Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Februari 14, 2011
Rakyat tidak akan lupa kelentong Karpal - Anwar kena arsenik?
Agak menarik apabila mengimbaukan kembali kisah Anwar sewaktu dikenakan hukuman penjara kerana kesalahan salahguna kuasa dan juga kes liwat 1. Ketika itu timbul bermacam-macam cerita dan antara yang menarik adalah kes keracunan arsenik yang didakwa oleh Karpal Singh terhadap anak guamnya Anwar Ibrahim!
Isu berhubung dakwaan Anwar Ibrahim yang mengalami keracunan arsenik sememangnya mendapat perhatian banyak pihak ketika itu. Masakan tidak, kenyataan tersebut bukan sahaja cukup menggemparkan malah ia juga mencetuskan banyak spekulasi yang tidak berasas sebelum siasatan dijalankan. Keracunan arsenik seperti yang didakwa oleh peguam bela Karpal Singh berdasarkan kepada keputusan contoh air kencing Anwar yang dihantar ke makmal patologi Gribbles, Melbourne Australia pada 26 Ogos 1998.
Dan ianya menjadi bertambah menarik apabila selepas dua orang kuat Anwar keluar dari PKR iaitu YB Zolkifli Nordin dan juga Dato' Seri Zahrain, mereka menceritakan bahawa " kisah sedih Anwar kena arsenik " hanyalah lakunan Anwar semata-mata! Malah peguam yang dikatakan begitu handal iaitu Karpal Singh juga terlibat membohongi rakyat!
Hasil laporan ujian sampel air kencing yang menggunakan nama samaran 'Subramaniam, 59,' mencatatkan kandungan arsenik 230 ug/g kreatinin. Bagaimanapun, teka-teki berhubung dakwaan ini akhirnya 'terjawab' apabila hasil siasatan perubatan yang dijalankan oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengesahkan bahawa Anwar tidak mengalami keracunan arsenik.
Segelintir pihak yang melontarkan pelbagai tuduhan yang tidak bertanggungjawab juga harus menerima hakikat ini apabila Datin Wan Azizah Wan Ismail sendiri turut akur dengan keputusan ini.
Namun, sejauhmanakah benarnya dakwaan yang mengatakan bahawa Anwar mengalami tanda-tanda keracunan arsenik? Apakah tanda-tanda yang dialaminya merupakan tanda sebenar bahawa beliau keracunan arsenik itu? Menurut salah seorang pakar perunding dalam bidang perubatan kita tidak boleh menentukan sesuatu masalah yang dialami berdasarkan kepada gejala-gejala yang dialami sahaja.
Ini kerana terdapat juga gejala-gejala yang sama tetapi juga boleh berpunca daripada lain-lain penyakit. Kesemua gejala seperti yang diadukan oleh Anwar tidak dapat diukur secara spesifik kecuali berat badannya. Menurut pakar itu lagi seseorang yang mengalami keracunan arsenik juga biasanya mengalami tanda-tanda seperti rambut gugur, kulit menjadi tebal (hiperkeratosis) dan tompok-tompok hitam pada kulit.
Mereka yang terdedah kepada keracunan arsenik biasanya akan mengalami pigmentasi pada kulit, hilang selera makan, penurunan berat badan, muntah-muntah, anemia, cirit-birit dan rasa mencucuk-cucuk pada kaki dan tangan.
Bagaimanapun, tanda-tanda seperti ini tidak dialami oleh Anwar. Sebaliknya, semasa Anwar dalam penjara, Anwar mengalami sembelit. Berdasarkan ujian darah yang dijalankan juga mendapati Anwar tidak menghidap anemia (kurang darah). Anwar juga tidak mengadu simptom-simptom dalam perut dan gejala-gejala yang menunjukkan beliau mengalami keracunan. Dakwaan ini diperkukuhkan lagi apabila laporan perubatan HUKM mendapati Anwar tidak menunjukkan bahawa dia mengalami tanda-tanda keracunan arsenik akut atau kronik.
Spesimen-spesimen air kencing, rambut dan kuku menunjukkan paras arsenik juga tidak melebihi paras yang dibenarkan. Malah, kajian yang dijalankan pada kesemua sampel menunjukkan kadar arsenik tersebut adalah dalam keadaan yang dibenarkan. Mengikut pendapat seorang doktor, sampel air kencing Anwar untuk ujian arsenik yang dihantar ke makmal patologi Gribbles, Melbourne, Australia menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar mematuhi prosedur dan standard ujian yang ditetapkan.
Menurutnya, berdasarkan standard yang betul air kencing individu yang disyaki mengalami keracunan haruslah diambil untuk tempoh 24 jam. Dalam tempoh tersebut setiap pengeluaran air kencing haruslah diambil bagi mendapatkan kadar purata paras sebenar arsenik yang terdapat dalam air kencing. Sebaliknya, dalam kes ini jika diteliti sampel air kencing Anwar yang dihantar ke makmal tersebut hanya sekali sahaja.
Biasanya, kandungan arsenik dalam air kencing individu yang baru memakan makanan laut memang agak tinggi. Bagaimanapun, paras arsenik ini akan menurun secara perlahan-lahan dan jika diambil semula selepas 48 jam, terdapat kemungkinan kandungan arsenik dalam air kencing tersebut tidak ada lagi. Arsenik akan dikumuh oleh tubuh secara proses semula jadi melalui air kencing.
Lampiran laporan yang dinyatakan hasil perbincangan yang diperoleh daripada Profesor Dr. Moyer dari Klinik Mayo, Amerika Syarikat menjelaskan, individu dewasa yang tidak terdedah dengan arsenik akan mengumuhkan arsenik kurang daripada 25 ug/l daripada jumlah keseluruhan arsenik yang ada dalam tubuhnya.
Bagaimanapun, mereka yang memakan makanan laut yang bercengkerang seperti kerang, kupang, siput, ketam dan sebagainya akan mengumuhkan arsenik yang mencecah hingga 500 ug/l. Paras arsenik yang mencecah 300 ug/g kreatinin bukanlah satu keadaan yang berterusan bagi mereka yang memakan makanan laut.
Makanan laut biasanya mengandungi kandungan arsenik bukan organik yang bercampur dalam tisu-tisu mereka. Akhbar The Straits Times Singapura yang memetik sumber-sumber melaporkan, berdasarkan laporan perubatan seorang doktor yang merawat Anwar semasa di penjara, beliau sihat dan tidak mengalami sebarang kesakitan, kecuali bronkitis, resdung dan kekejangan otot belakang akibat bermain sepak takraw dengan banduan-banduan lain.
Laporan berkenaan juga menyatakan Anwar tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda klinikal akibat mengalami keracunan akut seperti pigmentasi pada kulit (tompokan pada kulit), kehilangan berat badan dan selera makan serta cirit-birit. Pegawai-pegawai perubatan lain yang turut memeriksa Anwar juga menyebut, pesakit itu tidak mengadu mengenai sebarang kesan lain akibat keracunan arsenik.
Berdasarkan laporan perubatan HUKM, Anwar mempunyai sejarah kesihatan seperti pembengkakan hati (fatty liver), gastrik dan kemalangan terjatuh dari kuda beberapa tahun lalu. Kemalangan ini menyebabkan Anwar mengalami trauma pada bahagian kepala dan leher pada September tahun sebelum itu.
Menurut pakar yang membaca lampiran laporan tersebut, pembengkakan hati yang dialami Anwar ini boleh berpunca daripada jangkitan yang tidak spesifik seperti hepatitis atau lain-lain penyakit pada hatinya. Bagaimanapun, jangkitan yang menyebabkan pembengkakan pada hatinya tidaklah begitu serius.
Selain itu, Anwar juga menghidap penyakit gastrik yang kronik dan pedih ulu hati (reflux esofagitis).Sehubungan itu, bagi mengawal penyakit gastrik yang dihidapinya Anwar perlu mengambil ubat gastrik iaitu omeprazole dan prepulsid.
"Ubat-ubatan ini diambil sejak Anwar didiagnos menghidap penyakit gastrik di Hospital Universiti (UH) pada sekitar tahun 1995-96."Ubat-ubat gastrik ini sememangnya diakui mempunyai kesan sampingan,'' katanya. Selain ubat gastrik, Anwar juga mengambil ubat kulit iaitu Roaccutane.
Ubat ini katanya, meskipun diambil mengikut dos yang ditetapkan, boleh meninggalkan banyak kesan sampingan seperti keguguran rambut, kulit kering berkuping-kuping, loya, sakit kepala, lemah, mengantuk dan sakit otot. Selain itu, ubat ini juga boleh meningkatkan lagi enzim hati, kolesterol, plasma darah, perubahan mood dan tarik-tarik (seakan-akan sawan).
Ubat-ubatan yang diambil ini telah lama diamalkan oleh Anwar sendiri sebelum Anwar dihantar ke penjara. Menyedari keadaan Anwar yang menghidap gastrik yang menyebabkannya alah pada kafein, maka pemakanannya perlu diubahsuai bergantung kepada tahap kesihatan dan rawatan yang diterima.
Jika sebelum ini Anwar diberi minum kopi atau teh, ia diganti dengan milo. Setin milo akan diletakkan dalam biliknya dan air panas akan dihantarkan kepadanya setiap malam bagi membolehkannya membancuh minuman tersebut pada waktu tengah malam.
Selain itu, Anwar juga turut diberi minuman berkalori tinggi untuk membantu meningkatkan berat badan dan madu bagi menambahkan tenaganya. Laporan perubatan tersebut ada mengatakan bahawa pemeriksaan paru-paru menunjukkan terdapat fine crackles di bahagian bawah paru-paru Anwar.
Masalah ini merupakan satu keadaan biasa apabila paru-paru seseorang gagal mengecut dan mengembang dengan sempurna semasa proses pernafasan, disebabkan oleh penyakit asma atau lain-lain penyakit paru-paru yang dihidapinya.
"Keadaan ini berlaku apabila seseorang menghidap penyakit asma atau bronkitis yang menyebabkan paru-paru menjadi lebih keras berbanding biasa. " Bagaimanapun, masalah ini biasanya berlaku di kalangan mereka yang menghidap asma saja,'' ujarnya.
Hujah ini diperkukuhkan lagi apabila lampiran laporan perubatan HUKM yang menyiasat dakwaan keracunan arsenik juga mendapati Anwar menghidap asma yang agak ringan (reversible airways disease). "Dalam laporan HUKM juga ada menyebut bahawa ibu dan salah seorang daripada anak perempuan Anwar juga menghidap asma,'' jelasnya. Menurut pakar yang menyemak laporan perubatan tersebut, Anwar juga mengalami tekanan emosi (stress) iaitu satu masalah biasa dialami oleh mereka yang dimasukkan ke dalam penjara.
Mengulas tekanan darah (hipotensi ortostatik) Anwar yang tidak menentu, pakar tersebut menjelaskan, catatan tekanan darah kepada 128/95mmHg daripada 150/100mmHg (baring) menunjukkan berlakunya penurunan tekanan darah.
Bagaimanapun, keadaan yang dialami Anwar ini hanya sekali sahaja dan ia bukanlah satu keadaan yang berterusan. Ini kerana berdasarkan lampiran laporan tersebut, catatan tekanan darah Anwar yang diambil menunjukkan tekanan darahnya stabil." Kenyataan ini merujuk kepada lampiran pemeriksaan secara keseluruhan menunjukkan tekanan darahnya tidak menunjukkan kelainan yang berterusan,'' katanya.
Berdasarkan hasil laporan perubatan HUKM, tiga perkara yang baru ditemui, iaitu:
* Kelainan (abnormaliti) paru-paru
* Tekanan darah yang jatuh (hipotensi ortostatik)
* Kelainan (abnormaliti) pada scan otak
Hasil kajian radiograf dada oleh Pakar Respiratori, Dr. Roslan Haron (HUKM) mendapati Anwar mempunyai kelainan pada bahagian bawah paru-paru kirinya.
Namun, hasil ujian ulangan scan tomograf berkomputer (CT Scan) dada menunjukkan kelainan ini tidak berlaku. Bagaimanapun ia bukanlah sejenis penyakit, sebaliknya ia merupakan satu keadaan yang normal yang boleh dihadapi oleh sesetengah individu. Selain itu, ujian fungsi paru-paru juga menunjukkan reversible small airways obstruction iaitu menunjukkan bahawa kemungkinan Anwar menghidap asma adalah tinggi.
Semasa dalam wad, Anwar ada mengadu bahawa dia mengalami kesakitan kepala yang amat sangat. Sehubungan itu, satu siasatan dijalankan oleh Pakar Perunding Neurologi, Profesor Dr. Raymond Azman Ali. Merujuk kepada pemeriksaan sistem saraf yang diperoleh daripada ujian MRI otak Anwar menunjukkan satu perubahan kepekatan yang meningkat dalam otak (subcortial hyperintense changes).
Bagaimanapun, ia merupakan satu perubahan biasa yang dialami oleh mereka yang meningkat umur. Kesimpulan daripada laporan tersebut juga menyatakan Anwar:
1. Tidak menghidap diabetes, penyakit tiroid, kegagalan buah pinggang, anemia kronik, batuk kering atau penyakit kanser
2. Tidak menghidap penyakit HIV atau AIDS
3. Ujian fungsi hati (hepar) menunjukkan terdapat sedikit kelainan
4. Ujian-ujian darah adalah normal
5. Tekanan darah stabil
6. Ujian paru-paru menunjukkan Anwar menghidap asma yang ringan
7. Pemeriksaan sistem saraf menunjukkan normal
8. Pemeriksaan sistem usus Anwar menghidap gastrik dan pedih ulu hati
9. Pemeriksaan mental menunjukkan Anwar menghadapi tekanan emosi Kesimpulannya, laporan kesihatan Anwar yang dibuat oleh 12 orang doktor pakar HUKM dan yang dibuat oleh doktor pakar di Penjara Sungai Buloh adalah sama.
Siapa yang menipu siapa ? Begitu hebat "lakunan Anwar" untuk mendapatkan simpati dari rakyat ketika itu! Tidakkah Karpal Singh pun terlibat sama membawa cerita bohong ke mahkamah! Bukan Karpal bersubahat sama dengan anak guamnya! Fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan