Isnin, April 13, 2015

Hinakah guru KAFA?

Ekhsan Bukharee

Rakaman video seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang dihalang untuk menyerahkan memorandum menuntut kerajaan negeri Selangor menunaikan janji menaikkan gaji guru KAFA, menjadi buah mulut selepas insiden itu viral.

Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang bertindak mewakili hampir 10,000 guru KAFA di negeri itu, tanpa segan silu merintih dan merayu di hadapan para pengawal yang menghalangnya. Pada manifesto pilihan raya lepas, kerajaan negeri gabungan PKR, DAP dan Pas berjanji untuk menaikkan gaji guru KAFA daripada RM1,300 kepada RM1,500.

Sebagai insan kerdil, tersentuh melihat insiden itu sambil mengenangkan nasib guru KAFA. Berikut sedutan rayuannya yang penuh sebak.

Tolonglah, tolonglah, lepaskanlah, tak payah layan saya macam ini. Hina sangatkah ustaz macam saya ni, saya nak jumpa ADUN pun tak boleh. (Kerjaya) macam saya ni didik anak-anak encik. saya nak beri surat je. Tolonglah, saya merayu nak beri surat tu je. Encik bayangkan (nasib) guru KAFA. Siang ada yang jadi cleaner, malam jaga stesen minyak semata-mata kos sara hidup tinggi. Encik bayangkan gaji kami cuma RM1,212. Tolonglah... saya merayu nak hantar surat je. Daripada sebelum PRU-13, kata gaji kami nak dinaikkan RM1,500 tetapi sampai sekarang (tidak dilaksanakan) ... daripada (era) Tan Sri Khalid sampai Azmin Ali, menteri besar baharu. Asyik kaji, rancang, kaji rancang, itu je. Kerajaan negeri buat kami seperti peminta sedekah, hina sangatkah kami guru KAFA yang mengajar Alif, ba , tha. Jika hina sangat, biarlah kami berhenti kerja.

Kepada semua, terutama Azmin, renungkanlah. Kepada Ekhsan, usah kecewa, guru KAFA tidak hina malah ia kerjaya yang mulia. Berbanding pemimpin dan parti politik yang peralat rakyat dengan janji manis semasa pilihan raya, itu barulah benar-benar hina.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

ong berkata...

As salam Guru KaFa, jangan rasai hina tentang profession ana. mungkin hina di mata MB and parti pemerentah tapi tidak di sisi Allah. Rakyat perhati dan merasai perasaan anda. Jangan berhenti sebab itu adalah khianat nya kerana duniawi. Allah ada program yang lebih baik untuk Tuan2 sekalian. Percaya lah.