Selasa, Mei 18, 2010

Apakah PAS sedang di SEKULAR kan oleh Pakatan Rakyat!

PAS bersekongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM. Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahfuz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS.

Nik Aziz sanggup menangis semasa berdoa dihadapan ribuan penyokong di stadium pada pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

PAS sedang berarak ke arah SEKULAR dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya ikhlas untuk perkembangan Islam. Niz Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS bersekongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kearah kecelakaan besar.

PKR telah pun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam seperti yang di suarakan oleh bekas ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan lagi oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 2008, antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk peribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.

Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam.

Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya.

Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam. Bayangkan Tian Chua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah SEKULAR. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.

DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.

Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar dan terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.

Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.

Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak sebelum ini. Sebab itu jelas kita dapat lihat sekarang mengapa DAP walaupun menguasai kerusi pembangkang di parlimen, tetapi masih tetap mahukan Anwar sebagai ketua pembangkang!

Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR ( bagi yang sedar percaturan politik DAP ) pada pilihanraya ke12 kononya untuk perubahan, tetapi sudah mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Seolah-olah apa yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.

Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyanggah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam? Fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

Abu Faiq berkata...

Assalaamu 'alaikum sdra Belantan & sdra2 Muslim yg melayari blog ini,

1 Definisi sekular [sekularisme] boleh berbeza2 bergantung pada objek perbincagannya. Namun, secara umumnya sekularisme adalah: sebuah ideologi yg memisahkan agama [kepercayaan] dari kehidupan [fashlu ad-deen 'anil khayah].

2 Dari pandangan lslam, sekular [sekularisme] bermaksud menjalani aktiviti kehidupan dlm segala bidangnya, spt; politik, ekonomi, pendidikan, sosial, undang2, sstem bernegara & pemerintahan, budaya, diplomatik, pentadbiran dsb, dgn memisahkan semuanya dari hukum2 / peraturan2 agama [syara']; yg juga bermakna bahawa kehidupan di dunia ini tidak ada hubung-kaitnya dgn kehidupan akhirat.

3 Berdasarkan definisi syari'i [2] itu, dlm aspek bernegara &
berkerajaan, meskipun di negara yg diperintah oleh kaum Muslim & majoriti rakyatnya umat lslam, hukum2 syara' [syariat] tidak akan & tidak boleh diberi tempat utk berfungsi sebagai peraturan [prlembagaan & undang2] yg mngurus negara & kehidupan rakyat. Sebagai ganti, dibuatlah undang2 yg dikehendaki oleh rakyat [melalui wakil2 mereka di dewan legislatif] sesuai dgn keinginan & keperluan mereka [rakyat]. lnilah hukum2 [undang2] sivil. Malaysia termasuk negara yg mengamalkan sistem hukum sivil ini.

4 Dari pandangan lslam, hukum2 buatan manusia ini [hukum sivil] termasuk apa yg diistilahkan hukum thaghut.

5 Kerananya juga, tidak ada & tidak boleh dibenarkan mana2 parti politik yg mahu mengambil bahagian di dlm negara yg mengamalkan ideologi sekular ini, bergerak utk meneggakan hukum2 agama, termasuk utk menegakkan syariat lslam, sebagai dasar & matlamat perjuangannya, kerana berbuat demikian bertentangan dgan perlembagaan yg telah disepakati.
Agar dapat ikut serta, parti itu hendaklah akur kpd setiap ketetapan perlembagaan, atau dihukumi sbg pertubuhan haram. Pada waktu ini, semua parti politik yg bergerak di negara ini menepati ketetapan sistem ini - sistem sekular - sejak dari pemilihan penguasa [pilihan raya perwakilan] hingga kepada pembuatan & pelaksanaan hukum2nya.


5 Yg demikian, mana2 satu parti dituding sebagai sekular, sebenarnya tidak berbeza dgn yg menuding.

6 Di negara ini, lslam [meskipun agama rasmi negara] - selain yg diperundang2kan oleh mahkamah syariah - HANYA BOLEH dibenarkan oleh perlembagaan utk diamalkan secara individu [private life], BUKAN sebagai sistem yg mengatur kehidupan bernegara & pemerintahan secara total [kaffah].

Wallahu a'lam.

paktam berkata...

SEkULARISME DAN PENTADBIRAN SISTEM KEADILAN ISLAM
1-Apa yang saya faham Sekularisme berasal dari kata-kata 'to Ceaser is to Ceaser, and to god is to god" atau sepertinya ( mungkin dari Bible)dan ini wujud pada zaman Katolik Rom lagi. Pada ringkasnya bermaksud pentadbiran negara dan pentadbiran agama dipisahkan.
2-Mengikut sejarah Islam yang saya fahami susah hendak dinukilkan apa sebenarnya yang diperintah oleh Maha pencipta, Allah swt, berkenaan sistem kehakiman dalam konteks Siasat Syar'iah dalam masyarakat majmuk. Ini kerana terdapat riwayat yang menceritakan dalam satu kes perbicaraan, Rasulallah saw telah memberi peluang kepada seorang yahudi memilih sama ada diadili mengikut undang-undang Islam atau adat mereka oleh mereka. ( Ini hanya nukilan saya semata-mata dan bukan terjemahan dari mana-mana Hadith) Yang jelas umat Islam wajib menerima semua hukum dan hukuman mengikut syari'at Islam.
3-Pada permulaan zaman selepas Hijrah di Madinah terdapat masyarakat majmuk mengandungi orang yang beriman, orang-orang yahudi dan orang-orang nasrani. Diriwayatkan pelbagai masalah telah ditimbulkan oleh orang-orang yahudi, dan ini boleh diqiaskan bahawa adalah sukar untuk mentadbir sesuatu masyarakat majmuk (Ini bukan bermakna pentadbiran Rasulallah itu lemah tetapi peristiwa ini ialah sebagai satu pengajaran kepada umat Islam.)
4-Dalam konteks masyarakat Malaysia, terdapat dua sistem kehakiman,iaitu sistem kehakiman sekular dan sistem kehakiman Islam tetapi terhad. Dalam konteks sistem kehakiman Islam terhad ini pula ada beberapa hukum yang innovatif, dan tidak terdapat dalam humum Islam asal.
5-Untuk mendapat matlamat murni iaitu mewujudkan sistem kehakiman Islam sejati, sekurang-kurangnya untuk umat Islam, banyak perkara perlu dilakukan seperti pendidikan kepada semua umat Islam itu sendiri, bahkan kepada pegawai-pegawai jabatan agama, dan juga kepada bukan Islam supaya negara tetap damai dan aman. Pada pendapat saya kita perlu meneruskan membina sistem kehakiman Islam, walaupun sedikit demi sedikit (berasaskan kepada qias bahawa hukum haram arak diturunkan berfasa pada zaman Rasulallah.)
Jika tersilap dan tersalah faham adalah dari saya, dan harap dapat teguran
Saya yang sangat da'if

Abu Faiq berkata...

Salam, Paktam. Sekadar utk bermuzakarah sesama Muslim...

1 Dlm poin [2] itu, sebenarnya Yahudi yg meminta penghakiman drp Rasulullah SAW atas kesalahan mereka, bukanlah warga [rakyat] Negara [Daulah] lslam di Madinah. Mereka datang dari wilayah di luar takluk/kekuasaan Madinah, tetapi telah mendengar tentang keadilan lslam yg dilaksanakan oleh Rasulullah SAW di Madinah. [Dikisahkan kerana mereka tidak berpuas hati dgn penghukuman di negara mereka sendiri]. Oleh krana mereka bukan warga Daulah lslam, Allah telah mewahyukan kpd Nabi SAW sama ada menghukumi mereka dgn hukum lslam, atau jika tidak, berpaling saja dari mereka, iaitu membiarkan mereka berhukum dgn hukum agama [adat] negara asal mereka. Dan dalam kes ini Nabi SAW telah memilih jalan yg kedua, iaitu membiarkan mereka berhukum dgn hukum mereka. Tentu bukan demikian yg pasti Nabi lakukan ke atas pesalah2 itu jika yg mereka itu warga [rakyat] Negara lslam di Madinah sendiri.

2 Jika di dlm Negara lslam, i.e. negara yg ada 2 ciri khusus: [i] melaksanakan hukum syara' secara kaffah sebagai sistem undang2nya, & [ii] otoriti/ kekuasaannya pemerintahannya 100% di dalam tangan umat lslam, maka rakyatnya yg majmuk, yg pelbagai bangsa & agama, [kafir], apatah lagi yg Muslim, diwajibkan hanya
tunduk patuh berhukum dgn hukum2 syara' [syariah] yg menjadi undang2 negara.lni berdasarkan firman Allah, maksudnya;

[i] "Dan hendaklah engkau [wahai Muhammad] menjalankan hukum [undang2] antara mereka dgn apa yg telah diturunkan oleh Allah, [hukum2 syara'], dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, & berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu drp sesuatu hukum yg telah diturunkan Allah kepadamu" [al-Ma'idah [5]:49],

Juga ditegaskan lagi oleh firman Allah maksudnya;

[ii] "Sesiapa yg tidak menghukum dgn apa yg telah dirurunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yg kafir [terhadapnya]" [al-Ma'idah (5):44], dan

[iii] "Sesiapa yg tidak menghukum
dgn apa yg telah diuturunkan oleh
Allah, maka mereka itulah orang yg zalim" [al-Ma'idah (5):45], juga

[iv] "Sesiapa yg tidak menghukum dgn apa yg telah diturunkan oleh
Allah, maka mereka itulah orang yg
fasiq" [al-Ma'idah (5):47]

3 Bukankah mustahil bagi Nabi SAW berhukum dgn yg selain hukum2 Allah [syariat] ketika baginda SAW menjadi pemerintah/ ketua Negara lslam di Madinah yg masyarakatnya pun tidak kurang majmuknya drp masyarakat [rakyat] di Malaysia sekarang ini.

4 Jadi, amat jelas sekali, dari sirah Nabi dlm bernegara &
pemerintahan, kaum fakir WAJIB mentaati hukum syara' [syariah] yg menjadi undang2 Negara lslam, meski mereka tidak dipaksa memeluk lslam, serta diberi kebebasan dlm segi makan-minum, beribadah, berbudaya dan berinteraksi sesama merak mengikut keparcayaan mereka.

5 ltulah toleransi lslam. Namun berhukum sebagai rakyat Negar lslam, mereka wajib tunduk patuh kdp hukum Allah, sebab hukum Allah bukan HANYA umat Muslim, bahkan oleh seluruh manusia & jinn.

6 Sukar kita membayangkan & komprehensifnya & kejernihan pelaksanaan syariat sebegini kerana tidak ada sebuah negeri umat lslam pun yg sewajah persis dgn Negara lslam di Madinah itu.

7 Wajib bagi kita berjuang mengemabalikan tegaknya Daulak lslamiyyah di atas jalan kenabian itu, kerana selagi tidak, dosa akibat gagal melaksanakan fardhu menegakkan syaraiat itu terpikul di atas bahu kita.

8 Kerana itu hanya Daulah Khilafah saja solusinya, buujan negara-bangsa seperti negeri2 umat lslam yag berpacah-belah spt sekarang.

Wallahu a'lam.