Sabtu, Ogos 22, 2009

Hormati teguran Nik Aziz, jangan serang batang tubuh !

























ADALAH suatu yang malang apabila pentas kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir yang seharusnya dijadikan platform untuk mengetengahkan visi parti-parti yang bertanding lebih banyak dihiasi dengan serangan peribadi ke atas calon.

Ketika ini Pas yang kelihatan terdesak untuk mempertahankan kerusi tersebut dilihat terpaksa melakukan apa sahaja bagi mencipta kemenangan.Pas sememangnya memahami bahawa pertembungan di pilihan raya kecil itu melibatkan antara orang Melayu iaitu calon mereka dan calon UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman.

Seharusnya sebagai parti yang melaungkan perjuangan Islam dan sering memulakan ucapan dengan ayat-ayat suci al-Quran, Pas sepatutnya bersikap lebih beretika ketika berkempen.Tetapi apa yang dilakukan oleh Pas adalah bertentangan dengan tata susila dan etika berpolitik dalam Islam itu sendiri.

Satu demi satu serangan peribadi dilancarkan walaupun hakikatnya bukan itu yang seharusnya dilakukan kerana pilihan raya adalah bertujuan mencari calon terbaik bagi membela nasib rakyat.Keghairahan Pas melakukan tindakan berkenaan sudah tentulah bertentangan dengan pendirian Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau baru-baru ini membidas UMNO kerana menyerang peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kata Nik Abdul Aziz, sepatutnya yang dikritik adalah "parti dan bukannya batang tubuh Anwar". Tetapi nampaknya di Permatang Pasir, pemimpin-pemimpin Pas yang berkempen sudah melupakan teguran Nik Abdul Aziz itu.

Mereka terlalu ghairah untuk mencapai kemenangan sehinggakan kalau boleh apa sahaja isu peribadi yang berkaitan dengan calon BN akan 'ditelanjangkan'.Pas sedar mereka tidak ada modal lain, mereka tidak mampu memimpin kerana di Pulau Pinang, Pas bagaikan melukut di tepi gantang manakala di Selangor, Pas hanya menjadi 'pengikut' sahaja.

Begitu juga untuk menjanjikan pembangunan, Pas tidak berdaya. Jadi bagi meraih undi, Pas berharap dengan memburuk-burukkan calon BN, ia akan memberi kejayaan kepada mereka.Pas mungkin bimbang jika mereka menyentuh isu-isu lain, sudah pasti mereka akan diserang habis-habisan oleh BN. Apa yang berlaku di Perak dan Selangor sudah menjadi bukti bahawa kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang hanyalah sekadar pelengkap.

Oleh itu, ia mengalih isu terhadap kepincangan dan kelemahan mereka dengan melakukan serangan peribadi ke atas calon BN.Lagipun kalau Pas hendak berceramah soal pentadbiran dan pembangunan, siapa yang mahu dengar? Tetapi kalau Pas bercakap soal peribadi, ramai yang mahu mengikuti kerana sudah menjadi sikap orang kita yang sukakan perkara seperti itu.

Tetapi persoalannya apakah ini cara orang Melayu berpolitik? Kita memaki hamun saudara seagama, kita melondehkan segala keburukan lawan seperti dialah manusia paling buruk dan kita ungkit segala kesalahan masa lalu seolah-olah kita sendiri insan paling sempurna.

Persoalannya di manakah alim ulama dalam Pas yang sebelum ini begitu bijak 'menjatuhkan hukum' kepada pemimpin-pemimpin UMNO? Kenapakah mereka tidak menegur pendekatan kempen yang dilakukan oleh Pas? Apakah hanya kerana satu kerusi DUN maka kita boleh melakukan tindakan "matlamat menghalalkan cara"?

Kita percaya kalau UMNO yang melakukan serangan peribadi ke atas calon Pas, sudah pasti alim ulama dalam Pas akan mengeluarkan hadis dan ayat al-Quran bagi mengkritik tindakan UMNO.Tetapi apabila Pas sendiri yang melakukannya, maka dia menyepi.

Mungkin Pas boleh bersorak kalau mereka menang tetapi realitinya Pas akan terus kekal sebagai parti yang tidak berdaya sama ada daripada segi politik dalam pakatan pembangkang atau menjadi pentadbir demi kesejahteraan rakyat.Tetapi Pas juga harus memahami dalam apa juga tindakan, janganlah melampaui batas kerana tidak mustahil "senjata akan makan tuan".

Suara Politik
Taminsari

4 ulasan:

Senjaliza berkata...

SALAM DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
Di Selangor Ronnie Liu untouchable. Di Kelantan TGNA pula yang untouchable. Mat Sabu cakap para ulama perlu dihormati keputusannya. Itu pun kalo Ulama PAS dan Islam PAS. Lain-lain tak pakai. Tugas kerajaan akan datang tambah berat kerana terpaksa cari dua pulau untuk tempatkan manusia-manusia yang untouchable ini.

Taminsari berkata...

Salam sdri.Senjaliza..

Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak.

Salam perjuangan..

PEJUANG CYBER berkata...

Inilah salah satu TEKTIK KOTOR PAS untuk memperdaya pengundi di Pmtg Pasir!!! Harap pengundi supaya jangan terpengaruh dengan tektik kotor ini! ...

Kalau hukum hudud Allah pun boleh dipermainkan seperti lakonan sendiwara pementasan oleh PAS, maka tidak hairanlah isu-isu lain dengan mudah sahaja dipentaskan oleh PAS sekali pun tanpa skrip dan percangahan sesama mereka

Dee berkata...

Salam Semua. .

Pas ini ibarat satu institusi yg bnyak melahirkan pengikut yg agresif,liar,biadap,bertindak diluar tingkah laku manusia yg punyai akal fikiran. Bertindak tnpa guna fikiran yg dikurniakan Allah. .kenapa terjadi begini?? Perhatikan lah tokoh2 pemimpin Pas sendiri. Rela islam dihina.memgkafirkan sesama islam yg tidak sehaluan dgn mereka dah satu kemestian bagi Pas. Konon menegakkan negara islam tapi beralah pula dlm kes arak di Slngr. Apa sebenarnya Pas ingin perjuangkan? Tak lain tak bkn mereka berjuang mendptkan kuasa,pangkât dan harta keduniaan semata. Bezanya Umno dgn Pas ialah Pas menjadikan agama sebagai kosmetik untuk mencapai hasrat keinginan untuk berkuasa.

Demi untuk dptkan kuasa ini lah maka kita lihat Pas sanggup bekerjasama dgn Dap,Bkn dgn Dap saja dgn syaitan pn Pas sanggup.Agama dijadikan kosmetik untuk mencantikan parti yg bernama Pas ini agar indah dimata makcik2 pakcik2 kak ngah abg ngah nun jauh di pelusok kg.

Kerana nk kan kuasa Pas rela islam dihina oleh Dap. Kerana kuasa Pas sanggup menggali segala kitab demi untuk mengkafirkan umno tapi pada masa yg sama tak pula keluarkan fatwa yg mengkafirkan melayu PKR..Syurga dan neraka terletak ditgn Pas ini hanyalah mainan politik Pas yg nmpk jelas membelakangkan ajaran islam itu sendiri.Demi nk kan kuasa Pas sanggup melacurkan agama. .


Demi untuk berkuasa Pas sanggup memburukkan calon parti lain. Tapi pd masa yg sama Pas begitu melenting bila serangan peribadi ini ditujukan kpd sekutu mereka.. Bagi Pas adalah halal untuk mereka mencacih dan menghina org lain tapi haram dilakukan oleh org lain yg diluar Pas..Sebab itu kita nmpk pengikut2 Pas ini begitu biadap tingkah lakunya kerana mereka bebas berbuat demikian tnpa teguran dari pucuk pimpinannya.. Pucuk pimpinan Pas menghala£an saja kelakuan pengikutnya ini demi untuk hendak berkuasa. .

Pas hanya lah satu parti politik yg mengejar kuasa tapi bkn satu parti yg memperjuangkan agama islam. .