Isnin, Oktober 11, 2010

Deklarasi Kongres Ekonomi Cina : MCA seolah-olah meletakkan syarat untuk terus menyokong BN!

Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 meluluskan 14 resolusi termasuk menyokong penuh 13 deklarasi yang diluluskan oleh Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu.

Antara deklarasi kongres berkenaan adalah supaya ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat dan syarikat milik kerajaan (GLC) mengambil ahli lembaga pengarah berbilang kaum.

Deklarasi itu telah mendapat bantahan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang menyifatkan ia sangat tidak sesuai dengan masanya berikutan bumiputera masih lagi terkebelakang dalam pelbagai bidang di negara ini.

Turut diluluskan juga adalah resolusi berkaitan pendidikan yang mahukan buku sejarah di sekolah menyediakan maklumat jelas mengenai pengorbanan setiap kaum dalam perjuangan kemerdekaan dan pembangunan Malaysia. Ia juga mahukan segala maklumat dalam buku berkenaan hendaklah tepat dan sahih serta digugurkan fakta-fakta yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum.

Sebanyak 1,764 perwakilan pada perhimpunan di Wisma MCA di sini turut meluluskan resolusi yang menggesa sekolah semua aliran diberikan peruntukan dan bantuan secara berkala.

Kerajaan turut digesa supaya meneruskan usaha membantu pelajar berkebolehan sebagai susulan kepada keputusan memberikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat 9A+ tanpa mengira kaum.

Dalam pada itu, ia juga meluluskan resolusi mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan atau ancaman yang boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini. Kerajaan juga diminta supaya memastikan setiap rakyat memahami agama dan adat resam kaum lain di Malaysia.

Turut diluluskan adalah resolusi menyokong usaha kerajaan melaksanakan dasar kebebasan beragama menerusi langkah mewujudkan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama.

Sebelum itu : Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini mengulangi gesaannya supaya kerajaan mengkaji semula ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus.

Beliau berkata, ia adalah selaras dengan program transformasi ekonomi yang sedang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini yang bermatlamat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

"Ekonomi negara perlu diliberalisasikan dan kuota bumiputera 30 peratus itu harus dikaji semula.

"Ia tidak bermakna kami cuba merampas hak keistimewaan kaum majoriti tetapi apabila kita meliberalisasi, kek ekonomi akan berkembang dan semua orang akan mendapat perkongsian yang sama rata," katanya pada sidang akhbar selepas tamat Perhimpunan Agung Tahunan MCA di sini hari ini.

Permintaan MCA itu adalah salah satu daripada 13 deklarasi yang telah diluluskan pada Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu.

Deklarasi itu sebelum ini mendapat bantahan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang menyifatkan ia sangat tidak sesuai dengan masanya berikutan golongan bumiputera masih lagi terkebelakang dalam pelbagai bidang di negara ini.

MCA bagaimanapun pada hari ini meluluskan resolusi yang antaranya menyokong penuh 13 deklarasi itu.

Dalam pada itu, Soi Lek turut membidas kenyataan perwakilan Wanita MCA Pahang, Khiew Yuh Jiu pada perhimpunan agung tahunan pergerakan itu semalam yang membangkitkan isu berhubung skandal seks beliau.

"Saya hormat apa yang mereka katakan di dalam perhimpunan itu. Namun saya ingin ingatkan mereka bahawa saya dipilih melalui pemilihan yang diadakan sebelum ini."Ini adalah cara yang demokrasi. Saya hormati mereka tetapi saya juga meminta mereka ini menghormati saya sebagai Presiden MCA," katanya.

Komen : Penulis melihat sudah bermula kembali politik 'pressure group' Cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menghadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang. Jika dahulu di bawah Jepun orang Cina di layan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis. Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun di patahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis.

Sikap menentang kerajaan memerintah oleh parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina, bukan dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan.

Politik orang Cina di Malaysia selepas 50 tahun mula 'daring' dan 'adventurous'. Desakan dari DAP, MCA telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih.

Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina seperti kapal selam di laut. Kadang-kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan enjin lawan dan kadang-kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencatur politik mereka. Sama-samalah kita fikirkan sebelum nasi menjadi bubur. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

mariana berkata...

cis cina celaka.umno gila..bagilah semua wahai umno .bini kau pun kau bagi kat cina tu...dasar celaka.

wasabi berkata...

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee kecewa dengan pendirian Soi Lek dan menyifatkan Presiden MCA itu masih menyimpan sikap prejudis dan iri hati terhadap orang Melayu di negara ini.

Katanya, kuota 30 peratus itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan kedudukan orang Melayu sebagai masyarakat pribumi negara ini yang masih jauh ketinggalan dalam sektor berkenaan.

"Orang Melayu sudah terlalu banyak bertolak-ansur dan berkorban supaya kemakmuran ini dapat dikecapi bersama oleh bukan Melayu atas semangat perpaduan dan kepentingan negara.

"Justeru, apa salahnya jika bukan Melayu membiarkan kuota tersebut dikekalkan yang mana bakinya telah berjaya mereka kuasai tanpa ada sedikitpun halangan daripada kerajaan," katanya.

wasabi berkata...

Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar turut bersetuju bahawa rakyat keturunan Cina yang ada di Malaysia sekarang tidak lagi boleh dikategorikan sebagai pendatang selepas beberapa generasi.

"Memang nenek moyang mereka adalah pendatang dari benua Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu tetapi selepas beberapa generasi mereka sudah diterima sebagai warganegara," jelasnya.

Bagaimanapun, kata beliau, rakyat bukan Melayu seharusnya menerima hakikat bahawa mereka berasal dari susur-galur keturunan pendatang walaupun mereka kini bukan lagi berstatus pendatang.

"Mereka kena terima hakikat ini sebab mereka masih meneruskan warisan dan budaya dari negara asal.

"Contohnya, kaum Cina yang masih meraikan pesta tanglung dan kuih bulan sebagai budaya yang tidak boleh ditinggalkan mereka," katanya.