Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Julai 26, 2013
Salah guna kuasa dalam DAPig : Sampai bila Kit Siang, Guan Eng mahu tutup mulut?
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng didesak untuk tidak berterusan menutup mulut daripada memberi penjelasan berhubung isu-isu yang membelenggu DAP khususnya berkaitan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu.
Desakan tersebut disuarakan bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat yang mahu kedua-dua pemimpin tertinggi DAP itu turut menjawab dakwaan berhubung penipuan dalam pemilihan CEC seperti didedahkan penulis Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC), Father Augustus Chen.
Malah menurutnya, Kit Siang perlu tampil menegaskan mengenai hubungannya dengan Father Augustus yang didakwa pernah menjadi rakan karib kepada Penasihat DAP itu sebelum ini.
"Kit Siang dan Guan Eng tidak wajar berdiam diri dalam perkara ini. Sekarang semua pihak mula faham mengapa Guan Eng enggan memberi senarai nama 2,576 perwakilan yang berhak hadir dan senarai 1,823 perwakilan mengundi dalam pemilihan CEC itu kepada lima pemimpin DAP yang lain serta Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Kalau nak berbicara soal ketelusan seperti slogan pentadbiran Guan Eng iaitu Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT), buktikan. Sampai bila mahu tutup mulut?'' soal beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Kelmarin, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong memberitahu, Father Augustus didakwa pernah menjadi rakan karib Kit Siang namun persahabatan mereka tamat kerana Kit Siang dikatakan mengamalkan nepotisme.
Kit Siang sehingga kini masih gagal memberi penjelasan berhubung penyelesaian isu pemilihan CEC yang diadakan sebelum ini.
Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut.
Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.
Suara Politik
Belantan
Isu salah guna kuasa dalam DAPig : Father Augustus, Kit Siang kawan karib?
Penulis Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC), Father Augustus Chen didakwa pernah menjadi rakan karib kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini.
Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa, kedua-dua individu berkenaan telah berpisah kerana sikap Kit Siang yang dikatakan mengamalkan nepotism.
Saya terdengar orang mengatakan bahawa Father Augustus sangat rapat dengan Kit Siang.
Namun, mereka berpisah beberapa tahun lalu kerana Father Augustus tidak bersetuju dengan cara digunakan oleh Kit Siang untuk menyingkirkan musuh-musuh politiknya dalam parti tersebut," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
Kelmarin, Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, Pulau Pinang, G. Asoghan menunjukkan laporan itu yang diterimanya dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Tamil.
Katanya, segala dakwaan yang didedahkan mengenai kepincangan CEC (Jawatankuasa Kerja Pusat) diulas dengan teliti oleh penyusun buku tersebut yang dikirimkan kepadanya melalui pos.
Jelas Choo Keong, bagi mengekalkan kuasa Dinasti Lim dalam parti itu, Kit Siang kemungkinan bertindak menyingkirkan pemimpin-pemimpin parti yang mempunyai pandangan berbeza.
Inilah gaya Kit Siang dan sehingga kini, beliau juga gagal memberi penjelasan berhubung penyelesaian isu pemilihan CEC," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk tampil memberitahu perkembangan terkini mengenai siasatan mereka dalam isu CEC itu.
Saya hairan mengapa sehingga sekarang ROS masih tidak dapat memberi keputusan berkenaan isu CEC.
Saya berasa ia tidak adil kepada pengadu, oleh itu, saya gesa ROS bertindak segera. Mereka perlu mengumumkan sama ada parti itu bersalah atau tidak. Jika benar, ROS harus mengemukakan tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap pemimpin tertinggi parti itu," katanya.
Suara Politik
Belantan
Suaram dikecam guna alasan buka puasa tabur fitnah PM?
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengecam keras tindakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang didakwa menggunakan alasan majlis berbuka puasa dan mengutip derma makan malam bagi menabur fitnah terhadap Perdana Menteri serta negara.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, tindakan itu amat tidak bertanggungjawab dan menunjukkan Suaram tidak menghormati Ramadan yang merupakan bulan paling suci dalam Islam, apatah lagi majoriti pimpinan Suaram bukan terdiri daripada pemimpin agama tersebut.
Menurutnya, majlis itu juga tidak melambangkan acara berbuka puasa sebaliknya hanya momokan kononnya terdapat perbicaraan mengenai skandal pembelian kapal selam negara di Perancis, sedangkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pernah direkodkan mengakui perkara itu tidak benar seperti terkandung dalam penyata rasmi Parlimen.
Lebih menjengkelkan, katanya, tindakan para penceramah dalam majlis itu yang kononnya memetik maklumat daripada penyiasat persendirian, mendiang P. Balasubramaniam tentang penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu adalah amat tidak bertanggungjawab.
Saya amat berharap agar pimpinan Suaram menghormati sedikit serta tidak menyalahgunakan alasan berbuka puasa untuk menabur fitnah terhadap pimpinan negara dalam majlis tersebut.
Tindakan penceramah dalam majlis berkenaan seperti pemimpin PKR, R. Sivarasa dan Americk Sidhu (bekas peguam Balasubramaniam), mempergunakan atau `menjual nama mendiang Balasubramaniam langsung tidak menghormati keluarga si mati dan saya boleh sifatkan ini sebagai fitnah oleh orang mati," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas bagi mengecam Suaram kerana menganjurkan majlis dinamakan `Ops Scorpene Buka Puasa dan Makan Malam Amal di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Jumaat lalu di Ibu Pejabat JMM di sini hari ini.
Azwanddin turut mendakwa beliau telah dihalang menyertai majlis tersebut walaupun telah mengemukakan tiketnya yang dibeli pada harga RM150 sebelum masuk ke dalam dewan berkenaan oleh para petugas Suaram.
Namun katanya, sebanyak tujuh pimpinan serta ahli JMM yang berjaya meloloskan diri masuk menyertai majlis tersebut kecewa melihat acara itu hanya sarat dengan fitnah terhadap Najib, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan negara.
Menurut rakan-rakan saya yang masuk, keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan di kalangan kira-kira lima peratus Melayu beragama Islam yang hadir sehingga mereka bangkit meninggalkan majlis, daripada 750 hadirin kesemuanya di majlis berkenaan," katanya.
Oleh yang demikian, katanya, JMM mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya melakukan siasatan serius terhadap tindakan Suaram mengutip derma tersebut memandangkan kumpulan itu merupakan pertubuhan tidak berdaftar.
Suara Politik
Belantan
Khamis, Julai 25, 2013
SIS diminta hentikan provokasi isu fatwa pengharaman Ratu Cantik?
Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan pihak Sisters In Islam (SIS) supaya menghentikan provokasi dan spekulasi terhadap isu fatwa pengharaman ratu cantik kepada orang Islam.
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, kenyataan SIS mempertikaikan kedudukan institusi fatwa dari sudut perundangan adalah tidak mengikut pandangan syarak dan tidak merujuk kepada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Adalah tidak timbul dakwaan wujudnya diskriminasi dalam fatwa atau hukum yang dikeluarkan sama ada berasaskan gender, double standard atau sebagainya jika kita benar-benar memahami nas-nas syarak tentang hukum itu.
"Dalam membicarakan hukum-hakam Islam, semua pihak, khususnya SIS perlu ingat bahawa tidak boleh dibahaskan sewenang-wenangnya oleh golongan tidak berkelayakan dalam bidang agama kerana boleh menimbulkan kacau-bilau dan salah faham terhadap ajaran Islam sehingga mencalarkan maruah agama dan umat Islam seluruhnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan SIS yang mempertikaikan pengeluaran fatwa di Malaysia tidak islamik dan demokratik dalam isu ratu cantik di laman portal berita FMT hari ini.
SIS mempersoalkan bagaimana fatwa yang diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 dan yang lain boleh menjadi undang-undang secara automatik tanpa melalui proses perundangan dan ini telah mencabuli kebebasan asasi seseorang.
Baru-baru ini, penganjur Pertandingan Miss Malaysia World 2013 membatalkan penyertaan empat gadis Islam yang terpilih antara 20 finalis pertandingan yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini.
Menurut Othman, isu wanita muslim dilarang menyertai pertandingan ratu cantik memang jelas dilarang oleh Islam.
dan sudah dimaklumkan kepada semua pihak bahawa melibatkan peragaan tubuh badan wanita di khalayak bukan muhrim.
"Sebagai seorang yang beragama Islam, menjadi kewajipan mereka mematuhi hukum Allah atau menghindarkan diri daripada terjebak dengan perlakuan yang bersalahan dengan hukum ditetapkan secara qati'e dalam al-Quran dan hadis," tegasnya.
Suara Politik
Belantan
PRK Kuala Besut: Terima kasih kepada semua - Tengku Zaihan!
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman meraikan kejayaan selepas diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Jertih, malam ini.
Calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mengucapkan terima kasih kepada semua jentera BN dan UMNO yang mencetuskan kemenangan buat dirinya.
"UMNO terutamanya baik di peringkat bahagian, negeri dan Pusat bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
"Saya juga ingin merakamkan kemenangan kepada pengundi kerana memberi kepercayaan kepada saya.
"Saya akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.
Suara Politik
Belantan
Keputusan Rasmi PRK Kuala Besut: BN Menang Majoriti 2,592 Undi!
BESUT: Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Rabu dengan majoriti 2,592 undi.
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan majoriti yang lebih meningkat, sekaligus menafikan hasrat Pas untuk mencipta kemenangan 16-16 kerusi DUN Terengganu
Calon BN Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi, manakala calon Pas, Endut @ Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long memperolehi 5,696 undi.
Dengan itu, BN mengekalkan kemenangan di DUN Kuala Besut dengan majoriti 2,592 undi berbanding dengan kemenangan calon BN, Allahyarham A. Rahman Mokhtar yang mendapat 2,434 undi sebelum ini.
BN juga turut berjaya mengekalkan status quo 17:15 kedudukan kerusi DUN Terengganu.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Julai 24, 2013
Penyokong PAS Mula Emosi, Kepung Kereta Timbalan Pengerusi SPR ?
Lebih 100 penyokong parti PAS bertindak menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di sini.
Mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu dengan membawa poster dan bendera parti, difahamkan bertindak demikian kerana menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo suruhanjaya.
Ketika diminta mengulas kejadian itu, Wan Ahmad berkata mereka menggunakan kereta kerajaan negeri Terengganu termasuk milik Majlis Daerah Besut kerana kenderaan SPR tidak dibawa ke sini.
"Kereta yang digunakan tidak mempunyai logo SPR kerana ia bukan kereta rasmi suruhanjaya dan penumpang juga tidak dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta itu gelap.
"Mereka turut tidak mempercayai polis yang cuba menjelaskan bahawa kereta itu membawa saya dan anggota SPR, sebaliknya terus mengerumuni kereta.
"Tetapi saya bernasib baik ada beberapa pemimpin parti itu kenal dan sedar saya berada di dalam kereta kemudiannya menenangkan penyokong-penyokong tersebut," katanya yang turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang berada di situ untuk berjumpa dengan penyokong parti, berkata kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku.
"Saya juga berpendapat kekecohan itu dilakukan oleh penyokong luar kerana penduduk Kuala Besut masih mempunyai sifat menghormati pemimpin atau tetamu yang berkunjung ke sini," katanya.
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut diadakan ekoran kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.
Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.
Suara Politik
Belantan
Proses Pembuangan Undi Di PRK Kuala Besut Bermula!
Selepas 12 hari masa berkempen, hari ini pemilih di Kuala Besut akan menentukan, antara dua 'anak kampung' BN dan PAS, siapakah yang akan menjadi pilihan mereka untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Nasib calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, seorang jurutera dan calon PAS, ahli perniagaan, hari ini akan ditentukan oleh 17,713 pemilih di kawasan berjiran dengan negeri Kelantan itu.
CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Besut selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut di sini pada kira-kira jam 8.23 pagi. Beliau tiba di pusat mengundi itu pada jam 8 pagi tadi untuk membuang undi.
Ketika ditemui pemberita, Azlan berkata beliau berpuas hati dengan kempen yang dilaksanakan dan akan menunggu keputusannya pada petang nanti.
"(Kita) yakin akan menang, apa pun nantilah (keputusannya)," katanya ringkas.
Suara Politik
Belantan
Isu calon pil kuda: Sekutu PAS saman Hadi?
Mohd Shamsul menunjukan salinan laporan Polis berhubung dakwaan yang beliau mengedar pil kuda.
Bekas calon PKR DUN Bukit Besi dakwa kenyataan Presiden PAS punca kekalahannya pada PRU-13
Jertih: Seorang calon PKR yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan menyaman Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa Presiden PAS itu mengeluarkan kenyataan yang menyebabkannya kalah pada PRU-13.
Mohd Shamsul Mat Amin, 28, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Dungun, berkata kenyataan Hadi yang mendakwa ada calon PKR jual pil kuda memberi kesan serta menjejaskan kehidupannya.
Selain itu, katanya, kenyataan itu juga mengakibatkan kekalahannya yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada PRU-13.
Rasa terhina dengan ucapan
“Walaupun Hadi tidak menyebut nama calon yang dimaksudkan, saya berasa tertekan dan terhina dengan ucapannya kerana saya antara calon bertanding.
“Ucapan itu disiarkan di semua media utama, termasuk internet dan dimuat naik ke laman Youtube dan boleh dibaca serta didengar jutaan manusia di seluruh dunia,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau merujuk kepada ucapan Hadi yang disiarkan di dalam akhbar pada 23 April lalu bertajuk Calon PKR jual pil kuda sokong Komunis.
Dalam ucapan Hadi ketika berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, beliau dipetik berkata pihaknya mendapat maklumat ada antara calon PKR yang menjadi pengedar pil kuda serta mengagungkan pemimpin Komunis.
Shamsul yang juga seorang pemaju perumahan berkata, akibat daripada ucapan itu, beliau berasa aib dan diejek dalam kalangan masyarakat kampung serta menyebabkan nama baik keluarganya tercemar, termasuk kredibiliti parti.
“Secara tidak langsung menjejaskan perniagaan saya selain menderita akibat fitnah sehingga menyebabkan masyarakat menganggap saya pengedar pil kuda.
“Saya bertekad untuk mengambil tindakan mahkamah bagi membersihkan nama baik saya daripada angkara fitnah ini.
“Hadi sebagai pemimpin politik bercirikan agama sepatutnya menyiasat terlebih dulu berita atau maklumat yang belum ditentukan kesahihannya,” katanya.
Beliau berkata, dua lagi rakannya yang juga bekas calon bagi kerusi DUN Kota Putera dan Seberang Takir, dijangka mengambil tindakan yang sama dalam tempoh terdekat.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Julai 23, 2013
Apabila Syurga dan neraka jadi milik Pas?
Setelah bersara lebih dua bulan lepas dari jawatan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat muncul kembali di Kuala Besut baru-baru ini dengan isu lamanya.
Dalam ceramah di Kampung Beris Pak Abu, Besut, Terengganu itu, Mursyidul Am Pas itu kembali memainkan isu kafir mengkafir dan syurga neraka. Ini dalam usaha partinya menarik sokongan pengundi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Rabu ini.
Seperti biasa beliau mengulangi kenyataannya bahawa UMNO menolak Islam dan mengambil perjuangan yang dibawa oleh Inggeris.
"UMNO tolak Islam ambil 'kebangsaan'. Parti mereka pun guna bahasa Inggeris sampai susah hendak sebut tetapi nak bela orang Melayu," katanya.
Apa yang disebut-sebut oleh Nik Abdul Aziz bukan benda baharu. Acap kali itulah yang diuar-uarkannya. Ketika suasana pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau sebelum ini pun, bukan sahaja Nik Abdul Aziz malahan pemimpin parti itu yang lainnya begitu juga nadanya.
Mereka mengatakan sokongan kepada Pas akan dijanjikan syurga, sebaliknya jika menyokong BN, pengundi akan berhadapan balasan perlu dihentikan.
Kita umat Melayu cukup sedih apabila malam tadi Nik Abdul Aziz mengungkapkan kenyataan yang seolah-olah ada yang tidak kena dengan orang Melayu. Apa salahnya untuk UMNO membela orang Melayu. Apa salahnya untuk UMNO yang membawa panji Barisan Nasional di Kuala Besut membela hampir 97 peratus pengundi Melayu dalam pilihan raya kecil di situ.
Kita tertanya-tanya apa motif beliau apabila mengungkapkan: "Bela bangsa Melayu boleh bawa bekal ke akhirat? Adakah di akhirat akan ditanya kamu bangsa apa? Melayu, terus boleh masuk syurga, senanglah kalau macam tu. Bangsa tidak boleh buat apa-apa di akhirat."
Mana mungkin pilihan raya politik disamakan dengan konsep syurga dan neraka yang sama sekali berbeza dengan politik dan perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat.
Kita umat Melayu juga cukup sedih apabila pemimpin Pas ini turut mendakwa UMNO telah merosakkan pemikiran umat Islam di negara ini kerana membina terlalu banyak masjid.
"UMNO suruh buat masjid tetapi mereka sendiri tidak sembahyang. Mereka hanya nak dapatkan kontrak buat masjid sahaja," katanya.
Benarkah begitu? Begitu dahsyat tuduhan itu sedangkan Pas tidak begitu komited ambil usaha untuk dirikan masjid. Ketika semua masjid yang ada di Kelantan dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh BN ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990, Pas tampil tanpa rasa malu mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di Rantau Panjang. Itu, dengan nada tinggi pula, mendakwa ia daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.
Tidak berapa lama dulu Nik Abdul Aziz pernah sibuk menjaja isu syurga dan neraka, seolah-olah dirinya 'penjaga kunci' yang akan menentukan orang yang sokong Pas masuk syurga dan orang UMNO masuk neraka.
Sebelumnya, beliau dengan selamba menyatakan kesediaan 'bersahabat dengan syaitan' semata-mata untuk menjustifikasikan perlunya hubungan kerjasama Pas dengan DAP. Kita tidak tahu sama ada itu berupa 'analogi' atau tidak, tetapi sepatutnya tidak keluar daripada mulut seorang pemimpin Islam.
Banyak kenyataan mencurigakan keluar dari mulut Nik Abdul Aziz. Antaranya, mendakwa orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.
Alasannya konon kerana UMNO menerima dasar kebangsaan yang ditakrifnya sebagai menolak Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Malahan beliau sanggup pula mengeluarkan kenyataan sebegini rupa sekitar Januari lalu:
"Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW."
Seolah-olah mempunyai kuasa menentukan balasan seseorang, Nik Abdul Aziz 'memutuskan' bahawa menteri yang bertanggungjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk neraka kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.
Pas lebih cenderung menyalahkan dan mencari keburukan dan kesalahan orang lain dan sebaliknya.
Diharap, peringatan Allah di bawah boleh menjadi pedoman kepada sesiapa sahaja termasuk pengikut dan penyokong mana-mana parti politik supaya tidak taksub kepada kepimpinannya.
PERINGATAN ALLAH
Pengikut Nabi Nuh AS: "Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya). (7:54)
Pengikut Nabi Hud AS: "Maka Kami selamatkan Hud beserta orang-orang yang bersamanya dengan rahmat yang besar dari Kami, dan kami tumpaskan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan tiadalah mereka orang-orang yang beriman." (7:72)
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)" [7: 172]
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai". [7:179]
Kita sentiasa berdoa dan berharap mereka sebilangan pemimpin dan penyokong tegar Pas akan insaf dan kembali semula ke pangkal jalan dalam memperjuangkan Islam yang sebenar. Dan bukannya dengan cara begini mengkafirkan sesama Islam.
Mana mungkin pilihan raya politik disamakan dengan konsep syurga dan neraka - yang sama sekali berbeza dengan politik. Perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat.
Oleh : Zulkiflee Bakar
Suara Politik
Belantan
#PRK Kuala Besut : Pengundi diminta imbau kembali kegagalan pemerintahan Pas?
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa semua pengundi di Kuala Besut khususnya menolak Pas pada pilihan raya kecil kawasan itu bagi membolehkan generasi seterusnya mendapat limpahan pembangunan dan pendidikan daripada kerajaan sedia ada.
Menurutnya Pas gagal memainkan peranan membangunkan negeri ketika memerintah Terengganu selama satu penggal pada 1999-2004.
"Saya minta kenang kembali apa yang Pasbuat sewaktu diberikan kesempatan untuk memerintah Terengganu. Saya tidak mahu bercakap pasal pembangunan kerana Pas tidak berminat dengan pembangunan kerana tidak ada masjid, madrasah, sekolah agama dan jalan raya dibuat ketika itu.
"Tetapi kita kena ingat bagaimana zalimnya mereka apabila mereka menghambat keluar pelajar-pelajar tadika dari sekolah-sekolah seluruh Terengganu. Mereka terus pertahankan dan tidak pernah minta maaf dengan rakyat tentang kesalahan tersebut," katanya.
Menurut Anggota Parlimen Kemaman itu, seandainya Pas kembali memerintah Terengganu pada masa akan datang, ada kemungkinan sekolah dan balai raya yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dimusnahkan fungsinya kerana keghairahan untuk menunjukkan mereka berkuasa pada waktu itu.
Justeru Menteri Komunikasi dan Multimedia itu meminta pemimpin Pasyang memerintah Terengganu ketika itu membuat satu pengakuan tentang kesilapan kepada umum sekiranya mereka menyesali perkara itu.
"Berilah penjelasan kepada orang ramai kerana menghalau anak bertadika baru nak belajar ABC, alif ba ta, apakah ini bukan satu dosa besar?" katanya.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Julai 22, 2013
Anwar sudah mula 'kecut teloq' dengan Shafee Abdullah, pendakwa raya dalam kes rayuan sodomi?
Pasukan peguam bela Anwar Ibrahim akan memfail permohonan secara formal bagi dilucut kelayakan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan sodomi.
Seorang daripada peguamnya Ram Karpal Singh berkata permohonan itu akan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.
"Kami akan mengemukakan permohonan disokong dengan afidavit daripada Anwar," kata beliau hari ini.
Muhammad Shafee diberi kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlah, 26, di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 ptg dan 4.30 ptg pada 26 Jun, 2008.
Beliau memaklumkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini bahawa beliau telah dilantik untuk bertindak sebagai pendakwa dalam rayuan, secara "fiat" mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC).
Selepas prosiding berakhir, Muhammad Shafee memberitahu pemberita surat pelantikannya ditandatangani Peguam Negara bertarikh 2 Julai tahun ini dan beliau menerima surat itu pada 11 Julai lepas.
Rayuan itu dijadual untuk pendengaran hari ini dan esok tetapi panel Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Ramly Ali menanggguhkannya dan menetapkan 1 Ogos untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh pendengaran selepas peguam Ram Karpal Singh memaklumkan mahkamah peguam utama pasukan pembelaan Karpal Singh sedang dirawat di hospital.
"Kami akan maklumkan (kepada pihak pendakwa dan pembelaan) tarikh baharu pendengaran menerusi surat," kata Hakim Ramly yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Ram Karpal sebelum itu memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan rayuan itu kerana Karpal Singh telah dimasukkan ke wad Ortopedik dan Traumatologi Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu.
Beliau turut menyerahkan kepada mahkamah salinan surat pengesahan Karpal Singh, 73, dimasukkan ke hospital bagi sakit belakang.
Sementara itu, Ram Karpal memaklumkan mahkamah pihak pembelaan membantah pelantikan Muhammad Shafee sebagai pendakwa tetapi Hakim Ramly meminta beliau mengemukakan perkara itu pada tarikh pendengaran akan datang.
Ram Karpal kemudiannya memberitahu pemberita pihak pembelaan membantah atas alasan ia mungkin tidak sesuai bagi beliau (Muhammad Shafee) mewakili pihak pendakwa kerana kes Anwar bermotifkan politik dan beliau (Muhammad Shafee) pernah dilantik mewakili Umno dalam beberapa kes mahkamah sebelum ini.
Muhammad Shafee berkata berikutan keadaan kesihatan Karpal Singh, adalah tidak beretika untuknya membantah permohonan penangguhan itu.
Beliau bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi pendengaran secepat mungkin kerana menurutnya beliau telah membaca 25 jilid rekod rayuan dan mahukannya segar dalam ingatannya.
Suara Politik
Belantan
Sandiwara episod baru : Karpal Singh masuk hospital, kes Anwar ditangguh lagi?
Mahkamah yang sepatutnya mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, esok, mungkin ditangguhkan.
Menurut The Malaysian Insider, penangguhan itu ekoran peguam bela Anwar, Karpal Singh tidak sihat.
"Kita akan buat permohonan penangguhan kerana Karpal tidak sihat. Beliau kini ada di hospital dan dijangka berada di mahkamah, dua tiga hari lagi.
"Bagaimanapun, kita belum tahu bila tarikhnya," kata Ramkarpal kepada portal itu.
Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan dua hari bermula esok bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.
Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Suara Politik
Belantan
Penganalisis #PRK Kuala Besut : Senario 16-16 rugikan rakyat?
Keputusan seimbang 16-16 antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut akan merugikan rakyat kerana tumpuan kerajaan akan lebih menjurus kepada percaturan politik yang tidak berkesudahan, kata Profesor Datuk Dr Aziz Deraman.
Profesor Kanan Jabatan Sains Komputer, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata kedudukan kerusi seimbang akan menyebabkan segala isu yang dibawa kerajaan ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), ditentang habis-habisan oleh pembangkang.
"Pembangkang di Malaysia ini, walaupun banyak perkara baik yang kerajaan buat untuk rakyat, dia tetap membangkang kerana ingin mencari populariti.
"Contohnya, masalah air di Selangor, tetapi selepas dua, tiga tahun Menteri Besar Selangor dikatakan mengaku bahawa air itu penting.
"Seperti juga di Terengganu, kalau ramai pembangkang, menyebabkan keadaan jadi tidak tenang kerana apabila kerajaan nak melaksanakan kerja pembangunan dia akan bangkit menentang," ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
"Kita bukan tidak mahu langsung pembangkang, tetapi dalam kes Kuala Besut kalau pembangkang menang dan kedudukan menjadi 16-16, mereka (pembangkang) tidak akan dapat menubuhkan sebuah kerajaan," katanya.
Justeru, beliau mengingatkan pengundi di Kuala Besut agar tidak mudah terpengaruh dengan kempen '16-16 Terengganu Baru' yang dilaungkan pembangkang kerana situasi itu hanya akan memberi kesan buruk kepada kestabilan politik di Terengganu.
"Seharusnya, semua orang dah faham perkara ini...selepas pilihan raya umum (PRU) lalu sepatutnya kerja-kerja ke arah memenuhi manifesto, janji dan sebagainya oleh kerajaan yang telah dipilih walaupun dengan majoriti yang kecil," katanya.
Aziz, yang juga Pembantu Khas Naib Canselor UMT, berkata rakyat seharusnya merebut peluang yang ada dengan mengekalkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) agar kesinambungan kerja kerajaan negeri dan pusat dapat diteruskan.
Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut pada 24 Julai ini akan menyaksikan pertandingan antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, dan calon Pas Endot@Azlan Yusof, 48.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru, pada 26 Jun lepas.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Julai 21, 2013
Ugutan dari Sulu: Gelombang kedua pengganas?
Pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi ancaman musuh, termasuk berdepan ugutan terbaru pengganas Sulu yang dikatakan mahu memasuki kawasan Tambunan di Sabah, bulan depan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Jangan cuba mengugut kami. Bukan sekadar polis dan tentera, malah seluruh rakyat Malaysia akan bangun menentang pengganas Sulu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Ihsan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) di sini, semalam.
Amaran Ahmad Zahid itu susulan siasatan Polis Sabah terhadap surat didakwa ditulis militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah, untuk membalas dendam terhadap insiden yang berlaku di Lahad Datu, Februari lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata, polis sudah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu.
Ahmad Zahid berkata, ada juga khabar angin kononnya bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari juga akan datang ke Sabah bagi tujuan sama.
“Jangan dengar sebarang khabar angin. Tidak ada orang nak bagi ugutan atau nak masuk (negara ini) beritahu lebih awal. Jika benar mereka hendak masuk awal dalam Ogos... Julai kita sudah tunggu.
“Kita ingin beri peringatan kepada Nur Misuari, jangan jadikan bumi Malaysia sebagai tempat tumpah darah seperti berlaku di Mindanao, Filipina. Itu soal dia,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat Sabah jangan memandang ringan ancaman berkenaan kerana pengganas Sulu memang terkenal budaya balas dendam.
Suara Politik
Belantan
#PRK Kuala Besut : Pas sebenarnya tidak ghairah nak berkuasa?
Semalam Pas mula menggempur Kuala Besut dengan beberapa siri ceramah serentak ketika Barisan Nasional (BN) sebaliknya pula meningkatkan program usrah dan ziarah.
Dan malam di sekitar pekan nelayan dan pelancongan ini sudah mulai sesak dengan penonton politik yang datang dari serata ceruk mencari keseronokan - mula memberi gambaran sebenar tentang lazimnya kemeriahan suasana kempen terutama dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), apatah lagi ia dilihat amat penting bagi kedua-dua parti bersaing.
Semalam juga, dendangan yang dimainkan oleh Pas juga sudah bertukar rentak; rentak baru yang mula diletakkan asas oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Husam Musa tanpa diiringi sebarang fatwa baru yang menyusahkannya sebagaimana baru-baru ini.
Beliau yang mula disorot sebagai bakal memikul jawatan presiden bagi memberi nafas baru kepada masa depan parti itu kelak, seimbas lalu bagaikan turut memperjudikan nasibnya d Kuala Besut yang menjadi kubu kuat BN.
Bagi Husam, PRK kali ini cukup sukar untuk dimenangi semula setelah kali terakhir menguasai dalam Pilihan Raya Umum 1999 biarpun penantian itu dipercepatkan dengan kematian penyandangnya Allayarham Dr. A. Rahman, anak nelayan Pulau Perhentian yang ternyata cukup lurus memikul tanggungjawab politik.
Kesempatan yang terbuka bagi Pas kali ini cukup luas kerana bukan sekadar menambah kerusi tetapi juga peluang untuk kembali menguasai negeri tanpa perlu menunggu lima tahun lagi, atau sekurang-kurangnya terus mengelorakan politik Terengganu.
Namun dengan sambutan bersahaja penduduk setempat terhadap kempen yang bermula pada 12 Julai lalu, ini memberi gambaran yang agak mendesak.
Lalu apakah langkah yang terbaik bagi menyakinkan pengundi Kuala Besut yang kebanyakanya nelayan agar tidak terus menjadi ikan `dukang' yang memakan apa sahaja bersama kail yang dilontarkan oleh Barisan Nasional sebagaimana yang diingatkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dilihat seakan memain pendekatan psikologi `lunak' bagi menguasai kawasan kubu kuat UMNO itu dengan memberi gambaran bahawa parti itu tidak begitu ghairah untuk merebut kuasa kerana sekadar mahu menang.
Menurut Husam yang juga Naib Presiden Pas, jika kemenangan dicapai, itu bermakna kerusi DUN akan terikat 16-16, dan Pas mengambil pendekatan populis, kononnya akan terus membiarkan BN terus menerajui kerajaan negeri selepas ini.
"Kerajaan Terengganu (pimpinan BN) masih boleh kekal lagi pada masa itu. Kecualilah kalau dia (BN) pilih cara lain (untuk berkuasa).
"Kami mempunyai peranan yang konstruktif untuk mencadangkan pengurusan pentadbiran negeri yang berorientasikan ke arah kebaikan rakyat,'' katanya.
Ini meredakan kelantangan nada keghairahan para penceramah tentang merebut kuasa dan ternyata idea itu disahut oleh Abdul Hadi yang dalam ceramahnya semalam dengan berkata Pas hanya ingin memastikan hanya apa yang dianggap baik untuk rakyat dilakukan oleh kerjaan BN jika kedudukan kerusi dalam DUN seimbang kelak.
Pada PRK ini, Pas meletakkan matlamat untuk mewujudkan situasi 'DUN tergantung' dan pendekatan populis digerakkan untuk menarik perhatian pengundi agar tidak lokek untuk memberi kemenangan kepada Pas agar jumlah kerusi seimbang.
DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi yang menyaksikan BN menguasai 17 Kerusi manakala pakatan pembangkang memiliki 15 kerusi (Pas 14, PKR satu) selepas PRU-13 lalu.
Situasi sebegini mungkin menyeronokkan pembangkang untuk mereka berpolitik sepanjang masa tetapi pastinya memberi kesan kepada rakyat apabila sebuah `kerajaan tergantung' dan keadaan yang tidak menentu.
Tentunya gerak kerja kebajikan untuk rakyat yang begitu hebat selama ini boleh direncatkan begitu sahaja apabila segla kebaikan yang disalur dan dihulur sekadar cuba digambarkan dengan gula-gula rasuah atau umpan kail.
Menurut Husam, parti itu sudah bersedia untuk melalui suasana politik baru nanti dengan pelan komprehensif jangka panjang meliputi aspek ekonomi dan pembangunan sosial di Terengganu semasa.
Namun apakah pelan yang serupa digerakkan oleh Husam yang mempunyai cengkaman pengaruh kuat sepanjang era pemerintahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, sekurang-orang tentang nasib nelayan dan orang Kuala Besut pastinya lebih tahu membezakan.
Ketika Pas memilih Husam bersama jentera parti itu dari Kelantan untuk memacu gerak kempen, orang Besut dengan nilai dan norma yang sedikit berbeza, selama ini memperlihatkan mereka tidak terpengaruh dengan perkembangan politik di negeri jiran itu. Mereka bukan jenis ikut-ikutan kerana telah memberi kemenangan kepada BN bagi semua kerusi.
Seorang ibu yang menguruskan kedai makan di pinggir jalan di kampung Nail yang menjadi markas Pas mempunyai ulasan menarik selepas mendengar ceramah Abdul Hadi di pentas malam tadi.
"Apa salahnya kalau kita orang miskin terima bantuan, terima kemudahan dari kerajaan. Kerajaan yang baik macam itu kita sokonglah.
"Kita pilih kerajaan bukan untuk pilih syurga neraka. Rasanya ikan cerdik tak makan umpan ceramah sahaja,'' katanya bersahaja.
Husam yang cuba menggerakkan pembinaan lebuhraya di Kelantan dengan duit tabungan melalui sumbangan derma mungkin mahu menyambung impiannya ke Kuala Besut. Mungkin ada yang ingin bertanya sudah beberapa meter panjangnya kini?
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Julai 20, 2013
#PRK Kuala Besut : Demi kestabilan politik Terengganu...Undilah BN!
Peratusan keluar mengundi pada pengundian awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut yang berlangsung di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini hari ini adalah 79.36 peratus.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata selepas tempoh pengundian awal tamat tepat 5 petang ini, hanya 911 daripada keseluruhan 1,148 anggota tentera dan pasangan serta polis yang layak mengundi keluar menunaikan tanggungjawab.
Pusat pengundian awal di TUDM Gong Kedak membabitkan dua peti undi yang akan disimpan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini sehingga hari penjumlahan rasmi undi Rabu ini (24 Julai).
Sementara itu, peratusan yang keluar mengundi di DUN Kuala Besut pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu sekitar 86.70 peratus. Ramai waktu itu kerana hari pengundian Ahad.
Penulis dimaklumkan oleh sumber-sumber jentera Barisan Nasional, Pas dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang berkampung di Kuala Besut, senario kempen PRK melibatkan kedua-kedua parti di sana 'biasa sangat'. Tidak ada yang luar biasa. Ini sehinggakan media-media yang buat liputan 'kehabisan idea' untuk dijadikan berita utama.
Tidak banyak isu, sampaikan terpaksa pergi ke pasar-pasar biasa untuk dijadikan bahan berita.
