Jumaat, Oktober 28, 2011

'Biar papa asalkan bergaya' - Akibat air percuma, anak syarikat kerajaan Selangor rugi!

Hasrat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberi air percuma kepada rakyatnya adalah semata-mata untuk menunaikan janji pilihan raya yang dahulu.

Tetapi hasrat yang baik sahaja tidak akan melahirkan natijah yang baik juga apabila Laporan Audit Negara baru-baru ini mendedahkan yang anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, kerugian lebih RM112 juta kerana menanggung kos memberi air percuma kepada rakyat.

Malah bagi dua tahun berturut-turut sebelumnya KDEB juga mengalami kerugian sebanyak RM131 juta dan RM68 juta. Ini ditambah pula oleh sikap penggunaan air secara membazir dan tidak berhemah oleh sebilangan besar pengguna.

Kaedah pemberian air percuma ini juga tidak tepat kerana orang kaya atau yang berada di dalam zon selesa juga menikmati 20 meter padu air percuma yang sepatutnya hanya dinikmati golongan daif, miskin dan tidak berkemampuan.

Dalam pada itu pemilik kediaman bertingkat yang menggunakan meter pukal, terdapat ramai lagi yang gagal menikmati air percuma ini kerana mereka masih belum berhijrah ke meter individu. Ini juga menampakkan kegagalan kerajaan Selangor kerana mereka masih lembab melaksanakan program penukaran meter ini.

Kita mungkin tertarik dengan cara Syabas melaksanakan program Tabung Budi yang sedang dan telah mengenal pasti pengguna yang miskin dan daif daripada pelbagai kaum untuk diberi air percuma dan dibantu menyelesaikan tunggakan bil air mereka.

Nasihat kepada Menteri Besar Selangor, sebelum melaksanakan apa juga program untuk kebajikan rakyat, rancanglah dengan teliti terlebih dahulu. Buat penilaian daripada segi impak positif dan negatif program tersebut, kadar keupayaan bajet sama ada mampu atau membebankan kerajaan atau tidak serta perkiraan lain seperti pembaziran, kerugian wang rakyat dan pelbagai lagi.

Tidak kurang pentingnya ialah adakah nasihat pakar yang arif dalam bidang berkaitan telah dirujuk atau sekadar menggunakan teori sendiri atau mendengar nasihat pakar yang 'yes man' sahaja.

Pendedahan tentang kerugian KDEB ini berserta kegagalan kerajaan Selangor memberi kebenaran membina loji Langat 2 adalah petanda jelas kerajaan Selangor tidak berdaya menangani isu kepentingan rakyat dengan bijak dan pertimbangan yang sewajarnya.

Oleh yang demikian, mungkin kita boleh membuat kesimpulan disini bahawa matlamat untuk memenuhi konsep negeri berkebajikan sudah jauh menyimpang. Malah kegagalan kerajaan negeri bertolak ansur dalam memberi kebenaran membina loji Langat 2 adalah semata-mata kerana mereka hendak menguasai Syabas sebenarnya! Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

4 ulasan:

satu malaysia berkata...

Sesungguhnya percubaan kerajaan Selangor mengambilalih pengurusan air daripada Syabas dan Puncak Niaga menyaksikan sistem perniagaan kaum Cina sejak tradisi. Biar rugi dahulu tetapi untung kemudian. Kerajaan negeri yang ditaja oleh DAP mengumpan 20 meter padu air kepada rakyat walau terpaksa menanggung beban setiap tahun. Mereka percaya akan meraih untung suatu masa nanti selepas berjaya mengambil alih Putrajaya.

Face Off berkata...

Niat kerajaan Selangor untuk menguasai Syabas amat ketara kerana keinginan untuk memiliki RM12 bilion aset air di negeri ini. Sesungguhnya air percuma 20 meter padu untuk rakyat hanya sekadar umpan sementara. Jangan izinkan pekara ini berlaku.

The Orang Hujan berkata...

Pada pemandangan saya yang semakin jelas, DAP adalah satu-satunya parti yang mempunyai jentera lengkap untuk menguruskan aset air Selangor RM12 bilion itu. PAS dan PKR hanya tumpang semangkuk saja. Nyata sekali perebutan AIR SELANGOR ada muslihatnya di sini --- dari Osman Jailani

peneroka minda berkata...

Dah puas merompak Alam Flora, tak perlulah nak merompak Syabas dan Puncak Niaga. Rakyat Selangor sebenarnya tak pernah pening pun soal air.