Ahad, Mei 09, 2010

Aku pun Melayu, tapi biadap : Keghairahan Zaid memerangkap diri!




















Zaid Ibrahim seharusnya tidak marah apabila beliau disifatkan biadab kerana dilihat menghina titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai larangan berpolitik di masjid dan surau.

Sememangnya atas alasan apa sekali pun, Zaid yang cuba menunjukkan kepakarannya dalam bidang undang-undang tidak berhak membuat ulasan mengenai titah Sultan Selangor. Baginda telah mengeluarkan titah, justeru semua pihak perlu mematuhinya termasuklah orang luar seperti Zaid yang cuba mencari rezeki politik di negeri baginda.

Zaid tidak perlu berhujah dari segi undang-undang kerana bagi orang Melayu, setiap titah raja-raja selagi ia tidak melanggar hukum-hakam agama dan dianggap nasihat yang baik-baik, maka mereka perlu mematuhinya.

Justeru, tidak perlu Zaid cuba mencetuskan polemik baru dalam arena politik negara dengan membangkitkan soal titah Sultan Selangor. Tambahan pula Zaid bukanlah anak Selangor tetapi anak Kelantan yang pada bulan lalu secara tiba-tiba ingin menabur bakti kepada rakyat di Hulu Selangor.

Kalau benar Zaid hendak mengabadikan diri dalam arena politik di Selangor kerana maklumlah beliau pun sudah menyatakan telah berpuluh tahun tinggal di negeri itu, maka belajarlah menghormati peraturan negeri itu.

Kita faham Zaid mungkin ingin membalas jasa baik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah membersihkan imej Zaid di kalangan ahli Pas apabila merestui pemilihan Zaid sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April lalu.

Penulis yang membuat liputan pilihan raya itu memahami bahawa 'restu' daripada Nik Abdul Aziz amat penting kerana kesalahan Zaid terhadap Pas bukanlah kecil. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menentang pelaksanaan hukum hudud oleh kerajaan Kelantan. Walaupun kemudiannya perkara itu tidak dibawa ke mahkamah, namun ia sudah cukup melukakan hati penyokong Pas. Oleh itu, Zaid cuba membalas budi Nik Abdul Aziz dan dalam keghairahan itu, ia memerangkap diri sendiri.

Isu titah baginda mengenai larangan tersebut sebenarnya sudah reda, apabila Nik Abdul Aziz pun sudah menerangkan bahawa beliau tidak berhasrat mempertikaikan titah berkenaan. Tetapi secara tiba-tiba, Zaid muncul seolah-olah ingin menjadi 'peguam tidak dijemput' apabila mempertahankan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dengan menegaskan Nik Abdul Aziz tidak melanggar titah Sultan Selangor.

Walaupun dalam tulisannya, Zaid cuba berlapik dengan menulis, "Saya yakin baginda berniat ikhlas dan jujur..." tetapi keseluruhan tulisan itu menunjukkan ada kecenderungan Zaid mempersoalkan adakah wajar titah baginda dipatuhi atau tidak.

Kalau Zaid tidak mempunyai niat sedemikian, kenapakah beliau menggunakan ayat berikut: "Titah itu, adalah pendapat peribadi baginda. Ia bukan arahan, perintah atau 'decree.' Dalam sistem Raja Berperlembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman raja-raja Melaka dahulu.

Menurut Perlembagaan, apa-apa kehendak baginda mestilah disalurkan melalui Majlis Agama Negeri yang bermesyuarat dan keputusan mesyuarat itu akan diwartakan atau dijadikan 'gazette' tentang apa-apa peraturan yang dikira perlu seperti mengeluarkan fatwa yang sah dan sebagainya. Pendapat sultan hanyalah pandangan peribadi. Sekurang-kurangnya, ia boleh dianggap sebagai nasihat yang baik - untuk semua pihak, bukan bagi mana-mana individu atau kumpulan sahaja."

Oleh itu, Zaid tidak boleh melenting kalau pelbagai pihak kini menghentam beliau habis-habisan kerana dianggap menghina titah sultan dan bersikap keterlaluan seolah-olah menggambarkan Sultan Selangor sebagai seorang sultan yang tidak berpelajaran.

Mungkin Zaid gembira kerana apa yang beliau bangkitkan sudah menjadi polemik dan ini sekali gus diharapkan akan meningkatkan imej beliau di kalangan ahli-ahli Pas. Namun ia bukanlah bermakna Zaid sudah diterima sepenuhnya oleh Pas.

Semua orang tahu perangai Pas yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi mencari kuasa politik, ia termasuklah 'memaafkan' orang seperti Zaid, yang suatu ketika dulu menyamakan sikap Pas dengan parti-parti bertopengkan agama yang lain seperti Parti Likud di Israel dan Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang percaya mereka dipilih Tuhan untuk memerintah dunia.

Zaid juga pernah menuduh Pas tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan dan meminta kerajaan mengharamkan Pas.

Bagaimanapun Zaid perlu faham, tidak semua orang Melayu adalah ahli Pas dan tidak semua orang Melayu berpolitik seperti beliau apatah lagi berperangai seperti beliau. Oleh itu, kalau pun Zaid hendak menjadi 'jagoan baru' kepada PKR dan sekali gus menambah jumlah 'ayam sabung' bagi Penasihat parti itu, Anwar Ibrahim, janganlah sampai dilihat menghina institusi raja-raja.

Kalau Zaid berhasrat untuk terus bermastautin di Selangor dan bercita-cita mencari rezeki politik di negeri itu, maka hormatilah segala titah ucapan sultan serta patuhilah undang-undang negeri Selangor terutamanya apa yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam apa juga perkara dan tindakan yang hendak beliau lakukan.- SBUM

Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

Mordecai Kucai berkata...

Konon Zaid sedia berjumpa Sultan Selangor kerana kenyataannya dalam blog dia sendiri. Surat kabar nari beritau.

Dah dah lah cakap macam orang mabuk. Macam pulaklah blog dia menggunakan bahasa Zulu.

Cari peluang lagi nak jumpa Sultan. Lu sapa? Cukup lah maaf di akhbar. Awak tu ahli politik sampah ada hati nak jumpa Sultan.

Ni lah Melayu zaman sekarang yang tidak mengaku Melayu. Sentiasa nak tukar kerugian kepada keuntungan.

Mahu ke tuanku jumpa Zaid yang ahli politik kelas rendah ni.

Kalau camtu blogger lain kalau kutuk kenyataan sultan selangor boleh lah dapat jumpa Sultan. Syok lah camtu...

Mengaku di akhbar sudah... jangan nak mencemar duli tuanku pula...

Unknown berkata...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片