Dari segi strategi kedua-dua parti bertanding, yang digalas oleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman dan Endot@Azlan dari Pas, dikatakan sama. Masing-masing dibantu oleh jentera luar terutama Pas dari Kelantan.
Namun, jentera BN dikatakan lebih dominan - yang diharapkan akan diikuti pergerakan yang lebih berkesan dan berterusan oleh akar umbinya sehinggalah pagi Rabu depan.
Penulis juga dimaklumkan dari segi majoriti, BN dipercayai tidak berdepan masalah besar untuk mengekalkan kerusi DUN Kuala Besut ini melebihi 2,434 undi yang dicapai Mei lepas. Tambahan pula penduduk-penduduk Kuala Besut diketahui memang orang BN, apa lagi yang akan turun mengundi pada waktu hari bekerja nanti yang ramainya penduduk setempat.
Hakikatnya, mereka akur isu DUN 'tergantung' kerusi 16:16 bukanlah suatu idea bijak. Dengan Kuala Besut sendiri di bawah Parlimen yang diketuai Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, pengundi cukup maklum - undi yang diberikan kepada Tengku Zaihan nanti tentu akan merangsang ekonomi Kuala Besut.
Kalau BN menang, manfaatnya lebih banyak berbanding 'carca marba' DUN di bawah pembangkang, Parlimen pula BN.
Cuma, oleh kerana segala strategi dan pengisian kempen, baik oleh BN dan Pas agak setara - yang lebih banyak berfokus pada kariah di masjid-masjid dan surau sempena Ramadan, maka seelok-eloknya BN lebih banyak memberi tumpuan kepada isu-isu setempat. Antaranya, percambahan industri kampung, IKS serta nelayan.
Isu nelayan merupakan perkara pokok yang belum diberi keutamaan diuar-uarkan dalam kempen PRK ini. Sepanjang pengamatan penulis setakat semalam belum ada perkara ini diserlahkan.
Ini memandangkan Kuala Besut sendiri pada asasnya adalah kampung nelayan. Di sini juga terletak jeti bot untuk ke pulau-pulau peranginan iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Faktor nelayan dan industri pelancongan memang mewarnai pengundi di kawasan ini.
Satu lagi faktor adalah kakitangan awam. Walaupun Kuala Besut bukan pusat bandar utama untuk daerah Besut kerana pusatnya terletak di Jertih, tetapi hampir kesemua pejabat kerajaan negeri dan pusat untuk daerah Besut terletak di Kampung Raja iaitu pekan utama dalam DUN Kuala Besut.
Ini bermakna, pengundi utama yang ada di Kuala Besut adalah nelayan, pegawai kerajaan dan mereka yang terlibat dengan industri pelancongan.
Pelabuhan Tok Bali kini menjadi pelabuhan nelayan yang penting di sebelah pantai timur. Banyak bot nelayan laut dalam mendaratkan tangkapan mereka di situ.
Justeru, menjelang PRK Kuala Besut minggu depan, maka masih ada kesempatan lagi untuk jentera BN memberi jaminan atau setidak-tidaknya mengeluarkan 'hitam putih' janji - antaranya untuk mendalamkan kuala bagi kemudahan bot keluar masuk selain penyediaan pendaratan ikan yang sesuai.
Pada masa sama, projek-projek pembangunan IKS dan industri kampung '1produk 1kampung' yang diperkenalkan BN perlu banyak diperkatakan dalam lima hari mendatang ini.
Jentera kempen kenalah juga usahakan bantuan kepada mana-mana usahawan yang telah menunjukkan kecemerlangan di Kuala Besut dengan penyaluran peruntukan dan geran.
Tidak perlu terlalu bertumpu kepada usahawan besar dan yang telah berjaya. Fokuslah kepada industri kecil. Misalnya, perniagaan keropok lekor yang mana orang yang menyiang ikan pun akan dapat manfaatnya. Di sinilah peranan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk tonjolkan apa yang telah pihak mereka usahakan selama ini di Kuala Besut.
Berapa ramai usahawan yang telah berjaya di Kuala Besut? Berapa usahawan baharu yang dibimbing telah berjaya? Apa program mentor-menteenya?
Katakan kepada penduduk dan pengundi Kuala Besut bahawa sekiranya BN diberi kepercayaan untuk mentadbir lagi kerusi itu, inilah peluang-peluang ekonomi yang akan menjadi imbalannya.
Penulis difahamkan, banyak kemudahan yang diperuntukkan Kerajaan Pusat kepada penduduk Kuala Besut, apatah lagi peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi seperti LKIM dan pembiaya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional kelolaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Tinggal lagi, ia perlu diserlahkan secara meluas sebab peluang pekerjaan adalah isu yang menjadi perhatian.
Meskipun PRK Kuala Besut tampak 'tenang' namun realitinya amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu.
Dengan kematian Dr. Rahman, jumlah kerusi adalah 16 di pihak BN manakala pakatan, 15. Jika pakatan menang dalam pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan pakatan.
Pas pernah menang di kerusi itu pada 1969, sebelum menunggu 30 tahun lagi untuk merampasnya semula pada 1999. Mereka tentunya mahu menongkah 'aturan' itu 24 Julai nanti kerana kalau tidak, 'barangkali' hanya terdaya 'meraihnya' kembali (untuk 30 tahun lagi) pada tahun 2029.
Jentera BN di Kuala Besut mesti terus agresif. Hapuskan keyakinan boleh menang mudah sebelum masuk gelanggang. Hanya kemenangan BN dapat memastikan politik di Terengganu lebih stabil. Jika tidak, keadaan akan terumbang-ambing.
Suara Politik
Belantan
#PRK Kuala Besut : Kempen 'sindrom bisu' calon PAS memakan diri?
Calon PRK DUN Kuala Besut diarah tutup mulut
Calon PAS, Azlan Yusof tidak lagi dibenar membuat kenyataan kepada media sepanjang kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut. Dalam erti kata lain, kena tutup mulut. Ini berikutan satu kenyataan yang dianggap mencacatkan kempennya sendiri. Beliau dilaporkan berkata akan mengupah orang untuk menjalankan tugas wakil rakyat jika menang, manakala beliau akan lebih menumpukan perniagaan sendiri di Kelantan.
Sebagai ‘damage control’, pemimpin PAS beri pelbagai alasan: Azlan kurang matang politik, bahasa Kelantan yang digunanya pekat dan sukar difahami, tidak kurang menyalahkan media kerana salah lapor. Inilah kali pertama dalam sejarah pilihan raya disertai PAS yang mana arahan dibuat supaya calon tutup mulut. Ia juga lucu dan tidak masuk akal, mungkin Azlan tersasul tetapi jika calon kena tutup mulut, macam mana dia nak berkempen?
Perkembangan terbaru ini mengingatkan kita kepada peristiwa yang pernah berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2007 dulu. Sewaktu berkempen di satu kampung sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk DUN Ijok, beliau tersasul dan mengisytiharkan: “Undilah calon Barisan Nasional.” Memang itulah yang dilakukan pengundi di DUN Ijok, maka Khalid kalah pada PRK itu. PAS tidak mahu hal sama berlaku kepada calon mereka di DUN Kuala Besut.
Strategi biasa
Arahan tutup mulut adalah strategi biasa yang dipakai pembangkang apabila menghadapi dan mahu menutup sesuatu krisis. Misalnya, pada 2009, Khalid (yang kemudian menang kerusi DUN Ijok pada PRU-12 dan menjadi Menteri Besar Selangor) mengarahkan semua EXCO tutup mulut mengenai kontroversi penjualan arak di negeri itu.
Beliau juga mengarahkan Datuk Dr Hassan Ali, EXCO PAS yang menjaga hal ehwal agama Islam ketika itu, untuk tutup mulut berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas Gereja Methodist Damansara Utama berikutan laporan adanya usaha memurtadkan orang Melayu-Islam. Arahan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 2011 itu adalah antara punca hubungan PAS dengan DAP-PKR bertambah buruk dan berakhir dengan pemecatan Hassan sebagai EXCO dan daripada PAS.
Apabila berlaku perbalahan PAS dan DAP dua tahun lalu berikutan kenyataan Mursyidul Am dan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk laksana hukum hudud, pemimpin DAP berkeras menentang sehingga berlaku cabar mencabar dan ugut keluar pakatan pembangkang, maka Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengeluarkan kenyataan pada 26 September 2011 agar semua pihak tutup mulut.
Ketika berlaku pertikaman lidah antara dua pemimpin DAP – seorang EXCO dan seorang wakil rakyat – berhubung pembinaan rumah kos murah di Pulau Pinang dua tahun lalu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga mengeluarkan arahan tutup mulut. Menjelang PRU-13, berlaku perbalahan besar dalam kalangan kepemimpinan PAS Kedah. Wujud dua kem dalam kerajaan negeri. Mereka diarah tutup mulut, namun kerosakan politik yang serius telah berlaku dan persepsi rakyat tidak boleh diperbaiki lagi. Akibatnya, kerajaan PAS Kedah jatuh pada PRU Mei lalu.
Di DUN Kuala Besut, jika tidak pun kerana calon yang naïf politik dan kurang pengalaman, PAS menghadapi pelbagai kekurangan. Ramai berpendapat calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman lebih mantap dibantu legasi popular Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar yang disenangi rakyat. Masalah dalaman kompleks dan serius yang dihadapi PAS Kuala Besut bukan rahsia lagi, sehingga pengarah pilihan raya terpaksa diambil dari Kelantan.
Ironinya, Datuk Husam Musa sebelum ini dianggap orang bertanggungjawab ‘merosakkan’ hubungan PAS Kelantan dan PAS Terengganu. Beliau sendiri penuh kontroversi kerana melabel pemimpin PAS yang tidak mengikuti perhimpunan Blackout 505 sebagai ‘pengkhianat’ dan jika mati ketika berhimpun dianggap mati syahid. Beliau juga gagal dalam perebutan kawasan Parlimen Putrajaya pada PRU-13 kerana strategi lemah.
Signifikan kempen 16:16
Setakat ini, strategi kempen PAS bagi DUN Kuala Besut kurang jelas, malah mengecewakan penyokongnya sendiri. Isu hubungan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dengan Menteri Pelajaran II dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh mudah dipatahkan. Hubungan sesama pemimpin PAS pun bukannya elok sangat. Husam sendiri dilabel ‘pengkhianat sebenar’ oleh pemimpin PAS lain. Perbalahan besar dalam kalangan pemimpin PAS Kuala Besut adalah punca kerusi itu dimenangi BN sejak tiga PRU lalu.
Kegiatan kempen oleh kalangan pemimpin dan penceramah PAS juga sedikit sebanyak terbatas kerana Ramadan. Kurang peluang untuk memaki hamun, menabur fitnah dan berjanji kosong dalam ceramah. Pada malam hari, ada yang mahu terus berkempen namun ramai juga yang mahu bertarawih.
Apa pula signifikannya kempen 16:16 untuk DUN Terengganu? Ia tidak lain, hanya kerana mahu peluang berkuasa semula dan membentuk kerajaan negeri semula walaupun hakikatnya, ini belum tentu berlaku. Yang jelas, tidak kedengaran perjuangan untuk melaksana hukum hudud atau membentuk negara Islam atau berkebajikan.
Majoriti rakyat Terengganu masih ingat kelemahan, kezaliman dan kegagalan kerajaan pimpinan Datuk Seri Hadi Awang pada 1999-2004. Pada malam keputusan pilihan raya, Wisma Darul Iman dikepung ribuan penyokong fanatik seperti demonstrasi di Mesir. Bangunan bagai dirampas, semua aset bagai mahu disita, malah kereta EXCO dikejar. Sudah lupakah pengundi Kuala Besut bagaimana balai raya dan kelas tadika KEMAS ditutup dan anak-anak terpaksa belajar di padang berteduh di bawah pokok?
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catatan (Atom)




























.jpg)







.jpg)
.png)














