Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”
Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.
- Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Setelah menerima pelbagai rintangan, akhirnya Datuk Shazryl Eskay Abdullah selesai juga melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul pada petang ini. Dikatakan Eskay terpaksa memakai pakaian kalis peluru berikutan ancaman ugutan yang beliau terima!
Dengan kawalan ketat oleh pihak polis, sambil memegang al-Quran beliau memulakan sumpah dengan mengucap dua kalimah syahadah kemudian diikuti dengan wallahi wabillahi watallahi.
Di dalam sumpah laknat itu Eskay menyatakan bahawa dua individu di dalam paparan video itu adalah dia dan Datuk Sri Anwar Ibrahim.
Turut hadir dalam upacara sumpah laknat itu ialah Tbekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.
Sebelum itu : Penyokong pembangkang buat kecoh di sumpah laknat Eskay
Sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan segelintir penyokong Pas membuat kecoh di dalam Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul membantah sumpah laknat yang hendak dilakukan oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Kalau mereka merasakan bahawa Anwar tidak bersalah, mengapa perlu membantah? Sikap mereka menunjukkan seolah-olah KETUA mereka telah melakukan kesalahan dan ianya perlu dihalang! Tak perlulah meroyan tak tentu pasal. Wallahuallam...!
Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun hari ini memfailkan saman pemula terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan dua yang lain berhubung notis mengarahkannya menghadiri perbicaraan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Selangor pada Jumaat ini.
Beliau yang juga peguam kepada Ahli DUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah diarahkan berbuat demikian melalui notis yang diterima pada 12 April lalu untuk menjawab tuduhan menghina DUN berkenaan.
Saman pemula itu difailkan oleh Mohd. Hafarizam melalui firma guamannya, Tetuan Hafizam Wan & Aisha Mubarak kira-kira pukul 3 petang ini di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.
Selain DUN tersebut, beliau menamakan Setiausaha JKHK, Mohamad Yasid Bidin dan jawatankuasa itu sendiri sebagai defendan kedua serta ketiga.
Dalam saman tersebut, beliau memohon deklarasi bahawa notis yang dikeluarkan oleh defendan kedua itu adalah terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
Beliau juga memohon deklarasi bahawa notis itu adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Jadual Kuasa dan Kebebasan Dewan Undangan, Peraturan Tetap DUN Selangor dan Enakmen Penghinaan Dewan (Negeri Selangor) 2009 atau semua undang-undang yang relevan.
Turut dimohon adalah deklarasi bahawa beliau selaku peguam cara dan peguam bela di Mahkamah Tinggi Malaya berhak melaksanakan tanggungjawab dan peranannya tanpa perasaan takut atau berat sebelah.
Ekoran itu, plaintif memohon surat tuntutan yang dikeluarkan oleh firma guamannya kepada firma guaman, Tetuan Tommy Thomas yang mewakili Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim, pada 29 Mac lalu tidak boleh dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap DUN.
Surat tuntutan itu adalah bagi menuntut kos RM40,000 yang perlu dibayar oleh Chang Khim kepada Badrul Hisham seperti diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Februari lalu berhubung permohonan anak guamnya untuk mengekalkan status sebagai wakil rakyat di kawasannya.
Sementara itu, Mohd. Hafarizam ketika ditemui pihak media menyatakan, beliau tidak dapat hadir ke JKHK kerana pada hari yang sama iaitu 29 April ini, permohonan Badrul Hisham akan didengar oleh Hakim Datuk Zaleha Yusof.
Ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menggelarnya sebagai peguam UMNO, Mohd. Hafarizam berkata, tiada istilah peguam UMNO dalam Akta Profesion Guaman.
''Itu kenyataan politik. Ia tidak berdasarkan Akta Profesion Guaman,'' katanya.-UM.
Peguam kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi kenyataan mengelirukan berhubung dakwaan beliau menghina Dewan Undangan Negeri (DUN).
Datuk Mohd. Hafarizam Harun berkata, kenyataan Abdul Khalid semalam bahawa beliau tidak dipaksa untuk menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) DUN pada 29 April ini atas kesalahan tersebut hanya satu cubaan untuk mengalihkan isu sebenar.
Ini kerana katanya, tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen DUN Selangor yang boleh memerintahkan beliau dihadapkan ke JKHK atas kesalahan tersebut.
"Saya bukan ADUN yang boleh dihadapkan ke JKHK. Keduanya, tuduhan mengatakan saya menghina DUN tidak spesifik kerana tidak menyebut peruntukan apa yang diguna pakai untuk mensabitkan saya dengan kesalahan itu.
"Ketiga, saya tetap tidak akan hadir kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jadi, kenyataan Menteri Besar itu saya fikir hanya untuk mengalihkan isu sebenar sebelum ini bahawa ADUN Pelabuhan Klang masih lagi wakil rakyat yang sah," katanya ketika dihubungi disini hari ini.
Mohd. Hafarizam mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam yang beliau tidak akan dipaksa menghadap JKHK pada 29 April ini kerana didakwa menghina DUN melalui satu surat kepada Speaker, Datuk Teng Chang Khim pada 29 Mac lalu.
Menurut Abdul Khalid, Mohd. Hafarizam merupakan seorang pengamal undang-undang dan bebas untuk bercakap apa saja dan tahu yang mana betul dalam tindakan yang dibuat.
Mohd. Hafarizam juga mempersoalkan mengapa beliau perlu dihadapkan ke JKHK sedangkan Chang Khim melalui peguamnya pada minggu lalu telah membayar kos sebanyak RM40,000 kerana tindakan mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Februari lalu.
"Saya terima bayaran itu minggu lalu. Keputusan mahkamah jelas mengisytiharkan Badrul Hisham masih lagi ADUN Pelabuhan Klang yang sah. Jika mereka (Speaker atau kerajaan negeri) tidak bersalah, kenapa mereka bayar kos itu. Kenapa pula timbul dakwaan saya menghina DUN," soalnya lagi.
Katanya, beliau akan memfailkan permohonan kepada mahkamah dalam tempoh terdekat ini bagi mendapatkan perintah membatalkan keputusan DUN untuk menghadapkannya ke JKHK kerana menghina Dewan tersebut.
Apakah MB Khalid sedang menghadapi konflik minda sekarang? Wallahuallam.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor hari ini mendesak pihak berkuasa supaya segera menyiasat dakwaan penglibatan DAP dalam penyelewengan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
Desakan itu dibuat ekoran pendedahan peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock semalam.
Pengerusi Gabungan Antipenyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin mahu perkara tersebut disiasat kerana Beng Hock dikatakan memegang rahsia mengenai projek yang berkaitan parti berkenaan.
"Berikutan itu, Beng Hock mungkin diberi tekanan hebat oleh beberapa pemimpin DAP yang bimbang rahsia aktiviti penyelewengan mereka didedahkan kepada pihak berkuasa.
"Dalam hal ini saya berpendapat, Beng Hock menjadi mangsa keadaan kepada dakwaan salah guna kuasa yang didakwa diamalkan oleh pemimpin DAP," katanya disini hari ini.
Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock semalam diberitahu mengenai projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan dan Kampung Tunku diberikan kepada kontraktor bernama Lee Wye Wing sedangkan ia sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera.
Muhammad Shafee mendakwa, Wye Wing menggunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera bagi memperoleh projek tersebut sedangkan keuntungan diperoleh menjadi miliknya.
Beng Hock pula berperanan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ketuanya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, siasatan tersebut perlu dilakukan bagi memberi keadilan kepada Beng Hock dan keluarganya.
Ini kerana, kata beliau, kematian mendiang telah dipolitikkan oleh pembangkang dan setelah suruhanjaya siasatan ditubuhkan, bukti yang diperolehi banyak melibatkan mereka seolah-olah Beng Hock telah dijadikan mangsa.-UM.
Akhbar Sin Chew Daily pada 18 April 2011 menerusi tulisan, Goh Kien Nan memaparkan artikel mengenai tindakan majoriti pengundi Cina yang menolak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10.
Berikut adalah artikel yang ditulis beliau bertajuk ‘PRN Sarawak kelihatan orang Cina melawan arus’ yang disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat di halaman 32.
Baru-baru ini keputusan PRN Sarawak jelas menunjukkan orang Cina sudah berpatah arang meninggalkan SUPP. Walaupun ia parti Cina pertama didaftarkan di negeri itu dan telah banyak menabur jasa, tetapi kaum itu tetap menolaknya.
SUPP tetap mengalami kekalahan walaupun parti itu telah banyak membuat perubahan dengan menampilkan wajah baru dalam kepimpinan dan keahlian parti. Parti itu juga telah meningkatkan kemampuan propaganda dalam laman blognya.
Sebenarnya, masyarakat Cina kecewa kerana slogan kempen SUPP masih di takuk lama iaitu untuk mengekalkan orang Cina sebagai Timbalan Ketua Menteri. Pengundi di kawasan bandar sudah tidak makan dengan cakap-cakap seperti ini, malah mereka telah bertekad untuk membuat perubahan.
Ini sama seperti perasaan kaum Cina di Semenanjung yang kecewa kerana merasakan jasa masyarakat itu dalam membangunkan negara ini dilupakan apabila segala kemahuan mereka diabaikan. Akhirnya kekecewaan itu tidak boleh dikawal lagi dan mereka bertekad menolak MCA dan Gerakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Berikutan kekalahan calon-calon SUPP, timbul persoalan ke mana hala tuju parti berkenaan selepas ini. Adakah masih ada lagi hari esok untuk parti itu? Kita boleh ramalkan ranking parti itu dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak akan turun daripada kedudukan kedua terbesar menjadi seperti parti nyamuk.
Bagaimanapun, dari sudut positif kita melihat SUPP tidak kekurangan kumpulan pelapis yang terdiri daripada golongan cerdik pandai. Cuma sebelum ini, mereka tidak dapat ditonjolkan berikutan perubahan dalaman yang dibuat parti itu tidak dapat dijalankan dengan berkesan.
Dalam pada itu, kita juga ingin tahu bagaimana MCA hendak menghadapi PRU akan datang berikutan fenomena orang Cina melawan arus bukan lagi hanya terbatas di Sarawak, sebaliknya rentak sama berlaku di seluruh negara.
Ia bukan sahaja tidak reda, malah nampaknya sudah menjadi begitu kuat, mungkin akan terus melarat, semarak dan membara sehingga PRU akan datang.
MCA juga perlu ingat isu yang selalu dimainkan parti itu seperti ‘orang Cina tangani orang Cina’ dan ‘negara Islam Pas’ tidak lagi dapat menarik sokongan masyarakat Cina.
Jika MCA mahu sokongan pengundi, parti itu perlu mengemukakan rancangan, dasar dan pandangan baru yang boleh menarik minat mereka terutama generasi muda.-UM.
Komen : Terang lagi jelas sudah nampak apa yang sebenarnya kaum Cina mahukan! Mereka mahu menguasai segala-galanya dari ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Selepas diterima menjadi warganegara lebih 50 tahun yang lalu melalui 'Jus Soli', mereka sudah dapat apa yang mereka inginkan. Hanya satu sahaja lagi impian mereka sejak merdeka iaitu KUASA. Kuasa untuk memerintah.
Mereka mengambil peluang ini apabila melihat orang Melayu sudah berpecah kepada 3 kumpulan besar. Satu UMNO dan dua lagi memihak kepada pembangkang. Maka tidak hairanlah DAP memainkan sentimen KAUM untuk menarik pengundi-pengundi Cina menyokong mereka apabila 2 kumpulan besar orang Melayu sudahpun menjadi 'kawan karib' mereka dan tidak mustahil apa yang mereka laung-laungkan selama ini iaitu Malaysian Malaysia bakal menjadi kenyataan jika orang Melayu masih terus berpecah!
Sanggupkah kita melihat anak cucu kita nanti merempat ditanahair mereka sendiri. Fikir-fikirkanlah.
Yayasan Selangor Properties atau YS Properties telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan TNB Engineering Corporation Sdn Bhd pada 31 Disember 1999 untuk menguruskan tanah Lesen Menduduki Sementara (TOL) di seksyen 26 Petaling Jaya untuk dijadikan tempat letak kereta.Tempoh perjanjian untuk penyewaan ini adalah selama 10 tahun dan telah tamat pada 31 Disember 2009 ketika era pemerintahan PKR aka Khalid Gagap. Untuk pengetahuan tanah ini berkeluasan 7334 meter persegi yang boleh menempatkan 270 petak letak kereta.
Pada tahun 2009, jumlah kutipan kasar keseluruhan adalah sebanyak RM1,953,316. Yayasan Selangor memperolehi 34% dari kutipan tersebut sebanyak RM666,862.18. Baki 66% sebanyak RM1,286,454 adalah menjadi hak milik TNB Engineering. Rekod kutipan kasar setiap bulan sepanjang tahun 2009 adalah seperti berikut:
Yayasan Selangor telah mendapat kelulusan dari Pejabat Tanah Daerah Petaling (PTD) untuk melanjutkan tempoh TOL untuk 3 tahun bermula 16 November 2009 sehingga 31 Disember 2012. PTD Petaling telah melantik syarikat Secured Parking Sdn Bhd secara 'direct offer' untuk menguruskan tempat letak kereta tersebut melalui surat tawaran bertarikh 17 Februari 2010. Untuk maklumat Khalid Gagap pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri akan mengamalkan konsep tender terbuka untuk setiap projek yang ingin dilaksanakan. Klik sini . Merujuk kepada tarikh kenyataan beliau, jelas beliau telah berbohong kepada rakyat kerana tender direct offer ini telah dibuat pada 17 Februari 2010.
Tempoh kontrak tersebut adalah selama 3 tahun dengan tambahan lanjutan 2 tahun dengan prerogatif penuh kepada Yayasan Selangor. Tarikh kuatkuasa kontrak bermula apda 1 Mac 2010 sehingga 28 Feb 2013 dimana sewa bulanan dikenakan kepada syarikat Secured Parking Corporation adalah sebanyak RM250,000 sebulan.
Syarikat ini tidak bersetuju dengan harga yang telah ditetapkan oleh Yayasan Selangor dan pada 1 Jun 2010 satu surat daripada pejabat guaman Ranjit Ooi & Robert Low telah menamatkan pajakan kontrak kepada syarikat tersebut. Tarikh mengosongkan tapak berkenaan telah ditetapkan pada 15 Jun 2010 akan tetapi Secured Parking Corporation enggan berbuat demikian malah menjalankan operasi mengutip hasil seperti biasa.
Satu syarikat yang dikatakan syarikat kroni iaitu Feton Park Sdn Bhd melalui surat mereka bilangan Feton/1022-YS/2010 bertarikh 31 Mei 2010 telah membuat tawaran kepada YS untuk menggantikan tempat Secured Parking Corporation dan bersetuju dengan kadar sewaan sebanyak RM250,000 sebulan.
Yayasan Selangor melalui surat mereka bilangan (20)YS/PLB/02/TPT4/TOL JLD II bertarikh 7 Jun 2010 telah bersetuju dengan tawaran daripada Feton Park Sdn Bhd dengan syarat perjanjian sama dengan Secured Parking Corporation. YS juga telah menerima deposit sebulan untuk sewa bulanan berjumlah RM250,000 daripada Feton Park Sdn Bhd.
Selepas mendapati Secured Parking Corporation masih menjalankan operasinya dengan kadar sewaan sebanyak RM118,000 sebulan Feton Park Sdn Bhd.telah mengeluarkan surat menuntut wang deposit RM250,000 bilangan (20)YS/PLB/02/TPT4/TOL JLD II disebabkan kegagalan YS mengikuti perjanjian sewaan.
Sehingga tarikah audit dibuat iaitu pada Disember 2010, YS masih lagi gagal memulangkan deposit tersebut dan Secured Parking Corporation masih menjalankan operasi dengan kadar sewaans sebanyak RM118,99 sebulan. Ini bermakna YS telah kerugian sebanyak RM1,320,000 untuk tempoh Mac- Dis 2010 iaitu kerugian RM 132,000 sebulan kerana kelalain mereka mengambil tindakan diatas keengganan Secured Parking Corporation mengosongkan tapak tersebut.
Kita harus melihat kegagalan ini melalui beberapa sudut.
•Pengurus Besar Ilham Marzuki yang dipertahankan oleh Khalid Gagap GAGAL dalam memberi pulangan untuk setiap kemudahan ataupun projek dibawah pentadbiran Yayasan Selangor.
•Ilham Marzuki GAGAL mentadbir kewangan YS secara teratur dan berhemah.
•Apakah kreteria yang menyebabkan Khalid Gagap mahu mengekalkan Ilham Marzuki sebagai Pengurus Besar?
•Pembohongan Menteri Besar Gagap kepada rakyat harus dilihat sebagai satu sikap yang tidak jujur. Layakkan beliau mentadbir Selangor dengan sikap sedemikian?
•Kenaikkan sewa tapak daripada RM118,00 sebulan kepada RM225,000 akan menyebabkan kadar tarif letak kereta akan naik. Ini akan memberi bebanan baru kepada rakyat. Adakah kerajaan Selangor terlepas pandang perkara ini?
•Apakah rasionalnya kadar sewa dinaikkan kerana mengikut rekod, kutipan kasar bulanan adalah sebanyakRM200- RM250 ribu sebulan. Sekiranya kadar dinaikkan jelas secara automatik tarif letak kereta akan dinaikkan.
•Kerugian RM 132,000 sebulan adalah satu jumlah yang besar. Andai nilai tersebut diberikan kepada pelajar-pelajar dibawah Yayasan Selangor, ini akan memberi impak yang besar kepada mereka.
Agak sedih juga apabila melihat sikap pengundi Cina di Sarawak semasa keputusan Pilihanraya Negeri diumumkan. Jika dibandingkan dengan kerusi yang dimenangi oleh DAP dalam pilihanraya yang lalu, mereka berjaya menambah dari 9 kepada 12 kerusi. Percaturan mereka memainkan isu perkauman nampaknya berjaya terutamanya dibandar-bandar. Mujurlah tsunami 'tukar kerajaan' yang mereka canangkan tidak menjadi kenyataan! Kalau tidak, apa yang berlaku selepas ini!
Senario pengundi-pengundi Cina yang menolak BN nampaknya semakin meruncing selepas PRU ke-12 yang lepas. Saban kali bila ada PRK, undi kaum Cina akan beralih kepada DAP! Peranan parti kaum Cina yang ada dalam BN nampaknya tidak berfungsi dengan baik. Apakah sikap orang Cina kepada orang Melayu yang telah banyak membantu mereka sejak dari merdeka sehingga sekarang sudah banyak berubah! Apakah apabila mereka melihat orang Melayu semakin berpecah, maka inilah peluang bagi mereka untuk menuntut pelbagai tuntutan yang adakalanya tidak masuk akal!
Sampai bila kita harus berbudi kepada mereka-mereka yang tidak tahu menghargainya!Barangkali kita masih lagi mengingati generasi orang Melayu terdahulu atau lebih sinonim disebut "orang tua-tua" dalam konteks budaya orang Melayu mempunyai dan mewariskan kebijaksanaan yang tidak ternilai harganya. Kebijaksanaan silam "orang tua-tua" berkait rapat dengan perihal hidup, sarat dengan nasihat serta peringatan.
Sehingga kini kita sendiri pun tidak tahu siapakah individu yang menitipkan warisan kebijaksanaan silam kepada generasi hari ini. Tetapi yang pasti mereka tentunya bukanlah bertaraf sarjana atau cerdik pandai yang dikenali ramai. Bagaimanapun kecerdikan dan kebijaksanaan mereka tetap relevan dengan semua zaman, biarpun kita dengan angkuhnya berkata, "Kami hidup dalam dunia pasca-moden".
Dalam meredah kehidupan politik masa kini, kita janganlah angkuh menolak kebijaksanaan silam yang banyak memberi peringatan tentang sepak terajang manusia. Orang Melayu sudah lama diingatkan berfikirlah banyak kali untuk melepaskan anjing tersepit kerana anjing jarang mengenang budi orang berjasa kepadanya. Peringatan yang dititipkan oleh entah siapa tetapi sangat berguna supaya kita jangan menjadi mangsa anjing yang kita tolong. Orang Melayu memang terkenal dengan baik hati dan pemurah hingga membinasakan diri.
Barangkali ada baiknya kita menoleh, menghayat dan membaca kembali pesan-pesan yang bijaksana ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Banyak perkara yang disentuh oleh generasi silam berlaku kepada kita pada hari ini dan tentunya peringatan tentang perilaku orang Melayu perlu diberi perhatian. Pesanan yang dikiaskan kepada alam budaya di sekitar orang Melayu mempunyai maksud yang sangat mendalam.
Apabila mereka melihat perihal kaduk yang menyerupai sirih dan menjalar di junjung sirih, mereka pun berpesan, jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Kaduk lupa diri dan perasan ia adalah sirih, satu yang penting dalam alam budaya orang Melayu. Tetapi kaduk tiada gunanya.
Kemudian kita pun temui pesanan berbunyi, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Kebaikan yang tidak bertempat atau melampau selalunya mengundang kesusahan kepada diri sendiri. Malah orang Melayu terdahulu juga menyindir perihal orang Melayu sendiri, dagang lalu ditanakkan nasi, anak di rumah kelaparan. Kisah orang dagang mahu memijak kepala orang Melayu tidak pernah selesai.
Orang Melayu sudah melakukan pengorbanan "menanakkan nasi" atau memberi peluang untuk hidup kepada orang dagang biar pun anak-anak mereka tidak berpuas hati. Inilah kebaikan orang Melayu tetapi akhirnya sikap itu memakan diri apabila orang dagang terlupa sifat-sifat seharusnya sebagai pedagang atau perantau.
Orang Melayu mesti mengingati semua pesan-pesan silam generasi terdahulu supaya mereka tidak terkena untuk kali yang entah ke berapa. Ketika ada pihak yang memperleceh dan mempertikaikan kedudukan orang Melayu kononnya tidak berlaku adil kepada kaum lain, inilah padahnya, "Dagang lalu ditanakkan nasi, biar anak sendiri kelaparan." Maka benarlah kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Orang Melayu kena mengingati pesanan supaya mereka jangan lagi memagar nyiur yang condong, buahnya jatuh ke halaman orang. Orang Melayu bersusah payah memberi baja dan menjaga supaya perdu pokok kelapa sentiasa selamat, tetapi orang lain yang mengutip buahnya. Yang buruknya mereka ini tidak mengenang budi. Ini sama seperti memberi susu dibalas tuba.
Anwar di dalam satu ceramah di Sarawak menyuruh sesiapa yang mahu 'menyerangnya' hendaklah dilakukan selepas PRN Sarawak selesai? Kenapa ya..!!! Anwar dikhabarkan sudah meninggalkan Sarawak sebelum keputusan PRN Sarawak diumumkan semalam?
Berapa banyak PKR hilang wang deposit! Lihat senarai 6 kerusi yang PKR hilang deposit sehingga 'melemaskan' Anwar untuk tinggal lebih lama di Sarawak:
N35 BELAWAI - PKR dapat 618 undi
N36 SEMOP - PKR dapat 564 undi
N37 DARO - PKR dapat 475 undi
N43 NGEMA - PKR dapat 650 undi
N51 BALINGIAN - PKR dapat 871 undi (peniaga kedai runcit yang lawan KM Sarawak)
N54 PELAGUS - PKR dapat 1171 undi
Anwar sekarang berada di mana ya???
Komen Anwar selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Raja Petra Kamarudin semasa sidang akbar PKR!
Diberitakan malam semalam, Anwar berlepas ke Amerika Syarikat (AS) di saat-saat terakhir penentuan pilihan raya Sarawak. Beliau sudah menjangka PKR akan kalah teruk. Itulah juga yang dilakukan dalam beberapa pilihan raya kecil di Semenanjung. Dalam amanatnya kepada jentera PKR malam semalam, Anwar mahu semua ahli setia kepada parti dan jangan tinggalkan kawasan peti undi. Anehnya, beliau sendiri menghilangkan diri.
Anwar ke luar negara lagi tanpa ditemani isterinya, yang pasti ‘melindungi’ beliau jika berbangkit apa sahaja termasuk isu moral. Sekali lagi, beliau menjadi pemimpin pembangkang yang paling banyak ke luar negara. Itu juga menjadi tanda tanya besar. Persoalannya, di AS nanti, apakah yang akan beliau lakukan dan penipuan apa lagi akan disebarkan? Tunggulah...!!!
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 hari ini merupakan satu kemenangan yang sangat bermakna dan jelas menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN masih tinggi lagi.
Belantan juga mengucapkan tahniah kepada para petugas dan jentera-jentera pilihanraya BN yang telah bekerja dengan bertungkus lumus bagi memastikan kemenangan berada dipihak Barisan Nasional. Tidak lupa juga blogger-blogger pro-BN yang berada di barisan hadapan, tahniah diatas kerja keras anda semua.
Sesungguhnya kemenangan ini amat bermakna bagi Barisan Nasional untuk menghadapi PRU ke-13 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.
Raja Petra akui terpedaya janji Anwar tubuh kerajaan
Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkata, Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.
Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.
"Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.
Rakaman temu bual bahagian kedua itu itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam tadi.
Raja Petra berkata, kegagalan pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 seperti yang dijamin oleh Anwar telah melunturkan harapan pengundi yang menyokong pembangkang.
Jelas menunjukkan bahawa pengakuan Raja Petra Kamaruddin mengenai cubaan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan petunjuk jelas tentang siapa sebenarnya “kepala konspirasi” dalam politik negara.
Di sebalik pendedahan Raja Petra itu, apa yang dapat dilihat ialah siapa sebenarnya yang menabur fitnah dan mewujudkan konspirasi mengaitkan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Raja Petra telah dedahkan beberapa nama dan individu yang berkait secara langsung dengan seorang pemimpin pembangkang yang dikatakan perancang segala konspirasi ini dengan niat tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri.
Dalam siaran Buletin Utama TV3 malam tadi, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006 adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri.
Raja Petra berkata, beliau sendiri tidak pernah menuduh Najib atau Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu dari parti pembangkang itu yang dikatakannya mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Anwar.
Apa yang dapat disimpulkan adalah pengakuan Raja Petra itu amat mengejutkan dan kita yakin Anwar tidak akan berani memfailkan saman terhadap Raja Petra. Apa motif sebenar Raja Petra membuat pendedahan tersebut, wallahuallam. Sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya nanti.
Semalam Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mengemukakan enam bukti, petunjuk dan isyarat yang menyerlahkan "wajah sebenar" Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai oleh rakyat.
Beliau berkata, di sebalik solat hajat yang dianjurkan pembangkang untuk mencari kebenaran berkaitan isu membelenggu Anwar, tanpa disedari petunjuk kebenaran yang dicari itu sebenarnya sudah terbentang di depan mata mereka.
Namun, katanya, bagi yang taksub dengan manusia yang dilabel isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai "anugerah Tuhan" itu, kebenaran akan hanya diakui dan diterima oleh mereka sekiranya mereka melihat Mohd. Saiful Bukhari Azlan muncul berkudis sopak atau Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi gila.
"Sebab itu, jika ada isyarat (petunjuk) lain, mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu Buta. Bagi yang taksub ini, cuba renung-renungkan isyarat, bukti dan keterangan yang Allah telah hantar setakat ini.
"Pertama, Anwar terbukti seorang pembohong dan satu bukti jelas adalah pembohongan 16 September. Satu dunia dia temberang dan kelentong.
"Tidak pernahkah semua bertanya dalam hati kecil, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 September dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta maaf, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal lain?
Soal kedua, jelasnya, sikap liat Anwar untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dituduh meliwat Mohd. Saiful.
"Tidak pernahkah kalian bertanya, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah laknat? Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Mohd. Saiful sampai ada yang memintanya jadi cacat, gila dan kena sopak. Tetapi, mengapa yang kelihatan semakin 'dilaknat' bukannya Mohd. Saiful tetapi dia (Anwar)?'' jelasnya.
Ketiga, kata Zulkifli, berkaitan sikap liat Anwar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes tuduhan liwat berkenaan yang sebenarnya tidak sedikit pun merugikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau yakin berada di pihak yang benar.
"Bukti keempat, dalam kes rakaman video seks terbaru, mengapa Anwar melenting kata itu bukan dia walaupun tidak ada sesiapa pun yang menuduhnya. Anwar kata pada masa kejadian, dia sedang sibuk dengan Tweeter dan jam tangan Omega yang ditemui Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada pada Wan Azizah.
"Oleh itu, pernahkah kalian bertanya kenapa Twitter Anwar kosong dari pukul 9.30 hingga 11.30 malam? Kenapa Anwar dan Wan Azizah juga liat nak tunjukkan jam Omega kalau betul ada pada mereka? Kenapa kawan baiknya (Shazryl Eskay) sendiri dedahkan klip video itu?'' soal beliau.
Tambah Zulkifli, bukti kelima dan keenam yang harus difikir bersama adalah berkaitan persoalan sikap Karpal Singh yang dahulunya pernah mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22 Oktober 1997 tetapi kini beria-ia menjadi peguam bela Anwar.
Selain itu katanya, mengapa begitu ramai rakan baik Anwar sebelum ini, seperti Dr. Chandra Muzaffar serta Senator Ezam Mohd. Nor bertindak lari dan kini menentangnya secara terbuka.
Dan hari ini pula bertambah satu lagi 'wajah sebenar' Anwar menjadikannya yang ke 7 apabila seorang lagi orang kepercayaan Anwar menongkah arus dan memilih untuk menentang beliau. Buletin Utama malam tadi menyiarkan wawancara ekslusif TV3 dengan Raja Petra Kamaruddin, Pemilik Malaysia Today.
Semua orang tahu bahawa Raja Petra adalah penyokong kuat Anwar. Dan kita juga tahu kerana Anwarlah juga menyebabkan Raja Petra terpaksa melarikan diri bersembunyi ke luar negara. Sebenarnya bukan sedikit pengorbanan Raja Petra kepada Anwar, malah pelbagai cerita dibuat beliau untuk menjatuhkan pemerintahan Pak Lah sebelum ini.
Dan hari ini agak menggemparkan apabila secara tiba-tiba, Raja Petra muncul dikaca TV mengakui bahawa cerita beliau bahawa NAJIB TERLIBAT DENGAN ALTANTUYA HANYALAH REKAAN! Cerita beliau bahawa ROSMAH ADA KETIKA ALTANTUYA DIBUNUH HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA! Kedua-duanya hanya bersandar kepada dengar cerita orang yang disuruh Anwar! Bukan beliau sendiri yang mengetahuinya.
Raja Petra juga menyatakan bahawa beliau menulis untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan Altantuya adalah semata-mata untuk menggagalkan usaha Datuk Najib menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang dimahukan oleh Anwar!
Satu demi satu kebenaran semakin terserlah. Allah swt telah memakbul solat hajat Pakatan Rakyat sebelum ini. Raja Petra telah muncul untuk mendedahkan kebenaran. Raja Petra telah bosan dan tidak sanggup lagi bersekongkol untuk menipu bagi pihak Anwar. Alhamdulillah semua orang kuat Anwar telah sedar bahawa mereka telah dipergunakan selama ini. Mungkin ini hikmah sumpah laknat Saiful.
Sebenarnya, banyak lagi isyarat dan petanda yang telah Allah swt tunjukkan. Persoalannya adalah tidakkah kita terfikir yang Allah mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk itu? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Wallahuallam.
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 6 Mei ini untuk pengurusan kes saman RM471.64 juta yang difailkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terhadap kerajaan negeri Selangor berhubung kadar tarif air.
Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer menetapkan tarikh itu di dalam kamar apabila kes itu disebut hari ini.
Pada 10 November lepas, Syabas memfailkan saman pemula menuntut satu deklarasi bahawa berdasarkan perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember 2004, Selangor telah berhutang dengannya sebanyak RM471,642,916 bagi tempoh 1 Jan 2009 hingga 31 Disember 2009.
Syabas mendakwa menerusi perjanjian itu, yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia, kerajaan Selangor dan syarikat tersebut, ia telah diberikan konsesi selama 30 tahun untuk membeli air terawat daripada operator rawatan air dan membekalkannya ke kawasan pengagihan menurut terma yang tertera dalam perjanjian berkenaan.
Melalui surat bertarikh 31 Mac 2008, Syabas telah menghantar dokumen penyemakan kepada defendan bagi menyokong permohonan syarikat itu untuk menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada, iaitu RM1.39/m3 kepada tarif dipersetujui iaitu RM1.89/m3, bagi tempoh operasi ketiga mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011.
Namun defendan telah gagal memaklumkan plaintif sama ada defendan bersetuju menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada kepada tarif yang dipersetujui atau sebaliknya.
Syabas menyatakan, walaupun tarif dipersetujui telah ditentukan mengikut peruntukan perjanjian konsesi tersebut namun defendan tidak menerbitkannya dalam warta sebelum permulaan tempoh operasi ketiga.
Sehubungan itu, plaintif berpendapat syarikat itu berhak mendapat pampasan daripada defendan kerana pewartaan tarif dipersetujui sebagai tarif diwartakan telah ditangguhkan.
Bagi tujuan tersebut, menurut plaintif, pihaknya telah menghantar surat kepada defendan namun gagal mendapatkan sebarang maklum balas yang memuaskan.
Melalui surat bertarikh 23 September tahun lalu, Syabas mendakwa, pihaknya telah menuntut supaya defendan membayar tunggakan tersebut namun balasan yang diterima menunjukkan kerajaan negeri gagal, enggan atau mengabaikan perkara berkenaan.
Sementara itu, afidavit balasan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ketika itu, Datuk Ramli Mahmud menyatakan, menerusi pelbagai perbincangan yang diadakan, Kerajaan Negeri Selangor telah secara jelas memaklumkan kepada Syabas mengenai bantahan kenaikan tarif semasa yang diwartakan.
Menurutnya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB) dan Kumpulan Perangsang (KPS) melalui pengarah-pengarahnya yang mewakili kerajaan negeri tersebut sebagai pemegang 30 peratus kepentingan dalam Syabas telah berulang kali menyatakan keengganan Kerajaan Negeri Selangor untuk menuruti permintaan Syabas.
Ramli mendakwa, berdasarkan pemerhatian beliau semasa mesyuarat Lembaga Pengarah Syabas ke-36 pada 23 Februari tahun lalu, Syabas telah memahami pendirian kerajaan negeri dalam hal itu dan syarikat tersebut tidak boleh mengatakan sebaliknya.
Anwar macam cacing kepanasan apabila ditanya oleh wartawan tentang jam Omega yang dikatakan disimpan oleh Wan Azizah!
Sebelum itu : Desak tunjuk jam Omega!
Konsensus Bebas mendesak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan jam tangan Omega yang didakwa milik suaminya, Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, jika berjaya menunjukkan jam tangan itu, bermakna Wan Azizah dapat membuktikan bahawa bukan Anwar dalam video aksi itu.
“Saya hairan mengapa beliau (Azizah) tidak menunjukkan jam itu ketika sidang akhbar di rumahnya jika memang ia berada di bawah jagaannya.
“Saya cabar beliau (Wan Azizah) nasihatkan suaminya supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).
“Jika kedua-dua isu ini memihak kepada Anwar, ia adalah jalan terbaik untuk menebus balik maruah yang juga jalan pintas mereka ke Putrajaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
Beliau berkata, Wan Azizah tidak wajar membuat sidang media hanya setelah melihat video seks kurang daripada dua minit itu.
“Saya tidak menyalahkan Wan Azizah untuk memilih kesetiaan daripada kebenaran yang pahit kerana itu adalah haknya sebagai isteri mempertahankan suami.
“Bagaimanapun, Wan Azizah perlu bertanggungjawab sebagai presiden PKR dan penyokongnya di seluruh negara,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut membidas mereka yang digelar ‘pencabul siber’ kerana telah menyalah-gunakan namanya untuk memburukkan diri beliau.
“Ini adalah tindakan terdesak mereka yang menggunakan laman sosial Facebook, Twitter dan laman blog untuk memburukkan diri saya.
“Saya juga gagal mengakses laman blog saya kelmarin kerana telah diceroboh oleh mereka yang tidak berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Anwar menggunakan ‘mahkamah rakyat’ untuk membela nasibnya.
“Ini dapat dilihat apabila Anwar dalam kempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Anwar menjaja kisahnya kepada rakyat untuk menagih nasib kepada rakyat.
“Apa yang penting rak-yat perlu tahu kebenaran sama ada pelaku dalam video seks itu adalah beliau atau sebaliknya,” katanya.
Kenapa nak berdolak-dalik lagi! Kalau betul ada menyimpan jam tersebut, tunjukkan sahaja kepada umum. Mengapa nak sorok-sorok lagi? Apakah sekarang keluarga Anwar sedang mencari jam yang serupa supaya terhapus semua bukti-bukti nanti. Kalau tidak silap jam Omega tersebut sudah diserahkan kepada pihak polis! Jadi apa lagi alasan mereka selepas ini. Sama-samalah kita tunggu.
Keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen dibuat untuk kepentingan politik peribadinya.
Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, Khalid dilihat seperti mahu memegang jawatannya selama yang boleh kerana sedar beliau mungkin digantikan selepas pilihan raya akan datang.
"Beliau tahu, jika selepas ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan kedudukan mereka di Selangor, Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan jawatan Menteri Besar kepada Azmin Ali yang rapat dengan Anwar.
"Abdul Khalid belum puas lagi memegang jawatan itu malahan beliau tidak mengutamakan kepentingan rakyat sebaliknya hanya mementingkan nafsu politiknya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Khalid sebelum ini dilaporkan tidak mahu membubarkan DUN serentak dengan Parlimen sekiranya kerajaan Persekutuan memilih melakukannya pada tahun ini. Tambah Satim, musim politik ini tidak harus dibiarkan berpanjangan seperti mana kes liwat melibatkan Anwar.
''Rakyat akan muak jika budaya politik seperti ini terus diamalkan. Kita tahu adalah lebih menjimatkan masa jika pilihan raya dibuat serentak dan rakyat boleh menumpukan usaha untuk membangunkan ekonomi," katanya.
Nasihat buat MB Khalid supaya menunaikan segala janji-janji pada PRU ke-12 yang lepas jika belum tunaikan supaya rakyat tidak marah dengan pemerintahan beliau sebelum 'meninggalkan SUK' pada PRU ke-13 nanti! Kita tahu PKR di Selangor sekarang sudah dapat menghidu 'bau-bau kekalahan' di PRU ke-13 nanti dan disebabkan oleh itu mereka sedang asyik 'memenuhi tembeluk' masing-masing daripada memikirkan masalah rakyat!
Tidak hairanlah mengapa pentadbiran PKR di Selangor sekarang kucar-kacir! Mana tidaknya apabila negeri Selangor diperintah oleh seorang Menteri Besar yang 'kuat perasan' dirinya hebat sangat. Apabila ada sahaja masalah yang tidak dapat diselesaikan, maka UMNO dan BN lah yang akan menjadi mangsa beliau untuk dipersalahkan?
Banyak pembongkaran dan penyelewengan berlaku seperti menderhaka kepada baginda Sultan Selangor, Yayasan Selangor, PKNS, Yayasan Basmi Kemiskinan dan lain-lain lagi. Dan yang terbaru adalah apabila MB Khalid menunjukkan sebenar akan 'kebodohan' beliau.
Berkenaan dengan isu video panas yang hangat diperkatakan sekarang, Khalid Ibrahim mempertikai dan mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan maksud tulen berhubung dengan rakaman video seks yang didakwa libatkan pemimpin PKR.
Yang menampakkan 'kebangangan' Khalid adalah apabila beliau berkata, walaupun disahkan tulen oleh pakar, Ismail perlu menjelaskan sama ada orang di dalam rakan video aksi seks tersebut atau video itu yang tulen. “
Kalau betul video itu tulen, saya tidak jadi masalah tetapi jangan buat dan cakap sahaja. Kena jelaskan apa makna tulen? Orangnya betul atau videonya betul?
(Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar (Ibrahim) kata, individu dalam video itu bukan beliau. Keadaan ini berbeza, melainkan IGP (Ketua Polis Negara) ada rekod atau bukti terhadap isu ini,” katanya.
Kenyataan dari KPN sebelum itu : KPN sahkan video seks tulen
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen.
Katanya, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik oleh pihak polis minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.
Menurutnya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
"Saya telah mengarahkan pasukan penyiasat yang ditubuhkan itu agar menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terbuka," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.
Pihak polis, tegas beliau, akan memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan dan setakat ini tiga individu ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Ismail berkata, pihaknya menimbang menghantar rakaman video tersebut ke luar negara untuk dianalisis pakar asing.
Telah jelas apa yang dikatakan oleh KPN iaitu "rakaman video seks" adalah tulen dan KPN tidak ada menyebut mengenai orangnya? Pelaku adegan seks dalam video itu masih lagi dalam siasatan dan polis akan memanggil sesiapa sahaja yang ada berkenaan dengan video tersebut. Jadi apa masalah Khalid dalam mempertikaikan isu TULEN tersebut.
Karpal Singh ada mencadangkan supaya video seks TULEN tersebut ditayangkan di parlimen. Apa pendapat MB Khalid. Tak nak tumpang sekaki ke menonton bersama ahli-ahli parlimen yang lain supaya KETULENAN pelaku watak seks tersebut dapat dibuktikan? Jangan malu-malu MB Khalid..!!!
Sempena sidang DUN Selangor - Cara PKNS berbelanja dipertikai!
Barisan Nasional (BN) semalam mendedahkan perbelanjaan tidak terkawal termasuk sikap tidak percaya terhadap kakitangan yang didakwa dilakukan oleh pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Abdul Syukur Idrus (BN-Kuang) berkata, berdasarkan maklumat yang diterima beliau difahamkan bahawa PKNS melantik pegawai kontrak, perunding dan syarikat pengurusan dengan bayaran yang tinggi sehingga memberikan kesan kepada kedudukan kewangan PKNS.
" Berdasarkan kiraan, PKNS telah membelanjakan sebanyak RM93,000 sebulan hanya untuk membayar lapan pegawai kontrak setiap bulan sedangkan kerja-kerja berkenaan boleh dilakukan oleh kakitangan PKNS sendiri!
" Bayangkan, pengurusan PKNS telah melantik seorang akauntan secara kontrak dengan gaji RM20,000 sebulan. Itu tidak termasuk lagi perlantikan seorang individu hanya untuk menulis ucapan Pengurus Besar PKNS dengan bayaran RM7,500 sebulan.
" Selain itu, pengurusan PKNS antaranya turut melantik secara kontrak seorang akauntan pemasaran, seorang perunding dan seorang pegawai dalam latihan sebanyak RM10,000 sebulan selain membayar RM18,500 sebulan untuk dua pegawai khas kepada Pengurus Besar," katanya!
Abdul Syukur turut mempersoalkan perlantikan seorang perunding pembangunan hartanah yang dikenali sebagai Dr.Armen selama enam bulan dengan bayaran RM935,000 untuk projek Science Park 2 dan Bernam Jaya.
" Perlantikan pegawai kontrak termasuk Pengurus Besar PKNS sendiri dilihat memberikan kesan besar kepada anak syarikat itu memandangkan mereka ini tidak biasa dan berpengalaman dengan peraturan kewangan kerajaan.
" Kecenderungan membelakangkan peraturan tersebut dilihat telah diterima pakai oleh PKNS atas alasan kecekapan dan pentadbiran 'ala korporat'.
" Namun, laporan dan penemuan Jabatan Audit Negara Negeri Selangor sebelum ini mendapati pada keseluruhannya pengurusan kewangan PKNS adalah tidak memuaskan kerana ketidakcekapan pengurusan serta garis panduan kewangan yang tidak jelas," katanya!
Jadi macamana MB Khalid? Masih lagi hendak menyimpan " pegawai-pegawai kontrak " sehingga kering kantung kewangan PKNS! Bila dah kering kantung nanti, baru nak cakap...'maaf saya tidak diberitahu berkenaan hal ini'!
Dan lagi satu persoalan buat MB Khalid...Apakah tujuan asal PKNS ditubuhkan? Adakah rakyat Selangor sekarang mendapat manfaat dari kewujudan PKNS? Berapa ramai lagi rakyat Selangor tidak memiliki rumah sendiri. Adakah PKNS sekarang dapat menyediakan rumah-rumah mampu milik oleh rakyatnya yang berpendapatan rendah? Fikir-fikirkanlah..
Selepas seminggu mengunci mulut, kini semakin ramai pemimpin PAS tampil mendesak siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti siapa sebenarnya pemimpin kanan pembangkang yang dikaitkan dengan skandal rakaman video seks.
Terbaru, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi(gambar) bersetuju agar kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal rakaman itu secara menyeluruh dengan berteraskan prinsip kebenaran, keadilan serta ketelusan.
Beliau yang menyambut baik cadangan supaya pemimpin PAS dan parti pembangkang lain dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut percaya, jika siasatan dilakukan tanpa niat untuk memerangkap, rakyat akan menerima hakikat sebenar di sebalik video itu.
"Prinsip yang Pemuda PAS pegang, apa pun situasi yang berlaku, ia perlu kepada penyiasatan yang adil, telus dan tidak bermaksud untuk memerangkap. Soal mekanisme bagaimana siasatan itu hendak dilaksanakan boleh ditentukan kemudian.
"Dalam soal ini, apa yang penting pihak yang bertanggungjawab menyiasat ketulenan video ini mestilah pakar forensik yang mempunyai pengetahuan luas. Sama ada pakar tempatan atau asing itu terpulang kepada kerajaan tetapi yang penting siasatan mesti telus.
"Soal wakil parti pembangkang itu tidak semestinya perlu kerana ahli politik bukanlah pakar dalam bidang forensik tetapi kalau sekadar pemerhati dalam suruhanjaya diraja itu nanti, PAS menyambut baik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kenyataan Nasrudin itu menyusul sehari selepas bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mendesak supaya pakar asing dijemput bagi membantu siasatan ketulenan rakaman video seks pemimpin pembangkang yang wajahnya mirip Anwar Ibrahim.
Mohamad berkata, langkah itu penting kerana jika siasatan video seks tersebut hanya melibatkan pakar forensik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai sukar untuk percaya keputusan siasatan nanti kerana ia mungkin dikaitkan sebagai konspirasi.
Mengenai cadangan supaya pakar asing turut membantu siasatan, Nasrudin berkata, ia langkah yang wajar dipertimbangkan kerajaan kerana penyiasatan oleh pakar asing akan memberi ketelusan sebagaimana diharap rakyat.
Dalam pada itu, Mohamad ketika dihubungi menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau merupakan salah seorang daripada dua pemimpin PAS yang sudah menonton rakaman video seks itu.
"Saya belum tengok dan tidak akan tengok. Kita biarkan kerja ini (meneliti ketulenan) kepada pihak berkuasa, mereka yang sepatutnya menonton dan menyiasat perkara ini. Saya tidak suka menonton hal sebegini," jelasnya.
Betoi ka abang Mat Sabu kita kata " saya tak suka menonton hal sebegini " ?..dulu apa yang berlaku disebuah hotel di Kelantan tu!..yang tu suka 'menonton' ka abang Mat Sabu!..boleh cerita sikit ka? Tak kan nak buat baik macam ostaz pulak no..!!!
Exco Selangor tidak jawab mengenai pelaburan terbesar!
Memang memalukan apabila Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok tidak menjawab soalan tambahan daripada pembangkang berkenaan pelaburan terbesar yang dibawa masuk melalui kerajaan PKR Selangor sejak memerintah pada 2008.
Dan lebih memalukan lagi kerana ini adalah kali kedua selepas persidangan yang terdahulu, beliau tidak dapat menjawap soalan yang sama. Alasan Kok sebelum ini adalah beliau tidak sempat membuat statistik pelaburan masuk (FDI), walhal pelaburan sebenar yang masuk ketika itu adalah dari hasil kerja keras kerajaan BN!
Kok tidak menjawab soalan yang diutarakan oleh Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer) dengan mengatakan beliau telah menjawab soalan mengenai pelaburan yang dibawa masuk ke Selangor semalam dan mendakwa Subahan tidak berada dalam dewan semalam.
Bagaimanapun, Subahan berkata, beliau berada dalam dewan semalam semasa sesi soal jawab di persidangan Dewan Undangan Negeri.
Bagi menutup rasa malu tersebut, Kok kemudian berkata yang beliau masih belum buat pengiraan dan analisis mengenai pelaburan ke Selangor yang dibawa masuk hasil titik peluh sendiri kerajaan negeri sejak memerintah pada tahun 2008 sehingga tahun lepas.
Kalau nak tipu pun biarlah berpada-padalah Kok! Selama tiga tahun memerintah, apa sebenar yang anda buat. Takkan lah nak keluarkan satu statistik analisis perlu mengambil masa selama lebih 3 tahun! Tahu buat kerja ke, atau tidak? Kalau rasa-rasa tak kompetan nak buat kerja, eloklah letakkan jawatan anda. Buat menghabiskan duit rakyat sahaja untuk membayar elaun anda, tetapi hasil kerja hamPAS!!!
Kok..Rakyat Selangor hendak tahu juga apa itu " hasil titik peluh sendiri kerajaan negeri sejak memerintah pada tahun 2008 sehingga tahun lepas "...boleh tolong jawap ke? Tolong meh..!
Kita tidak harus melupakan bahawa dalam kamus politik PAS, ada dua tindakan mereka yang cukup sinonim dengan parti itu, pertamanya solat hajat dan kedua menggesa ditubuhkan suruhanjaya diraja apabila ada isu.
Tetapi sejak kebelakangan ini, PAS tidak lagi bersikap demikian termasuklah dalam isu terbaru berhubung rakaman video seks yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang.
PAS bukan sahaja awal-awal lagi menganggap ia konspirasi politik malah menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes itu. Malahan PAS juga tidak kedengaran untuk mengadakan solat hajat bagi memohon petunjuk Allah berikutan isu terbaru yang timbul.
Ia berbeza dengan apa yang berlaku pada tahun 1998, apabila PAS beria-ia menganjurkan solat hajat di pusat tarbiyahnya di Taman Melewar dan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan.
Entah mengapa kali ini, PAS tidak lagi bersikap telus, sebaliknya tindakan PAS dilihat lebih banyak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya. Sebab itulah pemimpin PAS boleh mengeluarkan kenyataan bahawa penubuhan suruhanjaya diraja hanyalah mengarut selagi situasi sebenar tidak diketahui.
Apa yang anehnya, PAS sendiri sebelum ini begitu beria-ia benar bersetuju mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock kononnya atas alasan mencari kebenaran.
Namun kenapa dalam isu terbaru ini desakan penubuhan suruhanjaya tersebut dianggap 'mengarut'? Sedangkan kita masih ingat suatu ketika dulu apabila timbul isu, PAS bukan sahaja membuat desakan melalui kenyataan akhbar atau di dalam Dewan Rakyat malah mengadakan siri ceramah.
Namun kini segalanya sudah berubah. Ternyata ikatan setiakawan yang diwujudkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP seolah-olah 'mengunci langkah' PAS untuk menyatakan kebenaran.
PAS tidak mahu membuat tindakan yang dilihat akan menjejaskan hubungan dengan kedua-dua parti berkenaan yang sudah 'membuaikan' PAS dengan impian ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
PAS tidak mahu peluang politik tersebut terjejas jika apa yang didakwa melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang menjadi kenyataan.
Justeru pemimpin-pemimpin PAS di peringkat pusat 'bersilat lidah' bagi menafikan sebarang usaha yang memungkinkan kebenaran boleh dicapai tetapi dilihat tidak akan menyebelahi mereka.
Semua ini sebenarnya merugikan politik PAS itu sendiri. Sudah pasti ramai yang akan melihat PAS bukan lagi memperjuangkan sesuatu perkara berlandaskan kepada kebenaran tetapi lebih kepada keuntungan politik.
Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sepatutnya PAS bertegas dalam soal melibatkan moral mana-mana pemimpin sama ada kerajaan mahupun pembangkang.
Ramai tertanya-tanya bagaimana jika video seks itu dikaitkan dengan pemimpin kerajaan atau tepat lagi Barisan Nasional (BN), apakah PAS akan mendiamkan diri dan membantah sebarang usaha menubuhkan suruhanjaya diraja?
Sudah pastilah PAS tidak akan membantah sebaliknya akan berterusan bersama-sama dengan PKR dan DAP melakukan desakan kerana percaya ia akan menguntungkan politik pembangkang.
Ia sudah dibuktikan dalam beberapa kes sebelum ini termasuklah berhujah, Islam membenarkan kita mendedahkan peribadi seseorang demi mencari pemimpin yang baik tetapi apabila tercetus isu video seks terbaru ini, PAS seolah-olah menghapuskan sikap telusnya. Soal mencari kebenaran tidak diperkatakan sebaliknya di kalangan mereka menganggap ia taktik politik yang cukup menjijikkan.
Kita tidak faham kenapakah apabila timbul sahaja perkara berkaitan dengan pembangkang ia dianggap konspirasi, fitnah dan berniat jahat, sedangkan kalau sesuatu isu itu melibatkan kerajaan maka pembangkang akan menerimanya sebagai satu fakta biarpun ada antaranya hanyalah fitnah.
Berikutan sikap PAS yang dilihat semakin menenggelamkan sikap telusnya sebagai sebuah parti Islam itulah yang menyebabkan ada desakan supaya PAS menyatakan pendirian secara terus-terang dalam isu terbaru ini.
Mereka tidak mahu PAS yang melaungkan slogan-slogan Islam seolah-olah tidak mahu mencari sebuah kebenaran tidak kira sama ada ia memihak kepada politik pembangkang atau tidak.
Sebenarnya, berdasarkan kepada maklumat yang diterima di peringkat akar umbi PAS, mereka semakin tawar untuk menyokong langkah parti itu terus bekerjasama dengan PKR. Ia disebabkan dengan pelbagai kemelut yang berlaku melibatkan pemimpin-pemimpin parti berkenaan ia turut menjejaskan imej PAS.
PAS masih belum mahu melihat bagaimana tindakan mereka terlalu bersekongkol dengan PKR dan DAP telah memungkinkan parti itu tewas dalam empat pilihan raya kecil yang diadakan baru-baru ini.
Dan kini PAS akan menerima padahnya lagi jika mereka terus tidak konsisten dalam isu-isu berkaitan menegakkan kebenaran.
Kalau benar PAS jujur, sudah pastilah parti itu tidak akan awal-awal lagi menganggap apa yang terjadi konspirasi sebaliknya akan berusaha menggesa supaya segala langkah dilakukan bagi membuktikan apa yang berlaku satu konspirasi atau kebenaran.
Pada masa ini, PAS mengambil jalan selamat dengan meminta polis menjalankan siasatan terperinci tetapi soalnya jika siasatan polis tidak menyebelahi pembangkang adakah PAS akan menerima keputusan berkenaan. Adakah ketika ini PAS akan menyebelahi PKR atau bersetuju dengan siasatan polis biarpun mereka tahu ia tidak akan menguntungkan pembangkang?
Justeru adalah wajar jika PAS berhenti daripada terus berdolak-dalih dalam isu terbaru ini. Keadilan dan kebenaran bukan hanya berhak dikuasai oleh pembangkang sahaja tetapi juga pihak-pihak lain di luar lingkungan parti itu.
Penduduk Pandan Perdana di sini mendesak agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee mengotakan janjinya untuk membina sekolah di sebuah kawasan lapang di Pandan Perdana.
Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana, Lim Ah Chai berkata, setelah merobohkan bangunan yang terdapat di situ, hanya setengah kawasan itu sahaja dibersihkan dengan tujuan mengambil barangan bernilai seperti besi untuk dijual. Katanya, sisa binaan lain seperti batu dibiarkan begitu sahaja, menjadikan keadaan di kawasan lapang itu seolah-olah seperti kawasan pelupusan sampah.
"Kini penduduk terdengar pula ura-ura yang mengatakan bahawa kawasan lapang tersebut akan dijadikan sebuah stadium mini, bukannya sekolah seperti yang dijanjikan dahulu.
"Kalau betul ura-ura itu, kami membantah sekeras-kerasnya kerana penduduk di sini sememangnya inginkan sebuah sekolah," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Tambahnya, Jenice perlu mengotakan janjinya dan menghargai penduduk yang telah mengundi dan memberi kepercayaan kepadanya menjadi wakil rakyat. Beliau berkata, janji ADUN itu untuk membina sekolah adalah antara sebab penduduk di situ memilih beliau pada pilihan raya umum lalu.
Sementara itu, seorang penduduk, Terence Ee pula berkata, janji Jenice untuk membuat sekolah ini sudah lama dibuat iaitu sebelum pilihan raya umum lalu. Namun, katanya, selepas menang pilihan raya, janji itu seolah-olah dilupakan menyebabkan penduduk tertunggu-tunggu.
Sebelum pilihanraya berbagai “janji yang ditabur” . Biasalah parti yang belum pernah mendapat mandat memerintah negara pasti menyenaraikan pelbagai komitmen, impian dan ‘janji muluk’ kerana belum menyedari bebanan yang akan ditanggung bagi merealisasikannya.
Jika dilihat secara kasar apakah sumbangan Pakatan Rakyat kepada rakyat secara keseluhannya selama 3 tahun mereka memerintah! Result yang amat menyedihkan? Mereka lebih suka mencari kesalahan orang lain dari membuat perancangan mereka sendiri. Sebenarnya mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan berpolitik daripada melaksanakan pembangunan fizikal dan modal insan bagi manfaat seluruh rakyat.
Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya, namun janji hanya tinggal janji sahaja!