Sabtu, Ogos 18, 2012

Mat Sabu 'datang bulan' lagi - Ugut nak buat himpunan raksasa di Selangor pulak?



"Kalau kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sehingga ini masih menguasai Putrajaya terus berdegil dan bersikap memihak kepada perjanjian konsesi air yang menindas pengguna-pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan, ia bermakna mereka memaksa rakyat yang terlibat turun ke jalan raya," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mohamad tidak menolak berlaku perhimpunan raksasa seperti perhimpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

"Kalau kerajaan Umno BN terus memihak kepada kepentingan kroni mereka, Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor), tidak ada yang boleh menghalang perkara itu berlaku.

"Sekarang, perkara itu tidak berlaku kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Tan Sri (Abdul) Khalid (Ibrahim) yang mentadbir Selangor berjaya menghalang kerakusan Syabas hendak menaikan tarif air di negeri itu dan di Wilayah Persekutuan," katanya.

Mohamad juga menyokong rancangan kerajaan Selangor hendak mengadakan referendum untuk mencari penyelesaian berhubung isu pengambilalihan Syabas.

"Belum buat referendum lagi, cadangan itu sudah mendapat sokongan banyak pihak.

"Kalau Umno BN terus menguasai kerajaan Persekutuan dan tidak setuju dengan referendum itu, ia bermakna mereka menjemput dan memaksa rakyat turun ke jalan raya dan terus berdemonstrasi sehingga mereka tidak lagi ditindas dalam isu air itu.

"Sama ada rakyat akan turun ke jalan raya atau tidak, ia bergantung kepada keputusan kerajaan Umno BN - sama ada menyebelahi rakyat atau menyebelahi Syabas," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Umno BN itu tidak bertanggungjawab kerana sanggup menganiaya rakyat lebih-lebih lagi melibatkan air yang menjadi salah satu keperluan asasi mereka yang utama.

Kerajaan seperti itu, kata Mohamad, amat zalim dan mesti dihukum habis-habisan dalam pilihan raya umum akan datang.

Hahaha..Mat Sabu..Mat Sabu..!!!

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: