bangga sangat ke PAS dengan Kelab Penyokong PAS mereka yang rata-ratanya bukan Islam. Adakah ini mengikut kehendak Islam!

Sebenarnya, bukan hanya ahli PAS yang keliru dengan fatwa politik sebegini, malah para pemimpin PAS sendiri sudah berkecamuk kerana terlalu banyak fatwa politik dipersoalkan semula oleh ahli. Tetapi dalam konteks hari ini dan demi menyelamatkan akidah orang Islam, khususnya para pengikut PAS yang tidak mampu berfikir dan bersikap `apa yang dikatakan oleh tok guru adalah betul,' maka Ustaz Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Aziz perlu menjawab persoalan yang mahukan penjelasan mengenai kedudukan parti itu berhubung tuduhan yang menganggap UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC sebagai kafir.

Persoalan ini menjadi lebih penting dijawab hari ini apabila dalam tahun 1995, terdapat laporan dari Tumpat yang menyebut seorang pemimpin Pas berkata, " orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam ".

``Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,'' kata laporan itu
.

Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah PAS jawab,``Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara PAS, Keadilan dan DAP sekarang ini? Dan bagaimana pula dengan usaha PAS sama ada di Kelantan atau Terengganu, yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama pengundi Cina ketika pilihanraya yang lalu?

Bagaimana pula dengan Kelab Penyokong PAS yang mana rata-rata ahli nya bukan beragama Islam. Adakah mereka kena “ masuk Islam “ barulah undi-undi meraka menjadi halal. Jadi siapakah yang sebenarnya menghalalkan yang haram. PAS atau UMNO. Wal Halalku..Wa Harammu!

Adalah malang bagi pengikut parti itu yang mempercayai fatwa seperti ini, yang hanya bermatlamatkan politik dan kejayaan dalam pilihan raya. Orang kampung boleh dianggap sebagai kumpulan yang tertutup minda kerana sikap percayakan tok guru sahaja, tidak baca akhbar atau majalah dan mengehadkan pergaulan kepada kelompok mereka sahaja, tetapi bagaimana pula dengan cerdik pandai dan golongan profesional yang menyokong PAS?

Adakah mereka juga menjadi golongan taksub sehingga tidak mampu berfikir? Mereka mungkin menyokong sebagai satu eskapisme akibat persoalan hati - mungkin merajuk, mungkin marah, mungkin kecewa dan mungkin juga gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati - tetapi tidakkah boleh mereka fikirkan soal percanggahan dan keanehan fatwa yang dibawa oleh PAS?

Sebenarnya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam PAS. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang dikata dan lakukan.Ketika berbaik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dan apabila tidak lagi bersekongkol dengan DAP, Ustaz Abdul Hadi pula lupa yang dia pernah berpelukan dengan Kit Siang hingga sanggup menyifatkan pemimpin tertinggi DAP sebagai `sudah luput masa' dan tidak lagi sesuai untuk menonjolkan diri bertanding dalam pilihan raya sebelum itu.

Satu soalan kepada pemimpin-pemimpin PAS yang menganggap diri mereka terlalu Islam. Apakah hukumnya bekerjasama dengan DAP dan PKR. Halal ke Haram?

PKR tidak memperjuangkan Islam. Lihatlah barisan pemimpin-pemimpin mereka. Perjuangan mereka sebenarnya tak jelas. Banyak kepada politik berdendam dan perjuangan individu. Salahkah PAS bergabung dengan UMNO yang telah lama berjuang dan terang-terang mempertingkatkan syiar Islam itu sendiri daripada bersekongkol dengan DAP dan PKR yang jelas menolak negara Islam di Malaysia. Jangan disebabkan ketamakkan hendak berkuasa, hingga sanggup menjual maruah agama Islam itu sendiri.

Slogan undi PAS masuk syurga tidak akan membolehkan parti itu menyaingi UMNO yang diterima oleh semua kaum kerana pendekatannya yang adil dalam soal agama dan dinamik dalam membangunkan negara. Malah Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah diiktiraf pula oleh negara-negara Islam dan bukan Islam di persada antarabangsa sebagai negara Islam contoh.

UMNO bukan sahaja berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara paling pesat membangun, tetapi turut menjadi pemimpin dalam perbankan Islam, takaful dan kini sedang merobah sistem kewangan antarabangsa ke arah sistem Islam melalui penggunaan dinar emas.

Kepada Dr.Zulkefly, ingatlah bahawa parti Ikhwanul Muslimin adalah berlainan dengan PAS. Ikhwanul Muslimin adalah hai'ah jaamiah iaitu sebuah organisasi menyeluruh dan bukan semata-mata parti politik. Bila terlibat sebagai parti politik seperti juga di Jordan, Ikhwanul Muslimin menubuhkan parti politik ie Freedom and Justice Party (FJP), dan melantik Coptic Christian intellectual Rafiq Habib sebagai naib president bukan timbalan presiden.

Strategi Ikhwanul Muslimin amat berbeza dengan PAS kerana Ikhwanul Muslimin adalah jamaah induk ummah, bergerak seluruh dunia, lebih dari 70 buah negara. Berbeza dengan PAS, terpaksa memikul dua peranan sekali gus tanpa menubuhkan sayap parti politk memandang keadaan dan suasana Mesir/Arab dan Malaysia adalah berbeza sama sekali.

Tambahan pula, PAS bukan cabang Ikhwanul Muslimin, justeru Ikhwanul Muslimin mempunyai syarat keahlian sedang FJP terbuka. Kemungkinan juga Dr Dzulkefly ingin menjadikan PAS seperti Freedom and Justice Party (FJP), dan beliau berwala' dengan jamaah induknya IRC..?

Kepada penyokong-penyokong PAS yang fanatik dan para profesional mereka yang masih keliru itu berfikirlah dengan rasional. Tuhan memberi kita akal untuk berfikir dan gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Siapa yang sebenarnya yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara kalau bukan UMNO itu sendiri. Nik Aziz bukan tuhan yang boleh menjanjikan seseorang yang masuk PAS itu akan masuk ‘syurga’ kerana beliau sendiri pun tiada kepastian.

Bagaimana pula dengan umat Islam yang lain yang tak berminat masuki politik. Adakah mereka dijanjikan ‘neraka’ kerana tak masuk PAS. Adakah dengan mengundi PAS mereka akan dapat ‘tiket’ masuk ke syurga? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan kecuali yang maha esa.

Jika mengambil kira kata-kata Pemimpin PAS ini bahawa " orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam ", maka kepada pengundi-pengundi PAS untuk PRU ke-13 nanti harus berfikir dua kali sebelum mereka keluar mengundi nanti. Takut-takut HARAM pula jadinya undi anda kerana bertentangan dengan kehendak lslam. Fikir-fikirkan lah! Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Pas tulang belakang atau 'makan tulang'?



Walaupun pembahagian kerusi antara anggota-anggota pakatan pembangkang masih belum diputuskan secara rasmi namun Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan kelmarin bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding DAP dan Pas.

Kenyataan yang dibuat oleh Mustafa pada sidang akhbar di ibu pejabat Pas itu mengesahkan pandangan beberapa pihak sebelum ini yang menegaskan bahawa Pas tidak akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding PKR.

Lebih daripada itu ia juga sekali gus menafikan hasrat Pas untuk menjadi dominan dalam pakatan pembangkang memandangkan kerusi yang bakal mereka tandingi jauh lebih rendah berbanding PKR.

Namun apa yang melucukan dalam kenyataannya, Mustafa berkata, Pas tetap akan menjadi tulang belakang kepada PR (Pakatan Rakyat). Persoalannya, bagaimanakah Pas hendak menjadi tulang belakang kepada pakatan pembangkang kalau kerusi yang ditandingi pun kurang daripada PKR.

Dan apakah Pas begitu yakin jumlah kerusi yang akan dimenangi oleh mereka dalam pilihan raya umum nanti lebih banyak daripada PKR.


Penulis bersetuju kalau kenyataan tulang belakang ini merujuk kepada pengundi dan penyokong Pas kerana tanpa sokongan mereka, PKR tidak akan ke mana. Malahan pengundi dan penyokong Pas lah yang berduyun-duyun menghadiri ceramah PKR, tanpa mereka sudah pasti ceramah berkenaan tidak seramai mana.

Selain itu ahli dan penyokong Pas juga mempunyai gerakan jentera pilihan raya yang jauh lebih hebat berbanding PKR.

Tetapi malangnya, Pas tidak mempertimbangkan kelebihan yang ada kepada mereka, sebaliknya lebih rela PKR menjadi dominan biar pun parti tersebut bergelumang dengan pelbagai masalah.

Tahniahlah kepada penyokong Pas kerana dalam pilihan raya umum nanti mereka akan bertungkus lumus bukannya untuk memastikan Pas menjadi tonggak pemerintahan jika pembangkang memerintah sebaliknya akan menjulang pemimpin parti lain sebagai ketua.

Pada sidang akhbar itu, Mustafa turut memberitahu, Pas juga dijangka mendapat tujuh kerusi Parlimen baru di Sarawak. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini bahawa Pas akan bertanding di kawasan yang rakan dalam pakatan tidak berani berbuat demikian.


Memanglah PKR dan DAP lebih bijak daripada Pas kerana mereka tidak mahu membazirkan tenaga dan masa dengan bertanding di kawasan yang boleh disifatkan masa hari penamaan calon pun sudah kalah.

Namun Pas mungkin hendak menunjukkan keberanian tidak bertempat apabila rela berbuat demikian.

Bagaimanapun pengumuman Mustafa mengenai penguasaan kerusi PKR dalam pilihan raya nanti sudah jelas membuktikan bahawa segala isu mengenai hukum hudud dan negara Islam yang kini begitu rancak diperkatakan oleh pemimpin Pas dan DAP hanyalah sandiwara politik Pas.

Kalau Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang, kalau Pas tidak memenangi kerusi lebih banyak daripada PKR dan DAP, apakah mungkin mereka mampu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam itu?

Pendirian DAP dalam perkara berkenaan sudah jelas manakala pendirian PKR pula semua orang boleh menjangkakan pihak mana yang akan disokong oleh parti tersebut.

Bukankah Angkatan Muda Keadilan (AMK) sudah menyanggah Pas dalam isu hukum hudud ini? Itu belum lagi mengambil kira bagaimana pemimpin PKR mahu semu anggota pakatan pembangkang berpegang kepada Buku Jingga yang di dalamnya langsung tidak menyebut soal hukum hudud dan negara Islam.


Apatah lagi sudah ada cakap-cakap bahawa PKR akan membuka laluan kepada DAP untuk bertanding di kerusi miliknya yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Semua ini menunjukkan bahawa Pas hakikatnya hanya alat dalam pakatan pembangkang untuk meraih undi rakyat dan jenteranya akan 'diperkudakan' untuk memastikan kemenangan calon PKR dan DAP.

Jika Pas tidak boleh menjadi tulang belakang maka tidak payahlah parti itu bercakap soal memperjuangkan Islam lagi kerana semua itu hanyalah retorik. Begitulah juga penceramah-penceramah bebas yang menyokong Pas janganlah begitu mendabik dada dalam ceramah-ceramah mereka mengatakan Pas parti Islam manakala UMNO adalah parti sekular dan sesat.

Kenyataan ini dibuat oleh seorang penceramah popular ketika mengulas penyertaan ulama muda dalam UMNO dan beliau menyifatkan ulama-ulama berkenaan bergelumang dengan najis apabila sertai UMNO.

Apa yang kita mahu tanya kepada penceramah berkenaan sejauh manakah beliau yakin bahawa Pas adalah parti Islam? Pas akan bertanding kerusi kurang daripada PKR dan DAP, dengan keadaan itu bolehkah ia memperjuangkan Islam?

Kalau beliau menganggap UMNO parti sekular, bagaimana pula dengan Pas yang berkawan dengan parti sekular? Perjuangan Pas sekarang adalah negara berkebajikan dan bukannya negara Islam, inilah faktanya.

Pas akan bertanding kerusi kurang daripada PKR dan akan menang kerusi lebih rendah daripada DAP, oleh itu tidak perlulah Pas hendak memperjuangkan apa-apa agenda parti itu. Sebaliknya mereka perlu menjadi 'pak turut' yang setia dengan mematuhi apa sahaja kehendak dan perancangan politik PKR dan DAP.

Tidak payah lagi berbangga dengan sejarah perjuangan Islam yang dipelopori oleh ulama-ulama ketika Pas ditubuhkan pada tahun 1951 kerana semua itu sudah ditinggalkan dan hanya sekadar catatan sejarah.

Ia memandangkan matlamat Pas sekarang hanyalah mahu merebut kuasa politik bersama PKR dan DAP. Daripada sebuah parti yang cukup digeruni suatu ketika dulu, Pas kini dilihat hanyalah sebuah parti yang tidak mempunyai apa-apa kekuatan.


Sebab itulah Pas bersedia membenarkan PKR terus dominan dalam pakatan pembangkang dan tidak berani menyanggah tindak tanduk DAP.

