Ahad, September 30, 2012

PRU-13 : Pas Bakal Tersungkur Di Kelantan?



Pilihanraya yang bakal menjelang, PAS Kelantan akan tersungkur. Bagi seorang penyanyi, di dalam setiap album yang dirakamkan mesti ada ‘killer song’, iaitu lagu ‘membunuh’ yang boleh membuatkan albumnya meletup di dalam edaran. Begitu juga halnya dengan strategi BN/UMNO di Kelantan. Pilihanraya akan datang ini, PAS akan tersungkur. Ini bukan suatu spekulasi politik yang angkuh atau sengaja dibuat untuk melemahkan semangat politik penyokong PAS atau bagaimana?

Apapun yang sedang dibicarakan tentang spekulasi politik, golongan rakyat bawahan dan perbualan di kedai kopi, UMNO Kelantan masih terlalu jauh untuk menewaskan PAS malah ada juga pendapat mengatakan untuk mengekalkan kerusi yang sedia ada juga UMNO belum tentu dapat melakukannya.

Alasan yang diberikan mudah dan sederhana saja, sebilangan rakyat Kelantan masih mahukan pemerintahan Islam mendominasi Darul Naim. Malah lebih jauh dari itu, ada pendapat mengatakan majority rakyat Kelantan masih mahukan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan.


Pun begitu ada juga mengatakan ‘enough is enough’, sudah cukup bagi PAS memerintah Kelantan, tidak ada satupun sumbangan besar yang diberikan kerajaan pimpinan PAS ke arah peningkatan sosio-ekonomi rakyat negeri itu.

Lebih jauh dari itu, ada juga pendapat mengatakan PAS tidak akan mendapat keyakinan dari rakyat negeri ini kerana PAS ketandusan isu untuk diketengahkan bagi menagih undi simpati dari rakyat negeri ini.

PAS tidak ada modal politik yang cukup kuat untuk kesekian kali bagi meraih simpati dan emosi rakyat agar memberi undi mereka kepada calon-calon PAS yang akan bertanding di setiap 43 DUN Kelantan tidak lama lagi.

Keadaan ini barangkali ada persamaan dengan senario politik Sabah lebih sepuluh tahun yang lalu. Sebelum BN diumumkan memenangi 31 kerusi DUN dan PBS memenangi 17 kerusi DUN, tidak sedikit di kalangan penganalisis politik, wakil berita asing meramalkan BN akan kalah teruk pada PBS tapi spekulatif ternayata gagal kerana keadaan bertukar sebaliknya.

Lalu di dalam senario politik Kelantan, hal-hal Sabah, apa yang terjadi di Sabah barangkali juga akan berlaku di Kelantan kerana ‘politic is the art of impossible’. ‘Politic is the art of mission impossible’!

Sebagai manusia politik yang politiknya sudah lama berakar umbi dalam jiwa, penulis melihat dengan tajam bahawa kerajaan negeri pimpinan PAS tidak mempunyai arah tuju dan orientasi perjuangan PAS terhadap rakyat negeri ini. Dalam soal air Kelantan, jelas PAS sudah tunduk. Walaupun masih ada pemimpin PAS cakap besar, itu dinamakan politik.


Jika dalam tempuh dua puluh tahun, PAS gagal untuk mengemukakan suatu gagasan meningkatkan sosio ekonomi rakyat negeri ini, apakah pemimpin yang ketandusan idea ini wajar lagi diberi undi? Ini merupakan suatu pertanyaan politik dan boleh membelah degup jantung penikmat dan pencandu politik negeri Kelantan.

Di sini diturunkan sebab-sebab dan alasan yang tertentu kenapa PAS perlu berundur dan perlu kalah kepada BN dalam pilihanraya kali ini.

1. UMNO hari ini bukan UMNO yang telah dilahirkan PAS dalam dua pertandingan pilihanraya 1990 dan 1995 lalu. UMNO hari ini sudah bertukar wajah. UMNO Kelantan hari ini bukan saja mahu merampas kerusi dari kerajaan pimpinan PAS malah UMNO mempunyai perancangan yang jauh lebih rapi untuk direalisasikan menjelang musim pilihanraya yang akan tiba tidak lama lagi.

2. Golongan neutral, yang akan memberi sumbangan 30 peratus kepada jumlah undian juga dijangka akan memberikan undi mereka kepada BN. Ini adalah kerana mereka sudah tahu, sepanjang sembilan tahun di bawah pemerintahan PAS, PAS tidak mampu berbuat banyak ke arah memoden dan memajukan Kelantan. Sebagai alternatif politik, mereka terpaksa memilih BN.

3. Golongan generasi baru, khususnya golongan belia berumur antara 21 hingga 25 tahun, yang telahpun mendaftar sebagai pengundi dikatakan akan memberikan undi mereka kepada BN. Harapan golongan ini, mereka akan mendapat peluang pekerjaan jika lebih banyak kilang-kilang dibina di negeri ini. Bagi golongan ini perjuangan yang dilaungkan PAS tidak penting.

4. Apa yang penting bagi mereka adalah perjuangan ‘menjaga perut’, jika perut lapar mereka tidak dapat berjuang! Berdasarkan tinjauan semasa, golongan ini tidak terpengaruh dengan PAS kerana PAS tidak mampu memberikan mereka apa yang dinamakan ‘perjuangan mengisi perut’!

5. Kaum wanita bekas ahli PAS sendiri akan berjuang habis-habisan memastikan kemenangan calon BN di dalam pilihanraya kali ini. Ini adalah kerana sebagai orang lama dan berpengaruh dalam politik, mereka juga akan bekerja keras bagi memastikan BN akan kembali memerintah di negeri ini. Kemenangan BN di bumi Kelantan nanti adalah kemenangan bersama.

6. Pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN), juga diramalkan akan bermain politik secara senyap dan diam bagi memastikan BN menawan Kelantan dari PAS. Sebagai manusia terpelajar, sudah tentu mereka akan dapat menilai bahawa PAS adalah parti politik yang tahu bercakap dan tidak mampu berbuat apa-apa.

7. Golongan IPT, IPTS juga dilihat sudah letih akan perjuangan PAS. Mereka dilihat akan memilih BN dalam pilihanraya kali ini kerana BN mampu berbuat sesuatu untuk Kelantan. Dan golongan ini yang menjadi penasihatkepada orang tua mereka, akan menasihatkan orang tua mereka supaya memberikan undi kepada BN.

8. Pengundi baru yang baru mendaftar juga dilihat mempunyai kecenderungan untuk memilih BN. Bagi mereka hanya BN yang mampu dan mentadbir negeri dengan baik. Di samping mempunyai peruntukan kewangan besar dari pusat, pemimpin-pemimpin BN juga terbukti mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

BN mampu mengubah, Janji Ditepati..!!!

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: