Ahad, Mac 11, 2012

Rafizi tidak sedar dia hanya ‘LEMBU’ yang boleh dikorbankan bila-bila masa!


Sebelum ini pun telah ramai pejuang tegar PKR yang dulu sanggup bermati-matian, keluar masuk penjara demi mempertahankan parti tersebut dan Ketua Umum anugerah tuhannya, telah meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan dan hala tuju parti yang berlainan sama sekali sewaktu mula ditubuhkan.

Maka itu tahun demi tahun, kepimpinan PKR bersilih ganti dengan muka-muka baru mengambil tempat.

Rafizi Ramli, budak muka jambu yang punya sejarah taksub dengan Anwar sejak 1995 inipun tiada beza. Tapi dibandingkan dengan yang lebih lama darinya seperti Ezam, Anuar Shaari, Dr. Chandra Muzaffar dan banyak lagi, Rafizi setakat ini tidak berjaya membuktikan apa lebih pada dirinya, melainkan mukanya yang jambu dan moustache free (takde misai) - syarat wajib bagi jantan yang rapat dengan Anwar.

Hari ini Rafizi sanggup buat apa saja demi Anwar termasuk menjadi fronline dalam hal mensensasikan pelbagai jenis pembohongan yang boleh mendatangkan keuntungan politik kepada PKR.

Terbaru dalam soal kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan wang rakyat untuk mengadakan majlis pertunangan anaknya Jun tahun lepas.

Terbukti dokumen yang ditunjukkan oleh Rafizi semalam hanyalah quotation dari pihak hotel, bukan resit yang mengesahkan bahawa pembayaran dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Kalau nak support tuduhan kata kerajaan bayar, mestilah tunjuk resit pembayaran dan dokumen-dokumen sokongannya, baru betul PENDEDAHAN.

Itu satu hal, satu hal lagi, zaman-zaman orang percaya video boleh diedit ini pun (tukar muka dengan orang lain), masih ada yang percaya dokumen sekeping dua yang ditunjukkan Rafizi semalam.

Penulis harap, Perdana Menteri tidak akan berlembut dengan Rafizi kali ini kerana tindakannya nampak sudah jauh melampau. Setakat nak kondem dirinya dan isteri, itu adalah lumrah biasa politik, tapi kalau sampai membabitkan anak-anaknya yang tidak berkecimpung langsung dalam politik, penulis rasa itu sudah melampau.

Apa jadah perjuangan politik PKR yang kononnya antara termatang dalam Malaysia ni kalau inilah contoh yang cuba nak ditunjukkan? Nak politik tu politik ajelah, nak babitkan anak beranak orang tu apahal pulak? Lainlah dengan Anwar, anak dan isterinya memang aktif dalam politik dengan masing-masing memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Presiden parti.

Kok depa semua ni terbabit dalam polemik politik, itu memang patut. Itu menunjukkan perjuangan PKR tidak ada etika dan matlamat yang jelas, melainkan nak angkat Anwar jadi Perdana Menteri, along the way, apa yang patut diredah, diredah juga, pedulikanlah sama ada betul atau tidaknya.

Amat memalukan sebenarnya politik yang semacam ini. Penulis rasa media pro Pakatan harami pun sependapat dengan penulis, sebab itu tidak ada yang ingin memanjangkan so called ‘pendedahan’ Rafizi semalam. Apatah lagi bila Pejabat Perdana Menteri pun cepat bertindak dengan mengeluarkan kenyataan segera.

Percayalah, hari-hari mendatang ini akan membuatkan Rafizi sedar bahawa dia hanya digunakan untuk kepentingan politik sementara. Anwar hanya mencari lembu yang boleh dikorbankan buat gulai setelah yang sebelumnya angkat kaki tinggalkan parti dan Rafizi pula kebetulan datang menyerah.

Lagi bagus kata Anwar, “anak lembu muka jambu…I like!!!!”

MyKMU
Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

Wak Labu Farm berkata...

yang banyak bela lembu tu UMNO aje, itu yang Wak tau