Khamis, Oktober 09, 2014

Benarkah Azmin yang luluskan Octoberfest?


Kerajaan ne­geri semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bersama empat Exco Pas tidak pernah meluluskan permohonan penganjuran festival minuman keras, Octoberfest.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu juga tidak pernah dibawa dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Sehubungan itu jelasnya, dakwaan Octoberfest diluluskan semasa pentadbiran Abdul Khalid adalah tidak benar.

"Terdapat tuduhan Octoberfest diluluskan ketika pentadbiran Abdul Khalid dan empat Exco Pas. Ini adalah tidak benar.

"Ia tidak pernah dibawa kepada mesyuarat Exco," katanya dalam akaun Twitter miliknya hari ini.


Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor merupakan salah seorang daripada empat Exco daripada parti itu yang terus setia bersama Abdul Khalid selepas pemecatan enam Exco DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kemelut jawatan Menteri Besar sebelum ini.

Tiga lagi Exco Pas terbabit ialah Sallehen Mukhyi, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Dr. Halimah Ali.

Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu pada 23 September lalu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Semalam, UMNO Selangor melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri membenarkan papan tanda mempromosikan Octoberfest dipamerkan secara terang-terangan di bandar raya ini.

Pesta arak tersebut bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan kemuncak acara itu akan diadakan dari 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

Unknown berkata...

Kalaula Octoberfeast ni masa BN dulu, menyalak sakanla segala puak PAS seluruh Malaya kutuk UMNO.

Ingat lagi masa judi piala dunia yang nak diberi lesen? Tiap2 lepas jumaat puak-puak ni buat demo terjerit-jerit macam beruk tuduh Najib Bapak Judi. Sekarang apa macam? Pakai serbanpun minum beer ka??

salleh berkata...

Itu yg aku sedih..... bila rakan dlm pakatan sndiri yg sokong maksiat.... PAS buat2 bodo. Apa nk jdi PAS ni.