Selasa, Ogos 04, 2009

Melayu jangan jadi bacul!

APA yang dikehendaki oleh orang Cina, India dan Pas ketika ini ialah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar. Bukannya keadilan dan demokrasi. Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh UMNO sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini boleh dicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP.

Saya mulai dengan imbas kembali beberapa tajuk besar muka depan Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia:

1. "Ketuanan Melayu Tercabar" - 13 April 2008.

2. "Henti Guris Melayu - Peringatan Sultan Azlan Shah kepada semua pihak" - 6 November 2008.

3. "Jangan Persoal - Ketuanan Melayu bukan jenaka yang boleh dipermainkan" - reaksi beberapa menteri kanan UMNO terhadap kenyataan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek - 30 November 2008.

4. "Bangkitlah Melayu - Bersatu hadapi tuntutan kaum lain yang makin keterlaluan" - 15 April 2009.

5. "Peringatan Sultan Azlan - Tindakan cemar institusi raja seperti menyalakan api dalam sekam" - 20 April 2009.

6. "Jangan Melampau - Pakatan pembangkang didesak hentikan tuduhan terhadap SPRM" - 20 Julai 2009.

Banyak lagi seruan dan desakan - dalam bentuk berita, komentar Awang Selamat dan pelbagai bentuk tulisan yang sangat keras dan tajam.

Semuanya merangsang bangsa Melayu bertindak mempertahankan maruah dan keutuhan bangsa.

Orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kumpulan Utusan Melayu yang selama ini sangat bersabar dan sentiasa sangat berhati-hati menjaga hati orang Cina dan India, sudah tidak boleh tahan lagi.

Kata Awang Selamat, "Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas PRU Ke-12."

Akan tetapi semua seruan dan amaran hanya tinggal dalam lipatan akhbar Utusan Malaysia sahaja. Orang Melayu tidak bangunbangun juga.

Pertubuhan Melayu - yang lama dan baru - hanya sekadar mengeluarkan kenyataan marah-marah dan membuat laporan polis sahaja.

GAPENA yang menganjurkan Kongres Perpaduan Melayu yang sangat besar dan penuh bersemangat pun, sampai sekarang tidak nampak sebarang tindakan.

Pemimpin UMNO, termasuk Pemuda pun sekadar mengeluarkan kenyataan dan amaran sahaja.

Serangan dan penghinaan pembangkang dan aktivis politik Cina dan India terhadap Melayu semakin menjadi-jadi. Mereka sengaja menunjukkan keberanian dan tindakan kurang ajar. Cuma mereka belum berarak dan membuka butang seluar seperti sewaktu Tragedi 13 Mei.

Melayu kini sudah jadi bangsa yang takut bertindak. Sultan dan Raja Muda Perak telah melangkah tradisi diraja, tampil ke muka menyampaikan beberapa titah yang sangat berani, tegas dan terus terang.

Memberi amaran kepada Melayu-Islam akan situasi politik kita yang sangat kritikal dan masa depan yang gelap.

Sultan Selangor dan Tengku Mahkota Kelantan menyertai tindakan Sultan dan Raja Muda Perak itu.

Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan "Kenyataan Akhbar Khas". Suatu amaran keras, yang belum pernah dibuat sebelum ini (Utusan Melayu, 17 Oktober 2008). Tetapi tiada apa-apa tindakan susulan. Maka kita pun jadi lupa.

Benarlah seperti peringatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lalu: "Orang Melayu mudah lupa". Penglibatan istana ini menunjukkan kemelut politik di negara kita sudah sangat serius. Memerlukan tindakan segera. Bukan hanya retorik kata-kata.

Situasi politik yang tergambar dalam imbasan akhbar inilah, saya rasa, membuat Dr. Mahathir pun tidak boleh tahan lagi.

Lalu dalam blognya pada 20 Julai lalu, beliau menyiarkan tulisan "Kaki Dalam Kasut". Artikel itu diserang oleh aktivis dan pejuang politik pembangkang Cina dan India sebagai suatu pemikiran yang rasis.

Tidak pelik beliau dituduh rasis. Meski pun Dr. Mahathir hanya menyatakan fakta-fakta sejarah yang benar.

Tuduhan rasis kepada pemimpin Melayu adalah salah satu senjata politik parti pembangkang yang amat berkesan untuk membunuh kuasa politik Melayu, yang sejak merdeka di tangan UMNO.

Apakah sebenarnya cita-cita orang Cina dan India - khususnya DAP yang disokong kuat oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Malah mereka turut mendapat sokongan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar sendiri.

Kumpulan ini berdemonstrasi dan memekik-mekik menuntut 'hak, keadilan dan demokrasi'.

Berpuluh-puluh tahun Anwar memegang kuasa besar dan menjalani kehidupan amat mewah dan berpengaruh dalam BN. Ketika itu tidak pernah pun beliau mempersoalkan hak, keadilan dan demokrasi.

Malah beliau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan. Ini baru beberapa tahun lalu. Tentu Anwar belum lupa.

Akhbar rasmi Pas, Harakah pada 5 Julai lalu menyiarkan tajuk besar "Pakatan ganti BN" dengan berita megah: "Himpunan perdana perpaduan 100,000 anjuran pakatan rakyat (pembangkang) di Petaling Jaya, 30 Jun lalu menjadi saksi betapa gabungan Pas, Keadilan (PKR) dan DAP terus mantap dalam usaha meneraju perubahan dan seterusnya menggantikan BN."

Turut dipaparkan ialah foto pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang bersalaman amat erat dengan Abdul Hadi sambil diperhatikan dengan penuh teruja dan megah oleh rakan lama saya, Anwar Ibrahim.

Memang patut benar dimegahkan kerana Anwar yakin tidak lama lagi beliau akan menjadi Perdana Menteri. Musuh lamanya dalam politik lama, sudah dipeluk erat dan mesra.

Bagi Nik Abdul Aziz, musuh yang berkekalan sehingga kiamat adalah "UMNO yang kafir". DAP dan Kit Siang tidak kafir! Pas sanggup memeluk Kit Siang. Juga kerana hendak mendapat kuasa memerintah. Demokrasi dan Islam hanya alat kempen sahaja. Siapakah yang munafik?

Menjadi parti pemerintah adalah hak semua parti yang menang pilihan raya. Berdasarkan jumlah calon Cina dan India dari pakatan pembangkang yang menang pada PRU 12 kita sudah dapat melihat betapa besar kuasa politik yang boleh mereka capai.

Buktinya jelas di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Dan apabila mereka berkuasa dan meminda Perlembagaan supaya Wilayah Persekutuan juga mengadakan pilihan raya, pastilah mereka akan memerintah ibu negara kita.

Datuk Bandar dan pegawai-pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang ada sekarang akan bertukar tangan.

Berdasarkan jumlah calon bukan Melayu yang akan menang pada PRU 13 nanti, sudah dapat dibayangkan berapa kementerian penting yang akan mereka pegang.

Siapa akan jadi Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Jabatan, pegawai-pegawai kanan dan Pegawai Daerah. Siapakah akan jadi pegawai kanan dalam pasukan polis dan angkatan tentera.

Saksikan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Hak Istimewa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru pun tidak akan ada lagi.

Strategi yang mereka pergunakan sekarang sudah nyata berjaya. Terus menyemarakkan isu rasis untuk menimbulkan "kemarahan dan kebencian" rakyat kepada apa juga kuasa yang ada kepada orang Melayu, termasuk kuasa mahkamah, polis dan tentera. Dan kuasa Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, apa pun yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan BN sukar sekali mengatasi "kemarahan dan kebencian" yang terus mereka bakar setiap hari. Mereka menggunakan kesempatan daripada apa juga isu, termasuk isu orang mati.

Anehnya ramai juga orang Melayu-Islam yang ikut benci kepada kuasa bangsa sendiri. Bangsa Melayu sudah menjadi bangsa yang tolol dan bacul. Dan "orang yang bacul, akan mati sebelum mati".

Walaupun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada kaum Cina, ramai juga orang Melayu mengundi beliau pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

Abdul Hadi pula berikrar "akan terus mengukuhkan pakatan pembangkang".

Benarlah bangsa Melayu yang memerintah sudah nak mati! Dan saya ingin bertanya Anwar Ibrahim: "Di manakah nanti duduknya kuasa politik Melayu dalam kerajaan pakatan pembangkang?"

Dalam artikel "Kaki Dalam Kasut", Dr. Mahathir mengingatkan: "Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan Tanah Melayu digugur dan cantuman negeri-negeri ini dinamakan Malaysia.

Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri dan orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar."

Apakah tindakan politik yang perlu kita buat sekarang? Demonstrasi atau laporan polis lagi?

Noor Azam - UM
Suara Politik Taminsari

6 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Melayu pas dan dap sanggup bersetongkol dengan kaum lain demi untuk mencapai cita-cita politik mereka..mereka akan menghalalkan perbagai cara untuk menyemarakkan lagi semangat penyokong mereka..mereka ini seboleh-boleh nya akan memperbodohkan penyokong mereka dengan menyarankan supaya penyokong mereka tidak mengikuti perkembangan semasa melalui media perdana..cuma penyokong diminta supaya mempercayai media mereka sahaja..

Itu lah bangang nya penyokong Pas dan PKR..mereka sebenarnya tau bahawa banyak kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin mereka tetapi disebabkan rasa malu disebabkan sudah terlanjurdan rasa ego menguasai diri..mereka sanggup membiarkan diri diperbodoh dan memperhambakan diri dan akan mencari berbagai-bagai alasan untuk membela pemimpin mereka..wahai melayu pas dan pkr...bangun lah dan sedar lah diri bahawa pemimpin kamu dah jauh terpesong...balik lah kepangkal jalan demi perpaduan melayu

Dee berkata...

Salam Saudara..

Satu artikel menarik dan agk terperinci. .Kpd melayu totok penyokong PR. .Adakah kamu sedar bhwa ada segellintir dari kaum2 lain di Malaysia ini yg amat membenci melayu.. Mereka tidak suka melihat dominan melayu dlm pemerintahan. Contoh ketara Hindraf.( Manoharan) .yg lantang mendesak kerajaan utk mengitktiraf bkn melayu dan pribumi sbgai bumiputera bkn itu saja malah dlm tuntutan saman mereka kpd British, Hindraf menuduh Umno/Melayu zalim. Kaum India di diskriminasi..penghapusan etnik terancang.Benar kah? kaum India hidup aman membiak beranak pinak dan makin bertambah jumlahnya mcm mana boleh dikatakan penghapusan etnik.. Kalau penghapuskan etnik berlaku kenapa pula Kerajaan membenarkan pekerja tenaga buruh dari Tamil Nadu bekerja di Malaysia?. Mereka dtg bekerja dan pulang ke India dlm keadaan sihat tak ada pun mereka ini di sembelih malah saya percaya rmai diantara mereka ini mengambil keputusan untuk terus tgl di Malaysia samada secara sah atau haram dan mungkin juga ada dikalangan mereka ini berjaya menptkan Mykad samada sah atau tidak kerana kaum india dari india ini saling tak ubah pun dgn india Malaysia.

Dap seperti kita ketahui memang tak pernah berubah ingin mengSINGAPOPEkan malaysia walau apa cara pun. Dap tidak pernah mengiktiraf malaysia negara islam,,sering mempertikaikan melayu sbgai penduduk asal tanah melayu.menidakkan hak melayu sbgai bumiputera.. Cina Dap ini bersifat Opurtunis sbb itu mereka sanggup bekerjasama dgn Parti Melayu Pas dan Pkr demi untuk mencapai tujuan asal mereka iaitu melenyapkan kuasa politlk melayu,institusi raja2 melayu dan apa saja yg bersangkutan dgn melayu akn dihapuskan atas dasar retorik Kesamarataan..

Bnyk tindak tanduk kaum2 ini yg meragukan seharusnya direnung dan di halusi. Ini bkn soal perkauman tpi kita berckp tentang survival melayu di tanah melayu sendiri. .

Untuk pengetahuan kita institusi raja2 melayu tidak mustahir akan runtuh seperti runtuhnya Institusi beraja Nepal.. Kaum minoriti tidak mustahir akan memerintah kaum majoriti seperti Di Singapora sendiri..

P/S: kpd pengendali blog .. Teruskan menulis dan salam perjuangan !

Pro Raja Nong Chik's berkata...

Bila dah peniaga dan pengunjung yg datang dari kampung-kampung dan luar KL untuk beli barangan persiapan kahwin, beli kain untuk raya dsb nya marah-marah, kelam kabut lah puak-puak PR menuding jari sana-sini mengalih isu.

Antaranya tuduh menteri wilayah buat anggaran palsu ttg kerugian peniaga. Di sini ada Menteri Wilayah merangkap Ketua UMNO Lembah Pantai menjelaskan tentang anggarannya.

http://prorajanongchik.blogspot.com/2009/08/raja-nong-chik-terangkan-anggaran.html

lebaikudin berkata...

If you are protecting your privileges more than your principle,eventually you'll lose both..

Taminsari berkata...

Salam buat saudara Anak Lenggong, Dee dan Pro Raja Nong Chik. Terima kasih diatas ulasan yang diberikan. Konklusi yang boleh dibuat disini adalah....KUASA..
PAS sanggup memperalatkan ugama Islam semata-mata untuk berkuasa. Ugama Islam menjadi mainan mereka. Tiada lagi kedengaran untuk menegakkan apa yang dikatakan mereka hendak menegakkan negara Islam kerana Nizar sendiri yang menafikannya? Jadi apa sebenarnya yang PAS perjuangkan...? Hanya KUASA semata-mata. Wallahuallam.

Taminsari berkata...

Semangat patriotisme yang sudah luntur menjadi punca mengapa orang Melayu terutamanya di kalangan generasi muda diperkuda menyertai perhimpunan haram menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Penganalisis politik dan Pensyarah Politik Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Ahmad Faiz Ahmad berkata, orang Melayu yang terlibat dengan demonstrasi itu tidak mempunyai nilai cinta kepada pemimpin dan negara.

Katanya, mereka bertindak sedemikian kerana tidak rasional menerima sesuatu maklumat sehingga sanggup membuat tindakan yang menyusahkan orang lain.

''Generasi muda yang saya maksudkan berusia 40 tahun ke bawah ini perlu disedarkan dengan kefahaman demokrasi yang betul.

''Mereka perlu ingat, sejarah di negara kita menunjukkan politik jalanan tidak pernah dapat menyelesaikan sebarang masalah,'' katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar kelmarin bahawa perhimpunan haram pada hari Sabtu lepas menyaksikan orang Melayu telah diperguna dan diperkudakan pihak tertentu untuk menentang ISA.

Noh juga menegaskan jika benar orang Melayu mahu berdemonstrasi untuk menghapuskan ISA, ia sepatutnya telah lama dilakukan iaitu semasa penahanan ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Jemaah Islamiah.

Sementara itu, Dr. Ahmad menambah orang Melayu yang datang ke demonstrasi tersebut perlu sedar bahawa mereka hanya menjadi alat kepada pemimpin parti pembangkang yang inginkan kuasa.

''Orang Melayu mesti bijak berpolitik dan mereka perlu tahu saluran yang betul untuk menyampaikan pandangan serta rasa tidak puas hati dalam satu-satu isu,'' katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa UUM , Profesor Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pendekatan demonstrasi jalanan sebenarnya adalah satu perkara yang sudah ketinggalan zaman.

''Pembangkang perlu ingat, rakyat sudah tidak semestinya boleh menerima tindak tanduk mereka pada setiap masa.

''Bagi saya, gelagat mereka ini boleh dinamakan 'politik terdesak', yang mana sanggup melakukan apa sahaja dan cara untuk mendapat simpati rakyat,'' jelasnya.

Katanya, rakyat di negara ini lebih cintakan keamanan daripada situasi politik kacau-bilau.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling pula berkata, tindakan pemimpin pembangkang yang menganjurkan himpunan tersebut bukan berniat untuk memansuhkan ISA tetapi mahu memesongkan perhatian rakyat daripada masalah dalaman mereka.

''Pembangkang sengaja mencari isu-isu besar bila lihat keyakinan rakyat kepada pucuk pimpinan kerajaan semakin meningkat.

''Jadi segala pergolakan dan masalah yang melanda pembangkang selama ini seolah-olah cuba dilindungi selain cuba memburuk-burukkan imej kerajaan,'' kata.

Jelas beliau, para penyokong pembangkang yang begitu taksub menyertai perhimpunan tersebut hanya diperalatkan oleh pemimpin mereka terutamanya kaum Melayu.

''Masihkah tidak sedar, tidak nampak pun penyokong dari DAP datang berpanas, bertempik dan berarak pada hari itu, yang ada adalah kaum Melayu,'' katanya.