Kini berdasarkan kenyataan Mustafa penyokong-penyokong Pas mempunyai dua pilihan dalam pilihan raya umum nanti, pertama, mereka menyokong pakatan pembangkang atau memberi isyarat kepada kepimpinan Pas untuk 'kembali ke pangkal jalan'.

Ia kerana kalau mereka terus mahu menyokong pakatan tersebut yang akan untung bukan Pas tetapi PKR yang pemimpin-pemimpinnya sudah banyak menyusahkan pakatan dengan pelbagai isu dan DAP yang terang-terang menentang hukum hudud dan perjuangan negara Islam Pas.

Dalam keadaan ini penyokong Pas akan menjadi seperti lebai malang, menang sorak kampung tergadai.

Tetapi kalau mereka membuat pilihan kedua iaitu menghantar isyarat kepada kepimpinan Pas dengan tidak menyokong pakatan pembangkang, ia akan berupaya mengembalikan Pas sebagai sebuah parti Islam sebenar dengan ulama kembali menjadi tonggak penentu perjalanan politik Pas.

Apa pun sama-samalah kita tunggu pengumuman rasmi jumlah kerusi yang ditandingi oleh PKR,DAP dan Pas, namun isyarat awal sudah diterima Pas tidak akan jadi tulang belakang sebaliknya mungkin berada di posisi 'orang lain makan isi, dia makan tulang'.

Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Taminsari

Anwar 'Raja Drama' yang hanya sekadar pandai berjanji?




Bulan depan, tepatnya pada 16 September sejarah politik Malaysia akan terus mengingati hiruk-pikuk dan harapan palsu yang dicetuskan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada tarikh itu, sejarah mengingati Anwar telah gagal menunaikan janji yang diuar-uarkan beliau ke seluruh pelosok dunia untuk membentuk kerajaan. Malah sehingga sekarang selepas hampir empat tahun berlalu, Kabinet bayangan pun masih belum nampak bayang lagi.

Ramai yang terpedaya dan kecewa dengan harapan palsu Anwar itu. Mereka yang telah dijanjikan jawatan dan pelbagai ganjaran hanya melopong kerana ternyata tersilap langkah. Mereka yang mencurah air di tempayan setelah mendengar guruh Anwar menyesal tak sudah.

Mereka yang disebut-sebut bakal melompat parti untuk menyertai Anwar semasa itu antaranya segerombolan Ahli Parlimen dari Sabah. Janji Anwar bukan kepalang jawatan di Sabah dan juga Persekutuan.


Itu kisah 2008. Tetapi penahan kuasa Anwar rupa-rupanya masih ada bisa. Nafsu kekuasaan tidak menjadikan drama politik 16 September itu sebagai satu pengajaran kepada mereka. Selepas berbulan-bulan berunding, akhirnya dua Ahli Parlimen BN iaitu Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran) meletak jawatan dan berpaling kepada pakatan pembangkang.

Berita

Susulan itu, Anwar membayangkan lebih banyak berita baik dari Sabah akan berlaku. Ada nada suspen seperti dulu. Nada hiruk-pikuk Anwar ini kelihatan sama menjelang drama 16 September dulu. Cuma mungkin ramai yang sudah lupa termasuk Lajim dan Bumburing.

"Saya sudah maklumkan kepada pemimpin PKR dan DAP. Bukan Lajim dan Bumburing saja, tetapi juga beberapa orang pemimpin lagi," kata Anwar seperti dipetik portal berita propembangkang. Banyak spekulasi timbul berhubung tindakan Lajim dan Bumburing ini. Lajim, 57, dikatakan kecewa dengan kedudukannya sedangkan beliau disebut-sebut mengidam jawatan Ketua Menteri.


Tentu banyak janji dan harapan yang dimuktamadkan dalam perbincangan antara Anwar dan Lajim. Almaklum Anwar begitu terdesak untuk menawan Putrajaya. Pilihan raya kali ini bakal menjadi percubaan terakhirnya. Jika gagal lagi, beliau sudah memberi signal untuk bersara.

Lajim yang ditarik balik jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dikatakan mendapat habuan jawatan Ketua Menteri. Setakat ini sebagaimana dinyatakan Anwar, kedua-dua Ahli Parlimen itu diberi jaminan kerusi sama ada PKR atau DAP.

Mampukah Lajim dan Bumburing menjadi pembakar semangat untuk menjayakan cita-cita peribadi Anwar ini dan sekaligus mengucar-ngacirkan negeri deposit BN itu? Mampukah kedua-duanya menjadi penyuluh jalan untuk pakatan pembangkang memecah kubu BN?


