
Bukan Nik Nazmi sahaja yang mempertikaikan Khusrin tetapi hampir semua pemimpin PR mempertikaikan beliau tanpa mereka sedari bahawa kerajaan negeri terlebih dahulu melakukan kesilapan besar dalam isu perlantikan pegawai kerajaan. Adakah mereka seperti meludah ke langit dalam isu perlantikan pegawai kerajaan? Seperti biasa mereka akan memastikan kelemahan mereka akan ditutup dengan kata-kata manis untuk memesong fikiran rakyat.
Ini adalah surat perlantikan Mohd Shaifulruddin sebagai Pengurus Aset, Pelaburan dan Kewangan Yayasan Selangor dengan gred gaji N54,P1T7 dengan gaji sebanyak RM8190.94 pada 22 April 2010. Surat tersebut ditandatangani oleh Ilham Marzuki selaku Pengurus Besar Yayasan Selangor. Antara kemudahan lain adalah seperti Yayasan Selangor akan menanggung perbelanjaan rawatan keluarga berjumlah RM3,000 dan melaporkan setiap perkara kepada Pengurus Besar.

Mengikut Terma Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Yayasan Selangor dan juga Skim Perkhidmatan Peraturan Disiplin Dan Tatatertib Yayasan Selangor(Pindaan Tahun 2004) Di dalam para 1.5 tatacara kenaikan pangkat telah menetapkan syarat-syarat kenaikan pangkat hendaklah melalui prosess penilaian yang merangkumi 3 perkara.
1- Penilaian prestasi merupakan panduan bagi menentukan kenaikkan gaji, pengesahan jawatan kakitangan atau kenaikkan pangkat dan keperluan latihan.
2-Prestasi kerja kakitangan dinilai setahun sekali oleh pegawai atasan.
3- Pegawai yang bertanggungjawap ke atas penilaian prestasi kewanngan adalah Pengurus Besar dan SUK ataupun Pegawai Kewangan Negeri untuk jawatan Timbalan Pengurus Besar.
Tempoh kenaikan pangkat dan perubahan gred gaji beliau terlalu pendek iaitu selama 2 bulan sahaja. Adakah peraturan penilaian prestasi tidak diguna pakai didalam perkara ini kerana prestasi dan kemampuan seorang itu tidak boleh diukur dalam tempoh hanya 2 bulan. Kenaikan gred Pengurus Besar ini ditandatangani oleh Pengerusi dan juga Ahli Lembaga Yayasan Selangor yang mana Timbalan Pengurus Besar itu merupakan salah seorang daripada ahli lembaga tersebut.

Apakah tujuan sebenar mereka mempertikaikan perlantikan Khusrin sebagai SUK tetapi dalam masa yang sama mereka membiarkan seorang yang telah bangkrup mengawal selia semua bentuk kewangan sebuah anak syarikat kerajaan negeri? Walaupun Pengurus Besar tersebut telah diarahkan bercuti tetapi kelemahan mereka dalam perlantikan pegawai kerajaan negeri telah menyebabkan Yayasan Selangor mengalami defisit pada tahun 2010. Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.
Sumber : Kita Gempur
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan