Khamis, Mac 10, 2011

Aktiviti judi di Selangor 'HALAL' - MB Khalid!


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak berhasrat untuk melaksanakan peraturan mengharamkan sebarang aktiviti judi di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebarang langkah pengharaman aktiviti judi dan nombor ramalan seperti yang dilakukan di Kelantan ketika ini tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan negeri termasuk barisan Exco.

''Kita tidak bincang perkara ini termasuk memperkenalkan larangan tersebut. Ini pendirian kita buat masa ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Beliau mengulas pendirian kerajaan negeri sama ada bersedia mengharamkan perniagaan judi di negeri ini sepertimana yang dilakukan di Kelantan di bawah pentadbiran sekutu mereka, Pas.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta kerajaan Kelantan menarik balik pengharaman judi atas alasan aktiviti itu dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-undang Kerajaan Persekutuan yang juga turut melibatkan negeri yang ditadbir oleh Pas itu.

Kenyataan Karpal itu dibuat susulan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan menyaman dua pemilik kedai buku di negeri itu kerana menjual tiket loteri pada 28 Februari lalu.

Tindakan PBT itu dikatakan telah menimbulkan dakwaan bahawa kerajaan Pas di Kelantan menafikan hak penganut agama lain di negeri berkenaan.

Agak pelik juga dimana pendirian PAS tentang perkara ini! Adakah sama macam isu arak dahulu. Sewaktu UMNO, mereka kata dan menyalak sana sini yang UMNO halalkan disco, kilang arak , judi dan apabila mereka memerintah dan berkuasa, mereka sendiri yang menyatakan tidak boleh haramkan disco, judi dan menutup kilang arak. Bahkan kalau dilihat sekarang rumah-rumah urut tumbuh 'segar' macam cendawan selepas hujan tanpa kawalan oleh pihak berkuasa tempatan.

Adakah PKR yang diketuai oleh MB Khalid dan juga PAS diwakili oleh Hasan Ali takut berhadapan dengan DAP untuk menyuarakan 'tentangan' mereka? Didalam kes arak sebelum ini, PAS betul-betul dijadikan hamba pada DAP hingga terpaksa tunduk dengan setiap tindakan yang ingin dilakukan DAP. PAS hilang suara, PAS hilang maruah, PAS hilang kuasa akibat gila kuasa dan terkurung dalam kebodohannya.

Terang lagi jelas, kepentingan politik lebih daripada kepentingan agama. Itulah yang boleh kita lihat apa yang ada pada kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini. Hasan Ali sepatutnya ada hak untuk menegur MB Khalid tentang isu judi ini, tetapi apakan daya selepas isu arak nampak gayanya beliau tidak mampu untuk melakukannya!

Takbir sana...takbir sini, hinggakan bila cicak terjatuh dari siling dewan pun takbir juga. Tetapi hakikatnya perangai mereka sama saja dengan perangai ahli-ahli parti politik lain. Melalak melaungkan takbir, tetapi apabila kilang arak berleluasa kononnya akan menghapuskannya jika diberi kuasa kini Tak'BIR' hanyalah salakan sahaja.

Yang nampak jelas disini adalah semakin lama PAS bersekongkol dengan DAP, maka semakin tersasar arah perjuangan parti mereka. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya mereka berpatah balik dengan segera. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: