Isnin, April 27, 2015

'Langkah Wan Azizah' calon re-cycle PKR di PRK Permatang Pauh?


Selepas Langkah Kajang yang mengunggulkan Da­tuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'hero’ pen­ye­la­mat kemelut politik Selangor pada 2014, kini PKR dan DAP mahu mengusung orang yang sama sebagai Ketua Pembangkang.

Wan Azizah, 63, bagi PKR dan DAP sekali lagi mahu 'di­boneka’ sebagai ketua mereka di Parlimen. Setelah Langkah Kajang gagal di Selangor akibat gerakan halus Pas, kemahuan kedua-dua parti ini seperti tidak lagi boleh dihalang.

Mereka mahu mencalonkan Wan Azizah mengisi kerusi yang dikosongkan oleh Anwar Ibrahim yang ter­humban ke penjara gara-gara perbuatan liwatnya. Dan hari ini Wan Azizah diumumkan untuk bertanding di P44.

Sejak kerusi P44 ini diumumkan kosong, Wan Azizah se­perti lipas kudung berkejaran di serata Permatang Pauh untuk bersama penduduk. Wan Azizah malah turut ke­li­ha­tan bersama program kerajaan DAP Pulau Pinang. Begitu se­kali DAP mahu mengangkat Wan Azizah. Rasanya tidak sukar untuk menelah apa yang tersirat di sebalik kemahuan DAP itu.

Dulu, Wan Azizah pernah dipersembahkan oleh PKR dan DAP melalui Langkah Kajang selepas nafsu Anwar ter­ganjal akibat perbuatan liwat. Kini, orang yang sama ma­hu dipersembahkan untuk jawatan Ketua Pembangkang meng­gantikan Anwar melalui kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Barangkali satu kebetulan kerana menggunakan cara yang sama dan plot cerita yang sama. Di Kajang, Wan Azizah menggantikan Anwar dan di Permatang Pauh ini, sekali lagi beliau menjadi pengganti diri.

Sekali lagi juga, ini tidak lebih merupakan kisah per­se­teruan politik antara PKR dan DAP dengan Pas. Lagi-lagi, ini semua angkara Anwar. Selama manakah kita boleh bersabar membuang waktu dan tenaga untuk mengurus orang ini dan keluarganya?

Di Kajang tanpa restu Pas, DUN Kajang dikosongkan pa­da Mac 2014 kononnya demi perjuangan ke Putrajaya dan menghalang cita-cita UMNO. Tetapi apa yang berlaku Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diganti.

Mujurlah Pas dapat mengubah strategi kotor Langkah Ka­jang. Orang nombor dua PKR, Azmin Ali akhirnya yang dipilih menjadi Menteri Besar. Wan Azizah pula dibiarkan terkebil-kebil mengurus DUN Kajang.

Begitu juga di Permatang Pauh, kehadiran Pas seperti tiada nilainya. PKR dan DAP seperti sengaja tidak mengen­dah­kan mesej Pas yang menolak keluarga Anwar dinobatkan sebagai pemimpin utama.

Wan Azizah terang-terang ditolak oleh Pas untuk menjadi Menteri Besar. Tidak faham-fahamkah mereka?

Atau ini mungkin strategi PKR dan DAP sebagai signal bahawa pendirian Pas kini tidak lagi penting dalam gerakan pakatan pembangkang? ‘Pedulikan Pas’ barangkali sesuai un­tuk dijadikan slogan baharu mereka.

Realitinya Pas menurut tafsiran mereka tidak akan berada dalam kedudukan sekarang tanpa sokongan PKR dan DAP. Pas hanya mampu menjadi jaguh di Kelantan. Barangkali be­narlah analisis pemimpin DAP bahawa Pas yang akan rugi jika meninggalkan pakatan. Inilah yang mahu DAP dan PKR buktikan.

Mereka pun sudah mendapat pengganti. Persatuan Um­mah Sejahtera Malaysia (Pasma), pertubuhan bukan ke­ra­jaan serpihan Pas sudah dipersiapkan menggantikan ke­tia­da­an Pas kelak.

Bagaimanapun Pas be­lum membuat pendirian ras­mi tentang calon P44. Se­takat ini bantahan Pas hanya dibuat secara sen­yap-senyap. Pas masih ma­hu berbudi bahasa dan menjaga adab berkawan.

Seperti yang berlaku di DUN Kajang, Wan Azizah mempunyai peluang untuk menang di Permatang Pauh. Berdasarkan rekod, Parlimen ini adalah kubu Anwar. Sejak 1982, sama ada masih bersama BN atau PKR, kawasan ini umpama milik mutlak Anwar dan isterinya.

Ini merupakan kali ke­dua selepas 26 Ogos 2008, pilihan raya kecil diadakan di Permatang Pauh yang mempunyai 70,760 pen­g­un­di itu. Apa yang berlaku di Permatang Pauh ini bah­kan tidak pernah terjadi da­lam sejarah pilihan raya Malaysia.

Pada 2008, Wan Azizah meletakkan jawatan un­tuk memberikan laluan ke­­pada suaminya itu. Ka­­li ini, pilihan raya di­adakan berikutan usaha ter­akhir Anwar memohon pengampunan diraja ditolak.

Biarpun adegan berulang tetapi orang Permatang Pauh selama ini tidak jelak untuk terus memilih orang yang sama. Sejak 1982, orang yang sama itulah silih berganti bertakhta di mata majoriti pengundi di situ.

Entah apa keramatnya. Entah apa manfaatnya tetapi rea­litinya Permatang Pauh tak ubah seperti milik keluarga ini. Setelah 33 tahun berlalu iaitu sejak 1982, mampukah Anwar dan Wan Azizah mempertahankan rekod aneh ini?

Kali ini, pada 7 Mei ini, senario berbeza berbanding pada pilihan raya umum 2013 mahupun pilihan raya kecil 2008. Pada pilihan raya kecil 2008, Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi.

Pada pilihan raya umum 2013 pula, Anwar mem­per­ta­hankan kedudukannya dengan majoriti menurun iaitu 11,721 undi sahaja. Walaupun dari segi data sejak 1982, undi yang diperoleh Anwar dan Wan Azizah sentiasa turun naik tetapi data itu wajar membuatkan jentera pilihan raya pakatan pembangkang resah.

Atas kertas, Wan Azizah ada kelebihan untuk memper­ta­hankan kerusi P44 walaupun tanpa sokongan penuh Pas. Berulanglah drama Langkah Kajang dan kita pula, untuk kesekian kalinya akan terus dihidangkan dengan cerita po­li­tik yang sama.

Suara Politik
Belantan

Ahad, April 26, 2015

AHLI PAS PERLU MATANG?

Satu papan tanda besar dinaikkan oleh ahli Pas di Permatang Pauh, Pulau Pinang yang menyokong Abdul Hadi Awang yang dikecam DAP dan PKR.

Sejak dulu lagi semua orang tahu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat bergantung ke­pada Pas. Tanpa gerak kerja, jentera dan sokongan ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi, ja­ngan mimpi PKR akan berada pada kedudukan sekarang.

Tetapi jasa Pas seolah-olah tidak dihargai dan pengorbanan Pas tidak pernah diingati. PKR tetap bersekongkol dengan DAP untuk menentang apa sahaja agenda politik Pas termasuklah pelaksanaan hukum hudud.

Kedua-dua parti itu tahu bahawa dalam kalangan pemimpin Pas ada yang menyebelahi mereka. Justeru mereka merasakan tidak perlu menjaga hati dan perasaan pemimpin-pemimpin Pas lain khususnya dalam kalangan ulama. Kalaulah pemimpin kanan seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun dihina dan ditohmah macam-macam apalah sangat kalau yang membuat bantahan itu pemimpin-pemimpin di peringkat kawasan.

Itulah senario yang berlaku di Permatang Pauh sekarang. Pemimpin-pemimpin PKR langsung tidak mempedulikan desakan Pas kawasan itu supaya mereka meminta maaf kerana menolak hukum hudud dan menghina Abdul Hadi yang merupakan Presiden Pas.

Sebaliknya sama ada Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail yang disebut-sebut akan kembali bertanding di Permatang Pauh mahupun Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, kedua-dua tidak mempedulikan desakan itu.

Ternyata sekali tindakan mereka mencabar maruah ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi. Walaupun menyedari di Permatang Pauh, PKR amat memerlukan sokongan ahli-ahli Pas jika berhasrat untuk menang tetapi jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah apabila ditanya mengenai desakan Pas Permatang Pauh seolah-olah menunjukkan keangkuhan.

Presiden PKR itu berkata, “Tidak timbul isu untuk menarik semula kenyataan berkenaan kerana pengundi di Parlimen Permatang Pauh sudah cukup matang untuk menentukan calon sesuai mewakili mereka.’’

Terpulanglah bagaimana kita mahu mentafsirkan kenyataan itu tetapi apa yang jelas, ini memberi isyarat kepada pemimpin dan ahli Pas bukan sahaja di Permatang Pauh tetapi juga seluruh negara bahawa begitulah cara pemimpin-pemimpin PKR melayan mereka.

Ahli-ahli Pas tidak perlu marah atau melenting dengan kenyataan Wan Azizah itu, sebaliknya mereka boleh menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk mereka menunjukkan kematangan dalam melayan kerenah politik PKR dan DAP.

Begitulah juga di Permatang Pauh, inilah masanya pemimpin dan ahli Pas menunjukkan kematangan mereka dengan tidak lagi membiarkan diri mereka diperbodoh dan diperkotak-katikkan oleh PKR. Ahli-ahli Pas perlu matang menilai bahawa mereka tidak dilayan dengan adil dalam pakatan pembangkang.

Perjuangan Islam mereka untuk melaksanakan hukum hudud ditentang oleh PKR, Presiden yang mereka hormati dihina oleh DAP dan kini maruah mereka pula seolah-olah dicabar apabila PKR enggan memohon maaf kerana menolak hukum hudud.

Ahli-ahli Pas tidak boleh lagi menjadi bagaikan `kerbau dicucuk hidung’ atau `lebai malang’ yang disuruh ke sana ke mari untuk memastikan kemenangan calon PKR tetapi akhirnya, mereka tidak dihormati dan dipinggirkan.

Apa gunanya ahli-ahli Pas atas semangat tahaluf siyasi sanggup meninggalkan anak isteri semata-mata turun ke Permatang Pauh untuk membantu kempen PKR. Janganlah berhujah apa yang dilakukan adalah demi menegakkan perjuangan Islam kerana perjuangan itu tidak akan tercapai kerana hukum hudud pun ditolak oleh PKR.

Sudah jelas PKR tidak akan menarik balik kenyataan mereka mengenai hukum hudud dan Dewan Ulama kawasan itu pun sudah menegaskan, mengundi calon yang menolak pelaksanaan hukum tersebut adalah haram. Oleh itu, pandai-pandailah mereka membuat keputusan apa yang hendak dilakukan pada 7 Mei nanti.

Ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak boleh lagi berkompromi dengan keceluparan yang ditunjukkan oleh pemimpin PKR dan DAP dalam melayan Pas. Kedua-dua parti itu lebih memerlukan sokongan Pas terutamanya di Permatang Pauh. Mungkin menyedari hakikat itulah Pemuda DAP menarik sementara pembekuan kerjasama dengan Pemuda Pas.

Oleh itu, pilihan raya kecil kawasan tersebut boleh dijadikan medan untuk ahli-ahli Pas memberikan isyarat kepada pemimpin-pemimpin PKR dan DAP agar tidak melayan Pas bagaikan parti yang melukut di tepi gantang.

Seperti mana sudah dihujahkan berkali-kali, Pas bukanlah sebuah parti picisan. Kepatuhan dan kerajinan ahli-ahli Pas dalam memastikan kemenangan calon-calon pakatan pembangkang sudah terbukti dalam beberapa pilihan raya sebelum ini termasuklah kejayaan PKR mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

Tetapi soalnya, apakah PKR dan DAP melayan Pas dengan sewajarnya? Pernahkah mereka menghormati perjuangan Islam Pas? Semua orang tahu jawapannya. Oleh itu tidak perlu lagi ahli Pas di peringkat akar umbi memberi sokongan membabi buta. Kalau sesetengah pemimpin Pas masih mahu bersandiwara, biarkan sahaja.

Justeru cukup-cukuplah ahli-ahli Pas dilayan bagaikan `hamba’ dalam pakatan pembangkang. Disuruh berkempen, berkempen, disuruh berhimpun, berhimpun dan disuruh menyokong, menyokong tanpa sepatah pun penentangan.

Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PKR seolah-olah menunjukkan mereka begitu yakin bahawa mereka boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya biarpun tanpa sokongan ahli-ahli Pas. Sebab itulah, mereka tidak mahu menarik balik apa yang mereka katakan kepada Pas.

Oleh itu, sahutlah cabaran supaya pengundi-pengundi Permatang Pauh mempunyai kematangan untuk menentukan calon bagi mewakili mereka dengan memberi pengajaran kepada parti yang tidak tahu menghargai pengorbanan sekutunya. Cukup-cukuplah jadi `pak turut’ kerana ternyata ia tidak membawa apa-apa manfaat kepada Pas!

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

Jumaat, April 24, 2015

Umur 15 tahun sudah pandai hisap shisha?


KELANTAN – Aktiviti menghisap shisha kini bukan sahaja melibatkan golongan dewasa.

Memetik laporan Kosmo, individu yang berusia seawal 15 tahun juga dikesan terbabit dalam kegiatan itu di sekitar daerah Kota Bharu.

Dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh sepasukan anggota Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam (MDK-PI) bersama Kementerian Dalam Negeri dan polis mengesan empat buah restoran di sekitar Salor dan Pendek kelmarin.

Tengku Sharifuddin Tengku Shah Budin selaku Setiausaha MDK-PI berkata, kesemua restoran terbabit yang menyediakan shisha pada harga serendah RM10.

Dalam operasi yang dijalankan itu, kempat-empat restoran berkenaan dikenakan kompaun RM500 bagi setiap premis mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana ingkar arahan berniaga.

Menurutnya, selain itu, pihaknya juga merampas 27 peralatan menghisap shisha dan satu set sistem karaoke bernilai RM7,000.

Suara Politik
Belantan

Khamis, April 23, 2015

Azmin tolak kenyataan Abdul Hadi mengenai Hudud?



SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin PR tidak menyokong hudud kerana lebih mementingkan kemenangan dalam pilihan raya berbanding keselamatan dan keamanan negara.

Mohamed Azmin berkata, dasar bersama PR dalam hal ehwal keselamatan adalah jelas dengan memberi tumpuan penuh terhadap isu lebih besar yang dihadapi rakyat negara ini sekarang.

"Pemerkasaan ekonomi, kebajikan dan sistem pendidikan adalah isu keselamatan sebenar rakyat Malaysia sekarang dan dasar bersama PR berhubung perkara ini adalah jelas," kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Dalam forum 'Bicara Minda Hudud dari Kaca Mata Hadi' bertempat di Kompleks Media Karangkraf di sini semalam, Abdul Hadi berkata, terdapat pemimpin dalam pakatan pembangkang yang menolak pelaksanaan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud kerana mementingkan kemenangan dalam pilihan raya serta takut akan kehilangan undi khususnya dalam kalangan pengundi bukan beragama Islam.

Kata Presiden Pas itu lagi tidak seperti parti komponen PR yang lain, matlamat Pas adalah mahukan negara yang selamat, kerana perjuangan Pas bukanlah perjuangan politik dan perjuangan pilihan raya tetapi untuk rakyat sepanjang masa.

Dalam forum itu juga, Abdul Hadi memberi jaminan masyarakat di negara ini akan hidup aman sekiranya hudud dilaksanakan.

Suara politik
Belantan

Rabu, April 22, 2015

Blogger gagal tanding PRK Rompin kerana tiada pencadang, penyokong?



ROMPIN : Blogger, Mohd Shukri Mohd Ramli yang ingin bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin gagal menyerahkan borang pencalonan kerana tidak membawa pencadang dan penyokong.

Mohd Shukri yang menggunakan nama komersial Cucu Mat Kilau (CMK) dan dipercayai bertanding atas tiket Bebas, tiba pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, kira-kira jam 9.45 pagi namun tidak dapat menghantar borangnya.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Fadzilla Salleh sebentar tadi mengumumkan tempoh penyerahan borang pencalonan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin ditutup tepat pada jam 10 pagi.

Setakat ini, hanya calon BN, Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad menyerahkan borang pencalonan sebaik pusat penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi.

Untuk latar belakang blogger ini, sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Selasa, April 21, 2015

Alvin Tan hina umat Islam Malaysia?


Blogger seks, Alvin Tan sekali lagi mencetuskan konroversi apabila menghina panggilan sembahyang umat Islam iaitu laungan azan dalam rakaman video terbarunya.

Video terbaru yang dimuat naik di laman Facebooknya itu berjudul 'Muslim Call to Prayer - Azan (R&B cover)' mendapat kecaman hebat dari pengamal media sosial, termasuk orang bukan Islam.






Alvin yang memberi tindak balas di komen-komen tersebut walau bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang penyesalan mahupun mengakui kesilapannya.

Malah Sesetengah komen balas yang ditulis Alvin dilihat berbau sindiran dan mampu menambah kemarahan.

Alvin yang masih dilihat berbangga dengan statusnya sebagai blogger kontroversi melarikan diri bagi memohon suaka politik di Amerika Syarikat pada September tahun lalu.

Sejak melarikan diri dari Malaysia, Alvin dilihat semakin berani melakukan penghinaan terhadap pihak berkuasa Malaysia, instisuti diraja dan negara Malaysia sendiri.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, April 18, 2015

Khalid Samad label 
proulama sebagai ‘geng juhala’?


Perbalahan antara kumpulan ulama de­ngan golongan pro-Anwarinas kian membarah dan hampir tersimpul mati apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, tampil menggelar pihak yang didakwa proulama sebagai ‘geng juhala’ iaitu bermaksud jahil.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu yang kerap dilabelkan sebagai salah seorang daripada pemimpin kumpulan pro-Anwarinas dalam Pas, berbuat demikian sebagai tindak balas selepas berang dengan tindakan golongan proulama menggelar pihak-pihak tertentu parasit kepada parti tersebut.

Tambah memanaskan keadaan, kenyataan Khalid itu dibuat kurang 24 jam selepas Pas Bukit Gelugor yang dipimpin Datuk Dr. Mujahid Yusof muncul kawasan ketiga menolak kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sesuatu yang dipertahankan secara tegas oleh kumpulan proulama.

“Golongan tu­­kang label ini menggelarkan diri mereka sebagai proulama tetapi hakikatnya, perangai mereka lebih sesuai dengan gelaran ‘geng juhala’. Ini adalah kerana hanya yang jahil akan bersikap dan bertindak seperti mereka.

“Kononnya mereka lakukan demi menyokong calon ulama dalam muktamar. Kalau benar, maka saya harap calon ulama ini bukan jenis yang bisu, tidak menegur kejahilan dan kejahatan penyokong,” kata Khalid sebagaimana dipetik daripada blognya http://www.khalidsamad.com, hari ini.

Sejak beberapa minggu lalu, sebuah buku yang menyenaraikan lapan pemimpin tertinggi Pas termasuk Khalid sebagai parasit kepada parti kerana didakwa cuba menggulingkan kepemimpinan Abdul Hadi, yang dipercayai ditulis ahli Pas sendiri mula tersebar.

Dalam pada itu, Khalid yang sebelum ini sering mengeluarkan kenyataan kontroversi berkata, selain digelar parasit, kumpulan lapan pemimpin itu juga dilabel dengan pelbagai gelaran seperti jebon, Anwarinas, antiulama, antihudud, liberal dan sekular.

“Apa sahaja (gelaran) yang mungkin digunakan untuk menimbulkan kebencian terhadap kumpulan pe­mimpin ini. Sama ada gelaran ini betul atau tidak, benar ataupun fitnah, tidak langsung diendahkan. Yang penting, berjaya ditanam kebencian terhadap mereka ini,” katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Jumaat, April 17, 2015

Hapuskan sabotaj dalam parti!


“Kekuatan kita hanya akan menjadi sesuatu kenyataan sekiranya kita padu dalam parti kita. Kalau kita padu dan kita tak berbalah sesama kita tiada unsur-unsur sabotaj dalam parti dan sebagainya, saya yakin insya-Allah kita boleh menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang.’’

Itulah petikan pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diwawancara dalam edisi Soal Jawab TV3 pada Khamis lalu.

Sememangnya, mana-mana juga pihak boleh memberi peringatan dan pandangan berhubung peluang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam sesuatu pilihan raya tidak kira sama ada pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum tetapi akhirnya yang akan menentukan parti tersebut mampu mendapat sokongan atau tidak ialah rakyat.

Tetapi zaman sudah berubah, sokongan rakyat tidak akan dilakukan secara membuta tuli. Rakyat kini semakin kritis dan bijak menilai kedudukan sesebuah parti politik. Di atas kertas BN dan UMNO jauh lebih baik berbanding pakatan pembangkang yang disertai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Soalnya kenapakah dari semasa ke semasa sokongan kepada BN semakin merosot?

Bermula pada 2008, seterusnya 2013, BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen. Perak pernah jatuh seketika ke tangan pembangkang begitu juga Kedah manakala di Kelantan sehingga ke hari ini UMNO bagaikan terus bermimpi untuk menguasai negeri itu.

Masalahnya bukanlah UMNO atau BN itu tidak kuat tetapi acap kali dalam pilihan raya berlaku perpecahan dalaman atau istilah popularnya sabotaj oleh pemimpin dan ahli parti itu sendiri. Apa yang lebih malang sabotaj ini tidak berlaku dalam komponen BN lain sebaliknya hanya dalam UMNO.

Lebih memalukan sabotaj juga tidak berlaku dalam pakatan pembangkang biarpun mereka dilihat berbalah sesama sendiri namun dalam pilihan raya mereka akan bersatu. Walaupun seseorang pemimpin itu tidak dipilih sebagai calon atau orang yang mereka sokong tidak menjadi calon namun mereka sama sekali tidak akan mensabotaj parti. Tetapi bagaimana dengan UMNO?

Perlu diakui `penyakit sabotaj’ ini masih berlaku dan terus wujud bagaikan sakit yang tiada ubatnya. Atas sebab itulah Najib memberi pandangan tersebut. Walaupun Najib bersikap terbuka menerima segala kritikan ke atas parti di bawah pimpinannya dan berusaha menangani kritikan itu tetapi kesudahannya perpaduan dalam parti juga bakal menjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya.

Sabotaj tidak akan berlaku jika seseorang pemimpin atau ahli di sesuatu kawasan sayangkan parti. Di hadapan pemimpin utama mereka beria-ia menyatakan akan menyokong sesiapa juga calon yang dipilih tetapi di belakang mereka melakukan pengkhianatan berdasarkan sikap `kalau aku tak dapat, kau pun tak dapat’, soal yang kalah ialah parti bukannya perhitungan utama.

Keadaan itu berlaku kerana seseorang pemimpin khususnya di peringkat bahagian merasakan dirinya sahaja yang layak bertanding dalam pilihan raya. Kalau pucuk pimpinan parti memilih orang lain, maka keputusan itu tidak akan diterima secara terbuka.

Sedangkan keputusan memilih calon bukanlah dilakukan secara membuta tuli tetapi berdasarkan laporan yang diterima oleh pucuk pimpinan daripada pelbagai sumber. Sepatutnya kalau benar mereka berjuang untuk parti dan berhasrat melihat parti mencapai kejayaan dalam pilihan raya maka mereka perlu menyokong calon yang dipilih.

Bagaimanapun keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya di sesetengah bahagian, walaupun rakyat sudah memberikan isyarat jelas mereka tidak mahu seseorang pemimpin atau seseorang pemimpin itu mempunyai rekod yang boleh menjejaskan peluang parti mencapai kemenangan, namun pemimpin yang terlibat tetap berdegil. Kalau dia tidak terpilih maka bersedialah menanti tindak balas apabila pilihan raya berlangsung.

‘Penyakit’ ini sama sekali tidak boleh dibiarkan berlaku dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh dan Rompin pada 5 Mei dan 7 Mei ini. Ada sesetengah pemimpin menguar-uarkan kononnya ada penyokong pembangkang mengundinya kalau dia bertanding. Sebenarnya, inilah politik syok sendiri.

Penulis menyatakan demikian kerana sokongan supaya dia menjadi calon ada `udang di sebalik batu’. Penyokong pembangkang tidak akan sewenang-wenangnya memberikan undi mereka kepada mana-mana calon BN biarpun mereka tidak suka kepada calon parti mereka. Janganlah `bermimpi di siang hari’.

Perlu difahami, apabila PRK berlangsung seluruh jentera parti akan `turun padang’ ke kawasan Parlimen terlibat. Mereka akan bertungkus lumus siang malam dan mengaturkan pelbagai program bagi meraih sokongan rakyat. Segala penat lelah mereka tidak harus disia-siakan begitu sahaja akibat tersalah pilih calon atau akibat sabotaj dalam parti.

Pengalaman membuat liputan dalam beberapa pilihan raya kecil memberi pemahaman kepada penulis bahawa unsur-unsur sabotaj masih menjadi salah satu faktor kekalahan calon-calon BN khususnya UMNO.

Seorang bekas calon daripada UMNO yang pernah bertanding dalam sebuah pilihan raya pernah memaklumkan kepada penulis bahawa dia sudah serik untuk menjadi calon lagi walaupun berpeluang menang berdasarkan sokongan rakyat kepadanya.

Tetapi dia sudah patah hati kerana tidak tahan dengan sabotaj yang diterimanya ketika kempen berlangsung.

Fenomena ini tidak boleh dibiarkan dan hanya boleh diatasi dengan ketegasan parti memastikan mana-mana juga pemimpin atau ahli di peringkat bahagian tidak melakukan sabotaj kepada parti khususnya pada PRK Permatang Pauh dan Rompin.

Kedua-dua PRK itu amat penting untuk UMNO. Parti itu berusaha merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada PKR manakala di Rompin, UMNO akan cuba meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis.

Penilaian terhadap sesuatu calon perlu dilakukan secara terperinci. Segala laporan daripada sumber-sumber yang dipertanggungjawab berbuat demikian harus diterima dan bukannya berdasarkan kepada pandangan bahagian sahaja. Jika tidak UMNO perlu bersedia menerima kekalahan yang sepatutnya boleh dielakkan.

Oleh : Zulkeflee Bakar

Suara Politik
Belantan


Isnin, April 13, 2015

Hinakah guru KAFA?

Ekhsan Bukharee

Rakaman video seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang dihalang untuk menyerahkan memorandum menuntut kerajaan negeri Selangor menunaikan janji menaikkan gaji guru KAFA, menjadi buah mulut selepas insiden itu viral.

Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang bertindak mewakili hampir 10,000 guru KAFA di negeri itu, tanpa segan silu merintih dan merayu di hadapan para pengawal yang menghalangnya. Pada manifesto pilihan raya lepas, kerajaan negeri gabungan PKR, DAP dan Pas berjanji untuk menaikkan gaji guru KAFA daripada RM1,300 kepada RM1,500.

Sebagai insan kerdil, tersentuh melihat insiden itu sambil mengenangkan nasib guru KAFA. Berikut sedutan rayuannya yang penuh sebak.

Tolonglah, tolonglah, lepaskanlah, tak payah layan saya macam ini. Hina sangatkah ustaz macam saya ni, saya nak jumpa ADUN pun tak boleh. (Kerjaya) macam saya ni didik anak-anak encik. saya nak beri surat je. Tolonglah, saya merayu nak beri surat tu je. Encik bayangkan (nasib) guru KAFA. Siang ada yang jadi cleaner, malam jaga stesen minyak semata-mata kos sara hidup tinggi. Encik bayangkan gaji kami cuma RM1,212. Tolonglah... saya merayu nak hantar surat je. Daripada sebelum PRU-13, kata gaji kami nak dinaikkan RM1,500 tetapi sampai sekarang (tidak dilaksanakan) ... daripada (era) Tan Sri Khalid sampai Azmin Ali, menteri besar baharu. Asyik kaji, rancang, kaji rancang, itu je. Kerajaan negeri buat kami seperti peminta sedekah, hina sangatkah kami guru KAFA yang mengajar Alif, ba , tha. Jika hina sangat, biarlah kami berhenti kerja.

Kepada semua, terutama Azmin, renungkanlah. Kepada Ekhsan, usah kecewa, guru KAFA tidak hina malah ia kerjaya yang mulia. Berbanding pemimpin dan parti politik yang peralat rakyat dengan janji manis semasa pilihan raya, itu barulah benar-benar hina.

Suara Politik
Belantan

Titah Sultan Perak - Tolak pihak langgar sempadan adab dan adat!

Sultan Nazrin muizzuddin Shah ketika bertitah dalam Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-163 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak, semalam. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (kanan).

KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah rakyat menolak golo­ngan yang melanggar sempadan adab dan adat yang dipelopori individu dan organisasi yang disifatkan sebagai buta huruf terhadap sejarah negara.

Titah baginda, perbuatan mahu mengetepikan adab sehingga memijak adat semakin ketara oleh mereka yang longgar pegangan adat dan kosong fahaman adab­nya.

Ini kerana golongan itu mempunyai pengetahuan cetek tentang tamadun bangsanya, minda budaya pelarian dan minda terapung-apung serta tidak ada akar budaya sehingga melanggar adab dan menyisihkan adat.

Berikut ialah titah ucapan Sultan Nazrin dalam Mesyuarat Dewan Negara Negeri Perak ke-163 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar semalam:

Istiadat pertabalan ini bukan satu pesta untuk bersuka-suka dan berpesta-pesta. Beta amat sensitif akan aspek perbelanjaan dan pada setiap kali disembahkan taklimat, beta memperingatkan ahli-ahli jawatankuasa agar dipastikan elemen bermewah-mewah dan bermegah-megah dihindarkan daripada berlaku.

Istiadat ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperingatkan kembali warga akan sejarah negara bangsanya yang memiliki tamadun dan telah membina tamadun bangsa, berlandaskan adab - bertiangkan adat.


Sebagai sultan yang telah dipilih oleh mesyuarat Dewan ini pada 28 Mei 2014, beta wajib memenuhi tanggungjawab untuk memelihara adab dan adat yang telah diwariskan turun-temurun sejak daripada Sultan Perak yang pertama.

Setiap negara ada adabnya. Adab melibatkan aspek-aspek mo­ral, perilaku, perbuatan baik, kesantunan, kesopanan dan kemanusiaan. Malah, kemajuan sesebuah negara bergantung pada warga yang mengamalkan disiplin tinggi, kesusilaan terpuji, beradab sopan terhadap negara dan menghormati lambang kedaulatan negara.

Setiap warga ada adatnya, ditakrifkan secara umum sebagai satu aturan cara hidup, prinsip pegangan dan kepercayaan yang timbul daripada pemikiran lalu mempengaruhi tingkah laku. Adat adalah hukum norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat.

Dalam bahasa Melayu lama, adat sebenarnya merujuk kepada undang-undang yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi, malah undang-undang samudera. Hukum adat adalah hukum yang berlandaskan kebiasaan turun-temurun. Kerana adat itu secara konvensyen dianggap sebagai undang-undang, lahir pepatah dalam masyarakat Melayu, yang sedia mati anak daripada mati adat. Pepatah ‘Biar Mati Anak, Asalkan Tidak Mati Adat’ memperlihatkan masyarakat Melayu amat menghormati undang-undang.

Undang-undang sama sekali tidak akan dikompromikan walaupun yang melakukan kesalahan itu adalah anak sendiri. Adat ialah peraturan hidup, adat ialah gagasan kebudayaan. Masyarakat dan anggota masyarakat yang menghormati dan menghargai adat adalah masyarakat dan anggota masyarakat yang hidup bertatacara.

Adat berfungsi membentuk sebuah masyarakat berdisiplin yang maju, dinamik dan progresif. Adat itu mencerminkan jiwa dan keperibadian sesuatu masyarakat - jiwa dan keperibadian sesuatu warga - jiwa dan keperibadian sesuatu bangsa.

Oleh itu, Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV ini adalah istiadat yang dianjurkan dengan tujuan untuk menziarahi semula adab dan adat negeri beraja - rakyat bersultan, agar semangat kenegaraan dan semangat ketatanegaraan dapat difahami, di apresiasi dan dihayati oleh rakyat jelata.

Ia bukan istiadat semata-mata untuk batang tubuh individu seorang Raja, tetapi ia adalah istiadat menabalkan raja yang bertakhta, lambang kedaulatan negara - payung penyatuan warga; sementara Raja Pemerintah pula turut diamanahkan dengan tanggung jawab sebagai pelindung dan pemelihara (protector and custodian) kepada adab, adat dan budaya bangsa.


Raja yang ditabalkan itu adalah pemegang watak utama untuk menghubungkan tradisi dengan modenisasi, menghidupkan kembali sejarah dan keagu­ngan tamadun bangsanya, yang telah dibina melalui amalan budaya yang penuh adab lagi beradat, mengandungi komponen-komponen kekayaan sejarah, keagungan tamadun, kehalusan budi dan keindahan bahasa, lalu dijadikan asas untuk membangunkan sebuah negara bangsa yang berdisiplin, maju, moden lagi progresif. Ia menjadi amat relevan, bertambah relevan malah semakin relevan ketika masyarakat kini sedang berhadapan dengan pelbagai perbuatan subversif budaya dan sabotaj budaya.

Kebelakangan ini, perbuatan mahu mengetepikan adab malah memijak adat semakin kelihatan; perbuatan yang dipelopori oleh kalangan yang buta huruf atau illiterate terhadap sejarah negaranya, kalangan yang cetek tentang tamadun bangsanya, kalangan yang berminda budaya pelarian, (refugee minded culture); minda yang terapung-apung, minda yang tidak ada akar budaya lalu melanggar adab dan menyisihkan adat; mengingatkan Beta kepada pantun Melayu lama:

Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.

Terlalu mahal - terlalu berharga untuk tamadun yang telah dibina dan tercatat dalam sejarah bangsa untuk boleh dibenarkan dirompak, dirampas, dimusnahkan dan dinyahkan dari bumi bersejarah ini kerana perbuatan yang dicetuskan oleh individu dan organisasi tertentu yang longgar pegangan adatnya dan kosong fahaman adab­nya.


Individu dan organisasi yang cerdiknya tidak boleh diikut dan dungunya tidak boleh diajar tetapi bernafsu besar untuk memperkenalkan orde baharu dan tatacara baharu; berkelakuan sumbang tidak bertempat, mempromosikan budaya yang sangat asing dan bercanggah dengan adat dan adab bangsa yang selama hari ini amat mengutamakan sifat santun dan hormat serta suasana rukun lagi harmoni. Bangsa perlu disedarkan untuk menolak perbuatan pencerobohan bu­daya yang semakin melanggar sempadan adab dan adat daripada terus berlaku. Bangsa tidak boleh dibenarkan menjadi warga yang tidak bertamadun, miskin adab - papa adat.

Istiadat pertabalan ini adalah peristiwa yang wajib diusahakan secara bersama untuk membina jati diri rakyat daripada diresapi oleh racun-racun yang mahu memusnahkan tamadun bangsa.

Beta mentakrifkan acara-acara yang Beta akan alami sepanjang istiadat pertabalan ini adalah acara-acara yang dapat menyediakan ruang membawa Beta mengenali lebih dekat - lebih rapat majoriti rakyat di negeri Perak Darul Ridzuan, rakyat daripada pelbagai strata sosial dan ekonomi, rakyat dari pelbagai agama, rakyat dari pelbagai kaum dan rakyat daripada pelbagai lapisan usia.

Istiadat pertabalan ini hendaklah dijadikan platform untuk rakyat disatukan dalam semangat kenegerian dan kenegaraan, menerima dan menghormati perbezaan, sama-sama berazam untuk teguh bersatu dalam kepelbagaian, membina negara bangsa yang bertamadun lagi dihormati.

Semoga Allah Subhanahu Wa­ta’ala akan mengurniakan rahmat dan kesejahteraan kepada rakyat dan negeri ini. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala senantiasa memberikan hidayat, petunjuk dan panduan membolehkan Beta menyempurnakan amanah dengan adil lagi saksama.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, April 11, 2015

Sultan tidak berkenan slogan ‘Kita Lawan’ Azmin!



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan dengan langkah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang menggunakan slogan ‘Kita Lawan’ bagi Kontinjen Selangor dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2016.

Titah baginda, slogan itu telah digunapakai dan diadaptasi oleh sebuah parti politik dan ternyata bertentangan dengan peranan sukan sebagai platform perpaduan.

Baginda turut membuat peringatan supaya badan-badan sukan, atlet dan para penyokong mengetepikan fahaman politik dan tidak membawanya ke dalam pentadbiran sukan.

“Beta tidak mahu masyarakat umum tersalah tafsir atau meng­anggap bahawa Kontinjen Selangor mencampur-adukkan atau cuba berpolitik dalam sukan.

“Beta berpendapat adalah lebih baik Kontinjen Selangor untuk Sukma 2016 mencari slogan lain yang lebih bersemangat dan dapat berbangga mewakili negeri Selangor serta tidak mempunyai kontroversi yang boleh membawa nama baik kepada para atlet, pasukan dan negeri Selangor yang kita kasihi ini,” titah baginda.


Baginda bertitah demikian dalam Majlis Anugerah Sukan Negeri Sela­ngor 2014 yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Selangor, Ami­rudin Shari, di sini malam ini.

Sultan Sharafuddin memulakan titahnya malam ini dengan menjelaskan bahawa baginda jarang memberikan titah ucapan di majlis-majlis Anugerah Sukan Negeri Se­langor sebelum ini namun berbuat demikian kerana ingin memberikan amanat dan pesanan demi pemba­ngunan sukan negeri.

Sebelum ini, baginda pernah mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan mahu perjanjian penstrukturan perkhidmatan air di negeri Selangor dimuktamadkan dengan segera.

Dalam titah ucapan itu, baginda turut melahirkan kebimbangan terhadap kemunduran sukan negeri Selangor apabila gagal menyerlah dalam banyak arena termasuk kejohanan Sukma serta kegagalan pasukan bola sepak Selangor menjuarai Piala Malaysia, malah tidak layak sampai ke peringkat akhir.


Sedangkan titah baginda, kerajaan negeri telah banyak menyediakan kemudahan sukan sama ada ‘indoor’ atau ‘outdoor’ di setiap daerah termasuklah kemudahan bagi sukan bola sepak dan badminton yang merupakan sukan popular dalam kalangan rakyat.

“Apa yang membimbangkan beta ialah akhir-akhir ini beta dapati pentadbiran dan pengurusan beberapa kelab dan persatuan sukan di Selangor menghadapi masalah dalaman yang mengakibatkan ke­gagalan dan kemunduran sukan.

“Negeri Selangor telah mencapai tahap negeri maju, tetapi akhir­-akhir ini bidang sukannya telah merosot dan mundur serta tidak mengikuti kemajuan yang dicapai oleh negeri Selangor,” katanya.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin bertitah, pengurusan kewangan di sesetengah persatuan sukan juga didapati banyak menimbulkan masalah yang serius disebabkan kurang perancangan jangka panjang dan tidak mempunyai peruntukan kewangan yang seimbang.

Titah baginda, keadaan yang negatif itu jika berterusan akan melemahkan semangat para atlet dan pemain yang akhirnya akan menjejaskan prestasi mereka.

Suara Politik
Belantan

Azmin tidak layak jadi negarawan - Khalid?


Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap penggantinya, Mo­hamed Azmin Ali tidak layak menjadi negarawan kerana masih bermain retorik dan sandiwara politik da­lam isu membabitkan rakyat.

Abdul Khalid berka­ta, sikap Mohamed Az­min itu dapat dilihat dalam isu pembatalan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) baru-baru ini. Menurutnya, keputusan tersebut ternyata tidak kena dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan khusus­nya dalam Jadual Ke­sembilan yang menetapkan bidang kuasa dan prerogatif bagi kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan sama ada di bawah senarai Persekutuan, negeri atau bersama.

“Berdasarkan jadual tersebut, amat jelas bahawa projek Kidex terletak di bawah bidang kuasa penuh Kerajaan Persekutuan memandang­kan perkara-perkara berkaitan komunikasi, pengangkutan serta kontrak di bawahnya termasuk dalam senarai Persekutuan.

“Hakikatnya, skop dan capaian bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal-ehwal berkepentingan awam sangat meluas dan hampir mutlak.

“Dalam pembangunan infra­struktur dan kemudahan awam, peranan kerajaan negeri tidak lebih daripada memberi nasihat dan tiada kuasa menolak projek Kerajaan Persekutuan. Malah, walaupun sebarang perkara berkaitan tanah di bawah senarai negeri, perancangan pembangunan bandar dan desa masih tertakluk di bawah senarai bersama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam masa sama, Abdul Khalid turut meragui serta berasa aneh dengan tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membatalkan projek lebuh raya tersebut kerana pembatalan itu tidak membabitkan langsung perjanjian yang ditandatangani antara syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan pada 16 November 2013.

Selain itu, katanya, terdapat percanggahan hujah oleh kerajaan negeri yang mendakwa syarikat konsesi gagal mematuhi semua syarat ditetapkan dalam tempoh diberi sehingga 14 Februari lalu sedangkan syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan mendakwa sebaliknya.

“Berpandukan krisis Kidex, kita tidak dapat menolak kemungkinan pelabur swasta akan berfikir berulang kali sebelum membuat keputusan melabur di Selangor khususnya dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan awam,” ujar beliau lagi.

Suara Politik
Belantan

Khamis, April 09, 2015

Air : MB diselar pertahan tanah bukan milik kerajaan negeri Selangor?


SHAH ALAM - Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor hari ini menyelar Menteri Besar Mohamed Azmin Ali kerana bertindak mempertahankan tanah Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan Semenyih sebagai milik kerajaan negeri.

Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berkata, tindakan menteri besar itu akan menyebabkan perjanjian utama penstrukturan semula industri air tertangguh dan gagal dimuktamadkan.

"Kerajaan negeri tidak sepatutnya menyenaraikan aset milik Kerajaan Persekutuan sebagai aset kerajaan negeri.

"Tindakan itu hanya akan menyebabkan perjanjian tersebut tidak boleh dikuatkuasakan kerana bertentangan dengan Kanun Tanah Negara," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.

Beliau berkata, status tanah LRA Bukit Nanas dan Semenyih sehingga kini tidak dapat diputuskan kerana perjanjian utama penstrukturan semula industri air masih di peringkat rundingan.

"Walaupun kedua-dua aset tersebut disenaraikan dalam perjanjian (air), tetapi ia masih di peringkat proses rundingan...ini kerana perjanjian air itu belum pun dikuatkuasakan," katanya.

Kerajaan Selangor mendakwa tanah LRA Bukit Nanas dan LRA Semenyih merupakan milik kerajaan negeri seperti mana yang disenaraikan dalam perjanjian utama penstrukturan semula industri air yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan pada 12 September lepas.

Mohamed Azmin berkata, penyenaraian aset tanah itu dibuat bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mohamed Azmin berkata, isu tanah tersebut punca pihaknya membatalkan rundingan penstrukturan yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan sebelum bersetuju untuk berunding semula pada 23 Mac lepas. - BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Selasa, April 07, 2015

Remaja ‘100 tahun’ meninggal dunia?


UNITED KINGDOM – Remaja yang menghidap progeria, Hayley Okines meninggal dunia Khamis lalu pada usia 17 tahun.

Berita itu disahkan ibu Hayley sendiri iaitu Kerry Okines menerusi status muat naik di Facebook.

“Anak kesayangan saya kini berada di tempat yang lebih baik. Dia menghembuskan nafas terakhir di dakapan saya pada pukul 9.39 malam,” ujarnya.

Yayasan Penyelidikan Progeria turut memuat naik status menyatakan berita yang sama beberapa jam kemudian.

Memetik laporan BBC, Hayley baru sahaja pulang ke rumah dari hospital sehari sebelum itu kerana menghidap radang paru-paru (pneumonia).

Bapa kepada Hayley menyatakan bahawa ‘kepulangan’ Hayley ke rumah itu mungkin untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya.

Progeria adalah satu gangguan genetik yang sangat jarang berlaku. Ia terjadi kepada 125 kanak-kanak di seluruh dunia. Menurut USA Today, progeria menyebabkan Hayley meningkat usia lapan kali lebih cepat daripada biasa.


NIH melaporkan antara simptom mereka yang mengalami progeria adalah keguguran rambut, ketidakupayaan menaikkan berat badan, dan mempunyai ciri-ciri yang menyerupai orang yang tua, yakni penuaan di wajah.

Hayley sebelum ini digelar ‘remaja 100 tahun’ oleh para media di United Kingdom. Gadis istimewa itu sebelum ini diramal tidak akan hidup melepasi usia 13 tahun.

Sepanjang hidupnya, Hayley aktif membantu dalam mewujudkan kesedaran terhadap penyakit yang dihadapinya.

Selain dijadikan ujian untuk beberapa jenis ubatan di Amerika Syarikat, Hayley turut menulis memoir semasa berusia 14 tahun malah terus membuat penampilan untuk memberi inspirasi kepada orang lain.

“Jauh di sudut hati, saya tidak berbeza daripada sesiapa. Kita semua manusia,” ujar Hayley dalam bukunya, Old Before My Time.

Kredit gambar : dailymail, pixgood

Suara Politik
Belantan

'Serangan Tun M terhadap Najib ada agenda' - Salleh Said Keruak?


1. Akhir - akhir ini, Tun Dr Mahathir Mohamad makin sinis. Saya baca tulisan terbarunya dalam blog. Sekali lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jadi sasaran kritiknya.

2. Dari pengamatan saya, komen-komen Tun M ini menjurus untuk memberi tekanan kepada Najib. Beliau berulang-ulang bercerita mengenai isu negatif. Inilah cara dan strateginya. Niatnya agar masyarakat mempercayainya. Yang terbaru beliau cerita mengenai isu bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar. Kenapa hal itu dibangkitkan lagi sekarang?

3. Dalam kebanyakan tulisan-tulisan Tun M sebelum ini pun, beliau menyasarkan kepada Najib. Beliau seolah-olah cuba memberi andaian dan persepsi negatif umum terhadap Najib. Sebab itulah, saya katakan bahawa niat Tun M di sebalik tulisannya itu boleh dipersoalkan!

4. Tun M berulang kali dan kerap melemparkan tuduhan terhadap Najib agar masyarakat percaya yang Najib itu sangat teruk. Ini propagandanya semata-mata. Malah, kritikannya hanya menimbulkan masalah tambahan kepada parti dan tidak membantu menyelesaikan masalah parti.‎

5. Bagi saya, kritikan-kritikan serta serangan Tun M dan kumpulannya yang semakin kuat terhadap Najib akhir-akhir ini ada agenda politik yang besar. Sebab itu, mereka memberi tekanan berterusan kepada Najib dengan membangkitkan pelbagai isu menerusi pelbagai kaedah dan platform.

6. Apapun, saya pasti Najib tidak bersendirian dalam mendepani cabaran ini. Beliau mempunyai cara tersendiri mengurus dan mentadbir negara. Zaman kini berbeza berbanding era Tun M dahulu.

7. Najib memahami keadaan persekitaran dan pasti mengambil kira semua pandangan, termasuk pandangan Tun M dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan Najib sebagai Perdana Menteri sesuai dengan tuntutan semasa.

8. Najib adalah ahli politik yang sudah teruji. Beliau menghadapi suasana politik yang berbeza dan pemikiran pengundi tidak sama seperti dahulu. Dalam keadaan sedemikian, pemimpin yang bergelar negarawan sepatutnya mencari jalan membantu parti. Tuntutan mereka untuk menukar Najib bukanlah satu penyelesaian, sebaliknya akan mencetuskan perpecahan dalam parti.


9. Saya kira bacaan politik Tun M silap dan tersasar. Ini kerana susana politik pada zamannya berbeza dengan sekarang. Hari ini saingan politik lebih sengit daripada zaman Tun M dulu. Pengundi kini mendapat maklumat dari sumber yang pelbagai.

10. Yang pasti, pengundi akan memihak kepada BN kerana mereka boleh melihat parti pembangkang kini dalam keadaan kucar-kacir dan tidak mampu mentadbir negara.

11. Oleh hal yang demikian, Tun M sepatutnya menyokong usaha-usaha mentransformasi negara yang dibawa Najib walaupun dia mempunyai pendekatan yang berbeza.

12. Jika Tun M berterusan mengkritik BN dan Najib secara terbuka, masyarakat akan melihat Tun M seolah-olah bersekongkol dengan musuh-musuh tradisi politik beliau sendiri.

13. Yang jelas, pimpinan Najib jauh mengatasi cara Tun M dahulu. Pimpinan dan pendekatan Najib yang bersifat terbuka disenangi, diminati dan jadi `favourite' orang Sabah dan Sarawak, kerana dia memahami denyutan nadi rakyat di kedua-dua negeri itu.

14. Mengambil kira semua isu ini, maka saya percaya hanya Najib yang terbaik memimpin. Secara peribadi, saya tegaskan bahawa BN akan kalah kalau bukan Najib mengetuai PRU14 akan datang.

15. Sabah dan Sarawak berasa lebih senang dengan Najib kerana beliau memahami aspirasi kami. Beliau mengiktiraf sokongan kami dengan memberi jawatan-jawatan Menteri yang penting kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak, malah memberi peruntukan besar untuk kedua-dua negeri di Borneo ini.

16. Dari persepsi politik, Najib sedar terhadap realiti 56 kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak membantu bagi penubuhan kerajaan pada hari ini.

SALLEH ‎SAID KERUAK
Penulis ialah Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak adalah Speaker Dun Sabah

Suara Politik
Belantan

Sabtu, April 04, 2015

Ada sebab kubur Nik Aziz dipagar?


KOTA BHARU - Anak kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan pagar yang dibina di kubur ayah adalah bertujuan untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah.

Nik Mohamad Abduh bagaimanapun menafikan ia dibina oleh keluarga, sebaliknya ia adalah atas hasil usaha penduduk kampung dan murid Nik Abdul Aziz.

Biarpun pagar itu dibina tanpa pengetahuan mereka sekeluarga, namun Nik Mohamad Abduh berkata dia dan keluarga tidak kisah kerana ia dibuat dengan tujuan yang baik.

Beberapa hari lepas, sekeping gambar yang menunjukkan sebuah kubur dipercayai kubur Allahyarham Nik Aziz dipagari besi berwarna hijau, tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, April 03, 2015

Anwar gagal lagi - Permohonan ke Parlimen di tolak?


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ketua Pengarah Penjara yang tidak membenarkannya menghadiri sidang Parlimen.

Ini berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen Anwar untuk dibebaskan daripada hukuman selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan tersebut dalam kamarnya yang dihadiri peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar dan Peguam Kanan Persekutuan Amarjit Singh yang mewakili KDN dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar.

Suara Politik
Belantan

Rabu, April 01, 2015

Kenapa Pas masih kekal dalam PR?


Penganalisis akui masih tidak faham mengapa Pas masih meneruskan kerjasama dalam PR sedangkan telah berulang kali ditekan rakan dalam gabungan tersebut.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, Pas sepatutnya mengambil keputusan yang menunjukkan bahawa mereka tidak bergantung kepada DAP dalam membuat sebarang keputusan.

"Mereka sedang tarik tali. Ungkapan seperti ini umpama DAP mahu Pas keluar dan Pas pula mungkin tidak mahu lagi membuat keputusan untuk keluar kerana, kenapa perlu (keluar) hanya disebabkan tekanan DAP?

"Jadi, saya pun tidak faham kenapa mereka main tarik tali antara satu sama lain sebab ia melibatkan kewibawaan parti masing-masing," katanya disini hari ini

Menurutnya, semakin lama krisis itu berterusan, maka makin ramai pihak akan terus mempersoalkan tentang hubungan mereka dalam PR.

"Pas perlu ambil tindakan yang bersesuaian dengan tuntutan parti, ideologi parti dan juga maruah parti sendiri. Saya tak tahu kenapa Pas melengahkan untuk membuat keputusan berhubung kedudukan dalam PR.

"Semakin lewat, semakinlah ramai yang persoalkan kenapa dibiarkan terus ditekan DAP? Saya tak tahu bila Pas akan buat keputusan yang sepatutnya sudah pun membuat keputusan," katanya.

Menyentuh soal ramalan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam yang menyebut Pas akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang, beliau menyifatkan ramalan itu masih awal.

"Pilihanraya dalam tiga atau empat tahun lagi. Jadi, DAP juga bergantung kepada Pas dan Pas juga sebelum ini bergantung pada DAP untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu.

"Kebergantungan itu mungkin terjejas tapi sejauh manakah ia akan memberi kesan hanya kepada Pas itu, saya rasa masih terlalu awal," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohammad Fuad Othman berkata, pendirian Pas jelas konsisten sejak dulu untuk terus bersama PR malah berpegang janji setakat ini.

Namun katanya, pihak yang mengeruhkan keadaan adalah DAP, yang telah bertindak memutuskan hubungan dengan orang nombor satu Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Pada pandangan saya, Pas ini sejak dulu lagi mereka konsisten mengatakan bahawa Pas masih lagi bersama PR. Cuma yang nampak memutuskan hubungan ini adalah DAP.

"Jadi, persoalan yang timbul hari ini adalah, apakah PR itu boleh bersaing dengan BN pada PRU tanpa Pas? Maknanya, kalau sekiranya PKR dan DAP merasakan mereka punya kekuatan yang cukup, mungkin mereka akan menolak keluar Pas sebab Pas tak pernah cakap dia nak keluar," katanya.-SN

Suara Politik
Belantan

Hudud Pas : Kenapa nak salahkan UMNO?


Memualkan apabila membaca kenyataan sesetengah pemimpin Pas khususnya daripada golo­ngan Anwarinas yang mengaitkan perbalahan politik antara parti itu dan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud mempunyai kaitan dengan UMNO.

Masalah yang berlaku sekarang ialah penentangan keras DAP yang disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap usaha Pas untuk membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi membolehkan Akta Mahkamah Syariah 1965 dipinda untuk diselaraskan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) Kelantan.

UMNO tidak pernah menghalang hasrat Pas untuk berbuat demikian ia dibuktikan di peringkat DUN Kelantan. Wakil rakyat UMNO memberi sokongan sebulat suara kepada enakmen tersebut manakala di peringkat pusat, kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi laluan kepada Pas untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat.

Puak yang menghalang dan menentang hasrat Pas bukannya UMNO tetapi kawan baik Pas iaitu DAP. Pemimpin yang menghina Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan pelbagai tuduhan adalah pemimpin DAP bukan pemimpin UMNO.

Yang memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi bukan UMNO tetapi DAP. Yang bersekongkol dengan DAP menghalang usaha Pas me­laksanakan hukum hudud bukan UMNO tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Oleh itu kenapakah ada segelintir pemimpin Pas menuding jari kepada UMNO apabila Pas bertelagah dengan DAP? Kenapa mahu mendesak pucuk pimpinan UMNO menyatakan pendirian parti itu terhadap hukum hudud sedangkan kepemimpinan Pas sendiri kecut perut untuk mendesak DAP supaya memahami perjuangan Islam Pas?

Kalaupun hendak mengalih isu berikutan perbalahan antara Pas dan DAP, gunakanlah hujah-hujah yang lebih bernas, jangan membuat kenyataan sedap mulut sahaja kerana rakyat bukannya boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya.

Mereka tahu parti yang dilayan bagaikan ‘melukut di tepi gantang’ dalam pakatan pembangkang ialah Pas, mereka memahami parti yang maruahnya terus diinjak-injak dalam kerjasama tersebut ialah Pas dan mereka juga mengerti parti yang sanggup menggadaikan prinsip perjuangan semata-mata mahu menjaga hati PKR dan DAP ialah Pas.

UMNO tidak ada kaitan dengan pakatan pembangkang. UMNO tidak mempunyai hubu­ngan apabila DAP dan PKR mahu menjalani kerjasama dengan Pas walaupun mereka tahu antara ketiga-tiga parti mempunyai perbezaan ideologi perjuangan yang berbeza, oleh itu apa hal pula UMNO disalahkan apabila mereka berbalah?

Para pemimpin Pas perlu belajar menerima hakikat dan bercakap atas nama kebenaran untuk mengakui bahawa kerjasama dalam pakatan pembangkang selama ini hanya retorik dan hipokrasi kelas tertinggi yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga parti terlibat.

Isu hukum hudud yang berlaku menjadi bukti, justeru hentikan ‘kerja-kerja bodoh’ dengan menyalahkan UMNO dalam apa juga masalah yang menimpa pakatan pembangkang!

Suara Politik
Belantan