Anwar telah gagal membawa parti pembangkang ke puncak kekuasaan pada pilihan raya umum 2008. Seterusnya cubaan menerusi pintu belakang pada 16 September juga akhirnya menjadi bahan jenaka. Apa lagi muslihat yang Anwar akan gunakan kali ini?

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijadual ke Sabah pada 12 Ogos ini. Kepada rakan-rakan sekutunya, Anwar meminta mereka bersiap sedia dengan kemungkinan `baik’ itu.

Bagaimanapun BN khususnya UMNO tidak duduk diam walaupun menyifatkan pembelotan Lajim dan Bumburing sebagai tidak menjejaskan kekuatan parti itu. Kepakaran Anwar memanipulasi keadaan tidak boleh dipandang ringan.

Tetapi setakat ini pengaruh Lajim yang mempunyai sejarah lompat parti dari Parti Bersatu Sabah (PBS) ke UMNO pada 1994, tidaklah seberapa. UMNO Bahagian Beaufort tetap teguh, tidak terlihat seperti patah sayap.

Struktur parti berjalan dengan baik apabila timbalan ketua bahagian mengambil alih jawatan yang ditinggalkan oleh Lajim itu. Setakat ini perpecahan yang dikatakan berlaku di bahagian itu hanya dakwaan.

BN dan UMNO Sabah tentu sekali telah banyak belajar daripada peristiwa 16 September. Mereka juga tidak harus lupa bagaimana permainan licik Anwar semasa beliau berulang-alik ke Sabah ketika era keterujaan beliau mengejar jawatan Timbalan Presiden UMNO dan kemudiannya Presiden UMNO dulu.

Ingatkah janji-janji manis takhta dan harta semasa itu? Setelah bertahun-tahun, Anwar tetap sahaja melakukan strategi dan permainan yang sama. Beliau tahu keunikan politik Sabah. Tetapi yang berbeza, kali ini beliau menghadapi lawan yang telah bersiap sedia dari awal. Yang juga berbeza, Anwar sudah terlalu banyak melakukan kesilapan.

Untuk rentetan peristiwa 16 September sebelum ini dimana Anwar nak jadi PM, seterusnya boleh dibaca di sini, sini, sini, sini, sini, dan di sini.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Ogos 07, 2012

Pemimpin biaDAP - Manoharan perlekeh Chong Wei?



Ketika seluruh rakyat Malaysia bersatu hati memuji dan menyanjung tinggi kesungguhan Datuk Lee Chong Wei yang bermain bermati-matian menentang Lin Dan dalam usahanya memburu emas Olimpik pertama Malaysia, pemimpin DAP, M. Manoharan sebaliknya memperlekehkan wira negara itu.

Sebagai pemimpin, Manoharan langsung tidak menunjukkan teladan yang baik apabila banyak kenyataan yang dibuat menerusi Twitter bagi mengulas kekalahan tipis Chong Wei itu bersifat menghina antaranya menukar nama jaguh badminton tersebut kepada 'Lee Chong AWAY.'

Tidak cukup dengan itu, beliau juga memuat naik kenyataan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyerahkan segala habuan yang dijanjikan untuk Chong Wei kepada Lin Dan yang dikatakannya sebagai miskin walaupun pendapatan jaguh badminton China itu adalah RM15 juta setahun.

Kenyataan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah itu segera mengundang kemarahan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama apabila mereka sepakat mendesak Manoharan meminta maaf, tetapi pemimpin DAP itu berterusan mempersoal jika Chong Wei bermain bagus kenapa Lin Dan yang menang.

Berang dengan tindakan itu, seorang rakyat Malaysia, Dominic Steeven tampil memberitahu menerusi laman Twitter milik Manoharan bahawa seluruh rakyat negara ini malu kerana mempunyai seorang wakil rakyat seperti beliau yang langsung tidak menghargai semangat perjuangan ahli sukan itu sebaliknya hanya mementingkan kemenangan.

"Apa yang kamu cuba katakan? Saya rakyat Malaysia, saya sokong negara saya. Kamu adalah seorang wakil rakyat tetapi beginikah caranya kamu menunjukkan rasa berterima kasih kepada negara? Kalah atau menang bukan persoalan kerana ia adat pertandingan, tetapi kita mesti memberi sokongan sebagai rakyat Malaysia.


"Saya langsung tidak dapat berfikir apa sebenarnya motif kamu mengeluarkan kenyataan sedemikian, kalau benar kamu yang memuat naik kenyataan tersebut, sila mohon maaf kepada Chong Wei. Seluruh rakyat Malaysia malu dengan kamu Yang Berhormat," kata Dominic sebagaimana dipetik daripada Twitter Manoharan.

Ashwenee Appadurai pula menganggap Manoharan sebagai pengkhianat kerana selepas menghina Jalur Gemilang, kini pemimpin DAP itu menjadikan Chong Wei pula sebagai sasaran dan nada sama turut disuarakan Hariharan Manoharan yang menuntut bekas tahanan Akta Dalam Negeri (ISA) itu supaya menutup mulut.

"Berapa banyak pingat yang kamu menang (untuk negara)? Tiada satu pun, jadi lebih baik kamu diam," kata Hariharan.

Dalam pada itu, Klalilul Khalil pula menyifatkan kenyataan Manoharan sebagai tidak berakal dan sesuai untuk pemimpin politik sepertinya.

"Kalau dalam pilihan raya umum akan datang, pelawak (Manoharan) ini masih dicalonkan tentu ada yang tidak kena dengan partinya. Kalau dia menang sudah tentu pengundi bermasalah. Langsung tidak berbangga dengan apa yang dibuktikan wira negara, lupakan kebodohan ini, cuma satu dalam 28 juta," katanya.

Bagaimanapun, kemarahan terbuka rakyat Malaysia itu langsung tidak menyedarkan Manoharan, sebaliknya pemimpin DAP itu cuba mengheret kegagalan Chong Wei meraih emas kepada isu politik dengan berkata: "Malaysia akan memang emas pertama di Olimpik selepas pakatan pembangkang ambil alih Putrajaya."

Serentak dengan itu, beliau berjanji Malaysia akan membawa pulang pingat emas pertama pada kejohanan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016 kerana dakwanya pakatan pembangkang mempunyai ramai calon yang lebih berwibawa untuk mengisi jawatan Menteri Belia dan Sukan berbanding Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, tinjauan di laman sosial Facebook mendapati satu laman khas 'Kami Tuntut Manoharan Mohon Maaf Kepada Lee Chong Wei' sudah diwujudkan, dalam masa beberapa jam sahaja seramai 2,287 rakyat Malaysia menyatakan sokongan kepada usaha tersebut.

Pada masa sama, hampir kesemua laman blog termasuk propembangkang mengutuk keras kenyataan biadab Manoharan itu.

Suara Politik
Taminsari

Inilah yang Anwar dan Ambiga mahu perjuangkan..!!! Paderi gay anjur majlis resepsi kahwin?


Ngeo Boon Lin bersama pasangannya dari New York, Phineas Newborn III menuangkan minuman keras pada majlis resepsi perkahwinan mereka di Kuala Lumpur, kelmarin.

Paderi gay rakyat Malaysia yang 'berkahwin' dengan teman lelakinya di New York pada tahun lalu, mengadakan majlis resepsi di sini kelmarin.

Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat kelahirannya di sini.

Kira-kira 200 tetamu termasuk sekumpulan media berbahasa Cina menghadiri majlis tertutup itu yang diadakan di sebuah restoran makanan Cina di sini.

''Kami bersyukur boleh mencipta sejarah Malaysia di sini,'' kata Newborn.

Boon Lin yang berketurunan Cina dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) sejak 1998 dikritik pegawai dan pemimpin agama Malaysia apabila dia 'mengahwini' Newborn yang merupakan seorang produser muzikal Broadway pada Ogos tahun lalu.

Boon Lin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan haknya untuk berkongsi kegembiraan dengan orang yang disayanginya di sini.

''Kerajaan dan pemimpin agama konservatif boleh membuat bising tetapi mereka tidak dijemput di sini.

''Saya sedar mengenai perkara sensitif di sini. Saya tidak mendesak perkahwinan gay dibenarkan di Malaysia,'' katanya kepada Associated Press.

Para jemputan ke majlis resepsi tersebut dibawa ke sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur itu dan menerima bungkusan coklat serta nota dalam bahasa Cina bermaksud Tuhan sayang gay.

Dua tetamu majlis tersebut mendendangkan lagu popular Endless Love nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross manakala seorang penghibur transgender memuji tindakan Boon Lin. - AGENSI

Benarkah Anwar pejuang GAY di Malaysia? Sila baca di sini.












Suara Politik
Taminsari