Sabtu, Januari 14, 2012

MB Khalid gagal lagi - Teruskan usaha khianati anak bangsa!


Roboh asrama, rugikan pelajar Melayu

Tindakan Yayasan Selangor di bawah kepimpinan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh MB Khalid mahu merobohkan sebuah asramanya di Kampung Pandan di sini untuk tujuan komersial membuktikan bahawa beliau tidak serius memperjuangkan pendidikan anak Melayu.

Penyelaras Gerakan Saya Anak Yayasan Selangor (GSAYS), Badrulzaman Baharuddin berkata, tatkala yayasan di setiap negeri berlumba-lumba memperjuangkan kepentingan pendidikan untuk anak Melayu, Yayasan Selangor pula mengambil langkah ke belakang apabila mahu merobohkan sebuah asrama yang telah banyak berjasa.


Katanya, tindakan tersebut bukan sahaja `membunuh’ masa depan anak-anak Melayu di kampung yang mengimpikan pendidikan di sekolah-sekolah terbaik sekitar Kuala Lumpur, malah menyusahkan ibu bapa pelajar.

“Asrama berkenaan tidak lagi mengambil pelajar baru dan mereka yang masih berada di situ adalah yang menuntut di tingkatan tiga, empat dan lima.

“Tiada masalah dengan pelajar tingkatan lima kerana mereka berada pada tahun akhir persekolahan. Namun begitu, nasib pelajar tingkatan tiga dan empat masih kabur sama ada akan terus belajar di sekolah sama atau terpaksa berpindah ekoran rancangan merobohkan asrama berkenaan.

“Ia bukan sahaja menyusahkan pelajar, tetapi juga ibu bapa. Saya sendiri menerima banyak rungutan daripada ibu bapa yang tidak puas hati dengan rancangan berkenaan. Tindakan merobohkan asrama itu menggambarkan pihak yayasan tidak serius memperjuangkan pendidikan untuk anak Melayu di Selangor,” katanya ketika ditemui selepas melawat asrama berkenaan di sini, semalam.


Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1979 bertujuan memberi peluang kepada pelajar dari kawasan kampung di Selangor melanjutkan pelajaran di sekolah terpilih di sekitar Lembah Klang.

Asrama tersebut terdiri daripada Asrama Tun Dr. Ismail yang menempatkan pelajar lelaki, manakala Asrama Toh Puan Norashikin untuk pelajar perempuan.

Kebanyakan mereka dihantar ke Sekolah Menengah (SMK) Aminuddin Baki, SMK Victoria, SMK Convent Bukit Nanas dan SMK Methodist.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Asrama Yayasan Selangor, Mohd. Zaidi Barkis berkata, rata-rata ibu bapa pelajar tidak bersetuju dengan rancangan merobohkan asrama berkenaan.

“Sekarang ini, Asrama Toh Puan Norashikin telah ditutup untuk dirobohkan dan pelajar-pelajar perempuan perlu menetap di Asrama Tun Dr. Ismail dengan pelajar lelaki.

“Mereka terpaksa berkongsi kemudahan yang sama. Sudah tentu ia tidak mencukupi dan menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan pelajar. Kami sebagai ibu bapa tidak bersetuju dengan rancangan untuk merobohkannya,” jelasnya.











Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: