Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Januari 24, 2012
Mengapa Human Rights Watch Kecewa Keputusan Anwar Dirayu?
Anwar Ibrahim hanyalah seorang ketua pembangkang dan Ketua Umum PKR di Malaysia, namun keprihatinan satu organisasi berpengkalan di Amerika Syarikat (AS), Human Rights Watch (HRW) terhadap isu ketua parti pembangkang di Malaysia itu menimbulkan satu persoalan; ‘Siapakah Anwar Ibrahim pada kaca mata HRW ?”.
Penghujung minggu lepas, Ketua Unit Rayuan, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Manoj Kurup dari pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, 9 Jan yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Notis rayuan seperti dilaporkan Utusan ditandatangani oleh Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun yang pernah mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat tersebut semasa Anwar pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.
“Keputusan (rayuan) ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangkan kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap satu kes yang sepatutnya bukan kes jenayah” kata Phil Robertson Timbalan Pengarah HRW Asia seperti dilaporkan FMT.
Kenapa HRW menganggap dakwaan liwat Anwar bukan satu kes jenayah ?
Seks Suka Sama Suka Bukan Jenayah
Sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan terhadap kes liwat II itu, Robertson telah menjalankan satu missionari berkempen menggugurkan kes Anwar.
“Revoke Law Banning Same-Sex Sexual Relations, Drop Case against Ex-Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim” atau “Hapuskan Undang-undang Mengharamkan Hubungan Seks Sejenis – Gugurkan Kes Terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim” yang dikempen oleh HRW banyak disambut oleh gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) seperti di Pinknews dan Gaystarnews.
Menurut Robertson, HRW, tindakan mengenakan pendakwaan ke atas Anwar melanggar privasi peribadinya kerana ia dilakukan secara suka sama suka.
Robertson berkata, “undang-undang yang menghukum perlakuan seksual secara suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi.
“Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi diskriminasi dan berlakunya penyalahgunaan kuasa”, katanya.
Bagi Iskandar Zulfi dari mynewshub.my , kempen HRW itu telah mengesahkan bahawa Anwar sememangnya terlibat dalam hubungan seks luar tabie tersebut.
Apatah lagi apabila kenyataan HRW menyebut, “Whether or not Anwar Ibrahim engaged in consensual ‘sodomy’ is irrelevant. It’s time to reject this law and end the farcical political theater that promotes discrimination based on sexual orientation and destroys people’s lives” yang bermaksud “Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka atau tidak, ia tidak relevan sama sekali. Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain“.
Pada 8 November 2011, Robertson, HRW pernah menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang disifatnya telah mendiskriminasi kumpulan LGBT Malaysia dengan membatalkan program tahunan Seksualiti Merdeka.
Menurut wikipedia, HRW adalah jurucakap pembela terhadap kebebasan berkaitan dengan hak asasi manusia, seperti kebebasan beragama, orientasi seks dan kebebasan media.
HRW yang disebut wikipedia dibantu kewangan oleh George Soros akan tampil menjadi jurucakap jika difikirkannya hak asasi seseorang individu itu dicerobohi seperti mendiskriminasi golongan minoriti seksual, LGBT. -AIDCnews
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan