Isnin, Februari 07, 2011

Yayasan Selangor - Laporan Pasukan Risikan Pakatan Rakyat Selangor!

Walaupun isu perlantikan Timbalan Pengurus Besar ini pernah dibangkitkan di dalam Sidang Dun oleh Ng Swee Lim, Adun Puaka ini sebenarnya gagal untuk menunjukkan bukti dakwaan yang beliau kemukakan itu adalah benar ataupun tidak. KLIK SINI.

Dalam masa yang sama, Pengurus Besar Ilham Marzuki juga seperti lembu dicucuk hidung dengan lantang mempertahankan timbalan beliau dengan mendakwa Timbalan Pengurus Besar itu tidak bangkrap malah telah menjelaskan bayaran hutang tersebut. KLIK SINI .

Perkara berkenaan dengan isu bangkrap ini boleh dilihat DI SINI dan kita boleh memahami apa sebenarnya yang dikatakan bangkrap. Sekiranya betul dakwaan Ilham Marzuki bahawa Shaifuluddin telah menjelaskan bayaran hutang kepada Bank Simpanan Nasional, Kita Gempur.Com ( KGC ) mencabar Ilham Marzuki bersihkan nama Shaifulddin dengan mengedarkan "Annulment of the bankruptcy" yang dikeluarkan oleh mahkamah dibawah Seksyen 105 Akta Bangkrap atau Surat Perlepasan Bangkrap oleh Mahkamah dibawah seksyen 33 BA 1967 ataupun Surat Perlepasan Bangkrap oleh Ketua Pengarah Insolvensi dibawah seksyen 33A BA 1967.

Sekiranya surat-surat tersebut didedahkan barulah kita boleh menerima kenyataan bahawa individu tersebut telah pun terlepas daripada status sebagai seorang bangkrap. Sekiranya gagal ini bermakna beliau telah dilantik ke jawatan tersebut dalam status bangkrap dan Ilham Marzuki patut bertanggungjawap diatas kebebalan melantik Shaifuluddin. Mengikut sumber, Shaifuluddin berjaya menjelaskan hutang bangkrap tersebut selepas berkhidmat bersama Yayasan Selangor dan kita sebagai rakyat Selangor wajib mendapat penjelasan dari mana sumber wang tersebut diperolehi.

Apa yang lebih menarik perhatian KGC sebenarnya adalah tarikh 5hb Januari 2011. Itulah tarikh keramat janji Menteri Besar Selangor yang mahu mengedarkan keputusan audit terhadap Yayasan Selangor yang dilakukan oleh Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kepada umum. KLIK SINI .

Hari ini bertarikh 7hb Februari tetapi masih belum nampak apakah hasil audit tersebut. Adakah sudah menjadi satu perangai busuk lagi hancing Menteri Besar Selangor ini yang hanya tahu berjanji tetapi gagal untuk menunaikan janji tersebut. Inilah bahananya apabila menjadikan Raja Drama Kaki Liwat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Kepada juak-juak rejim Khalid Gagap, tolong print artikel ini dan berikan kepada Si Gagap dan tolong minta dia edarkan laporan tersebut sebelum ianya menjadi virus setaraf HIV. Sekadar selingan KGC sertakan laporan Unit Risikan Pakatan Rakyat kepada Khalid Gagap sebagai pembuka jalan. Laporan diterima oleh Yaakob Sapari. Apa citer Akob?




Tarikh tamat tempoh untuk Khalid Gagap menjawap persoalan perlantikan Timbalan Pengurus Besar hanya tinggal 2 hari lagi. Masa semakin suntuk. Jangan lupa sertakan bukti perlepasan Shaifulddin daripada status bangkrap. Kalau hanya setakat bercakap, itu hanya membuang masa wartawan kerana mereka masing-masing sentiasa mengeluh kerana Menteri Besar Selangor bercakap tunggang terbalik..Memang sesuai si Faekah Anak Dara Tua menjadi jurucakap Menteri Besar, sekurang-kurangnya masa wartawan tidak terbuang begitu sahaja..!!!

Sumber dari : Kita Gempur.Com ( KGC )

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: