Rabu, Ogos 12, 2009

Tetamu yang tidak diundang memalu gendang !

Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Hanya berkata ini akan sebabkan dituduh bersifat perkauman. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia, kita terpaksa imbas semula sejarah.

Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu.

Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India, Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Disebabkan politik peribadi ahli poltik yang mempunyai kepentingan peribadi dan agenda dalam melemahkan kuasa Melayu dalam pada yang sama telah mengelirukan pemahaman kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh nenek-moyang mereka, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Lebih malang lagi, Majlis Peguam kini telah menjadi seakan sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya. Kini bangsa Melayu telah menjadi semakin dihimpit dan sedaya upaya menangkis serangan terhadap pencabulan kontrak sosial yang telah dimertai sekian lama.

UMNO sebagai pejuang kepada bangsa Melayu demi menegakkan agama Islam dan Melayu khasnya harus merapatkan barisan untuk mempertahankan tanahair tumpah darah iaitu Tanah MELAYU, MALAYa dan MALAYsia dari diporak-perandakan.

Suara Politik
Taminsari

11 ulasan:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam bro,

satu artikel yang menarik dan patut dibaca oleh golongan muda terutamanya. Memberi lebih kefahaman tentang kontrak sosial.

ajijasin berkata...

salam alaikum...

nikol ajis ni bagi aku memang
tok guru yg dah tak boleh dibuat rujuk pasal AGAMA ISLAM!!!

ntah apa apa yg dicakap...
ntah apa apa yg dihamburkan
dari mulut dia ni!!!

dia sedar tak apa yg dia cakapkan tu!!!
dia waras tak apa yg keluar dari mulut dia tu!!!

dia skrg telah membentangkan
permaidani utk
DAP KAPIR HARBI MASUK CAMPUR DALAM HAL EHWAL KESUCIAN AGAMA ISLAM!!!

dia sekarang telah membuka pintu seluas luasnya utk
DAP KAPIR HARBI MEMGHENTAM DAN MEMBELASAH MENGHINA KESUCIAN AGAMA ISLAM!!!

TIADA APA LAGI HALANGAN UTK
DAP KAPIR HARBI MEMPEROLOKKN MENGHINA AGAMA ISLAM!!!

KERANA DAP KAPIR HARBI TAK PEDULI
APA YG AKAN DIJAWAB DAN BANTAHAN OLEH PARA ULAMA ISLAM YG LAIN!!!
APALAGI DIBANTAH OLEH ORG MELAYU KESELURUHANNYA!!!

SEMEMANGNYA NIKOL AJIS!!!
TELAH MENGHIDANGKN SATU MALA PETAKA
YG AKAN MENYEBABKN PERTELINGKAHN ANTARA AGAMA DAN KAUM!!!

MAKA BERSIAP BERSEDIALAH BANGSA MELAYU!!!

AGAMA AKU JANGAN NGKAO LUDAH!!!
MAUT PADAHNYA!!!
RAJA SULTAN AKU JANGAN NGKAO LANGKAH!!!
SANGGUP BERTIKAM BERLEMBING!!!
BERCERAI NYAWA DARI BADAN NGKAO NANTI!!!

eXception berkata...

DAP: Nick Ajisz wa mau hina Islam muleh kaa?
Nick Ajisz: Buleh jah, jangey demo kutuk PAS pulok
DAP: Lu tarak marah ka?
Nick Ajisz: Ambo nok maghoh wat gapo, ambo ni Isle, bukey nyo Islam...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

YANG GAMBI berkata...

Salam bro,

Sejauh mana puak-puak bacul ni nak memahami artikel tuan... bagi mereka lebih suka dengar Nik Aziz berfatwa dari membaca....

Arif Omar berkata...

menarik sekali tulisan ini. selamatkan tanah melayu ini. hidup melayu

Anonymous berkata...

Salam alayk' kepada tuan blog yang mulia.. Tuan blog mungkin berniat baik dan mempunyai peribadi yang baik tapi menyokong pihak yang tidak baik seperti BN khususnya UMNO merupakan satu sikap yang kurang baik. Tuan blog telah menerangkan kontrak sosial dalam entri blog tuan dgn detail sekali namun tentu tuan blog nampak perubahan secara halus yang dilakukan oleh pemimpin BN terhadap kontrak sosial ini..

Yang pertama, saya nak tegur sbb blog tuan ini lebih bersifat perkauman. Penulisan tuan nampak ingin memecahbelahkan antara melayu dan cina. Pada saya, Islam menitikberatkan keadilan kepada semua bangsa tidak kira cina, india atau melayu. Berapa sgt nilai melayu yang tuan blog agung2kan di padang masyhar kelak?? Tuan blog mungkin kurang mempunyai pengetahuan mengenai fiqh siasah islamiyyah (kefahaman politik Islam) jadi tidak hairanlah tuan blog menghina perjuangan PAS.

Yang kedua dari segi fakta sejarah, tuan blog perlu tahu kemerdekaan malaysia tidak mungkin berjaya tanpa bantuan para ulama' dr PAS spt Dr. Burhanuddin Al-Helmy dll. Tunku Abd Rahman sendiri pernah berkata, "Macam mana kita nak merdeka jika sebatang jarum pun org melayu tak dapat hasilkan". Para ulama' dr Hizbul Musliminlah yang ketika itu membantu mengagalkan gagasan malayan union atas nama Islam sedangkan pimpinan UMNO pada waktu itu hanya tunduk kpd arahan British.

Yang ketiga, mengenai soal bahasa dalam kontrak sosial?? Knp diadakan dasar PPSMI?? PPSMI ini terang2 ditolak oleh pemimpin, cendekiwan bahasa dan rakyat kerana ia menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Ia lebih menyukarkan rakyat di pedalaman yang lemah dalam bahasa Inggeris sehinggakan guru2 di sekolah pun secara diam2 menolak dasar ini tp mereka terpaksa melaksanakan dasar ini.. Nak menguasai BI pun sukar, nak menguasai ilmu dalam BI lagi sukar.. Pemimpin BN tak pernah terfikirkah golongan rakyat di pedalaman?? Dasar ini juga bercanggah dengan kontrak sosial.

Kerajaan Malaysia memang kerajaan Islam, tp hanya setakat nama sahaja dan ibaratnya spt seorang muslim tp dia tidak melakukan kewajiban sebagai seorang muslim, maka dia hanya muslim dari segi nama sahaja.. Perlaksanaan syariat Islam tidak dilaksanakan kerana kejahilan pemimpin UMNO dalam agama Islam sehinggakan casino dibiarkan beroperasi di Genting, pusat perjudian dan maksiat berleluasa. Hukum hudud tidak dilaksanakan dalam perlembagaan. Hai, hukum hudud nie ada disebut dalam Quran. Kalo hudud ini pemimpin UMNO ckp xbleh laksanakan sbb berbilang kaum, zaman nabi banyak juga kaum syeikh ada Bani Quraizah, Qainuqa, Aus, Khazraj. Kalo nak laksanakan sedikit shj dr Quran, bermakna keimanan kpd Kitab ALlah dlm rukun iman belum settle lagi di kalangan pemimpin UMNO.

Sekarang nie banyak korupsi di kalangan pemimpin UMNO.. Tuan blog nak pertahankan pemimpin yang macam nie ka?? Tuan blog mungkin membela UMNO sbb tuan blog dibesarkan dalam 'bekas' UMNO dan pemikiran tuan blog dah didoktrinkan dgn slogan "UMNO shj boleh memerintah". Ini merupakan satu khurafat yang besar. Bagi PAS, kalo UMNO melaksanakan hukum Islam dari segenap aspek pemerintahan, PAS tidak akan membangkang bahkan lagi membantu namun hakikatnya pemimpin UMNO tidak boleh dipercayai lagi..

Kami anak muda dan biarpun kami dah didoktrinkan dgn UMNO sejak kecil, namun berkat ilmu yang kami belajar mengenai politik Islam dan ilmu2 Islam, maka kami akan tetap menanam niat utk menumbangkan rejim taghut iaitu UMNO.. Innallaha ma'ana.. Takbir!!

Taminsari berkata...

Salam buat sdr.anonymous.
Saya cuma nak sampaikan pesanan bekas MB Perak, Mohd.Nizar kepada saudara dan semua penyokong-penyokong PAS diluar sana..

“Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke ...dalam Perlembagaan PAS ... ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam,” tanya Nizar?

Dan saya berpendapat untuk menjadi seorang muslim yang baik, tidak semestinya perlu masuk PAS. Tepuk dada tanya selera..

Dan kepada sdr-sdr yang memberikan komen-komen yang bernas, terima kasih saya ucapkan.
Wassallam..

Taminsari berkata...

Ambil segala langkah perangi puak hina Islam.

TIBA masanya bertindak. Malah perang perlu diisytihar untuk memerangi pihak-pihak yang kini semakin berani dan secara terbuka mencemuh, memperli dan menghina Islam.

Berbekalkan senjata undang-undang, apa jua perbuatan berbau hasutan apatah lagi menghina Islam harus dikenakan tindakan tegas. Janganlah berlengah-lengah lagi.

Jangan biarkan kumpulan pelampau seperti itu terus tumbuh besar. Tunjukkan kepada mereka bahawa kenyataan mencemuh, memperli mahupun menghina Islam adalah sangat berbahaya kerana akibatnya akan menjadi terlalu buruk.

Alasan sukar mengesan jejak mereka dan memberikan amaran keras nampaknya tidak lagi menjadi senjata berkesan. Amaran seperti ini sudah banyak kali dipertegaskan.

Keadaan kini sudah semakin mengancam. Dengan 'bersembunyi' di sebalik keterbukaan alam siber, para pengacau keharmonian negara seperti tidak peduli lagi soal sensitiviti agama atau kaum.

Kumpulan pelampau ini seperti tidak peduli akan undang-undang yang boleh membawa mereka ke muka pengadilan dan berhadapan dengan hukuman berat.

Pengacau ini seperti tidak lagi sayangkan negara yang selama ini harmoni dan makmur kerana ada komitmen untuk saling menjaga sensitiviti antara kaum dan agama.

Kita ada Akta Hasutan. Negara juga mempunyai undang-undang di bawah Kanun Keseksaan. Malah ada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang sedia diguna pakai untuk memerangi pengacau ketenteraman negara ini.

Tentu sekali, dalam suasana sekarang ini peranan Kementerian Dalam Negeri sangat ditagih. Sudah banyak keluhan dan desakan dibuat. Kalaupun mungkin akan ada ahli politik yang bakal disiasat mahupun ditangkap, biarkanlah undang-undang yang menentukannya.

Menghina Islam juga menghina orang Melayu, menghina institusi raja dan Perlembagaan. Ini satu kesalahan serius. Ambillah segala langkah termasuk melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap mereka yang bertanggungjawab.

Jangan sekali-kali terlihat penguat kuasa seperti tidak berdaya menghadapi mereka. Ia boleh menjadi pendorong kepada kumpulan pelampau ini untuk semakin biadab dan terus bermain dengan api.

Dalam menghadapi situasi seperti ini, tentu sekali majoriti rakyat akan memberi sokongan penuh. Tidak mungkin mereka yang rasional dan berfikiran terbuka tergamak untuk mengeluarkan kata-kata yang boleh membawa negara kepada huru-hara.

Jumlah kumpulan pelampau ini tidaklah ramai. Jadi, tidaklah terlalu sukar untuk mengesan dan menahan serta melumpuhkan mereka. Kalau perlu perangkap mereka, perangkaplah.

Sebenarnya, ketangkasan pihak berkuasa mendakwa mereka yang mengedar komen lucah membabitkan Sultan Perak melalui sebuah laman web, Februari lalu telah terbukti.

Tetapi nampaknya gerakan pihak berkuasa menahan komen-komen keterlaluan dalam laman web belum cukup untuk menjadi pengajaran kepada kumpulan pelampau ini.

Jadi, tiba masanya untuk pihak berkuasa meningkatkan lagi pengawasan dan kemampuan bagi memastikan gerakan kumpulan pengacau keharmonian negara ini dapat disekat.

Mungkin dahulu kumpulan seumpama itu berlindung di hutan-hutan sebelum berbaur dengan kelompok masyarakat tetapi kini 'tempat perlindungan' mereka nampaknya lebih kebal.

Tetapi, ia bukan alasan untuk mereka terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang. Kalau mereka sentiasa ada cara, pihak penguat kuasa pula perlu terus mencari cara baru.

Salam perjuangan

Anonymous berkata...

Salam alayk' sekali lagi.. saya suka berkongsi ilmu bersama tuan blog.. apa yang tuan blog nyatakan ttg YB Nizar merupakan satu tuduhan yang salah dan itu disebabkan propaganda media massa perdana..

Berkaitan dgn pihak DAP.. Tok guru menjelaskan Kalau diperhatikan, UMNO juga dibiarkan dipijak oleh MCA dan MIC dan lain-lain parti terutama di sabah dan sarawak.

Cuba diperhalusi bebetul tuan.
Terkini dikatakan Nik Aziz benar DAP kutuk Islam. Mmg kalau sekali imbas dilihat begitu. Tapi klu dibaca betul, Nik Aziz kata, DAP dia kutuk Islam kerana pengetahuannya kurang dan akan ditarbiahkan melalui dalaman PR. Akan diberi pemahaman secara dalaman PR. Tapi UMNO, lagi teruk. Pemimpinnya (yg beragama Islam) boleh hina Islam dan sanggup meremehkan hukum Islm. Mana lebih teruk?? Orang Islam Hina Islam atau Orang bukan Islam hina Islam??. Fikir2kan..

torashah berkata...

Salam...Sdr
Bukan Melayu perlu insaf pengorbanan kaum Melayu

APABILA perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani hasil muafakat Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun V. T. Sambathan, peranan dan sumbangan kaum pendatang bukan Melayu yang selama ini menjadi antara tenaga penting dalam menggerakkan ekonomi Tanah Melayu diberi pampasan berupa pemberian status kerakyatan kepada lebih dua juta orang bukan Melayu.

Hak kerakyatan membawa implikasi besar sama ada hak untuk berpolitik dan apa juga hak sivil seperti mana yang dimaktubkan dalam konteks Perlembagaan Negara bagi memenuhi apa jua hak warganya.

Kesannya, bukan Melayu meskipun minoriti, dibuka laluan untuk menguasai ekonomi, diberi peluang terlibat sama dalam penggubalan dasar kerajaan menerusi konsep perkongsian kuasa seperti yang dilestarikan oleh Perikatan, kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional (BN).

Hak mengundi, bersuara, berpersatuan, bebas mengembang dan mempertahankan adat, budaya, amalan agama dan malah pendidikan melalui bahasa ibunda masing-masing.

Inilah uniknya Malaysia di antara sekian banyak negara di dunia. Meskipun usia kemerdekaan telah 52 tahun, namun majoriti penduduknya yang diwakili 67 peratus Melayu tidak pun pernah berasa iri hati di atas penguasaan ekonomi bukan Melayu dalam kekayaan negara.

Lantaran itulah sebagai seorang minoriti bukan Melayu berbangsa Siam, saya kira dalam usaha mengekalkan kestabilan dan keamanan, golongan bukan Melayu yang menjerit dan mendesak perkara yang bukan-bukan harus memahami inti pati dan kunci kepada soal kestabilan dalam sebuah negara masyarakat majmuk seperti Malaysia. Mesti wujud kesedaran untuk memahami dan menginsafi sensitiviti Melayu.

Dalam situasi aman seperti sekarang, sewajarnya elemen chauvinis, radikal bukan Melayu, isu menghina Islam, tuntutan melampau yang dilihat cuba mengambil hak Melayu, tunjuk perasaan atas nama ketidakpuasan hati tidak berlaku. Ini kerana banyak sudah yang diberikan kerajaan kepada bukan Melayu.

Saya sarankan penduduk bukan Melayu tidak menjadi alat bagi mana-mana pemimpin yang cuba memanipulasi perasaan mereka hanya untuk kepentingan kaum berkenaan. Inilah pentingnya meneladani dan memahami sejarah Malaysia.

Ironinya kunci kestabilan negara bangsa ini akan hanya bertahan selama mana hak majoriti tidak diusik dan dalam masa yang sama jaminan kepada minoriti tidak diambil balik.

bersambung

torashah berkata...

sambungan..
Prinsip pentingnya rangka Perlembagaan Malaysia sudah termaktub dengan jelas, pelbagai hak istimewa yang diberikan kepada Melayu adalah hak mereka yang sudah pun berlangsung sebelum penjajahan kuasa besar dunia. Malah apabila kolonialisasi berlaku, peruntukan ini dimantapkan misalnya skim MCS (Malays Civil Service) dan Tanah Simpanan Melayu yang digazetkan oleh British pada November 1913.

Bukan Melayu harus berfikir di luar kotak, membuat analisis bandingan, apa nasib minoriti di negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Myanmar?

Apakah taraf jaminan hidup mereka lebih baik berbanding bukan Melayu sebagai minoriti di Malaysia? Seperkara lagi, persoalan dominasi Melayu juga tidak harus timbul. Dominasi Melayu bukan bermaksud kaum bukan Melayu sebagai warga kelas kedua di negara ini.

Akan tetapi ia bermaksud kesinambungan apa jua legasi, kedaulatan yang dimiliki oleh kaum Melayu meliputi kemuliaan institusi rajanya, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, affirmative action dalam bidang ekonomi akibat terpinggirnya Melayu dalam arus pembangunan semasa penjajahan, kemuliaan Islam dan institusinya, serta peranan budaya Melayu sebagai teras yang mencorakkan landskap kehidupan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Saya kira, jika sejarah dijadikan iktibar, muafakat pimpinan terdahulu yang dijelmakan atas nama kontrak sosial difahami, maka masyarakat bukan Melayu di negara ini akan lebih insaf, menghayati malah akan berasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan pimpinan Melayu sebagai tonggak yang semenjak Merdeka mentadbir negara ini dan memastikan keamanan berterusan.

Lantaran itu manifestasi kepada kesemua usaha baik pimpinan Melayu sebagai teras kerajaan adalah melalui gagasan 1Malaysia. Sebagai satu bukti bahawa hak minoriti bukan Melayu akan tetap terpelihara, terjaga, selama mana mereka mampu dan mahu menginsafi serta menghormati hak-hak yang telah pun dipersetujui untuk diberikan kepada majoriti kaum Melayu.

Maka jika ini kesudahannya, tidak akan timbul lagi isu sensitif, cakap-cakap berhubung soal perpaduan, perkauman, chauvinis, elemen radikalisme yang boleh menyentuh sensitiviti kaum-kaum lain.

Hakikat yang harus diterima ialah Malaysia adalah negara majmuk unik di mana 'penyatuan rakyatnya' berteraskan prinsip dan falsafah unity in diversity.

Oleh itu, sebagai salah seorang anggota masyarakat minoriti Siam di negara ini, saya menyeru kepada kaum bukan Melayu yang lain, insaflah akan kebaikan pimpinan negara dan lebih berterima kasih kepada kerajaan sedia ada, kerana pimpinan ini sentiasa memikirkan kaedah terbaik dalam menjaga hak dan keperluan semua, sama ada anda minoriti mahupun majoriti.