Isnin, Januari 30, 2012

'Exco baru Agama' inilah orangnya yang menolak cadangan PAS haram jual arak !


Usaha PAS Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan minuman beralkohol berkuat kuasa Januari 2009 tidak kesampaian apabila cadangan tersebut ditolak oleh kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat atas alasan penduduk di negeri itu terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Jelas beliau, meskipun terdapat golongan tertentu menyuarakan kebimbangan terhadap kesan negatif akibat mengambil minuman beralkohol, kerajaan negeri berpendapat tidak perlu diambil tindakan drastik sedemikian kerana ia boleh mencetuskan rasa tidak puas hati di pihak lain.

"Walaupun prihatin terhadap kebimbangan sesetengah pihak mengenai kesan negatif pengambilan minuman beralkohol tetapi kerajaan negeri tidak akan mengambil langkah drastik seperti mengharamkan penjualan minuman beralkohol secara total. "Ini kerana Selangor terdiri daripada penduduk pelbagai kaum dan agama," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco di sini.

Malaysiakini ketika itu melaporkan bahawa akhbar-akhbar berbahasa Cina menyebut PAS melalui anggota-anggotanya yang menyertai ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di restoran, kedai runcit dan kedai serbanika 24 jam di Selangor.

Menerusi laporan dalam laman web tersebut, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disebut sebagai PBT pertama di Selangor yang meluluskan usul berkenaan yang bakal berkuat kuasa Januari 2009.

Bagaimanapun, usaha murni itu dikecam DAP apabila ketua publisitinya, Tony Pua menyifatkan PAS sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang. Menurut Pua, tindakan PAS itu dilihat cuba membelakangkan sentimen sokongan pengundi bukan Islam dan melemahkan kerajaan campuran Selangor.

Abdul Khalid memberitahu, isu tersebut telah dibincangkan sebelum ini dan hasilnya kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan penguatkuasaan dengan melarang penjualan minuman beralkohol kepada orang Islam dan belia di bawah umur 18 tahun.

Katanya, satu perbincangan akan diadakan di antara kerajaan negeri dengan para peniaga, PBT dan agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi mengenal pasti cara terbaik untuk melaksanakannya.










Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: