Ahad, Februari 05, 2012

Salam Maulidur Rasul


Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai sumber ikutan

Hari ini umat Islam menyambut Maulidur Rasul, iaitu hari mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Namun, tujuan Maulidur Rasul bukanlah untuk mengingati keputeranaan baginda semata-mata tetapi perkara paling penting ialah ingatan dan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW mestilah dizahirkan dalam bentuk mengikuti segala akhlak dan ajaran Nabi yang mulia itu. Nabi Muhammad SAW adalah insan kamil yang memiliki akhlak dan peribadi bersumberkan wahyu.

Pada diri baginda terpancar akhlak terpuji yang menjadi sumber ikutan umat (uswatun hasanah). Sejak kecil lagi baginda telah ditarbiyah (dididik), dipelihara dan dilindungi oleh Allah SWT. Masyarakat jahiliyah Mekah yang menyembah berhala serta mengamalkan budaya hidup yang tidak berakhlak turut mengurniakan gelaran 'Al-Amin' kepada baginda.

Baginda diutus sebagai Rasul untuk membawa rahmat kepada sekalian alam (rahmatan lil-alamin) seperti maksud firman Allah: "Dan tiadalah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" (surah al-Anbiya:107). Misinya adalah membina masyarakat rabbani yang dinaungi 'Nur Ilahi' (cahaya ketuhanan).

Baginda juga diutus ke alam ini untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia (makarimu'l akhlaq). Akhlak baginda adalah pancaran daripada nilai-nilai al-Quran sebagaimana kata isterinya, Aisyah r.a. bahawa akhlak Nabi adalah umpama al-Quran yang bergerak (Kana Khuluquhul Quran). Justeru, selaku umat Islam, kita dituntut mencontohi akhlak Rasulullah SAW.

Terdapat banyak sifat dan akhlak mulia Nabi yang boleh dipelajari, dihayati dan diamalkan. Antara sifat-sifat kekuatan diri baginda yang patut dijadikan ikutan ialah tawaduk, pemalu, siddiq, amanah, fatanah, tabah, sabar, syukur, pemaaf, bertakwa, beristiqamah, ikhlas, khusyuk, zuhud, qanaa dan lemah lembut. Nabi juga memiliki al-hikmah (kebijaksanaan) dan Al-Iffah (pengawasan diri).

Nabi juga menjadi contoh ikutan dalam beribadah. Dalam beribadah dan beramal sholeh, baginda mengajar tentang al-ihsan seperti mana maksud hadis baginda: "beribadatlah seolah-olah kamu melihat Allah, dan jika tidak dapat merasai demikian hadirkan hatimu seolah-olah kamu diperhatikan-Nya". 'Al-ihsan' merangkumi segala bentuk kebaikan yang dibuat oleh manusia semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT.

Antara contoh amalan ibadah Nabi yang perlu diikuti ialah bersolat wajib secara berjemaah di masjid, memperbanyakkan solat sunat di rumah, beristiqamah solat tahajjud, gemar melakukan iktikaf, banyak berpuasa sunat, sentiasa berzikir, berdoa dan bertaubat, kuat berjihad, istiqamah dalam beramal, banyak membaca al-Quran, melazimkan siwak (bersugi), berjanggut, berserban dan berjubah.

Para pendakwah (da'i) patut mencontohi kesabaran yang tinggi serta keteguhan jiwa yang dimiliki baginda ketika menyampaikan risalah Allah kepada manusia. Baginda sentiasa berinteraksi dengan masyarakat dengan cara yang maaruf. Rasulullah suka membalas kejahatan dengan kebaikan. Antara sifat-sifat baginda ketika bergaul dan berhubung dengan masyarakat ialah mengasihi anak-anak yatim, mengasihi kanak-kanak, mengasihi orang miskin dan menghormati orang tua.

Baginda juga sentiasa membimbing dan mengasihi yang muda, berkelakuan baik terhadap haiwan, membalas pemberian orang, sentiasa memberi salam dan menziarahi orang sakit. Rasulullah juga mengajarkan aspek tasamauh atau bertoleransi. Nabi bergaul secara maaruf dengan pelbagai kaum dan penganut agama lain. Rasulullah pernah mengizinkan delegasi Kristian dari Najran yang datang ke Madinah melakukan ibadat mereka di satu sudut Masjid Madinah.

Baginda berpesan kepada para sahabatnya jangan merosakkan hubungan dengan orang bukan Islam kecuali mereka menentang Islam atau merobek maruah umat Islam. Untuk membina masrakat Islam yang kukuh, Rasulullah sangat menekankan aspek ukhwah Islamiah atau persaudaraan Islam tanpa mengira warna kulit atau taraf sosial.

Umat Islam diajar tidak menyakiti saudaranya sama ada melalui tangan atau lidahnya. Orang Muslim juga diharamkan menumpahkan darah saudara Muslimnya serta diharamkan menceroboh harta benda dan kehormatannya.

Nabi juga mengajar umat Islam membantu meringankan kesusahan saudara Muslimnya dan membantu golongan miskin. Nabi menegah umat Islam mendedahkan aib atau keburukan saudara Muslimnya supaya keburukannya ditutup Allah di dunia dan di akhirat kelak.

Nabi Muhammad SAW merupakan pendidik yang cukup unggul dalam membangun peribadi insan. Antara sifat-sifat Rasulullah sebagai pendidik yang boleh dijadikan contoh ialah murabbi, mualim dan muaddib. Nabi menjadikan al-Quran sebagai sumber tarbiyah serta bersifat sabar dan menggunakan pelbagai kaedah dalam mendidik.

Dalam mengurus dan mengendalikan rumah tangga Rasulullah sentiasa bergaul secara maaruf dengan isteri dan ahli keluarganya. Baginda sentiasa mendidik, berlaku adil serta bersifat berlemah lembut terhadap isteri-isterinya. Baginda tidak pernah memukul dan menghina isteri-isterinya, sebaliknya bersifat sabar dengan kerenah isteri serta sentiasa menyuruh ahli keluarga melakukan kebaikan.

Dari segi kepemimpinan, Rasulullah adalah seorang pemimpin agung yang memiliki sifat-sifat kepimpinan yang tinggi. Kepemimpinan baginda sangat menekankan aspek integriti seperti amanah, bertanggungjawab, telus dan jujur. Baginda memiliki kemampuan untuk menyusun strategi, bersifat berani, tegas dan berprinsip tetapi dalam masa yang sama baginda bersifat pemaaf dan pemurah.

Selain itu, baginda sentiasa mengamalkan syura, menegakkan keadilan, mengutamakan umat serta sanggup menanggung kesusahan bersama pengikut. Sebagai pemimpin umat, baginda tidak mengharapkan penghormatan dan pujian melainkan mengharapkan keredaan Allah semata-mata.

Kesimpulan, di tengah-tengah arus masyarakat yang semakin subur dengan sifat-sifat mazmumah (keburukan), maka wajarlah umat Islam kembali mencontohi akhlak Rasulullah SAW seperti maksud firman Allah SWT: "Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta pula menyebut dan banyak mengingati Allah" (Al Ahzab:21).



Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Februari 03, 2012

Adakah DAP Parti Pelbagai Kaum!


Benarkah hipotesis bahawa Pilihan Raya Umum Ke-12 telah mengubah landskap politik Malaysia secara monumental dengan menjadikan parti-parti politik yang berasaskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC tidak lagi relevan?

Untuk mengesahkan kebenaran atau kepalsuan hipotesis itu, maka rakyat Malaysia perlu mengkaji sama ada parti-parti yang hari ini mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum adalah tulen dakwaannya dan bukan semata-mata bersifat pelbagai kaum secara kosmetik.

Oleh itu mari kita meletakkan sebuah parti politik tempatan yang amat gah mendakwa bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa bahawa ia adalah parti politik untuk semua kaum di Malaysia di bawah mikroskop sebagai bahan kajian. Parti yang dimaksudkan adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Slogan Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia adalah asas perjuangan DAP. Di bawah konsep ini DAP menentang hak istimewa yang berasaskan kaum dan memperjuangkan sistem meritokrasi di mana pembahagian sumber hendaklah kepada individu yang terbaik, paling berkebolehan, rajin dan yang tercekap.

Sekali pandang amat muluk matlamat perjuangan DAP, namun kita harus mengkaji sama ada kemulukan slogan memperjuangkan kepentingan semua kaum diikuti dengan pelaksanaanya. Pertama mari kita lihat sama ada dilihat dari segi keahliannya DAP memenuhi kriteria pelbagai kaum atau hanya beretorik.

Statistik menunjukkan bahawa pecahan penduduk Malaysia mengikut kaum adalah 65.1 peratus daripada etnik Melayu dan bumiputera, 26 peratus etnik Cina dan 7.7 peratus etnik India. Maka untuk sesebuah parti mengaku bersifat pelbagai kaum parti berkenaan haruslah tidak mempunyai keanggotaan satu kaum melebihi 50 peratus dari keseluruhan keahlian parti tersebut. Oleh kerana tidak ada sebarang statistik pecahan keahlian DAP mengikut kaum, maka kita boleh membuat ujian terhadap sifat kepelbagaian DAP dengan meninjau barisan kepemimpinannya.

Kajian yang dibuat berdasarkan maklumat yang terkandung di laman web DAP menyaksikan dari 30 orang ahli jawatankuasa pusatnya, 22 (73 peratus) adalah terdiri daripada kaum Cina, 6 (20 peratus) adalah kaum India dan hanya 2 (7 peratus) adalah orang Melayu. Jelas barisan kepemimpinan DAP tidak membuktikan ia sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum.

Untuk berlaku adil kepada DAP oleh kerana dari segi statistik kepemimpinannya DAP tidak membayangkan ia sebuah parti politik untuk semua kaum di Malaysia, maka marilah kita melihat pula kepada corak perjuangan parti berkenaan manalah tahu jikalau perjuangannya membuktikan ia sebuah parti untuk semua kaum sepertimana slogannya Malaysia untuk orang Malaysia. Sudah tentu semua rakyat Malaysia bermaksud untuk orang Melayu, kaum bumiputera, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia.

Persepsi

Tetapi apabila melihat isu-isu yang diperjuangkan parti DAP akan semakin terbukti bahawa bagi DAP slogan Malaysia untuk orang Malaysia tidak termasuk untuk orang Melayu. Persepsi ini timbul kerana apa yang dilihat sebagai penentangan DAP terhadap segala simbol kemelayuan yang terdapat kehidupan bernegara kita.

Contohnya keputusan memakai atau tidak memakai songkok telah dijadikan polemik oleh DAP. Perkara ini berlaku walaupun memakai songkok telah menjadi sebahagian pakaian formal bagi majlis yang melibatkan raja-raja Melayu sebagai tanda kesopanan. Persepsinya DAP melihat songkok sebagai tanda dominasi orang Melayu.

Walaupun setelah menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran di Selangor dan Perak ( negeri beraja ) di mana anggota DAP yang menjadi anggota pentadbiran terpaksa memakai songkok namun masih terdapat penentangan seperti yang berlaku di Johor.

Soalan cepu emas yang perlu ditanya oleh orang Melayu dan perlu dijawab secara jujur oleh DAP ialah adakah pernah pada sebarang masa badan pembuat dasar tertinggi DAP iaitu Jawatankuasa Pusatnya mengeluarkan arahan melarang pemakaian songkok, adakah larangan ini masih berkuat kuasa dan kenapa ia berlaku. Begitu juga tindakan DAP yang lantang menentang sebarang usaha untuk mengkelaskan Malaysia sebagai negara Islam walaupun Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia.

Kenapa terdapat kedegilan di pihak DAP untuk terus mempertahankan status Malaysia sebagai negara sekular? Selain usaha untuk menyempitkan signifikan peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan DAP juga menentang peruntukan Perkara 121 (1A) yang tidak membenarkan campur tangan mahkamah sivil di dalam apa yang menjadi bidang kuasa mahkamah syariah. Kedua-dua peruntukan perlembagaan ini menjadi teras kepada status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan sekolah kebangsaan adalah sekolah untuk semua kaum DAP dikenali sebagai parti yang paling lantang memperjuangkan bahasa dan sekolah Cina. Begitu kerasnya pendirian DAP di dalam persoalan bahasa dan pendidikan ini sehingga mereka menentang pengajaran matapelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan penubuhan sekolah wawasan yang pernah dicadangkan kerajaan satu ketika dahulu.

Bukan sahaja kepentingan agama, bahasa dan pendidikan orang Melayu tidak diperjuangkan oleh DAP malah ia ditentang hebat oleh parti berkenaan. Begitu juga hak-hak istimewa orang Melayu juga ditentang oleh DAP kerana hak istimewa orang Melayu ini disifatkan sebagai antimeritokrasi.

Penentangan ini berlaku walaupun hak-hak istimewa ini telah terbukti berjaya membantu orang Melayu dan bumiputera untuk memperoleh sedikit keadilan sosial. Begitu antiDAP kepada hak-hak istimewa orang Melayu sehinggakan walaupun hanya 30 peratus pemilikan ekuiti negara disasarkan untuk orang Melayu, telah diasak dengan begitu hebat oleh DAP.

Hakikatnya hari ini majoriti 65.1 peratus (orang Melayu) penduduk Malaysia hanya menguasai 19.4 peratus kekayaan negara berbanding minoriti 26 peratus rakyat Malaysia (kaum Cina) yang menguasai 42.4 peratus. Nampaknya kejayaan yang sedikit ini pun hendak dicemburui dan mahu dihapuskan. Bagi DAP sebarang kejayaan orang Melayu akan dikaitkan dengan faktor rasuah atau pilih kasih bukannya usaha kaum tersebut.

Terbukti dari semua segi sama ada statistik kepemimpinan mahukan corak perjuangannya DAP bukanlah parti untuk semua kaum apatah lagi untuk orang Melayu. DAP adalah sebenarnya sebuah parti untuk orang Cina. Tanggapan terhadap DAP juga sebagai parti yang secara agresif memperjuangkan kepentingan untuk semua ras sebenarnya hanyalah ilusi.

Menggunakan kriteria ujian yang sama terhadap parti-parti politik lain di Malaysia yang juga mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum sepertimana ujian kriteria yang digunakan terhadap DAP maka kita boleh menyimpulkan bahawa dakwaan landskap politik berhubung peranan ras yang dikatakan berubah pasca-Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebenarnya lebih bersifat indah khabar dari rupa.

Amat perlu bagi parti-parti politik Malaysia duduk semeja dan merangka satu tata etika agar mereka tidak terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung untuk menipu rakyat dalam konteks sifat kepelbagaian kaum.

Salah satu tataetika utama yang harus di persetujui semua adalah mana-mana parti politik yang ingin mendakwa bahawa mereka bersifat pelbagai kaum tidak boleh mempunyai dominasi keahlian sesuatu kaum melebihi 50 peratus sama ada dari segi ahli mahupun barisan kepemimpinannya, parti yang mendakwa bersifat pelbagai kaum juga perlu melambangkan komitmen berkenaan di dalam platform dasar mereka. Jika tidak dapat memenuhi syarat-syarat ini maka sebarang parti politik hendaklah dilarang daripada menggunakan label pelbagai kaum.











Suara Politik
Taminsari

Khamis, Februari 02, 2012

Sebelum berundur, eloklah Haji Hadi tarik semula ‘ Amanat Hadi’ dan perbetulkan dahulu akidah pengikut PAS!


Mungkin ramai yang menyambut baik kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Bagaimanapun sebelum berundur, Abdul Hadi perlulah tarik semula ‘Amanat Hadi’ dan bertanggungjawab untuk memperbetulkan kembali akidah pengikut PAS yang telah terpesong disebabkan amanat beliau mengkafirkan UMNO!

Ramai pengikut PAS masih berpegang kepada amanat tersebut yang menganggap mati syahid kerana menentang UMNO, sedangkan pegangan itu jelas bertentangan dengan Islam. Tidak cukup dengan Abdul Hadi berundur, beliau mesti bertaubat dengan dosa-dosanya melalui Amanat Hadi yang membawa malapetaka.

Ini termasuklah tercetuskan Peristiwa Memali, gerakan bawah tanah merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan dan akidah pengikut PAS yang rosak kerana beriktikad dengan amanat tersebut!

Sebuah akhbar sebelum ini melapurkan kenyataan Presiden PAS itu menyatakan kesediaannya untuk tidak bertanding pada PRU-13 bagi memberi peluang kepada golongan pelapis. Menurut Abdul Hadi, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

Pada 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan amanat tersebut yang dibuat oleh Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kuala Terenggau pada 1981, sebagai bertentangan dengan Islam.

Malah salah seorang bekas anggota Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris yang sekarang ini juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, ketika ditemui memberitahu yang beliau masih ingat apabila turut terlibat dalam gerakan merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan disebabkan beriktikad kepada Amanat Hadi itu.

“Saya sendiri terlibat sebab itu saya tahu. Begitu juga dengan peristiwa berdarah Memali berlaku kerana mereka menganggap menentang UMNO adalah jihad dan mati syahid. Mereka beriktikad orang UMNO kafir dan keluar PAS murtad. Sebab itu, gelaran ‘ustaz murtad’ sangat popular dan diberikan kepada golongan ustaz yang keluar daripada Pas,” katanya.

Sementara itu : Nik Aziz tolak hasrat Hadi

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Abdul Hadi, menurut beliau, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.

"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," katanya kepada pemberita di sini.

Persoalannya, perlukah Abdul Haji ‘berfikir semula’ untuk mengikut hasrat Nik Aziz atau Nik Aziz sendiri perlu berundur kerana rakyat sudah sedia maklum beliau sudah terlalu lama menjadi ‘ulama politik’?

Tun Mahathir, yang memerintah dengan membawa pembangunan, perubahan fizikal dan mental kepada masayarakat di Malaysia pun menyerlah dengan berhenti. Walhal beliau diharuskan untuk memerintah sehingga ke tahap maximum kerana beliau boleh membawa kejayaan umum masyarakat ke tahap yang lebih tinggi.

Abdul Hadi tidak perlulah mengikut nasihat dari Nik Aziz tentang undur diri dari bertanding. Berfikirlah dengan sebaik nya kerana, pemikiran yang bersih itu jauh dari nur atau tabiat jahat dari semasa zaman jahiliah.

Sebelum berundur, sekali lagi diingatkan eloklah Abdul Hadi bertanggungjawab untuk memperbetulkan kembali akidah pengikut PAS yang telah terpesong disebabkan amanat beliau sebelum ini! Demi perpaduan Islam, tarik semula ‘Amanat Hadi’ dan minta maaflah kepada seluruh umat Islam di negara ini. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Februari 01, 2012

Sampai bila PKR Selangor mahu sabotaj projek bekalan air mentah!


Reka bentuknya telah pun siap. Peruntukan untuk membina loji air ini juga telah tersedia. Malahan, tapak tanah untuk loji dan projek ini telah pun diambil dan siap sedia untuk digerakkan projek berdekatan Hulu Langat, Selangor ini.

Tetapi cuma kerajaan PKR Selangor melalui Majlis Daerah Perbandaran Hulu Langat tidak mahu mengeluarkan Development Order atau kebenaran merancang. Semuanya jadi tak kena menyebabkan projek Langat 2 ini tertangguh selama satu setengah tahun.

Tanpa Development Order ini, Kerajaan Persekutuan tidak boleh memanggil tender untuk membina loji tersebut.

"Dengan semua persiapan sudah tersedia, Kerajaan Persekutuan sudah mahu menggerakkan pembinaan loji ini tetapi masih memerlukan dua lot yang berdekatan dengan loji untuk projek tersebut.

"Tetapi kerajaan PKR Selangor melalui Exco kerajaan negerinya tidak mahu meluluskan pengambilan dua lot tanah ini untuk tujuan projek.

"Tidak tahu apa motifnya tetapi berkemungkinan besar kerana mereka ingin kawal 'business' air di negeri Selangor ini," kata seorang sumber kepada semalam.

Bercerita tentang air, negara sebenarnya telah pun menghadapi krisis bekalan ini pada 1998. Oleh sebab itu, kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) telah mula merancang mulai 1998 lagi untuk mengelak krisis air ini tidak berulang.

Kalau bekalan api elektrik tak ada tidak mengapa, tapi jangan tidak ada air, kata seorang rakan. Sangat pedih jika krisis air ini berulang. Sebab itu jika tindakan susulan tidak diambil segera, negara akan menghadapi krisis air sekali lagi pada 2014 nanti - dua tahun sahaja dari sekarang.

Ketika ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air sedang menjalankan Projek Air Mentah dari Pahang ke Hulu Langat. Projek membina laluan paip dan terowong sedang berjalan. Kos keseluruhan projek dianggarkan berjumlah RM8 bilion termasuklah kos pengambilan tanah, pembinaan dan jururundingnya.


Kerajaan Persekutuan pun sudah ada peruntukannya. Oleh kerana pentingnya projek ini, Kerajaan Persekutuan juga telah mendapat soft loan daripada Kerajaan Jepun berjumlah RM3 bilion untuk tujuan itu. Dan seperti masalah di atas dengan kerajaan PKR Selangor yang tidak tahu motifnya, projek ini tertangguh sehingga hari ini.

Apa akan berlaku kalau projek loji air di Hulu Langat ini terus tertangguh?

1. Krisis air akan berlaku di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

2. Cuma, sekiranya projek ini dapat disempurnakan, sebanyak 1.4 juta pemegang akaun air akan dapat menikmati air mentah bersih ini. Iaitu lebih kurang seramai 7 juta rakyat akan dapat menikmati air mentah bersih ini (1.4 juta akaun x 5 orang dalam sebuah rumah).

3. Kalau projek ini tertangguh lagi, kos pembinaannya akan bertambah tinggi.

4. Bila kosnya bertambah tinggi, kos air bersih kepada rakyat pada masa akan datang - akan bertambah tinggi juga.

5. Masalah akan timbul kepada bangunan-bangunan tinggi dan flat yang lebih dari 5 tingkat.

6. Tanpa air yang mencukupi, water pressure akan berkurangan. Maka, bangunan lebih 5 tingkat tidak akan dapat bekalan air.

7. Maka penduduk akan terpaksa mengambil air dari bawah flat atau bangunan dengan menggunakan tangki air.

8. Pemaju perumahan, pemaju hartanah dan pemaju pejabat-pejabat akan meminta assurance for future water supply untuk menjalankan projek-projek hartanah di Selangor. Sekiranya tiada, mereka akan melabur di tempat lain atau negeri lain.

Sebenarnya kementerian berkenaan telah beberapa kali mengadakan mesyuarat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Keputusannya - Abdul Khalid tidak bersetuju dengan projek ini.

Demi politik kerajaan PKR Selangor, rakyat seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya seramai lebih kurang 7.5 juta orang tidak akan menikmati air mentah bersih secara percuma mulai 2014.

Demi politik, kerajaan PKR Selangor sanggup menangguhkan projek ini dengan tidak mahu meluluskan Development Order dan '2 lot tanah' - agar projek air mentah bersih ini gagal.

Demi politik, kerajaan PKR Selangor sanggup menangguhkan projek loji ini di mana akan menyebabkan tarif air yang akan dibayar oleh rakyat Selangor nanti bertambah mahal dan tinggi.

Demi politik, Menteri Besar Selangor sanggup memberi rakyat potongan serta diskaun kepada tarif air yang dibayar sekarang.

Tetapi sebaliknya sabotaj projek air Kerajaan Persekutuan yang ikhlas membantu rakyat agar krisis air pada 2014 tidak berlaku.-UM.












Suara Politik
Taminsari

Isnin, Januari 30, 2012

'Exco baru Agama' inilah orangnya yang menolak cadangan PAS haram jual arak !


Usaha PAS Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan minuman beralkohol berkuat kuasa Januari 2009 tidak kesampaian apabila cadangan tersebut ditolak oleh kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat atas alasan penduduk di negeri itu terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Jelas beliau, meskipun terdapat golongan tertentu menyuarakan kebimbangan terhadap kesan negatif akibat mengambil minuman beralkohol, kerajaan negeri berpendapat tidak perlu diambil tindakan drastik sedemikian kerana ia boleh mencetuskan rasa tidak puas hati di pihak lain.

"Walaupun prihatin terhadap kebimbangan sesetengah pihak mengenai kesan negatif pengambilan minuman beralkohol tetapi kerajaan negeri tidak akan mengambil langkah drastik seperti mengharamkan penjualan minuman beralkohol secara total. "Ini kerana Selangor terdiri daripada penduduk pelbagai kaum dan agama," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco di sini.

Malaysiakini ketika itu melaporkan bahawa akhbar-akhbar berbahasa Cina menyebut PAS melalui anggota-anggotanya yang menyertai ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di restoran, kedai runcit dan kedai serbanika 24 jam di Selangor.

Menerusi laporan dalam laman web tersebut, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disebut sebagai PBT pertama di Selangor yang meluluskan usul berkenaan yang bakal berkuat kuasa Januari 2009.

Bagaimanapun, usaha murni itu dikecam DAP apabila ketua publisitinya, Tony Pua menyifatkan PAS sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang. Menurut Pua, tindakan PAS itu dilihat cuba membelakangkan sentimen sokongan pengundi bukan Islam dan melemahkan kerajaan campuran Selangor.

Abdul Khalid memberitahu, isu tersebut telah dibincangkan sebelum ini dan hasilnya kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan penguatkuasaan dengan melarang penjualan minuman beralkohol kepada orang Islam dan belia di bawah umur 18 tahun.

Katanya, satu perbincangan akan diadakan di antara kerajaan negeri dengan para peniaga, PBT dan agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi mengenal pasti cara terbaik untuk melaksanakannya.










Suara Politik
Taminsari

Khamis, Januari 26, 2012

Anwar sebenarnya sudah lama perjuangkan hak Gay di Malaysia!


Anwar Seeks Privacy Provision in Malaysia Gay Laws

International Herald Tribune, November 11, 2004
From the Agence France-Presse

KUALA LUMPUR — Malaysia’s laws on homosexuality need to be amended, says the former deputy prime minister Anwar Ibrahim, whose conviction and nine-year jail sentence for sodomy were recently overturned on appeal.

Anwar, who spent six years in prison on a separate charge of abusing his position to cover up homosexual offenses, spoke out on what he called a “sensitive” issue in an interview.

Anwar, a popular politician who was widely expected to be Malaysia’s prime minister by now, maintained, as he has done since his arrest in 1998, that the charges against him were trumped up to destroy his political career.

But while insisting on his innocence and acknowledging that most people in mainly Muslim Malaysia objected to homosexuality, he said people’s privacy needed to be protected.

“In the general view, among Muslims and many non-Muslims that I know, homosexuality is not accepted,” he said. “Fair enough. But here the question is, how do you use the law and intrude on people’s privacy and their own private choices?

“This is the borderline. I think public display may be objectionable, but I think the laws need to be amended.

“The issue is the invasion of privacy, and we therefore have to design and make sure the law does not involve the overzealous groups trying to push their views or values outside the scope of the law.

“So I think while I endorse the general law against homosexuality—I think it is against Islamic tenets and also the cultural practice here by most Malaysians—I think we have to bear in mind that invasion of privacy is something that we need to look at.”

Anwar’s wife, Wan Azizah Wan Ismail, is a member of Parliament for the opposition National Justice Party set up to press Anwar’s cause after he was fired as deputy by Mahathir bin Mohamad when Mahathir was prime minister. She is the only party member to win a seat in March elections in which opposition parties were defeated by the man who took Anwar’s place as Mahathir’s successor, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar has said he bears no grudge against Mahathir.

“I think why Mahathir may have had these charges trumped up against me is because there is a general sentiment—and he is right in the sense of a very general sentiment—against homosexual practices,” Anwar said.

Anwar spoke vigorously about domestic and international developments since his imprisonment. He criticized President George W. Bush and his conduct of war but was again cautious when asked about the role played by gay rights issues in the recent U.S. election.

Some commentators have attributed Bush’s re-election in part to his opposition to marriage between homosexuals.

“Gay marriages are going a bit too far,” Anwar said. “I’m a liberal in many ways but I think that is going a bit too far.” Klik di sini.

Bagaimana pula dengan kenyataan Anwar di Mumbai, India baru-baru ini!



Anwar ketika di temuramah dengan BBC pada 12 Jan lalu di Mumbai,India apabila ditanya mengenai sokongan daripada golongan pro-gay di Malaysia terhadapnya berikutan keputusan mahkamah, beliau berkata:

1. Menyokong penuh pemansuhan undang undang lapok sodomi

2. Walaupun masyarakat Malaysia rata-rata tidak boleh menerima homoseksual di khalayak ramai, undang-undang lapok sodomi tidak harus digunakan untuk menghukum orang yang tidak bersalah! Maksudnya kalau private not public tak mengapa!!!

Adakah Anwar mahu menafikan lagi kenyataan-kenyataan yang telah dibuat beliau? Tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran. Takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Suara Politik
Taminsari

Anwar sifatkan hakim 'Bahalol'...!!! - Laporan polis sudah dibuat, hasil siasatannya bagaimana?

Pemuda UMNO lapor polis, Anwar sifatkan hakim ‘bahalol’!

Pada 3 Jun 2010, Pergerakan Pemuda UMNO telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat Parti Keadilan, Anwar Ibrahim yang telah menghina dan membuat tuduhan jahat terhadap institusi kehakiman negara apabila menggelarkan hakim yang mengadili kes beliau sebagai ‘bahalol’.

Laporan polis itu dibuat oleh setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pukul 4 petang.

Megat Firdouz berkata, laporan itu dibuat kerana pihaknya mendapati kenyataan Anwar seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 30 dan 31 Mei lalu adalah subjudis kepada kes beliau yang sedang dibicarakan. Sila klik di sini.

“Sebagai ketua pembangkang di Parlimen, Anwar tidak sepatutnya membawa sistem kehakiman sebagai bahan tohmahan di pentas politik dengan meracuni fikiran rakyat. “Saya juga percaya Anwar mempunyai niat jahat yang sengaja dilakukan untuk menghasut dan menimbulkan kesangsian orang ramai terhadap sistem kehakiman negara,” katanya selepas membuat laporan tersebut.

Pada 29 Mei 2010 lalu, Anwar dilaporkan membuat kenyataan mengejut dengan menggambarkan hakim yang mengadili perbicaraan tuduhan liwatnya sebagai ‘bahalol’ ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, Kota Bharu, Kelantan.

Anwar turut menyifatkan badan kehakiman negara sebagai ‘rosak dan punah’ serta masih gagal dipulihkan kerana diterajui oleh individu-individu yang tidak layak. Megat Firdouz menambah, kenyataan jahat Anwar yang merupakan seorang pemimpin atasan tidak boleh dipandang mudah oleh pihak berkuasa.

“Kami mahu pihak polis bertindak tegas terhadap laporan ini kerana bimbang orang ramai juga turut bertindak seperti Anwar selepas ini. “Jika terus dibiarkan, di mana kita hendak letak maruah institusi kehakiman selepas ini,” soal beliau.

Bagaimana pula dengan yang ini?













Suara Politik
Taminsari

Selasa, Januari 24, 2012

Mengapa Human Rights Watch Kecewa Keputusan Anwar Dirayu?


Anwar Ibrahim hanyalah seorang ketua pembangkang dan Ketua Umum PKR di Malaysia, namun keprihatinan satu organisasi berpengkalan di Amerika Syarikat (AS), Human Rights Watch (HRW) terhadap isu ketua parti pembangkang di Malaysia itu menimbulkan satu persoalan; ‘Siapakah Anwar Ibrahim pada kaca mata HRW ?”.

Penghujung minggu lepas, Ketua Unit Rayuan, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Manoj Kurup dari pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, 9 Jan yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Notis rayuan seperti dilaporkan Utusan ditandatangani oleh Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun yang pernah mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat tersebut semasa Anwar pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

“Keputusan (rayuan) ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangkan kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap satu kes yang sepatutnya bukan kes jenayah” kata Phil Robertson Timbalan Pengarah HRW Asia seperti dilaporkan FMT.

Kenapa HRW menganggap dakwaan liwat Anwar bukan satu kes jenayah ?

Seks Suka Sama Suka Bukan Jenayah

Sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan terhadap kes liwat II itu, Robertson telah menjalankan satu missionari berkempen menggugurkan kes Anwar.

“Revoke Law Banning Same-Sex Sexual Relations, Drop Case against Ex-Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim” atau “Hapuskan Undang-undang Mengharamkan Hubungan Seks Sejenis – Gugurkan Kes Terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim” yang dikempen oleh HRW banyak disambut oleh gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) seperti di Pinknews dan Gaystarnews.

Menurut Robertson, HRW, tindakan mengenakan pendakwaan ke atas Anwar melanggar privasi peribadinya kerana ia dilakukan secara suka sama suka.

Robertson berkata, “undang-undang yang menghukum perlakuan seksual secara suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi.

Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi diskriminasi dan berlakunya penyalahgunaan kuasa”, katanya.

Bagi Iskandar Zulfi dari mynewshub.my , kempen HRW itu telah mengesahkan bahawa Anwar sememangnya terlibat dalam hubungan seks luar tabie tersebut.

Apatah lagi apabila kenyataan HRW menyebut, “Whether or not Anwar Ibrahim engaged in consensual ‘sodomy’ is irrelevant. It’s time to reject this law and end the farcical political theater that promotes discrimination based on sexual orientation and destroys people’s lives” yang bermaksud “Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka atau tidak, ia tidak relevan sama sekali. Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain“.

Pada 8 November 2011, Robertson, HRW pernah menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang disifatnya telah mendiskriminasi kumpulan LGBT Malaysia dengan membatalkan program tahunan Seksualiti Merdeka.

Menurut wikipedia, HRW adalah jurucakap pembela terhadap kebebasan berkaitan dengan hak asasi manusia, seperti kebebasan beragama, orientasi seks dan kebebasan media.

HRW yang disebut wikipedia dibantu kewangan oleh George Soros akan tampil menjadi jurucakap jika difikirkannya hak asasi seseorang individu itu dicerobohi seperti mendiskriminasi golongan minoriti seksual, LGBT. -AIDCnews

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Januari 22, 2012

Human Rights Watch : Anwar mengaku meliwat Saiful suka sama suka!


Kenyataan Human Rights Watch (HRW) yang berkempen supaya kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan menggunakan undang-undang lapuk adalah bukti jelas bahawa badan hak asasi antarabangsa itu yakin Ketua Umum PKR itu telah melakukan seks luar tabie terhadap pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka (consensual sodomy) atau tidak, ia tidak relevan sama sekali. Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain.”, kata Phil Robertson, timbalan pengarah HRW bagi rantau Asia.

Terdapat usaha yang kuat di kalangan pihak HRW untuk membuktikan kejadian liwat itu berlaku atas ‘dasar suka sama suka’, sehingga memanipulasikan fakta yang tidak tepat.

HRW mendakwa berlaku pertukaran pertuduhan dari ‘tindakan paksa’ kepada ‘suka sama suka’, walhal hakikat sebenarnya perkara itu tidak berlaku.

“Undang-undang menghukum perlakuan seksual suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi.

“Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi diskriminasi dan penyalahgunaan kuasa dibenarkan berlaku”, kata Robertson.

Secara umum HRW berhujah undang-undang anti-liwat yang diguna pakai di Malaysia sudah ketinggalan zaman kerana undang-undang itu bertentangan dengan hak asasi manusia.

Oleh itu, badan hak asasi antarabangsa itu menggesa Malaysia membuang undang-undang anti-liwat yang melanggar hak privasi dan berbentuk diskriminasi serta menganti dengan undang-undang baru yang membenarkan aktiviti liwat.

Menurutnya, undang-undang baru itu mestilah selaras dengan Prinsip-prinsip Yogyakarta (Yogyakarta Principles), laporan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Vienna yang mengiktiraf hak-hak asasi manusia termasuk melakukan aktiviti seks luar tabie atas dasar suka sama suka.

Anwar Mengaku Suka Sama Suka

Sejak kes dituduh di mahkamah seksyen, Jalan Duta, 7 Ogos 2008, Anwar sudah membuat pengakuan berlakunya kejadian liwat atas dasar suka sama suka.


Mstar, 7 Ogos 2008 melaporkan, Penasihat PKR itu turut mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika berlaku atas dasar suka sama suka.

“Jika suka sama suka, kenapa hanya saya sahaja kena dakwa.Kenapa tak panggil dua-dua?” katanya.

Namun begitu, gagasan liwat suka sama suka hanya dicanang oleh pihak Anwar dan bukannya pihak pengadu, Mohd Saiful.

Mohd Saiful dalam laporan polisnya mendakwa kejadian itu berlaku di luar kerelaannya. Dia tidak suka melakukan aktiviti aktiviti terkutuk itu, tetapi Anwar yang sukakannya.

Namun Anwar pula mendakwa sebaliknya, iaitu ia berlaku secara suka sama suka.

Walau bagaimanapun semasa proses pembelaan, Anwar tidak menafikan keterangan-keterangan Mohd Saiful yang mendakwa telah dipaksa, dimarahinya sebelum kejadian aktiviti seks itu berlaku yang membawa maksud Anwar turut bersetuju dengan keterangan pengadu itu.

Sekarang baru kita faham kenapa Anwar memperbesarkan elemen ‘suka sama suka’ kerana menurut badan hak asasi seperti HRW, perlakuan seks luar tabie di antara orang dewasa atas dasar suka sama suka adalah tidak salah menurut kaca mata Barat.

Hujah Utama Karpal Singh


Malaysiakini, 25 April melaporkan Karpal Singh, Ketua Peguam Bela Anwar, dalam proses penggulungan hujah untuk menentukan Anwar perlu membela diri atau tidak berhujah berdasarkan tema suka sama suka.

Karpal menegaskan bahawa tuduhan persetubuhan di luar tabii – iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan tidak konsisten dengan kenyataan Mohd Saiful yang mendakwa tidak bersetuju.

“Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan,” katanya.


Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas, di mana pada awalnya hakim Mahkamah Tinggi menerima keterangan pengadu, Azizan Abu Bakar tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan kerana didapati wujud elemen suka sama suka dalam aktiviti seks itu.

“Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela diri,” katanya.

Menurut Karpal kes liwat II adalah sama seperti ke liwat I yang berlaku 10 tahun lepas.

Kes liwat I merujuk kepada tuduhan Anwar didakwa bersubahat dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja meliwat Azizan Abu Bakar.

Datuk Arifin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000 telah menjatuhkan hukuman bersalah kepada Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan meliwat Azizan Abu Bakar di Unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa (apartment Sukma Darmawan), Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.

Namun, Anwar dan Sukma dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 atas faktor teknikal, iaitu didapati wujud elemen ‘suka sama suka’. Klik di sini dan sini.

Karpal berhujah wujudnya elemen suka sama suka dalam kes liwat II ini apabila Saiful tidak meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku, sedangkan dia boleh berbuat demikian.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

Dakwa Karpal, selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20 minit.

Hujah Utama Pembelaan Diri Anwar

Anwar sendiri ketika memberi keterangan bela diri dari Kandang Tertuduh, 22 Ogos 2011, masih mencanang idea suka sama suka.

Tindakan Anwar membaca semula keterangan-keterangan, Mohd Saiful di mahkamah, tanpa penafian mengukuhkan lagi kredibel keterangan pengadu yang menjadi saksi utama kes liwat tersebut.

Kenyataan semula apa yang diperkatakan Mohd Saiful dalam mahkamah, tanpa bantahan itu mengesahkan pengakuan Anwar bahawa beliau berada bersama-sama pengadu di Unit 1151 seperti tarikh, masa dan tempat yang dituduh di mahkamah.


Anwar tidak pertikaikan aspek tarikh, masa dan tempat, tetapi yang dipertikaikan adalah aspek psikologi dan menyoal kembali kenapakah Mohd Saiful tidak melarikan diri daripadanya.

“Apabila disoal, beliau menjawab bahawa SP1 (Mohd Saiful) merasa marah dan takut dan tidak bersedia untuk melakukannya, akan tetapi kerana saya kelihatan marah, dia akhirnya akur.

“Perlu diperhatikan pada peringkat ini pengadu boleh, berdasarkan pengakuannya sendiri ketika pemeriksaan utama, (dia boleh) meninggalkan bilik (Unit 1151) kerana tidak ada sebarang bukti percubaan oleh saya untuk mengunci pintu dari dalam.

“Dia juga mendakwa bahawa dia diarahkan masuk ke bilik tidur dan bahawa dia masuk kerana takut. Bahkan di peringkat ini, pengadu berpeluang untuk meninggalkan ruang tamu, walau bagaimanapun dia tidak berbuat demikian.

“Bukti selebihnya menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang dan kesempatan untuk melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian”, katanya.


Anwar turut mengesahkan kebenaran keterangan pengadu bahawa pada hari kejadian, Mohd Saiful membawa KY Jelly.

“Ketika pemeriksaan balas, bukti penting yang berikut telah didapatkan daripada pengadu. Beliau mengakui bahawa dia membawa bersamanya pelincir dan telah secara sukarela dan tanpa teragak-agak menggunakannya .

“Beliau mendakwa bahawa berlaku persetubuhan dan ia adalah menyakitkan dan kasar. Walau bagaimanapun, ini jelas tidak mempunyai sandaran dalam bukti-bukti perubatan oleh pihak pendakwa bahawa adanya carikan atau koyakan.

“Selepas perbuatan yang dikatakan itu, beliau memberi keterangan bahawa dia telah duduk untuk minum dan berbual mesra dengan saya“, katanya.

Apabila meneliti hujah-hujah pembelaan Anwar itu, wartawan John Berthelsen dari The Asia Sentinel menganggap keterangan Ketua Umum PKR itu berbentuk pengakuan yang mengesahkan kejadian liwat itu berlaku seperti yang didakwa terutama apabila Anwar mengesahkan kewujudan bahan pelincir, KY Jelly.

Hujah Penggulungan Pihak Pembela

Gagasan hujah ‘Suka Sama Suka’ terus konsisten dari awal kes ini didakwa, 7 Ogos 2008 hingga ke peringkat akhir penggulungan hujah pihak pembela pada pertengahan Disember lalu.

Laman pro Anwar, suarapakatanrakyat.com kecewa dengan tema pembelaan seumpama itu.

“Walaupun pahit, kita terpaksa mengakui bahawa penggulungan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kita dikasihi tidak berakhir dengan begitu baik”, lapor laman itu.

Menurutnya, komen-komen Karpal kepada media bila ditanya mengenai kes ini juga menunjukkan yang dia sudah putus asa. Sikap ini dapat dilihat dari tindakan Karpal menyerahkan penggulungan kepada dua peguam junior iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal secara bergilir dan tidak melakukannya sendiri sehingga akhir sepertimana sepatutnya.


Akibatnya, hujah penggulungan dilihat tidak konsisten dalam menyatakan pembelaan. Malah, kita juga amat terkejut apabila Karpal seolah-olah cuba menggambarkan yang kejadian liwat itu berlaku secara suka sama suka.

Antara hujah yang digunakan ialah Saiful punya banyak peluang untuk keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan dan beliau memilih untuk tidak berbuat demikian. Karpal langsung tidak mempertikaikan tarikh, masa dan tempat kejadian iaitu di unit 1151 walaupun cuba menimbulkan keraguan terhadap unit tersebut sebelumnya.

Karpal juga tidak mempertikaikan dakwaan mengenai kewujudan KY Jelly dan bahawa Saiful makan karipap serta minum kopi selepas kejadian.- AIDCnews

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Januari 21, 2012

Cinta tiga segi PAS-PKR-DAP, siapa yang kena jual!


Sekiranya ditakdirkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri adakah beliau akan menghalalkan protes jalanan? Adakah beliau akan membenarkan rakyat memberontak sehingga melumpuhkan ekonomi negara? Sudah pasti bila sahaja beliau meneraju negara ini beliau akan turut menggunakan pendekatan yang sama (seperti kerajaan sekarang) malah mungkin lebih teruk terhadap golongan-golongan pemprotes jalanan.

Anwar Ibrahim merupakan seorang yang cetek pemikirannya, bukan seorang pemimpin unggul bukan juga pejuang tulen. Sehingga kini apa yang jelas perjuangan beliau hanyalah bersifat peribadi. Anwar hanya ada satu cita-cita, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Nafsu serakah menguasai pemikiran beliau, tiada yang lagi penting daripada cita-cita 'suci' tersebut walaupun terpaksa menggadai negara ini dan menjual kaum sendiri.

Pas, parti politik yang berjuang atas landasan Islam (kononnya) pun turut terperangkap dalam permainan jijik Anwar. Pas seolah-olah terpukau, terpana, terpaku dengan kehebatan Anwar menjual 'kelentong' beliau. Pas yang selama ini 'berperang' dengan DAP sanggup pula berganding menjadi satu, menggadai maruahnya untuk berjuang menentang saudara seIslam sendiri.

Ternyata dalam cinta tiga segi Pas-PKR-DAP, parti yang paling rugi ialah Pas. Semua tahu matlamat utama Pas adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Dan, jika diizinkan Allah mereka ini menang dan dapat menubuhkan kerajaan, apa mungkin DAP akan menurut kemahuan Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam?

Bak kata Karpal Singh, 'Langkah mayat saya dulu'. Betullah kata orang, bila 'bercinta' kentut pun bau wangi. Anwar dalam apa cara sekalipun akan pastikan 'kentut' DAP sentiasa wangi bagi Pas. Pakatan Rakyat bimbingan beliau tidak boleh berpecah, kerana bila berpecah maka berkecailah cita-cita 'suci' menjadi Perdana Menteri.

Namun dalam kisah cinta the three beast ini sudah pasti ada pihak yang paling beruntung. Tidak lain, tidak bukan sudah tentunya DAP. Dalam protes jalanan , 1 Ogos 2009 lepas, tanpa perlu mengerahkan jenteranya DAP telah berjaya menggerakkan hampir 10,000 macai untuk 'berjuang' bagi kepentingannya. Paling menarik macai-macai DAP ini semuanya orang Pas dan PKR. Sikap Yes Bos Pas inilah yang sebenarnya menjadi kesukaan DAP.

Namun sampai bila? Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang. DAP hanya menunggu masa untuk menghancurkan Pas. Setelah matlamat dan cita-citanya tercapai, Pas akan diludah, diterajang keluar daripada Pakatan Rakyat oleh cintanya DAP.

Tapi dalam semua ini, siapa yang benar-benar rugi?

Suara Politik
Taminsari

Peguam Anwar Kecewa Jabatan Peguam Negara Buat Rayuan..!


Peguam Anwar Ibrahim, Sankara Nair menyifatkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada pertuduhan liwat sebagai satu penganiayaan politik.

Beliau berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Saya tidak diberitahu secara rasmi oleh pendakwa raya. Bagaimanapun, sekiranya ini benar, ia adalah tindakan paling dikesali kerana alasan penghakiman oleh hakim yang membuat keputusan terhadap perbicaraan mengatakan bukti penting telah diusik.

“Ini menjadi satu kes penganiayaan politik terhadap Anwar, bukan satu kes pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan lewat petang semalam.

Semalam, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 9 Januari lalu.

Memang agak pelik tetapi benar. Peguam-peguam hebat kumpulan peguam Anwar seperti Sankara Nair kecewa dengan tindakan Peguam Negara memfailkan notis rayuan. Kalau mereka dikatakan hebat, adakah mereka mahu menghentikan proses keadilan setakat di Mahkamah Tinggi sahaja? Begitu juga dengan Majlis Peguam. Sedangkan sebelum ini peguam itu dan rakan-rakannya memang terkenal dengan kegigihan mengheret kes sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

Cuba lihat timbunan fail di mahkamah, peguam mana yang namanya terkenal mengheret kes sehingga ke peringkat tertinggi? Peguam mana yang berjuang-juang habis-habisan membawa kes sehingga ke Mahkamah Persekutuan demi menegakkan keadilan? Waima ada celah-celah atau lubang kecil mereka akan menyelinap untuk memastikan ruang ke peringkat rayuan dan seterusnya tidak dinafikan.

Tentunya semua orang ingat kes Anwar sebelum ini. Ke peringkat mana kes tersebut. Ketika itu tidak timbul pula soal menghabiskan duit rakyat. Tidak juga berbangkit nasihat kepada pejabat Peguam Negara supaya menumpukan kepakaran yang ada untuk menangani kes-kes jenayah yang lebih serius.

Bagi barisan peguam itu, tidak mengapa menangguh kes berkali-kali. Tidak kisah membuang masa. Tidak ada ruginya duit rakyat untuk membawa kes ke peringkat paling tinggi.

Bagi kumpulan itu memperjuangkan keadilan mesti ke peringkat teratas hatta tidak mustahil sehingga memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Dan sememangnya itulah proses mengangkat keadilan yang sebenar.

Tetapi apabila Anwar dibebaskan, proses mengangkat keadilan kepada pihak pengadu iaitu Saiful Bukhari Azlan cuba dihadkan. Sedangkan pihak tertuduh diberi kebenaran menangguhkan kes sebanyak 55 kali. Dibenarkan mengheret kes sehingga hampir tiga tahun.

Jadi adakah ini satu penganiayaan politik terhadap Anwar atau menafikan hak Saiful untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya!

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Januari 20, 2012

Breaking news : Akhirnya Peguam Negara failkan rayuan Kes Liwat II!


Peguam Negara baru saja memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan mengenai kes Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. Rayuan tersebut difailkan sebentar tadi disaat akhir tempoh 10 hari yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Anwar dalam reaksi awal selepas keputusan mahkamah diumumkan pada 9-01-2011 yang lepas mengakui masih belum boleh menarik nafas lega walaupun dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut. Katanya, masih terlalu awal untuk berkata sesuatu kerana pihak pendakwa masih berpeluang mengemukakan rayuan.

“Sekarang ini masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa kerana peluang untuk pendakwa meneruskan (kes) masih ada.

Nampaknya apa yang Anwar gusarkan sebelum ini menjadi kenyataan! Pusingan kedua bakal bermula, Hak Saiful sebagai rakyat Malaysia tidak harus diabaikan. Mudah-mudahan Saiful akan mendapat pengadilan yang sewajarnya nanti di mahkamah Rayuan. InsyaAllah.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Januari 19, 2012

Sehebat mana para peguam mempertahankan manusia 'hebat' bernama Anwar, Saiful juga berhak mendapat keadilan yang sewajarnya!


Benarkah Anwar Ibrahim manusia hebat. Ada yang bersetuju, tidak kurang juga menolak. Namun kalau dilihat daripada reaksi selepas pembebasannya, boleh juga dikatakan beliau manusia hebat. Manakan tidak, dunia memberi puji-pujian. Pertubuhan bukan kerajaan malah duta-duta asing mengalu-alukan keputusan itu. Hanya orang hebat mendapat perhatian seumpama itu. Apa lagi kalau perhatian datangnya daripada pertubuhan yang mewakili kumpulan gay, tentu agak luar biasa.

Rata-rata yang memuji memberi penghargaan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hakimnya mendapati tidak cukup bukti untuk mensabitkan Anwar bersalah. Mereka percaya sistem kehakiman di negara ini bebas. Tiada sebarang campur tangan mana-mana pihak. Tiada juga plot disusun untuk menyumbat Anwar di dalam penjara.

Tetapi mengapa dalam sibuk-sibuk orang luar mengiktiraf terpisahnya eksekutif, kehakiman dan legislatif di negara ini, ada suara di kalangan orang Anwar sendiri tidak mahu kes itu dibawa ke peringkat rayuan. Bukankah pencarian keadilan itu tidak ada hadnya, malah prinsip menjunjung keadilan itu tentunya melengkari dunia guaman.

Memang agak pelik tetapi benar. Peguam-peguam hebat seperti Karpal Singh mahu menghentikan proses keadilan setakat di Mahkamah Tinggi. Begitu juga dengan Majlis Peguam. Sedangkan peguam itu dan rakan-rakannya memang terkenal dengan kegigihan mengheret kes sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

Cuba lihat timbunan fail di mahkamah, peguam mana yang namanya terkenal mengheret kes sehingga ke peringkat tertinggi? Peguam mana yang berjuang-juang habis-habisan membawa kes sehingga ke Mahkamah Persekutuan demi menegakkan keadilan? Waima ada celah-celah atau lubang kecil mereka akan menyelinap untuk memastikan ruang ke peringkat rayuan dan seterusnya tidak dinafikan.

Tentunya semua orang ingat kes Anwar sebelum ini. Ke peringkat mana kes tersebut. Ketika itu tidak timbul pula soal menghabiskan duit rakyat. Tidak juga berbangkit nasihat kepada pejabat Peguam Negara supaya menumpukan kepakaran yang ada untuk menangani kes-kes jenayah yang lebih serius.

Bagi barisan peguam itu, tidak mengapa menangguh kes berkali-kali. Tidak kisah membuang masa. Tidak ada ruginya duit rakyat untuk membawa kes ke peringkat paling tinggi.

Bagi kumpulan itu memperjuangkan keadilan mesti ke peringkat teratas hatta tidak mustahil sehingga memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Dan sememangnya itulah proses mengangkat keadilan yang sebenar.

Tetapi apabila Anwar dibebaskan, proses mengangkat keadilan kepada pihak pengadu iaitu Saiful Bukhari Azlan cuba dihadkan. Sedangkan pihak tertuduh diberi kebenaran menangguhkan kes sebanyak 55 kali. Dibenarkan mengheret kes sehingga hampir tiga tahun.

Adakah kehebatan Anwar menyebabkan Karpal, Majlis Peguam dan beberapa pihak lagi terasa bahawa mereka sebenarnya tidak kuat? Rata-rata yang memuji pembebasan dan pelepasan Anwar langsung tidak menyebut sumbangan serta peranan peguam-peguam Anwar.


Yang dipuji adalah hakim. Hakim tidak berpihak. Hakim mengangkat kebenaran. Orang luar memuji mahkamah sebagai bebas, malah persepsi negatif terhadap sistem keadilan di negara ini yang sebelum itu telah diwarnahitamkan oleh Anwar dan penyokongnya bertukar putih.

Salahkah jika mahkamah yang dilihat saksama dan bebas itu menjadi platform untuk pasukan pendakwaan terus mencari keadilan? Bayangkan betapa suci dan murninya imej Anwar jika didapati tidak bersalah di peringkat mana juga beliau dibicarakan.

Baik di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan. Tentunya para peguam Anwar akan berbangga dengan kehebatan mereka berhujah mempertahankan kebenaran untuk anak guam. Tentunya penyokong-penyokong Anwar akan lebih terpesona lantaran pemimpin mereka berani merentasi proses keadilan sebagaimana yang pernah dilalui sebelum ini.

Tetapi peguam dan penyokong Anwar tidak mahu semua itu. Karpal sendiri merumuskan tempoh hampir tiga tahun yang dilalui terlalu lama. Tetapi mungkin Karpal terlupa - siapa yang mengheret kes tersebut sehingga menjangkau satu tempoh yang hakikatnya amat menyeksa banyak pihak.

Tidak mungkin hakim, jauh sekali pasukan pendakwaan mahu berbuat begitu. Penyokong Anwar juga lupa siapa sebenarnya yang membuang duit rakyat dengan memohon penangguhan demi penangguhan.

Tetapi Anwar masih dilihat hebat sehinggakan barisan peguamnya tidak mahu kes tersebut dibawa ke peringkat rayuan. Adakah disebabkan Karpal sendiri sudah letih dan penat untuk mempertahankan pemimpin yang hebat itu.

Tentunya proses yang panjang akan dilalui sekali lagi jika kes tersebut dibawa ke Mahkamah Rayuan. Bermakna barisan peguam Anwar mesti bekerja keras membuktikan bahawa anak guam mereka tidak melakukan jenayah liwat. Apatah lagi dalam hujah-hujah mereka sebelum ini tidak dinyata secara terang-terangan bahawa Anwar tidak meliwat.

Sebaliknya hujah berkisar kepada soal mengapa Saiful Bukhari tidak bertindak itu dan ini termasuk tidak melarikan diri semasa Anwar ingin melakukan perbuatan tersebut terhadapnya.

Tentunya untuk mempertahankan manusia yang hebat menuntut peguam yang hebat juga. Tetapi jika peguam itu sendiri mahu berhenti berjuang setakat di Mahkamah Tinggi semata-mata kerana anak guam mereka dibebaskan lantaran tidak cukup bukti, tentu ada makna di sebaliknya.

Sama ada Karpal sudah terlalu penat menyongsong timbunan fail ke mahkamah sejak kes liwat pertama dahulu tetapi jasanya tidak dihargai, atau Karpal sendiri tahu cerita sebenar di sebalik kes-kes yang diperjuangkannya.

Semalam bapa Mohd Saiful Bukhari dalam satu kenyataan masih terus berharap agar Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya dapat memfailkan Notis Rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas.

Beliau melahirkan kerisauan kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana beliau percaya tempoh masa untuk memfailkan Notis Rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Beliau masih menaruh harapan yang tinggi agar Yang Berbahagia Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam pemfailan Notis Rayuan tersebut.

Penulis juga percaya hak untuk Saiful sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan beliau diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Bapa Saiful sekali lagi mohon Peguam Negara failkan Rayuan!


1) Saya sebagai Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya dapat memfailkan Notis Rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas.

2) Saya sebagai Bapa merasa sedikit risau kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan Notis Rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

3) Walaubagaimana pun saya percaya Yang Berbahagia Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam pemfailan Notis Rayuan tersebut.

4) Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.

5) Saya juga mohon pihak Yang Berbahagia Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Januari 17, 2012

MB Khalid GAGAL lagi - Panik dengan kunjungan PM ke Kompleks PKNS, Shah Alam!


Lebih baik ambil alih semula kerajaan negeri! Begitulah kata Perdana Menteri, Najib Tun Razak semasa mengadakan pertemuan dengan peniaga/penyewa premis perniagaan di Kompleks PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor), Shah Alam pada hari Jumaat lalu.

Ada cadangan supaya Kerajaan Pusat mengambil alih kompleks itu bagi menjaga kebajikan peniaga/penyewa berikutan cadangan kenaikan kadar sewa antara 70 hingga 100 peratus.

Jika dulu kadar sewa RM6,000 tetapi dengan kadar baru itu, ia meningkat kepada RM12,000. Bagaimanapun kata Perdana Menteri (PM), jika diambil alih, banyak syarat akan dikenakan kerajaan negeri yang diterajui DAP-PKR-Pas (3P) dan baginya adalah lebih mudah masalah itu diselesaikan dengan mengambil alih kerajaan negeri. Memang benar kata PM.

Kalau setakat ambil alih kompleks, akan banyak syarat yang dikenakan. Masalah mungkin tidak selesai atau sukar diselesaikan. Bagaimanapun PM berjanji akan membantu mengurangkan beban peniaga/penyewa termasuk menarik kunjungan para pelancong.

Sekurang-kurangnya dengan langkah itu, kebajikan penyewa di kompleks itu akan terbela. Tetapi sesuatu yang menarik, pada hari yang sama, muncul pula kenyataan PKNS yang mengumumkan dana bernilai RM3 juta bagi membantu peniaga di kompleks itu meningkatkan daya saing mereka.

Menurut laporan Bernama, Pengurus Besar PKNS Othman Omar berkata, dana itu akan disalur menerusi Perbadanan Menteri Besar secara berperingkat kepada peniaga yang rugi dalam tempoh enam bulan lepas.

PKNS juga akan melabur hampir RM8 juta dalam usaha menambah baik kompleks itu, termasuk menyediakan sebuah gelanggang futsal di tingkat empat. Ada lagi! PKNS juga membuat perancangan baru termasuk meningkatkan daya saing dan memberi nafas baru kepada 400 peniaga yang menyewa.

Apabila perancangan itu dilaksanakan, PKNS menjangka mampu menarik 30 peratus lebih ramai pengunjung ke kompleks berkenaan dan sekali gus meningkatkan pendapatan peniaga. PKNS juga komited mencari jalan penyelesaian terbaik dengan peniaga berhubung isu kenaikan sewa baru-baru ini.

Begitulah pantasnya PKNS bertindak apabila PM berkunjung ke sana. Tidak pasti pada hari berkenaan siapa dulu yang 'datang bersuara' bagi menjaga kebajikan peniaga itu, sama ada PM atau PKNS.

Kalau keprihatinan PM yang datang dulu, maka ada sesuatu yang tak kena di sebalik kenyataan PKNS itu. Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam bolehlah lihat masalah ini kerana isu ini adalah isu lama.

Kalaulah kenyataan PKNS itu pula yang datang dulu, maka kenapa baru disuarakan pada hari lawatan PM? Apa pun, diharapkan dua kenyataan tersebut akan membantu 'memulihkan' kompleks itu. Yang penting, kedua- dua pihak ikhlas untuk menjaga kebajikan peniaga-peniaga ini. Diharapkan masalah lain yang berkaitan kebajikan rakyat tidak dijadikan 'mainan politik'.

Rakyat tidak mahu kerana politik, kebajikan mereka dipermainkan. Isu sampah, jalan berlubang, masalah air, rumput tidak dipotong dan sebagainya jangan dijadikan bahan untuk menunjukkan keegoan berpolitik.

Jangan kerana sibuk berpolitik untuk menawan Putrajaya atau mempertahankannya, kebajikan rakyat tidak terurus. Kalau benar ada ugutan berkaitan kerja-kerja mengutip sampah di Shah Alam, lakukan siasatan, bukan menuding jari ke arah orang lain.

Memang menjadi hak kerajaan negeri untuk menamatkan kontrak Alam Flora tetapi perubahan itu biarlah ke arah yang lebih baik. Kata orang berhijrah ke arah kebaikan. Jika pembangkang yang menggabungkan DAP-PKR- Pas menganggap mereka lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa memerintah Selangor, maka buktikannya. Dalam soal sampah misalnya, kita mahu melihat perkhidmatan kontraktor yang dilantik lebih baik, cekap dan cepat berbanding sebelumnya.

Bukan setakat kutipan sampah lebih cekap tetapi juga penggunaan kenderaan yang mengangkut sampah juga perlu diberi perhatian. Bukannya menggunakan kenderaan seperti lori perabot atau lori surat khabar lama untuk mengutip sampah.

Semalam, ketika melintasi kawasan perumahan Impian Putra dan Bandar Seri Putra berhampiran Bangi Lama, kelihatan lalang dan rumput yang semakin panjang, hampir menyamai pokok-pokok bunga hiasan yang ditanam.

Di satu kawasan, jalan juga berlubang kerana banyak lori pasir dan simen melalui kawasan berkenaan. Menurut rakan- rakan di situ, sudah lama lalang dan rumput itu tidak diuruskan. Kata seorang rakan, kalau gajah sembunyi pun tak nampak.

Kalau gajah masih okey tetapi kalau penagih, penyamun, atau perogol macam mana? Tidak pasti tanggungjawab siapa yang perlu memotong rumput dan lalang itu, sama ada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) atau pihak pemaju.

Tetapi kata seorang pemotong rumput yang diupah pemaju melakukan kerja-kerja itu di kawasan perumahan memberitahu, rumput atau lalang di pinggir jalan bukan tanggungjawab dia. Tetapi kalau diupah mungkin dia boleh melakukannya.

Wakil rakyat yang mewakili rakyat dan ahli majlis yang mewakili PBT tolonglah pantau keadaan ini demi kesejahteraan rakyat. Ini kerana lalang dan rumput yang tidak terurus itu bukan sahaja menyakitkan mata memandang (walaupun hijau) tetapi juga boleh mengundang bahaya.

Lebih- lebih lagi jika kawasan begini menjadi laluan anak- anak kita berjalan kaki berulang alik ke sekolah pada awal pagi dan pulang menjelang senja. Penduduk taman perumahan yang tidak terlepas daripada membayar cukai pintu dan cukai tanah mengharapkan bayaran itu 'dikembalikan' dalam bentuk sampah dikutip, rumput/ lalang dipotong, jalan diperbaiki demi kebersihan alam sekeliling.

Menjaga kebajikan bukan sekadar menjanjikan wang tunai RM100 untuk pelbagai tujuan itu ini atau menghulurkan barang makanan tetapi ia lebih besar daripada itu. Memang ramai yang hanya melihat RM dan barang keperluan sebagai kebajikan tanpa menyedari banyak lagi yang boleh dikaitkan dengan kebajikan.

Contohnya kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan BN untuk rakyat melalui pelbagai subsidi dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung, sama ada yang boleh dilihat atau tidak mampu kelihatan pada mata kasar. Justeru hayatilah konsep kebajikan yang sebenarnya, jangan sekadar menjadikan kebajikan sebagai slogan politik demi kelangsungan hidup parti.










Suara Politik
Taminsari

Isnin, Januari 16, 2012

BN Selangor peruntuk RM50,000!


Barisan Nasional (BN) Selangor akan memperuntukkan sebanyak RM50,000 untuk membantu peniaga Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam dekat sini membiayai kos guaman bagi menghalang kenaikan kadar sewa ruang niaga di kompleks itu.

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mengumumkan perkara itu berkata, pembiayaan itu bagi meringankan beban peniaga yang tertekan dengan cadangan PKNS untuk menaikkan kadar sewa ruang niaga sehingga 100 peratus bermula tahun ini.

''Sebelum ini, peniaga berjaya mendapatkan perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghalang cadangan menaikkan kadar sewa itu. Bagaimanapun, kita mendengar kerajaan negeri cuba menyingkirkan injunksi itu dan ini akan menyusahkan peniaga.

''Sebagai tanda simpati, kita akan bantu biaya kos guaman mereka sebanyak RM50,000," katanya selepas Majlis Pelancaran BR1M Peringkat Selangor di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Khai Tee di Pasir Penambang, di sini hari ini.

Pada 6 Disember lalu, Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks PKNS memfailkan injunksi bagi menghalang perbadanan itu menaikkan kadar sewa premis perniagaan di kompleks itu awal Januari ini.

Ini kerana kadar kenaikan yang akan dihadapi terlalu tinggi iaitu sehingga 100 peratus yang didakwa menindas peniaga di situ.

Pada 14 Disember lalu, peniaga berjaya mendapat perintah injunksi Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Zaki Husin di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghalang cadangan PKNS menaikkan kadar sewa ruang niaga di komplek itu.

Dalam pada itu, kata Noh, BN Selangor tidak akan menaikkan kadar sewa yang tidak munasabah dan menindas peniaga di kompleks PKNS, malah akan memulihara kompleks bersejarah itu dan menjadikannya sebagai tempat tarikan pelancong sekiranya kembali memerintah Selangor.

Ujar beliau, seperti yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat tinjauan mesra di kompleks PKNS pada Sabtu lalu, BN Selangor akan membela peniaga di kompleks itu dan menyelesaikan masalah lain di Selangor yang gagal dilakukan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri.-UM.











Suara Politik
Taminsari