Ahad, Julai 17, 2011

Pembangkang rela ber'TUAN'kan kuasa asing?






















Tidak pantas kita merasa pesimis terhadap masa depan bangsa kita, kerana pergolakan politik yang sedang kita lalui sekarang. Tidak pantas juga kalau kita tidak berasa bimbang atau cemas dengan keadaan yang sedang berlaku.

Kita tidak mahu berkata bangsa Melayu sekarang berada di persimpangan sejarah, seperti pada tahun 1511 apabila Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan penjajah, tetapi kemungkinan hal ini berlaku sekali lagi tidak boleh ditolak sama sekali.

Lihatlah apa yang telah berlaku baru-baru ini di Kuala Lumpur. Pembangkang yang didalangi oleh tangan-tangan kuasa asing telah mengadakan perhimpunan haram BERSIH 2.0. Macam ada sesuatu yang tak kena.

Apakah motif sebenar “ DEMO BERSIH 2.0” ? Bukankah tujuan mereka ‘berdemo’ kerana mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong? Kita patut mempersoalkan kegagalan S. Ambiga menyerahkan memorandum berhubung tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kepada Yang di-Pertuan Agong ketika diberi peluang menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara!

Ambiga dan dua lagi pihak dalam Bersih seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk 'menyuarakan' tuntutan mereka menerusi penyerahan memorandum berkenaan. Kesediaan membenarkan mereka menghadap membuktikan sikap keterbukaan Tuanku Mizan yang patut dijunjung tinggi dan dihormati.

Justeru itu adakah kesempatan menghadap Seri Paduka dimanfaatkan Bersih untuk menyampaikan memorandum tersebut. Kenapa tidak? Kalau sudah disampaikan, apa perlunya lagi diadakan perhimpunan di stadium? Nampaknya sudah terang lagi bersuloh. Sebenarnya ada agenda lain disebalik perhimpunan BERSIH 2.0 ini?

Hari ini kebanyakan rakyat kita sudah sedar bahawa kemerdekaan formal saja tidak cukup. Bukan setakat pemerintahan sendiri yang kita maksudkan dengan kemerdekaan, kemerdekaan juga bermakna bebas dari segi ekonomi dan ketenteraan, lebih-lebih lagi bebas dari segi pemikiran dan fahaman.

Kita orang Islam yang faham akan konsep tauhid yang sebenar bahawa kita tidak tunduk, kecuali kepada Allah S.W.T. Inilah konsep kebebasan yang sebenar. Kita bebas daripada segala bentuk perhambaan, kecuali perhambaan kepada Allah subhanahu wa taala.

Perang Dunia Kedua telah meruntuhkan sebahagian besar daripada sistem penjajahan Eropah. Banyak negara Asia dan Afrika yang dulunya dijajah mencapai kemerdekaan selepas perang itu. Namun demikian, kuasa penjajah Eropah yang terbesar, Britain, tidak runtuh sepenuhnya. Israel, di Asia Barat, Australia, New Zealand dan Hong Kong (sebelum 1998), juga Singapura dan Taiwan, di Asia, terus merupakan benteng-benteng kaum penjajah baru Inggeris-Amerika.

Apabila blok komunis yang dipimpin oleh Kesatuan Soviet runtuh pada 1989, imbangan dan saing kepada kuasa penjajah Barat hapus sama sekali. Inilah yang menyebabkan Britain dan Amerika berani melancarkan, pada penghujung 1990, satu perang pencerobohan yang besar-besaran terhadap Iraq, satu-satunya kuasa Arab yang boleh mencabar anak emas mereka, iaitu Israel.

Setelah peperangan inilah mereka mengisytiharkan satu "Tatadunia Baru'', Pax Americana. Dari sinilah bermulanya satu gerakan baru untuk menjajah semula dunia oleh kaum Anglo-Amerika. Kadang-kadang PBB digunakan, kadang-kadang NATO, ada kalanya kuasa sewenang-wenang AS dan Britain saja untuk menyerang atau menekan negara mana yang mereka tidak suka seperti Iraq, Yugoslavia, Indonesia, Malaysia dan China, kerapkali atas nama hendak membela "demokrasi'' dan "hak asasi''.

Selalunya yang mereka tidak suka ialah pemimpin nasionalis yang tidak mahu tunduk kepada kediktatoran Inggeris-Amerika. Sembilan tahun dulu, bentuk penjajahan baru itu nampak jelas dalam serangan mereka terhadap Iraq. Sesetengah kita tidak begitu ambil peduli akan perkembangan ini, malah pada ketika itu kita diperdayakan oleh mereka untuk menyokong mereka kerana Kuwait, sedangkan Kuwait itu topeng mereka saja.

Pada tahun 1997, ekonomi kita dan ekonomi negara-negara Asia Tenggara diserang teruk oleh penyangak mata wang. Kita pun sudah semakin sedar akan penjajahan baru ini. Pada tahun itu sebuah wilayah Indonesia, Timor Timur jatuh ke tangan tentera Australia iaitu anggota dari kaum oligarki Inggeris-Amerika.

Sekarang kebanyakan rakyat kita telah sedar bahawa satu gelombang baru penjajahan Inggeris-Amerika sedang melanda dunia. Ini satu hakikat politik antarabangsa zaman pasca Perang Dingin yang harus kita akui. Tanpa mengakui hakikat ini, kita tidak akan faham politik dunia sekarang. Namun demikian, dari sejarah kita juga tahu bahawa kaum penjajah Portugis tidak boleh menakluk Melaka, kecuali dengan pertolongan pembelot dan anasir-anasir perpecahan dari dalam negeri Melaka sendiri.

Hari ini, hampir setengah abad setelah peristiwa nahas itu, negara kita berada di tempat yang sama. Kaum penjajah baru Inggeris-Amerika yang panik tentang bakal keruntuhan mereka sendiri sedang berlagak seperti samseng di dunia. Pembelot dan anasir pemecah dari dalam masyarakat kita pun sudah ada. Yang menjadikan hal ini lebih berbahaya ialah kerana anasir pemecah ini menggunakan topeng agama untuk mempengaruhi masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Anwar Ibrahim, seperti soal Kuwait dalam kes pencerobohan mereka terhadap Iraq, satu topeng dan satu alat semata-mata. Dasar mereka sekarang ialah mahu menjajah kita kembali untuk menyelamatkan sistem mereka yang sudah bobrok. Mereka akan mencari satu alasan untuk pencerobohan mereka. Penyingkiran Anwar telah menjadi satu alasan yang baik. Mereka yang sudah memperdaya, maka di antara kita hendaklah sedar dan berpatah balik.

Tidak syak lagi kebanyakan anggota Pas tidak sedar bahawa dengan menggunakan agama, pemimpin-pemimpin mereka telah memperalatkan mereka. Islam itu sebuah agama yang Tuhan redhai dan mempunyai pengaruh emosi yang kuat terhadap penganut-penganutnya. Hal ini telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin oportunis dalam semua zaman untuk kepentingan mereka. Pemimpin-pemimpin Pas termasuk ke dalam golongan ini.

Cara kita mengatasi masalah ini ialah dengan orang Islam sendiri mengenali agama mereka supaya mereka tidak tertipu oleh pemimpin-pemimpin oportunis ini. Mereka harus tahu bahawa agama Islam menyeru kepada kebaikan dan melarang kejahatan. Pemimpin-pemimpin Islam, malah semua orang Islam, harus tunjuk teladan yang baik. Islam tidak menyuruh kita menabur fitnah, membuat pembohongan, mencarut ataupun memaki-hamun terhadap sesama sendiri, walaupun kita berbeza pendapat.

Kita harus mencari kebaikan dalam masyarakat kita dengan "menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan''. Bolehkah kita berbuat demikian dengan menabur fitnah, membuat pembohongan, mencarut dan memaki-hamun terhadap pemimpin-pemimpin parti kerajaan? Kita akan dipertanggungjawabkan di atas segala perbuatan kita yang menyalahi ajaran Islam itu.

Kalau baginda Nabi Muhammad SAW hidup hari ini dan memimpin sebuah parti politik di negara kita, dalam sedikit masa beliau akan berjaya menyatupadukan bukan saja masyarakat Islam, tetapi seluruh rakyat Malaysia atas dasar patriotisme Malaysia dan pembangunan sebuah masyarakat yang adil.

Ini dapat kita buktikan dengan mengkaji Perlembagaan Madinah yang Nabi berikan kepada kota itu apabila berhijrah ke sana pada 622 dan memimpin negara kota itu selama sepuluh tahun dari tarikh itu hingga 632 apabila Nabi wafat. Perhatikan bahwa tidak ada istilah "negara Islam'' atau "Undang-undang Hudud'' yang tercatat dalam dokumen bersejarah ini. Inilah sunnah Nabi yang patut diteladani oleh Pas.

Sebelum terlambat, seluruh rakyat kita mestilah memberi perhatian berat kepada angkara yang sedang dilakukan oleh kaum penjajah baru terhadap bangsa kita. Kita menyeru kepada penyokong-penyokong Anwar dan penyokong-penyokong Pas supaya berfikir panjang dan dengan tenang. Kita akan mengadakan pilihan raya umum tidak lama lagi.

Sanggupkah kita menukar sebuah kerajaan nasionalis dengan segala kecacatan yang ada, dengan sebuah kerajaan yang propenjajah? Jawapannya jelas. Rakyat Malaysia akan membuat kesilapan itu.

Tetapi kita sudah melihat dalam masa Tun Mahathir memerintah, sesetengah rakyat kita sanggup melemparkan perhitungan rasional serta mendakap rasa benci terhadap Tun. Mengapa? Kerana kita telah memakan umpan kaum imperialis Barat yang tidak mahu melihat seorang pemimpin Asia yang berani membantah mereka dan fitnah kaum agama yang berfikiran sempit dan kolot yang ada cita-cita politik yang telah menjadi alat mereka. Dan ianya dilihat berterusan kepada Tun Abdullah dan juga Dato' Seri Najib yang juga terkena tempiasnya.

Mengapakah kita tidak menggunakan kaedah nasihat, tegur-menegur dan perundingan untuk membaiki kelemahan dalam parti dan dalam kerajaan? Jika penyokong-penyokong Anwar mengkritik penyelewengan dalam parti dalam kerajaan sekarang, adakah penyelewengan ini tidak ada sewaktu Anwar menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri?

Adakah Anwar buat apa-apa untuk membaiki keadaan ini semasa beliau ada di dalam? Jika tidak, Anwar dan penyokong-penyokongnya tidak ada hak untuk mengkritik. Tidak ada parti atau kerajaan yang sempurna dalam dunia ini. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita ingin melihat sebuah pentadbiran yang baik yang boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat kita.

Ada keamanan dan keselamatan dalam negeri, ada kebebasan beragama, ada kebebasan bersuara dan berorganisasi, ada pekerjaan untuk rakyat mencari makan, ada tempat tinggal, ada tempat untuk anak-anak kita bersekolah dan ada hospital dan klinik untuk kita mendapat rawatan waktu sakit. Kita ada semua ini dalam Malaysia. Tidak semua negara ada apa yang kita ada. Kita patutlah bersyukur.

Ini tidak bermakna tidak ada apa lagi yang hendak diperjuangkan. Masih banyak cacat dalam sistem dan pentadbiran negara kita. Umpamanya, sistem politik kita. Sistem ini kita tiru daripada Britain. Ia ada kecacatan yang besar. Adakah teori dwiparti itu baik dan selaras dengan undang-undang semula jadi? Adakah teori ini selaras dengan ajaran Islam? Cerdik pandai kita patut mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam.

Apakah yang menyebabkan timbulnya "politik wang'' dalam UMNO, yang heboh diperkatakan tidak lama dahulu. Adakah perkara itu sudah selesai? Bagaimana hendak menyelesaikannya? Bagaimana tentang amalan perundingan dalam UMNO, dalam parti-parti lain, dalam kerajaan dan dalam masyarakat? Adakah anggota-anggota diberi didikan politik yang boleh melayakkan mereka menjadi pemimpin masyarakat di semua peringkat?

Adakah kita sudah berpuas hati dengan dasar ekonomi kita? Bagaimana kita hendak membahagikan kekayaan negara dengan lebih adil tanpa mengorbankan kecekapan dan kreativiti? Bagaimana dengan masalah dadah yang melumpuhkan begitu ramai tenaga generasi muda kita? Bagaimana kita mengubah masyarakat Melayu menjadi lebih dinamik dan progresif? Bagaimana kita mengatasi masalah adat dan fahaman yang kolot dalam semua kumpulan masyarakat kita?

Adakah sistem pendidikan kita menyediakan pembelajaran yang terbaik untuk anak-anak kita? Adakah kita sudah puas hati dengan taraf intelektualisme cerdik pandai kita? Adakah cerdik pandai kita mempunyai semangat " menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan"?

Tidakkah khidmat sesetengah pejabat kerajaan, seperti pejabat agama, sangat tidak memuaskan? Beratus-ratus masalah yang masih ada dan yang perlu ditegur dan dibaiki. Tetapi dalam kita melaksanakan pembaharuan ini, kita mesti patuh kepada satu undang-undang pokok. Kita harus kenal siapa musuh dan siapa kawan kita. Kita tidak boleh patuh kepada musuh. Musuh kita lawan. Kawan kita ajak berbincang dan bekerjasama.

Adakah orang-orang UMNO itu musuh orang-orang Pas dan sebaliknya? Tentu tidak. UNMO dan Pas hanya berbeza dari segi fahaman politik. Hakikat pokok ialah kedua-duanya parti politik rakyat Malaysia yang mempunyai cita-cita yang sama. Mereka harus bertolak dari hakikat pokok ini dan mencari muafakat melalui perundingan untuk kebaikan negara dan rakyat Malaysia.

Kita harus sedar bahawa perpecahan berlaku kerana ajaran dan hasutan musuh kita, iaitu penjajah. Walaupun seruan perpaduan itu sudah terlalu banyak dilaungkan hingga hampir hilang maknanya, perlunya masyarakat Melayu bersatu sekarang tidak harus diremehkan. Formula perpaduan itu telah diajar kepada kita dalam Quran. Kita hanya perlu memahami formula itu dan bertekad untuk melaksanakannya.

Pertama, Tuhan mengajar kita bahawa orang mukmin itu bersaudara. Ini bermakna kita harus bersikap baik sesama kita dan membuang sikap benci-membenci.

Kedua, kita mesti duduk semeja dan merundingkan semua masalah kita serta mencapai muafakat dalam semua perkara yang hendak kita lakukan.

Ketiga, dalam perundingan ini, kita mestilah berhakimkan kepada kitab Allah, iaitu Quran.

Namun demikian, kita harus sedar bahawa musuh kita juga beroperasi melalui kita juga dengan mewujudkan satu kumpulan rakan mereka di kalangan kita sendiri. Kumpulan musuh ini hendaklah dikritik dan didedahkan.

Kita yakin bangsa kita tidak rela dijajah kembali. Oleh yang demikian, kita mesti mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelak kemungkinan itu. "Jangan terantuk baru tengadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur". Sama-samalah kita fikirkan. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Julai 15, 2011

Sampai bila PAS harus jadi 'kaldai tunggangan' Pakatan Rakyat?

Dengan fikiran yang tenang, ingatkan kembali wajah-wajah penunjuk perasaan yang menimbulkan huru-hara dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Lihatlah dengan teliti satu persatu, siapakah kumpulan majoriti dalam demonstrasi itu? Apakah keturunan dan agama mereka? Apa pakaian yang mereka pakai? Serta siapa yang mereka sokong?

Kita akan mendapat satu sahaja jawapan iaitu majoritinya ialah orang Melayu, beragama Islam dan penyokong PAS. Ada antara mereka yang kononnya atas nama perjuangan sudah berhari-hari di ibu negara dan ada pula baru tiba semata-mata untuk menyertai demonstrasi berkenaan.

Mereka sanggup datang daripada jauh dan dekat, merempat di masjid dan surau, stesen bas dan kereta api, menumpang rumah saudara dan taulan hanya dengan satu matlamat iaitu menyertai perhimpunan haram!

Akibat ketaksuban yang menguasai pemikiran dan mata hati, mereka tidak sedar bahawa perjalanan jauh mereka ke ibu negara adalah semata-mata untuk menjayakan satu perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Pengerusi Bersih, S.Ambiga.

Ambiga bukanlah ahli politik dan malahan beliau tidak pernah menyertai mana-mana pilihan raya sebagai calon, sebaliknya Ambiga lebih dikenali sebagai salah seorang penyokong Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang suatu ketika berusaha menggugat kesucian agama Islam.

Malahan penyokong PAS yang bersedia menjadi 'pak sanggup' itu juga tidak memikirkan bagaimana biadabnya Ambiga menunjukkan kedegilannya kepada pihak berkuasa yang melarang perhimpunan haram tersebut diadakan. Tetapi pemimpin dan sebahagian ahli PAS yang sudah diresapi semangat politik kebencian seperti biasa mudah lupa dan begitu senang memaafkan, biarpun individu berkenaan pernah menggugat agama mereka.

Apa yang mengecewakan sehari sebelum itu, khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mengingatkan mengenai siapa penganjur perhimpunan haram berkenaan.

Malahan Jakim secara tegas menyatakan, '' Mimbar ingin menyatakan bahawa mereka ini sebenarnya pernah menimbulkan kemarahan umat Islam. Mempertikaikan hak-hak orang Islam serta memperalatkan sebahagian daripada pemimpin yang beragama Islam yang dikaburi oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa.''

Kita bersimpati dengan penyokong-penyokong PAS berkenaan yang sanggup berkorban datang ke Kuala Lumpur semata-mata menyahut seruan Ambiga yang disampaikan melalui pemimpin-pemimpin mereka. Dalam demonstrasi haram tersebut, penyokong PAS basah kuyup bukan sahaja disirami hujan malah ada yang pedih mata akibat terkena gas pemedih mata dan semburan air kuning oleh pihak polis.

Dalam soal ini, jangan sesekali menyalahkan pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Ketika berkumpul pula PAS yang ada pemimpinnya begitu mudah mengatakan mereka lebih hebat dalam perjuangan Islam tidak pula mempedulikan mahram dan bukan mahram.

Semuanya bercampur gaul bersama-sama sama ada yang berserban atau berkopiah, bertudung atau berpurdah, semuanya sudah dianggap 'halal' kononnya atas nama menegakkan kebenaran dan meranapkan kebatilan. Tingkah laku mereka juga amat menyedihkan sebagai seorang penyokong kepada sebuah parti yang selama ini merasakan mereka lebih Islam daripada UMNO.

Lebih mengecewakan ialah sebahagian mereka adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang sanggup mengingkari arahan kerajaan supaya jangan terlibat dalam perhimpunan tersebut semata-mata menjadi alat kepada pemimpin-pemimpin Pas.

Sebab itulah pemimpin-pemimpin PAS perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas penyokong-penyokong mereka termasuklah jika ada di kalangan mereka dibuang dari IPT. Ia kerana sudah berminggu-minggu amaran telah diberikan oleh pihak berkuasa bahawa perhimpunan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu melanggar undang-undang negara.

Tetapi sebahagian besar penyokong PAS yang hadir tidak diberi gambaran sebenar kesan buruk akibat penyertaan mereka, sebaliknya pemimpin PAS meracunkan pemikiran ahli-ahli parti itu dengan menyatakan inilah adalah satu perjuangan bagi menuntut keadilan dan meruntuhkan kezaliman kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Maka tersenyumlah Ambiga, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana mempunyai rakan sekutu seperti PAS yang cukup akur mematuhi arahan agar mengerahkan ahli-ahlinya menghadiri perhimpunan haram berkenaan.

Penyokong-penyokong Pas yang hadir juga seolah-olah tertipu apabila tidak ramai penyokong PKR apatah lagi DAP yang datang untuk berhadapan dengan pihak berkuasa.

Kesudahannya penyokong PAS yang menjadi sasaran dikejar dan ditangkap oleh pihak polis sedangkan penyokong kedua-dua parti itu hanya menonton di televisyen atau membaca di dada-dada akhbar bagaimana 'lawaknya' gelagat kawan mereka dalam PAS yang menyertai demonstrasi berkenaan.

Namun begitu tidak semua ahli PAS yang sejahil kelompok yang datang ke Kuala Lumpur, malah masih ada lagi sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang mampu berfikir secara waras.

Mereka tidak menyahut seruan turun ke Kuala Lumpur biar pun Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyertainya. Ia kerana mereka amat memahami kesan buruk akibat perhimpunan haram tersebut.

Beberapa pemimpin muda PAS yang dihubungi beberapa hari sebelum perhimpunan berkenaan memberitahu bahawa mereka tidak rela menjadi 'pak turut' atau 'kaldai tunggangan' bagi memenuhi agenda Ambiga, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Tambahan pula mereka sendiri merasakan ketiga-tiga pihak berkenaan mempunyai agenda tersirat di sebalik perhimpunan haram tersebut. Malahan ketangkasan pihak polis membongkar pelbagai elemen yang cuba menyerap masuk semasa demonstrasi berlangsung juga turut membimbangkan pemimpin-pemimpin muda itu.

Ia kerana mereka merasakan perhimpunan haram tersebut bukan sekadar menuntut sebuah pilihan raya bebas, adil dan telus tetapi lebih daripada itu menjurus ke arah menghuru-harakan negara dan menjatuhkan kerajaan secara tidak sah. Tetapi semua ini tidak ada dalam pemikiran pemimpin-pemimpin PAS terutamanya di kalangan mereka yang menjadi penyokong kuat kepada Anwar.

Sikap mereka yang terlalu taksub berpegang kepada kerjasama dengan pakatan pembangkang membolehkan Anwar memanipulasikan kekuatan PAS untuk kepentingan politiknya. Anwar tidak boleh bergantung kepada PKR yang semakin merudum sokongannya di kalangan rakyat. Malahan PKR tidak sehebat PAS dalam penyusunan organisasinya.

Tambahan pula Anwar tahu ahli-ahli PAS sentiasa patuh dan taat kepada arahan pemimpin-pemimpin mereka, oleh itu Anwar memanipulasikan semua itu bagi membolehkan PAS menjadi penggerak utama dalam demonstrasi yang dilancarkan.

Berdasarkan kehadiran pada perhimpunan haram Sabtu lalu, ramai yang yakin bahawa ia tidak akan seramai mana jika penyokong-penyokong PAS tidak turun ke jalanan. Bersih tidak ada kekuatan, begitu juga PKR manakala DAP pula tidak akan memperbodohkan diri dengan menyuruh masyarakat Cina meninggalkan masa berfaedah mereka dengan menyertai demonstrasi tersebut.

Ini berbeza dengan PAS yang pemimpin-pemimpinnya begitu ghairah untuk menunjukkan semangat setiakawan sehingga mengerahkan ahli-ahlinya menyahut seruan Ambiga, Anwar dan DAP.

'Lebih hebat' lagi ada pula di kalangan penyokong PAS yang sanggup menjadi 'penaja utama' dengan memberi elaun khas kepada penyokong parti itu yang menyertai perhimpunan haram tersebut. Demikianlah nasib PAS, dari semasa ke semasa, parti itu terus menjadi 'pak turut' atau 'kaldai tunggangan' yang boleh diarah membuat itu dan ini untuk kepentingan orang lain.

Semua itu terjadi kerana PAS kini bukan lagi pejuang negara Islam. PAS tidak lagi berdiri atas prinsip menegakkan syariat Allah atau sebuah parti yang berdiri di atas kaki sendiri tetapi PAS kini adalah sebuah parti yang dahagakan kedudukan dan memburu kekuasaan sama seperti PKR dan DAP sehingga terus rela menjadi 'pak turut' ataupun 'kaldai tunggangan' Pakatan Rakyat! Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Julai 12, 2011

DAP benci Raja-raja Melayu, perlekeh agama Islam?





















Sebut nama Agong, raja: ADUN Kuang digantung tiga hari

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuang, Abdul Shukor Idrus dari Barisan Nasional (BN) digantung selama tiga hari daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kerana tidak mengendahkan larangan menyebut nama Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu dalam perbahasan.

Speaker dewan, Datuk Teng Chang Kim membuat keputusan itu 3.15 petang tadi setelah Abdul Shukor ditegur berkali-kali untuk tidak berbuat demikian.

Insiden itu berlaku ketika Abdul Shukor membahaskan satu usul tergempar yang dikemukakan oleh ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung perhimpunan haram Sabtu lepas pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Tindakan itu menyebabkan kesemua ADUN BN bertindak keluar meninggalkan dewan bersama Abdul Shukor.

Ketika ditemui pemberita di lobi bangunan dewan, Abdul Shukor berkata, keputusan Chang Kim nyata berat sebelah kerana tidak mengenakan tindakan sama ke atas Nik Nazmi yang turut menyebut nama Yang di-Pertuan Agong semasa membahaskan usul itu.

“Speaker tidak adil dalam perkara ini kerana ADUN Seri Setia (Nik Nazmi) turut menyebut nama (Yang Di-Pertuan) Agong dalam pembentangan usul berkenaan.

“Tetapi mengapa beliau tidak membuat perkara sama (gantung) terhadap Nik Nazmi. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Di mana letaknya keadilan?" katanya.

Sebelum itu : Satim diarah diarah keluar dewan kerana cuba pertikai Suee Lim petik hadis

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman hari ini diarah keluar Dewan setelah mempertikaikan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim yang dikatakan cuba memetik hadis dalam perbahasannya.

Tindakan itu diambil oleh Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim setelah Mohamad Satim enggan mematuhi arahannya supaya duduk dan menghentikan perbalahannya berhubung soal agama itu ketika Suee Lim membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada sidang itu.

Ketika membahaskan rang undang-undang itu, Suee Lim menyatakan beliau mahu membacakan sebuah hadis sebagai hujah untuk menyokong perbahasannya itu namun ditegur oleh Mohamad Satim apakah kesahihan, benar atau tidak hadis yang mahu bacakan oleh wakil rakyat DAP itu.

Bagaimanapun, Suee Lim tidak menyatakan hadis apakah yang beliau mahu bacakan itu selain memberikan alasan bahawa tindakannya mahu menggunakan hadis kerana beliau meminati agama Islam.

Sementara itu, Mohamad Satim ketika ditemui pemberita di luar Dewan menyifatkan Suee Lim tidak layak untuk membicarakan soal hadis kerana beliau bukan seorang Islam selain tidak memahami agama Islam termasuklah tidak memahami hadis Rasulullah SAW itu sendiri.

Agak menyedihkan apabila ADUN-ADUN PAS seolah-olah membenarkan hadis dipergunakan untuk kepentingan politik DAP laknatullah.

Suara Politik
Taminsari

Sangat memalukan - MB Khalid sanggup tipu rakyat, Sultan Selangor!

Penafian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengenai sasaran kutipan hasil perlombongan pasir sebanyak RM150 juta disifatkan sebagai satu pembohongan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan rakyat.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, tindakan Abdul Khalid itu jelas tidak bertanggungjawab seperti mahu menyembunyikan fakta sebenar mengenai operasi serta hasil kutipan daripada aktiviti berkenaan.

“Ini yang kita kesalkan, Menteri Besar cuba mengelirukan dan membohongi rakyat serta Sultan Selangor sendiri mengenai hasil kutipan pasir.

“Saya masih ingat lagi ucapan Menteri Besar sebelum ini di hadapan Sultan Selangor dua tahun lalu yang menyatakan sasaran kerajaan negeri dalam kutipan aktiviti itu adalah sebanyak RM150 juta.

“Sasaran ini pernah dibuat Abdul Khalid dan hari ini beliau menafikannya. Apakah motif Abdul Khalid berkata demikian? Bagi saya ini satu pembohongan yang besar kepada rakyat serta Sultan Selangor dan menunjukkan Menteri Besar tidak bertanggungjawab,” katanya disini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penafian Abdul Khalid mengenai janji kerajaan negeri yang menyasarkan kutipan hasil perlombongan pasir sebanyak RM150 juta di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini.

Abdul Khalid membuat penafian itu ketika menjawab soalan Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baru) pada sesi soal jawab Sidang DUN Selangor, hari ini.

Dalam jawapan tersebut, Abdul Khalid menyatakan kerajaan negeri tidak pernah membuat sasaran sedemikian sebaliknya menyatakan kutipan hasil daripada aktiviti tersebut di Selangor hanyalah melebihi RM100,000 setahun.

Pada 2009, Khalid dalam ucapan bajet negeri di hadapan Sultan Selangor telah menyatakan sasaran hasil kutipan perlombongan pasir di negeri ini sebanyak RM150 juta setahun melalui penubuhan syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

Bagaimanapun, ketika bajet negeri 2010 yang dibentangkan November lalu, Abdul Khalid bagaimanapun menyatakan sehingga Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diterima oleh kerajaan negeri pada tahun berkenaan tersasar daripada sasaran awal iaitu RM4.6 juta.

Sebelum MB Khalid mahu terus menafikannya adalah lebih baik kita baca fakta sebenar petikan jawapan Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakob Sapari di Sidang DUN Selangor ke 12, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga pada 23 Oktober 2008 seperti berikut:

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B TUAN DR SHAFIE BIN ABU BAKAR (BANGI)

TAJUK : PENGELUARAN PASIR

23. Kerajaan negeri Selangor mengarahkan mulai 1 Julai 2008 semua aktiviti
mengeluarkan pasir dihentikan.

Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar :

a) Apakah polisi dan mekanisma yang digunakan kerajaan bagi pengurusan pasir di Selangor selepas itu.
b) Beri nama syarikat-syarikat pengurusan pasir di Selangor sebelum dihentikan.
c) Apakah jangkaan pendapatan dari hasil pasir selepas polisi baru dilaksanakan?

Y.B. TUAN HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum WBT.

Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, berkaitan dengan soalan Bangi yang juga dibangkitkan oleh Sungai Panjang. Setelah saya berada di pejabat EXCO, saya mendapat taklimat daripada pegawai. Saya bertanyakan berapakah pendapatan royalti daripada hasil batuan kerajaan negeri.

Pegawai memberitahu bahawa pendapatan sekitar dua puluh satu juta dan hasil daripada royalti pasir sekitar tujuh belas juta. Bila saya bertanya kepada REHDA berapakah demand dengan izin untuk pasir seluruh Selangor setahun. Jawapannya sekitar lima puluh juta metrik tan. Kalau satu tan dikenakan royalti tiga ringgit sepatutnya kerajaan negeri mengutip seratus lima puluh juta matriks setahun, tetapi kenapa tujuh belas juta.

Hasil perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, akhirnya kerajaan negeri memutuskan supaya hasil batuan ini diuruskan sendiri oleh Kerajaan negeri. Ekoran daripada itu kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah syarikat di bawah MBI namanya Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dan syarikat ini akan mengendalikan hasil batuan di kerajaan negeri dengan itu sistem pengurusan hasil batuan negeri akan lebih teratur.

Senarai syarikat-syarikat yang lepas yang telah mendapat , ada senarai dalam senarai yang diberikan masih ada enam syarikat lagi yang masih beroperasi sampai bulan dua belas. Saya dapati syarikat-syarikat ini ada yang berkait rapat sebahagian besar dengan pemimpin-pemimpin politik kerajaan terdahulu.

Untuk soalan ketiga, berdasarkan jangkaan yang kita ada kita menganggarkan sekurang-kurangnya seratus dua puluh juta yang akan dikutip daripada hasil batuan negeri Selangor dan semua hasil-hasil ini kita akan berikan kepada rakyat sebagai janji kita dalam manifesto menjadikan Selangor sebuah negara maju, bersih dan berkebajikan. Terima kasih.

( Hansard penuh boleh dibaca di sini - muka surat 10 & 11 )

Jadi kepada MB Khalid, mahukah anda menafikan fakta ini. Bolehkan anda menerangkannya dan membuat pengakuan yang anda sudah bercakap bohong kepada baginda Sultan Selangor dan juga seluruh rakyat negeri Selangor!

Jika anda berterusan bersikap begini, jalan yang terbaik adalah dengan meletakkan jawatan anda sebagai Menteri Besar Selangor?

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Julai 11, 2011

Najib: Anwar dalang perhimpunan haram?




























Anwar Ibrahim adalah dalang dan petualang sebenar di sebalik penganjuran perhimpunan haram semalam, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perhimpunan haram anjuran pertubuhan tidak berdaftar Bersih 2.0, merupakan rancangan terdesak Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan berikutan pelbagai dasar pembangunan ekonomi yang telah dilaksanakan.

Ketika berucap kepada 6,000 hadirin pada majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, beliau berkata, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sanggup menggorbankan prinsip dan mengetepikan agama dan bangsa asalkan dapat mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri.

"Dia tahu kalau dia tak lakukan sesuatu, kita (Barisan Nasional) akan menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Ini merupakan peluang terakhir baginya (Anwar). Bila orang tahu ini peluang terakhir, mereka akan buat segala-galanya, baik atau tidak,” katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, Anwar sengaja hendak menjejaskan imej negara dan menunjukkan kepada dunia yang Malaysia ini tidak demokrasi dan sebaliknya cuba menunjukkan dirinya sebagai seorang yang baik.

"Perangai hodoh ini tidak pernah ubah dari dulu sampai sekarang,” katanya. Beliau berkata, Anwar mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi pemilihan PKR juga dicemari pelbagai skandal.







Filem movie terbaru " Sandiwara Bersih 2.0 ". Inilah pelakon yang paling memualkan di abad ini yang pernah kita tonton. Tidak cukup dengan pelbagai penipuan sebelum ini. Malang dan sungguh hina sekali sandiwara wayang mainannya...!!!

Yang peliknya orang lain yang kena gas pemedih mata, dia pula retak tengkorak siap pakai pendakap leher pulak tu. Kalau nak 'berlakon' pun ada had nya juga Anwar. Orang kampung semua sudah tahu! Lihatlah lakonannya dalam video ini terkulai-kulai layu macam nak mati, seolah-olah cedera parah (0:40 sec)..!!!

Masalahnya dalam ramai-ramai yang dekat sekelilingnya, hanya dia seorang sahaja yang kena. Tapi bila burukkan DS Najib dan kerajaan depan wartawan kelihatan sihat pula. Macamana dia boleh cedera sampai CT Scan? Fikir-fikirkan lah..!!!

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Julai 09, 2011

BERSIH 2.0 berselindung di sebalik 9 Julai?

Sama ada perhimpunan haram BERSIH 2 menjadi kenyataan atau pun tidak hari ini, ada pihak yang sudah pasti merasa puas dan tersenyum simpul kerana matlamat tersembunyi mereka sedikit sebanyak telah tercapai.

Adalah meragukan sekali tujuan sebenar perhimpunan ini ialah untuk menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kononnya di atas ketidaktelusan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan pilihan raya di negara ini. Antara yang tersirat dan tersurat di hati pihak penganjur adalah jauh berbeza.

Jika dahulu setiap perhimpunan haram yang dirangka hanya popular di dalam blog pembangkang dan di tempat-tempat strategik melalui pemasangan kain rentang atau poster-poster di tembok-tembok. Namun, kini publisiti melampau diberikan kepada penganjuran kali ini sehinggakan seluruh negara menantikannya dengan penuh minat. Pihak penganjur hanya tersenyum puas tanpa perlu keluar belanja yang besar kecuali mencetak kemeja-T berwarna kuning.

Pastilah yang paling lebar senyumnya ialah Timbalan Presiden Pas serta Ketua Umum PKR. Walaupun mereka turut mengakui bahawa respons negatif terhadap penganjuran ini daripada kelompok masyarakat yang lebih besar, namun sekurang-kurangnya tumpuan berlebihan kepada isu ini telah berjaya memberhentikan seketika isu sebenar yang pembangkang hadapi.

Bukti kepada publisiti berlebihan ini termasuklah fokus yang diberikan oleh media massa arus perdana sama ada media cetak, elektronik dan juga media siber seperti Internet dan blog.

Tidak cukup dengan pendedahan tersebut, mereka juga popular dengan bantuan laporan polis yang melebihi 3,000 di seluruh negara sehinggakan semua pihak berminat membicarakan isu perhimpunan BERSIH 2 ini.

Tidak pernah masyarakat desa mengenali siapa dia S. Ambiga, bekas Presiden Majlis Guaman tersebut. Namun dengan adanya laporan polis yang bertali arus serta sepanduk-sepanduk serta penyebaran kemeja-T berwarna kuning, nama beliau secara mendadak mewarnai dunia politik negara.

Senyap seketika isu negara berkebajikan Pas. Senyap sebentar isu video klip pemimpin pembangkang. Sepi sedikit fokus tentang keputusan kes liwat di mahkamah pada minggu depan. Reda sedikit isu kekalahan golongan ulama dalam pemilihan barisan kepimpinan Pas. Hilang sebentar segala isu kepincangan pentadbiran pakatan pembangkang di beberapa negeri yang mereka perintah.

Pihak SPR telah mengendalikan 12 Pilihan Raya Umum (PRU) dan sejak itu sistem yang digunapakai sentiasa diperbaiki dari masa ke masa. Pihak pembangkang setelah setiap kali pilihan raya berakhir pastilah akan menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pihak SPR kerana itu merupakan antara alasan mudah kenapa rakyat menolak mereka.

Gambaran yang ingin dibentuk di pemikiran rakyat ialah bukan rakyat menolak mereka, sebaliknya mereka tewas disebabkan oleh penipuan pihak SPR yang kononnya menyebelahi pihak kerajaan. Benarkah begitu?

Jika benar SPR menyebelahi kerajaan, kenapa Pas boleh menang selama 22 tahun di Kelantan? Jika benar SPR jadi alat kerajaan, kenapa calon Pas dalam PRU-11 yang hanya menang dengan satu undi pun kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan, sedangkan mudah sangat pegawai SPR nak memusingkan keputusan tersebut. Mereka hanya perlu menelan dua helai kertas undi ke dalam perut mereka, maka keputusan akan berubah.

Jika SPR selamanya menyebelahi kerajaan, maka sudah tentu ketika Pas hanya mempunyai kelebihan satu kerusi di DUN, kerajaannya mudah ditumbangkan dengan pelbagai cara. Namun semua itu tidak terjadi kerana SPR sememangnya sebuah badan bebas yang turut diiktiraf oleh seluruh dunia.

Di negara lain keputusan undi dan pemenang pada setiap kali pilihan raya hanya dapat diketahui berhari-hari, berminggu-minggu, malah ada yang berbulan-bulan, selepas habis waktu mengundi. Di negara ini paling lewat jam 3 pagi, rakyat sudah tahu siapa yang membentuk kerajaan. Sungguh hebat SPR walaupun mengendalikan lebih 13 juta pemilih.

Ada sebuah parti yang hebat di negara ini. Mengendalikan tak sampai 2,000 kertas undi, sesak nafas dan pemenang Timbalan Presiden gagal diisytiharkan walaupun berjam-jam setelah tamat masa mengundi. Itulah kehebatan Pas selama ini.

Kelemahan SPR seperti di negara-negara lain juga berlaku dan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa. SPR sentiasa mendengar maklum balas dan responsif terhadapnya. Lalu apa perlunya demonstrasi jalanan untuk mengajar SPR supaya berubah. Tidak cukupkah wakil pembangkang yang begitu ramai di Parlimen untuk membincangkan isu penting tersebut di sana.

Hari ini penganjur perhimpunan bukan sahaja mahu meneruskan agenda mereka, tetapi juga mereka sudah kelihatan bongkak, angkuh, besar kepala dan tidak mahu mendengar nasihat.

Bagi mereka segala kekalutan yang bakal terjadi kelak akibat perhimpunan tersebut akan diletakkan ke atas bahu pihak pemerintah dan mereka akan bersikap baling batu sembunyi tangan. Cara itu akan memudahkan mereka mencapai matlamat iaitu membuatkan orang ramai membenci pihak kerajaan.

Jika pun perhimpunan kali ini gagal, mereka akan meneruskan agenda dengan menguar-uarkan pula perhimpunan pada 9 Ogos, 9 September, 9 Oktober dan seterusnya. Mereka tidak akan berhenti sehingga PRU-13 kerana ini satu cara untuk rakyat melupakan segala kepincangan mereka dalam mentadbir negeri-negeri tertentu. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Julai 08, 2011

Titah Sultan Selangor : Jangan Ada Pihak Cuba Cetuskan Permusuhan Kaum!

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin IdrisShah hari ini bertitah bahawa baginda akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan api permusuhan dan perbalahan antara kaum dan masyarakat di negeri Selangor.

Baginda bertitah sebagai ketua negeri Selangor, baginda tidak akan membiarkan adanya anasir yang akan merosakkan bangsa dan agama.

“Di sini, beta ingin menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya hendaklah bersatu-padu dan janganlah berbalah-balahan antara satu sama lain disebabkan oleh ideologi politik yang berlainan.

“Kita orang Melayu bersatu dengan satu agama, iaitu agama Islam,” titah baginda ketika merasmikan Masjid As-Salam, Bukit Sentosa di sini.

Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi. Sultan Selangor bertitah baginda akan merasa sedih jika rakyat Melayu di negeri Selangor berpecah-belah disebabkan pendapat politik yang berlainan.

“Negara kita telah merdeka sebegini lama dan beta percaya rakyat Melayu di negeri Selangor ini telah banyak mempelajari dan mengetahui akan kemajuan hidup yang telah dicapai dan yang akan dicapai,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan orang Melayu supaya tidak terlalu mengikut emosi dan cepat terpengaruh dengan hasutan-hasutan yang tidak memberi keuntungan serta manfaat kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa dan agama.

“Beta mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat beta yang peka dan prihatin terhadap usaha-usaha mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam negeri Selangor ini walaupun terdapat beberapa golongan yang cuba mencetuskan provokasi yang tidak diingini sejak kebelakangan ini.

“Tidak ada manusia normal yang sukakan pertelingkahan, ketidaktenteraman, permusuhan, apatah lagi memendam rasa benci dan syak wasangka,” titah baginda.

Mengenai ada pihak-pihak yang mahu menganjurkan demonstrasi jalanan, baginda menasihatkan kepada seluruh rakyat Selangor supaya tidak terlibat atau mengambil bahagian atau menyertai demonstasi jalanan ini pada bila-bila masa jua pun kerana ianya akan merugikan negeri Selangor.

“Pada hemat beta, demonstrasi jalanan pada bila-bila masa jua pun boleh merebak dan menjadikan keadaan tidak terkawal dan akan menyusahkan rakyat jelata, di mana kedai-kedai dan premis perniagaan akan ditutup kerana takut dirosakkan oleh para penunjuk perasaan, rakyat tidak dapat menjalankan aktiviti harian mereka, sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi terpaksa ditutup serta keadaan keseluruhan negeri juga akan menjadi kelam kabut,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah sekiranya keadaan kucar-kacir berlaku, ekonomi negeri akan terjejas yang bukan sahaja membabitkan sektor pelancongan malah para pelabur asing juga akan merasa takut dan bimbang untuk berniaga di Selangor.

Baginda bertitah sekiranya ada sesuatu yang tidak memuaskan hati dan ingin meluahkan sesuatu pendapat, ianya hendaklah dilakukan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan provokasi yang boleh mencetuskan suasana tegang dan menjejaskan keamanan negara.

“Beta percaya rakyat negeri Selangor boleh berfikir secara waras sebelum membuat sesuatu keputusan dan dapat membezakan perkara-perkara yang baik atau buruk bagi memastikan bahawa negeri Selangor ini akan terus membangun dan rakyatnya yang berbilang kaum akan terus bersatu-padu serta hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.”

Baginda juga meletakkan keyakinan dan menyokong penuh pihak polis dalam menjalankan tugas mereka menjaga keamanan negeri dan negara serta keselamatan rakyat keseluruhannya.

Mengenai kesucian masjid sebagai rumah Allah s.w.t, baginda menegaskan sekali lagi agar peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dipatuhi kerana ianya bertujuan untuk menjamin kesejahteraan umat Islam di Selangor.

“Justeru, langkah pencegahan di peringkat awal amat perlu supaya masjid kekal sebagai tempat awam dan berkecuali dari segala pengaruh politik dan mana-mana pihak yang berkepentingan.

“Beta tidak mahu melihat orang Melayu bergaduh atau berbunuhan sesama sendiri sepertimana yang berlaku di beberapa negara Islam yang lain,” titah baginda.

Sultan Selangor bertitah sekiranya orang Melayu sanggup berkumpul di masjid atau surau untuk melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang, maka ini menunjukkan betapa rendahnya pemikiran orang-orang Melayu di dalam memuliakan rumah suci Allah kerana masjid dan surau adalah tempat mulia untuk beribadat dan mendekati diri kepada Allah.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Julai 07, 2011

Ada sesuatu yang tak kena : Mengapa Ambiga tidak serah memorandum!

Macam ada sesuatu yang tak kena. Apakah motif sebenar “ DEMO BERSIH 2.0” ? Bukankah tujuan mereka ‘berdemo’ kerana mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong? Kita patut mempersoalkan kegagalan S. Ambiga menyerahkan memorandum berhubung tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kepada Yang di-Pertuan Agong ketika diberi peluang menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara semalam.

Ambiga dan dua lagi pihak dalam Bersih seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk 'menyuarakan' tuntutan mereka menerusi penyerahan memorandum berkenaan. Kesediaan membenarkan mereka menghadap membuktikan sikap keterbukaan Tuanku Mizan yang patut dijunjung tinggi dan dihormati.

Justeru itu adakah kesempatan menghadap Seri Paduka dimanfaatkan Bersih untuk menyampaikan memorandum tersebut. Kenapa tidak? Kalau sudah disampaikan, apa perlunya lagi diadakan perhimpunan di stadium? Nampaknya sudah terang lagi bersuloh. Sebenarnya ada agenda lain disebalik perhimpunan BERSIH 2.0 ini?

Adakah maksud mereka hendak mengadakan perhimpunan di stadium sudah mendapat restu dan perkenan Tuanku Mizan atau adakah ia kenyataan Bersih sahaja? Seperti yang dititahkan oleh Seri Paduka sebelum ini, sebarang perselisihan dan rasa tidak puas hati, kekurangan dan kelemahan yang ada sepatutnya diselesaikan menerusi saluran perundingan antara pihak yang terbabit.

Semua pihak sepatutnya mengambil pendekatan itu demi memelihara keamanan, kemerdekaan dan kedaulatan negara. Gunakan perundingan dan musyawarah dengan hati serta fikiran terbuka sebagai budaya hidup demi kedaulatan negara.

Marilah kita menghargai Rukun Negara dan Perlembagaan negara. Sama-samalah kita menegakkan dan menghidupkan demokrasi melalui sistem pilihan raya dan tidak melalui demonstrasi di jalan raya! Sebenarnya ketenteraman dan kedaulatan negara adalah tanggungjawab kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Jalan terbaik adalah tidak perlu diadakan perhimpunan BERSIH itu. Pergilah berjumpa dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pihak lain kalau tidak berpuas hati. Adakah BERSIH ada agenda lain apabila mahu meneruskan perhimpunan itu. Kalau hendak serah memorandum, sepatutnya ia sudah dilakukan semalam.

Sebelum keadaan menjadi bertambah buruk, nasihat kepada penganjur BERSIH 2.0 supaya membatalkan sahaja niat untuk menganjurkan perhimpunan haram di stadium ataupun dimana-mana selepas ini. Jangan menderhaka dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Julai 05, 2011

BERSIH 2.0 : " Wabak" yang perlu ditangani segera!



























Ulama telah memberikan pandangan. Begitu juga para cendekiawan, tokoh masyarakat dan pemimpin sudah menyatakan pemikiran mereka. Dan, bukan sedikit badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang menyatakan kebimbangan masing-masing.

Rekod dicatat apabila lebih 3,000 laporan polis dibuat. Suara membantah demonstrasi haram Bersih 9 Julai ini amat nyata. Pihak berkuasa pun telah berulang kali memberi peringatan dan bertindak tegas melakukan langkah-langkah pencegahan.

Tapi rupa-rupanya tidak mudah untuk menyekat kemahuan mereka yang bebal, degil dan khayal dalam keseronokan sendiri untuk merebut kuasa. Mereka tidak ambil peduli pun suara hati nurani majoriti rakyat.

Malah racun terus ditabur, kebanyakannya kepada orang Melayu dengan pelbagai tipu muslihat. Agenda yang pada asasnya baik sudah diselimuti dengan kepentingan individu dan politik kekuasaan.

Dalam perkembangan yang jarang-jarang berlaku, raja Melayu pun ikut prihatin. Memang jelas tergambar kebimbangan rakyat jelata sudah bertukar menjadi kemarahan terhadap perlakuan biadab penganjur Bersih yang memanipulasi demokrasi dan Perlembagaan.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pun bertitah bahawa perhimpunan haram itu perlu ditentang habis-habisan oleh rakyat kerana ia mendatangkan keburukan kepada negara.

“Kita semua harus tentang habis-habisan (himpunan Bersih)” adalah mesej jelas daripada raja Melayu kerana rancangan demonstrasi jalanan itu yang sudah menampakkan wajahnya bakal mendatangkan keburukan kepada negara.

Mesej apa lagi yang mereka mahukan. Tetapi kumpulan pengacau dan penabur racun ini sentiasa mempunyai dalih. Apa jua dalih akan digunakan walaupun mereka kehabisan hujah untuk merasionalkan himpunan haram itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjadi modal perhimpunan mereka berulangkali menjawab segala tuntutan Bersih selain sentiasa sedia membuka pintu rundingan. Tetapi itulah sikap mereka, selagi matlamat tidak tercapai apa jua tindakan diguna termasuk mencabar undang-undang dan memperlekeh pihak berkuasa.

Dan apabila Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin membuat titah khas berkaitan himpunan haram itu, mereka masih boleh berdalih dengan memohon menghadap Seri Paduka pula. Antara orang yang dilaporkan paling awal mencadangkan pertemuan itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semua orang tahu adalah orang di belakang Bersih.

Kemudian ‘cadangan’ Anwar itu disambut oleh Pas, parti politik yang menjadi penyumbang terbesar kehadiran pada demonstrasi itu. Penganjur utama Bersih, S. Ambiga pula dengan nada keterlaluan berani memberikan kata dua bahawa rancangan perhimpunan itu akan bergantung selepas pertemuan dengan Seri Paduka.

Begitulah walaupun Seri Paduka belum memberikan sebarang perkenan, mereka sudah memberikan jawapan.

Walaupun seruan Sultan Pahang dan titah Tuanku Mizan sudah terang lagi bersuluh tetapi ada saja celah yang mahu dimanfaatkan oleh kumpulan ini. Begitu pula ada saja celah yang mereka gunakan apabila kalah pada pilihan raya.

Mereka seperti sengaja mengetepikan titah Seri Paduka yang menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangani masalah itu dengan sebaik mungkin. Mengapa kumpulan ini tidak mahu menemui SPR yang sentiasa membuka pintu untuk mereka?

Mereka seperti sengaja meremehkan titah Seri Paduka bahawa ‘Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.’

Nampaknya bukan sekadar SPR dan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat sahaja yang mahu dicabar dan ditentang oleh kumpulan pengacau ini. Ulama, cendekiawan dan yang paling utama majoriti rakyat kini dijadikan musuh oleh Bersih.

Sejak kempen haram Bersih digerakkan oleh parti pembangkang dan NGO pro pembangkang, yang ternampak ialah ia hanya menebalkan lagi permusuhan sesama rakyat Malaysia terutama sesama Melayu. Perpecahan akibat sentimen politik yang tak kunjung padam walaupun pilihan raya umum sudah lebih tiga tahun berlalu, terus ditiup dengan penuh strategik oleh kumpulan ini.

Racun kebencian kepada kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan sengaja disebar dan dibesar-besarkan untuk membentuk momentum meraih simpati rakyat sebelum pilihan raya umum yang dikatakan berlangsung tidak lama lagi.

Mujurlah SPR dan polis khususnya telah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya. Kini, setelah hanya beberapa hari perhimpunan haram itu akan berlangsung, rakyat termasuk ahli dan simpatisan Pas semakin sedar. Pada mereka, mengapalah mahu mencipta masalah yang akan membuat negara berada terkebelakang.

Wibawa Ambiga mahupun Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mulai runtuh. Bersih semakin dijauhi kerana ramai yang mulai mengesan Bersih hanya racun yang memporak-perandakan rakyat dan negara ini.-UM.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Jun 29, 2011

Harapan warga Shah Alam!


UMNO Bahagian Shah Alam bersama lebih 20 badan bukan kerajaan (NGO) serta parti komponen Barisan Nasional (BN) di sini berharap cadangan pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada kerajaan.

Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Shah Alam, Datuk Nawawi Md. Zin berkata, memorandum berhubung perkara itu, yang merupakan suara hati warga Shah Alam, sudah pun dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya pada 11 Jun lalu.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya masih belum menerima maklum balas daripada kementerian berkenaan dan usaha sedang dilakukan untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Shah Alam berkata, kunjungan hormat itu disifatkan sebagai penting bagi mendapatkan reaksi awal kerajaan, selain boleh membincangkan cadangan dalam memorandum tersebut.

“Dalam keadaan ekonomi hari ini, UMNO Bahagian membawakan suara hati rakyat di negeri ini bersama pelbagai NGO dan amat berharap kerajaan dapat memenuhi permintaan itu.

“Jika sebelum ini, beberapa kutipan tol sudah ditamatkan dan kami harap tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau juga dapat dimansuhkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 11 Jun lalu, Nawawi menyerahkan memorandum memansuhkan tol tersebut kepada Shaziman bagi dikemukakan untuk pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memorandum tersebut diterima oleh Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Datuk Ashaari Ibrahim yang mewakili Shaziman selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari pula berkata, golongan muda sentiasa memberikan sokongan kepada usaha meringankan beban kewangan rakyat termasuk memansuhkan kutipan tol di Lebuh Raya Persekutuan yang telah beroperasi sejak lebih 20 tahun lalu.

“Dalam keadaan ekonomi sedang mengalami pemulihan, kami merayu agar kerajaan dapat menamatkan operasi kutipan tol di kedua-dua plaza tol tersebut,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Kamaruddin Ahmad berkata, Lebuh raya Persekutuan adalah pintu masuk utama ke Shah Alam dan sewajarnya ia tidak ‘dihiasi’ dengan plaza tol.

“Mengikut perkiraan kita, syarikat konsesi lebuh raya itu sudah berjaya mengutip balik nilai pelaburan mereka bagi membangun dan menaik taraf lebuh raya berkenaan,” katanya.

Sementara itu : Boleh jadi hadiah paling bermakna!

Warga bandar raya ini yang begitu terbeban dengan bayaran tol sama ada untuk ke ibu negara atau Klang menyambut baik usaha UMNO Bahagian Shah Alam yang mencadangkan agar kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau ditamatkan.

Seorang pengguna, Azhari Zain, 40, berkata, sudah sampai masanya kutipan tol di Batu Tiga yang dilaluinya dua hingga tiga kali sehari dimansuhkan bagi meringankan beban rakyat.

"Sudah begitu lama Plaza Tol Batu Tiga beroperasi dan saya yakin syarikat konsesi terbabit sudah mendapat pulangan daripada pelaburan mereka.

"Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan mendengar rintihan rakyat di Shah Alam dan Klang yang dihimpit masalah kewangan akibat kenaikan kos hidup," katanya kepada di sini hari ini.

Beliau mengulas penyerahan memorandum oleh UMNO Bahagian Shah Alam kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berhubung cadangan pemansuhan kutipan tol di Lebuh raya Persekutuan.

Seorang peniaga, Shafiz Ahmad, 30, yang melalui Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu Tiga untuk urusan kerja di sekitar Lembah Klang berkata, pemansuhan kutipan tol itu membuktikan kerajaan sedia ada sebagai prihatin dan memahami masalah rakyat.

"Diharap Kerajaan Persekutuan dapat berunding dengan Plus Expressway Bhd. sebagai pemegang konsesi demi kebajikan rakyat negeri ini yang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk tol," katanya.

Seorang mekanik, Mohamad Khir, 20, yang bekerja di Shah Alam berkata, tempoh waktu 20 tahun dan jumlah kenderaan yang tinggi pastinya telah membolehkan pelaburan yang dibuat oleh syarikat konsesinya dikutip semula.

"Bagi orang yang berpendapatan tinggi, RM2.20 setiap hari mungkin tidak memberi kesan kepada pendapatan mereka tetapi bagi saya, ia adalah satu jumlah yang agak tinggi.

"Orang ramai di sini juga tidak dapat lari daripada membayar tol kerana hampir semua laluan keluar masuk ke Shah Alam dan Klang ada plaza tol," katanya.

Pengusaha kedai komputer di USJ 3 Subang Jaya, Mohamad Idris Midin, 28, berkata, inisiatif yang diambil oleh UMNO Bahagian Shah Alam untuk mendesak kerajaan menghapuskan kutipan tol tersebut amat dialu-alukan kerana perkara itu memang menjadi perbualan masyarakat di sini.

"Sudah hampir lima tahun saya berulang-alik melalui plaza tol di Lebuh raya Persekutuan ini dan sekiranya ia dimansuhkan, dapatlah beban kewangan kami diringankan sedikit," katanya.

Saiful Ahmad, 25, pula berkata, seandainya tol tersebut dimansuhkan, ia akan menjadi hadiah paling berharga daripada kerajaan Pusat kepada rakyat sejajar dengan konsep Rakyat Didahulukan.

Semuga apa yang disuarakan ini mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak kerajaan. InsyaAllah.

Suara Politik
Taminsari..

Selasa, Jun 28, 2011

PAS Sedang Bergerak Kearah SEKULAR!

PAS bersekongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM. Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahfuz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS.

Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam.

Nik Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS bersekongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.

PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila bekas ahli PKR iaitu YB Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR dan sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 2008.

Antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.

Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS! Di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam.

Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya.

Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS terus bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam.

Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.

DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.

Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.

Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.

Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini.

Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR ( bagi yang sedar percaturan politik DAP ) pada pilihanraya ke-12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.

Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyanggah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam?

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Jun 27, 2011

Pakatan pembangkang politikkan agama, sesatkan umat!



















Apa yang berlaku sekarang amatlah mendukacitakan. Terdapat pemimpin yang sanggup memparmainkan bangsa dan agama demi kepentingan politik. Yang lebih menyedihkan pemimpin yang sering mendabik dada kononnya memparjuangkan Islam tetapi ungkapan itu hanyalah pemanis mulut tetapi hati penuh dengan hasad dengki, laknat dan segala niat yang menjijikkan.

Hakikatnya umat Melayu sayang kepada agama, bangsa dan negara. Umat Melayu juga sayang kepada pemimpin. Umat Melayu tidak akan biarkan negara jatuh ke tangan musuh. Musuh memang suka kalau umat Melayu bergaduh sesama sendiri. Apatah lagi musuh yang dinamakan iblis. Untuk mengatasi supaya umat Melayu tidak berada di dalam kerugian marilah mengingati kembali pesan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Apabila ada pergaduhan di antara kamu, maka hendaklah ada yang bangun untuk menyelesaikannya. Hendaklah kamu rujuk kepada Al Quran dan Sunnahku’.

Apabila semua merujuk kepada Al Quran dan Sunnah Rasullullah SAW perkara yang rosak menjadi elok. Semua akan selamat di dunia dan akhirat. Beriman dengan ucapan, beriman dengan perbuatan dan beriman dengan hati. Semua orang Islam hendak kembali kepada Allah SWT. Bagaimana hendak kembali KepadaNYA jikalau sesama sendiri bermusuhan.

Allah SWT berfirman di dalam Kitab Suci Al Quran, Surah Al’ Imran ayat 103 yang bermaksud ‘ Berpegang-peganglah kamu ke tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai’. Untuk mendapat keredhaan daripada Allah SWT di atas ayat tersebut, hendaklah meredhakan diri menuju kepada maksud ayat tersebut dengan lafaz serta mempraktikkan zahir dan batin dengan ikhlas hanya kerana Allah SWT.

Kalau apa sahaja dibuat dengan niat di hati kerana Allah SWT dengan mengikut perintah Allah SWT buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang nescaya umat Islam menjadi satu. Satu dengan ertikata “Menyatu”.

Contohnya seperti kopi, gula, susu dan air datang dari tempat yang berlainan dan keturunan jenis yang berlainan, kerana Allah SWT menjadikan kopi kerana Allah SWT menjadikan gula, kerana Allah SWT menjadikan susu kerana Allah SWT menjadikan air dan kerana Allah SWT lah ia menyatu menjadi satu di dalam satu bekas. Ianya tidak akan dapat dipisahkan lagi walaupun di mana sahaja ia berada.

Sebagai umat Islam hendaklah selalu beriman kepada Allah SWT dan berjanji setiap kali menunaikan solat. Sesungguhnya Solat, ibadah, hidup dan matiku hanya kerana Allah SWT. Tiap-tiap apa yang dikerjakan dengan menyebut di hati kerana Allah SWT sudah tentu kita akan menyatu dan bersatu menjadi satu.

Hakikatnya dalam soal agama seseorang itu tidak seharusnya hipokrit, ekstrim hingga menghancurkan agama itu dan umatnya. Agama Islam tidak meminta umatnya berpecah belah, mengeluarkan kata-kata nista, memfitnah apatah lagi bagi tujuan politik. Seluruh umat Islam haruslah menolak fahaman sebegini kerana ia bakal menghancurkan keindahan agama dan membinasakan umat. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Jun 26, 2011

Belantan sokong saranan Tun Mahathir : Bertegas pertahan agama anak!
















Demi masa depan anak-anak Melayu Islam kita, Belantan menyokong apa yang disarankan oleh Tun Mahahir. Beliau menyarankan agar umat Islam perlu bertegas mempertahankan peraturan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memberikan ruang kepada mereka untuk menetapkan status agama anak dalam dokumen kelahiran iaitu sebagai penganut Islam.

Bekas Perdana Menteri berkata, langkah itu bertujuan memastikan umat Islam tidak terpengaruh dengan sebarang trend pihak tertentu yang mahu anak yang baru dilahirkan tidak ditentukan status agama, sebaliknya membiarkan ia menjadi pilihan sendiri apabila dewasa.

"Itu adalah adat kita, mereka tidak boleh mempersoalkannya. Anak kita mesti beragama Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Selangor di Seksyen 8 di sini, hari ini.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik yang disiarkan dalam sebuah portal berita semalam yang meletakkan kesalahan kepada sistem JPN kerana telah menentukan anaknya sebagai penganut agama Buddha sedangkan beliau meletakkan anaknya 'belum ada agama'.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang itu dipetik sebagai berkata: "Mengapa dia (pegawai) perlu membuat keputusan ini untuk saya? Ini adalah satu perkara serius..., kenapa kita tidak boleh membuat pilihan untuk anak-anak kita sendiri, untuk mendaftarkan mereka sebagai Anak Malaysia tanpa agama lagi," katanya.

"Ini adalah semangat 1Malaysia dan harus digalakkan. Generasi akan datang kita seharusnya mempunyai kebebasan untuk menentukan bangsa dan agama mereka sendiri," kata Wei Aik.

Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim berkata, pihaknya bimbang sekiranya status agama anak penganut Islam tidak ditentukan lebih awal, kemungkinan boleh timbul soal murtad di kalangan umat Islam apabila anak tersebut sudah dewasa atau tua.

Sebelum ini seorang lagi ADUN DAP dari Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan mahu mendaftarkan keturunan bayinya sebagai 'Anak Malaysia'! Tindakan beliau dilihat tidak lebih demi matlamat politik murahan. Dakwaan Hannah bahawa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara tidak membenarkan beliau dan suami, R. Muniandy mendaftarkan bangsa bayi mereka, Shay Adora Ram, yang berusia enam hari sebagai 'Anak Malaysia'.

Nampaknya mereka semakin berani mempertikaikan apa yang kita pertahankan selama ini. Kalau boleh mereka hendak melondehkan satu persatu hak-hak yang termaktub didalam perlembagaan negara!

Mereka berusaha menubuhkan IFC yang didokongi oleh ngo dan juga parti pembangkang untuk membuat pelbagai tuntutan. Antaranya adalah :

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan didalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Beginilah kesempatan yang diambil oleh bukan Islam terutamanya DAP dan kuncu-kuncunya apabila melihat orang Melayu semakin lemah akibat berpecah! Yang menyedihkan lagi ada juga diantara orang Melayu kita yang sanggup bersekongkol dengan mereka untuk melihat kejatuhan Melayu. Sikap mementingkan diri dan tamakkan kuasa bakal melihat orang Melayu akan merempat di tanahair mereka sendiri jika tidak dibendung dari sekarang!

Akibat sengketa sesamalah kita, maruah peribadi sudah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa yang mana akan menentukan bangsa. Sama-samalah kita bersatu hati, bersama kita berbakti demi agama, bangsa dan negara. Kita pulihkan kembali harga diri kerana kita sudah tiada masa lagi. InsyaAllah.

Suara politik
Taminsari

Khamis, Jun 23, 2011

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina!

DR. MAHATHIR DAN MUKHRIZ KRITIK PAS

Akhbar Nanyang Siang Pau terbitan 19 Jun 2011 menyiarkan artikel tulisan pengkritik semasa, Loh Hon Chew mengenai komen yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Mukhriz terhadap Pas.

Artikel bertajuk ‘Tun Mahathir anak-beranak mengkritik Pas’ itu tersiar dalam ruangan Pendapat Yuanlun pada halaman A16 akhbar berkenaan.

Menurut penulis, Dr. Mahathir dan Mukhriz merasa tidak selesa dengan keputusan Pas baru-baru ini untuk meninggalkan perjuangan menubuhkan negara Islam dan beralih kepada negara berkebajikan.

Dr. Mahathir berkata, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menentang negara Islam telah menang besar kerana puak yang memperjuangkan perkara itu dalam Pas telah dipaksa melepaskan kuasa semasa pemilihan pada muktamar tahunan parti itu yang ke-57.

Mukhriz yang turut memberikan komen, menyifatkan kemenangan golongan pro- Anwar adalah tidak baik kepada perbincangan kerjasama antara UMNO dan Pas serta tidak bagus untuk perpaduan orang Melayu.

Kata-kata Dr. Mahathir itu, jelas menunjukkan beliau sangat geram dan tidak boleh menerima hakikat bahawa Karpal mempunyai pengaruh yang begitu kuat dalam Pas.

Dalam reaksi balasnya, Karpal berkata, beliau langsung tiada pengaruh dalam Pas. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu turut menuduh bekas Perdana Menteri itu sengaja membuat dakwaan berkenaan bagi mewujudkan pergeseran antara kedua-dua parti.

Sebenarnya, bukan Karpal dan pemimpin DAP sahaja yang membantah penubuhan negara Islam. Jika kita bertanya orang Cina, daripada 10 orang yang ditanya, sekurang-kurangnya sembilan orang akan menyatakan bantahan terhadap langkah itu.

Mereka bukan sahaja membantah negara Islam, malah tidak bersetuju dengan penubuhan negara Buddha dan Kristian. Sebab itu, seluruh masyarakat Cina menyatakan bantahan selepas Dr. Mahathir menyebut ‘‘kita sudah pun menjadi negara Islam’’ selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan 2001.

Hanya Presiden Gerakan ketika itu, Tun Dr. Lim Keng Yaik seorang sahaja yang bersetuju dengan kata-kata beliau manakala Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik cuba mengelak daripada menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Dr. Mahathir.

Sehingga sekarang, MCA dan Gerakan membantah penubuhan negara Islam manakala UMNO pula mengambil sikap berbelah- bahagi dalam isu berkenaan. Langkah UMNO yang menyatakan Malaysia kini adalah negara Islam dan tidak menentang secara terbuka cadangan penubuhan negara Islam ala-Pas merupakan taktik politik. Tujuannya adalah bagi menarik pengundi beragama Islam.

Pada masa sama, perubahan yang dibuat Pas juga adalah strategi politik. Parti itu memahami bahawa isu negara Islam tidak boleh lagi menarik minat pengundi, kerana keburukannya lebih besar daripada kebaikan.

Pas meninggalkan perjuangan negara Islam kerana mahu terus hidup. Ia tiada kaitan langsung dengan Karpal, jadi kita tidak perlu mengagung-agungkan Pengerusi DAP itu.

Dalam pada itu, kenyataan Mukhriz bahawa kemenangan golongan pro-Anwar yang menyokong negara berkebajikan adalah tidak baik untuk perpaduan orang Melayu menunjukkan beliau masih mempunyai fahaman perkauman.

Adalah melucukan apabila beliau menganggap cadangan penubuhan negara Islam akan mendatangkan kebaikan kepada perpaduan orang-orang Melayu.

Semua orang Melayu memang beragama Islam. Ini tidak boleh dipertikaikan lagi, tetapi orang Islam tidak semestinya daripada kalangan kaum Melayu sahaja.

Di seluruh dunia ada ramai orang Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Bilangan orang Islam di China lebih ramai daripada jumlah penduduk Malaysia. Orang berkulit putih di Amerika Syarikat dan Eropah juga ada yang beragama Islam.

Oleh itu, mengaitkan Islam dengan perpaduan Melayu adalah salah kerana mana- mana kaum tidak akan bersatu semata-mata kerana ia menganut agama sama. Rakyat Pakistan misalnya, mereka membunuh orang Pakistan lain yang seagama untuk membalas dendam. Ini jelas menunjukkan agama tidak membawa kepada perpaduan.

Pendapat Mukhriz yang mengaitkan agama dengan perpaduan adalah kesilapan besar. Pemikiran seperti itu adalah lebih mundur berbanding fahaman perwakilan Pas ketika muktamar parti itu, baru-baru ini.

Pendirian kepimpinan baru Pas untuk tidak lagi memperjuangkan negara Islam telah menyatukan rakyat yang berlainan agama. Ia tidak seperti Mukhriz yang mempolitikkan agama dan hanya mencari perpaduan untuk satu kaum sahaja.

Bagi Belantan, sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina. Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai. Nampak sangat dendam mereka terhadap Tun masih belum reda. Mereka dilihat begitu kritis dengan setiap kenyataan dan tindakan Tun seolah-olah mereka telah lupa jasa Tun selama ini.

Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan Melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India. Bukan bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis.

Inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan sebenarnya, dengan menghilangkan pengaruh Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Jun 21, 2011

Anwar Omegay kuasai BERSIH 2.0!


















Anwar Omegay kelmarin sekali lagi 'membuat janji' bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai ini akan dibatalkan jika segala syarat yang ditetapkan pihaknya dipatuhi kerajaan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau akan meminta Pengerusi BERSIH, S. Ambiga membatalkan perhimpunan itu sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.

Janji itu dibuat ketika berucap di hadapan lebih 2,000 ahli PKR yang menghadiri satu konvensyen pilihan raya anjuran parti itu di Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Anwar berlagak seolah-olah beliau boleh menentukan jadi atau tidak jadi perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini. Kalau Najib tidak ikut cakapnya, himpunan itu akan diteruskan.

Apa yang menjadi persoalan ialah Anwar sudah mengambil peranan Ambiga. Dan sikap Anwar itu ditegur oleh bekas Presiden Majlis Peguam itu, "Kami telah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan itu dan kamilah yang akan memutuskan sama ada hendak mengadakannya ataupun tidak."

Ambiga tidak perlukan Anwar dan PKR kerana PAS sudah cukup komited dengan BERSIH 2.0 PAS juga tidak 'curi' Bersih untuk kepentingan diri.

Bagaimana pula dengan kelayakan Anwar untuk berlagak seperti hero bagi memperjuangkan pilihan raya bersih, sedangkan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada November tahun lalu telah dicemari dengan pelbagai penyelewengan.

Masyarakat masih ingat bagaimana ia berpunca daripada tindakan Anwar sendiri yang berpihak kepada 'anak emas' beliau, Azmin Ali yang bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Perkara itu diakui sendiri oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Nor yang menegaskan, Anwar tiada hak meminta Perdana Menteri menjamin pilihan raya yang adil bagi membolehkan perhimpunan haram BERSIH ditangguhkan.

''Kita telah saksikan sendiri betapa rosak dan tempangnya proses pilihan raya PKR. Sehinggakan hari ini, semua isu besar yang ditimbulkan calon-calon yang bertanding masih tidak dijawab," katanya.

Apa yang disebut oleh Ezam itu ada kebenarannya jika dilihat keputusan bekas ahli MPP parti itu, Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden dan melepaskan semua jawatan dalam parti. Beliau kemudiannya keluar daripada PKR.

Ketika mengumumkan keputusan itu pada 8 November lalu, peguam yang sentiasa berpegang kepada nilai demokrasi dan tadbir urus yang baik berkata, beliau bertindak sedemikian kerana pucuk pimpinan parti secara aktif membenarkan berlakunya penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan.

Zaid berkata, beliau tidak boleh meneruskan perjuangan dalam pemilihan yang cacat kerana yakin, parti politik yang mengamalkan nilai-nilai palsu dan hipokrit tidak mampu menawarkan sebarang pembaharuan bermakna kepada rakyat.

Zaid bertindak sedemikian setelah beberapa kali keputusan pengundian yang sebelum ini menunjukkan beliau mendahului Azmin terpaksa diubah oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail atas alasan silap kiraan.

Membuat desakan sama ialah seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub, yang menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) digantung dan proses pemilihan parti ditangguh sehingga tindakan proaktif diambil bagi membaiki segala penyelewengan.

Turut tidak berpuas hati ialah calon Ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin yang telah menulis sepucuk surat kepada Presiden PKR , Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Ketua Cabang Kota Marudu telah dihubungi oleh Anwar sendiri yang 'mengarahkan' sokongan kepada calon tertentu.

Selain kekecohan ketika pemilihan MPP, mesyuarat memilih kepimpinan cabang pada September dan Oktober lalu turut penuh dengan kontroversi termasuklah kerusi berterbangan, dakwaan penggunaan samseng dan penipuan kertas undi.

Di Cabang Kota Raja misalnya, calon Ketua Cabang, S. Kottapan mendakwa ditumbuk oleh penyandang jawatan itu, Dr. Xavier Jayakumar. Pergaduhan besar juga berlaku di Cabang Sabak Bernam, Klang dan Kuala Langat apabila kotak-kotak undi dipecah manakala kerusi dibaling.

Insiden tolak-menolak turut berlaku di Cabang Hulu Selangor apabila 100 ahli parti itu bertindak menghalang sebuah kereta yang membawa kertas undi memasuki pekarangan dewan pengundian.

Perkara sama berlaku di Cabang Bayan Baru apabila ramai ahli tidak berpuas hati kerana kertas fotostat dibenarkan digunakan sebagai kertas undi. Berdasarkan rentetan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan PKR, kita ingin bertanya adakah parti itu akan turut sama memenuhi segala tuntutan yang dibuat oleh Anwar dan BERSIH terhadap kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?

Antara tuntutan itu adalah bersihkan senarai undi, akses media yang bebas serta adil, hentikan rasuah dan politik kotor. Jika tidak, ia ibarat 'meludah ke langit, kena muka sendiri'.-UM.

Suara Politik
Taminsari