Sabtu, Mac 19, 2011

Yayasan Selangor 'lingkup diperkosa PKR' - MB Khalid patut letak jawatan!

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengakui berlaku kepincangan dalam pengurusan Yayasan Selangor termasuk perbelanjaan tidak berhemah menyebabkan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu, November tahun lalu mencecah hingga RM1 juta.

Jumlah itu melebihi daripada dakwaan asal UMNO Selangor sebelum ini iaitu RM800,000 manakala angka yang dipertahankan Menteri Besar sebelum ini kira-kira RM300,000.

Selain itu, perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November tahun lalu.

Abdul Khalid dalam kenyataannya berkata, laporan audit Yayasan Selangor oleh Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang disemak hari ini terdapat beberapa isu berkaitan perbelanjaan yang tidak mengikut aturan selain wujud tindakan yang didapati tidak menjaga kepentingan yayasan itu.

“Perbelanjaan yang tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor mencecah hampir RM1 juta,” katanya.

Datuk Seri Noh Omar dalam kenyataan di blog beliau berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor kerana kesilapannya melantik kroni memegang jawatan penting dalam Yayasan Selangor. Beliau berkata, pelantikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar tidak dibuat melalui prosedur yang betul kerana bukan pilihan utama panel temu duga.( baca sini dan di sini ).

Katanya, Abdul Khalid telah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dalam menentukan pelantikan dua jawatan penting termasuk seorang lagi telah mendapat Notis Kebankrapan. “Abdul Khalid telah melakukan kesilapan besar kerana melantik individu yang tidak berkredibiliti menerajui Yayasan Selangor sehingga menyebabkan yayasan itu mengalami defisit sehingga RM7.41 juta.

“Saya cabar Abdul Khalid untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar kerana mengamalkan kronisme dan tidak telus dalam pelantikan dua jawatan penting dalam Yayasan Selangor,” katanya di sini, semalam.

Noh berkata, sebelum ini Abdul Khalid menuduh pemimpin Barisan Nasional (BN) mengamalkan kronisme tetapi hari ini Menteri Besar Selangor itu terang-terang melakukan perbuatan tersebut.

“Tidak usah lagi menipu rakyat. Abdul Khalid tidak perlu mengambil tindakan terhadap Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar kerana kesilapan bermula daripada beliau sendiri. “Oleh yang demikian, beliau perlu bertanggungjawab dengan meletakkan jawatannya. Usah tuding jari menyalahkan orang lain. Saya tunggu beliau berbuat demikian,” kata Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.

Sementara itu, dalam Laporan Audit yang diedarkan kepada media semalam menyebut Tadbir Urus Korporat di Yayasan Selangor tidak memuaskan termasuk lantikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar. Kedua-dua pegawai tertinggi itu dilaporkan telah dinaikkan pangkat dalam tempoh masa yang singkat yang diluluskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor hanya melalui 'Circular Resolusi' tanpa merujuk kepada pihak berkuasa negeri untuk kelulusan.

Semakan audit juga mendapati terdapat pembayaran elaun-elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat di dalam yayasan itu.

Tahniah diucapkan kepada MB Abdul Khalid bekas ahli koporat yang ternama kerana telah berjaya menguruskan sebuah Yayasan negeri sehingga hampir bankrap! Sebelum kerajaan BN meninggalkan Yayasan Selangor, masih ada lebih RM80 juta wang yang ditinggalkan didalam akaun Yayasan tetapi selepas kerajaan PKR mengambil alih kerugian sudah melebihi sebanyak RM7 juta!

Kemana hilangnya wang tersebut? Apakah MB Khalid boros berbelanja sehingga dalam sekelip mata ianya sudah menjadi defisit! Maka tidak menghairankan apabila cukup 5 tahun Pakatan PKR yang didalangi oleh parti biaDAP, Selangor akan menjadi negeri muflis kerana saban tahun sejak 2008 memerintah hutangnya semakin meningkat.

Selangor mencatat belanjawan defisit selama 3 tahun berturut-turut sejak 2008,2009 dan 2010 berbanding dengan belanjawan surplus pada tahun 2005,2006 dan juga 2007 semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Apa-apapun Mb Khalid harus mempertimbangkan secara mendalam saranan DS Noh Omar untuk meletakkan jawatan kerana apa guna seorang Menteri Besar yang ngah dengan nama sebagai bekas ahli koporat, tetapi segala kerja-kerja beliau hanya hampas semata-mata.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: