Khamis, Julai 01, 2010

Shahidan Kassim tempelak pembohongan dan fitnah ulama PAS Hosni Mubarak!
















Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim menyangkal dakwaan kononnya terdapat segelintir daripada 40 ulama muda diperdaya menyertai UMNO dalam satu majlis di ibu negara baru-baru ini.

Sebaliknya, beliau menegaskan, dakwaan seorang ustaz, Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, bahawa dia bersama tiga lagi rakannya ditipu merupakan satu fitnah kerana mereka tidak pernah dijemput menghadiri majlis berkenaan. Shahidan yang mengelolakan majlis itu berkata, dakwaan berunsur fitnah itu sengaja dibuat pihak tertentu yang tidak senang dengan reputasi UMNO yang semakin menarik minat golongan ulama di negara ini.

"Keempat-empat mereka ini tidak diundang pun ke majlis tersebut malah nama mereka tiada dalam senarai ulama muda yang menyertai UMNO. Jadi macam mana mereka boleh kata kita paksa, kalau paksa buat apa datang (majlis). "Ini satu fitnah, pembohongan besar. Kalau enggan menyertai UMNO sekalipun, janganlah menyusup masuk dalam majlis orang dan selepas itu buat pula fitnah sebegini besar untuk aibkan orang lain," katanya.

Shahidan yang juga Penasihat Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Peluang-Peluang Ekonomi NCER di sini hari ini. Laman web Pas, Harakahdaily semalam memetik kenyataan Hosni yang mendakwa bahawa dia dan tiga lagi ulama lepasan universiti di Jordan dijemput hadir pada majlis itu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Dalam laman web itu, Hosni dipetik dalam satu ceramah anjuran Pas sebagai berkata, dia dan rakan-rakannya menafikan mahu menyertai UMNO sebaliknya diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil jurugambar. Salah seorang ulama muda yang menyertai UMNO pada majlis itu, Fathul Bari Mat Jahaya dalam satu kenyataan bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan mengesahkan Hosni dan tiga rakannya tiada dalam senarai mereka.

Sambil mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul Bari yang juga anak bekas Mufti Perlis itu berkata:

"Kalau ditipu, kenapa mereka tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan."

Shahidan bagaimanapun menjelaskan, beliau sendiri hairan melihat kehadiran beberapa individu yang tidak dikenali pada majlis itu dan sempat meminta penjelasan daripada seorang kakitangan kerajaan yang membawa mereka.

"Saya diberitahu mereka hanya nak meluangkan masa jumpa dan bersalam dengan Perdana Menteri, kita tidak jemput malah nama mereka ini pun tidak ada dalam senarai 40 ulama yang menyertai UMNO pada majlis itu.

"Kalau ikut logik takkanlah mereka pusing-pusing Kuala Lumpur dan tiba-tiba berada dalam PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) dan dipaksa pula sertai parti, ini dakwaan sangat bodoh. Kalau dipaksa sekalipun, balik sajalah," tegasnya.

Bekas Menteri Besar Perlis itu menegaskan, beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana namanya dikaitkan dalam penyiaran dakwaan tersebut.

Sebelum itu : PAS dan HARAKAH cuba sabotaj penyertaan Ulama Muda ke dalam UMNO!

'Hosni ulama tak diundang Umno'

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya - antara 40 ahli agama yang menyertai parti itu - menafikan terdapat antara mereka yang 'diperdaya' bagi menghadiri majlis serahan borang keahlian kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Menurut Fathul, pihak mereka, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai pengelola majlis itu tidak pernah mengundang Hosni Mubarak Abdul Hamid bagi tujuan itu.

"Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami," katanya mengulas laporan Harakahdaily hari ini yang memetik Hosni sebagai berkata beliau dan rakan-rakannya dijemput hadir untuk bertemu Najib dan bukannya hendak menyertai Umno.

Akhbar web PAS itu juga melaporkan Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi ulama lepasan universiti di Jordan diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar.

"Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja," Hosni dipetik sebagai berkata dalam sebuah ceramah.

Fathul pula ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya masih hairan dengan kehadiran Hosni dan rakan-rakannya. "Kami tidak tahu siapa jemput," jelas anak bekas mufti Perlis itu. Katanya, penafian pihaknya hari ini "bukanlah soal masuk Umno atau tidak" tetapi sebagai ulama, Hosni tidak harus membuat kenyataan sebegitu.

"Kami juga mahu nama Shahidan dibersihkan (daripada tuduhan itu)," kata anak kepada Mat Jaya Hussin yang berkhidmat sebagai mufti dalam era kepimpinan Shahidan di Perlis. Mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul berkata: "Kalau ditipu, kenapa tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan."

Ditanya tentang dakwaan yang dilaporkan dalam akhbar sama bahawa seorang lagi ulama Wahab Abdullah yang mendakwa turut 'diperangkap', Fahtul bagaimanapun tidak tahu tentang status perkara itu. "Yang ini saya kena semak dahulu," kata Fathul, ulama lulusan pengajian hadis daripada Jordan dan Madinah. -UM/MK

Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

Abu Faiq berkata...

Salam,

1 Smua hiruk-pikuk ini ekoran masuknya 40 ulama [?] ke dlm Umno.
Klau sja difhami dgn jlas kaitn ulama' dgn politk dari pndangn lslam, smua kecoh2 ini tdak trjadi.

2 Ulama' yg mahu [sbnarnya WAJIB]
brpolitk, bgi mreka hanya ada SATU sja pilihn jln brpolitk yg BOLEH mreka ambil, iaitu politk 'ala minhaj an-Nubuwwah, politk di ats lndasan politknya Rasulullah saw, yg, [i] misinya - hanya utk mndirikn Negra lslam [yg mmpunyai kdua2 ciri khas ini; a) mnerapkan/ mlksanakn hnya sstem hukum syariat di dalm pmerintahn, & b) kkuasaan mutlak di dlm tangan umat lslam, smntara [ii] vsinya - hanya dmi mnegakkan syariat Allah sbgai sstem yg mngatur sluruh dimnsi kehidupn mmcakup kttanegraan, yg sstem undng2, politk, ekonmi, sosial, pndidikn, diplomtk, dll di atas arel syara'. lni bgi mnepati printah Allah, mksudnya, "Wahai orng2 yg briman, msuklah kmu ke dlm lslam scara kaffah [total/ksluruhn]".

3 lslm, slain agma ritual, juga adalh agma ideolgi - ideolgi lslm, bahkn ideolgi paling bnar krana brsumbr drp wahyu [al-Qurn] yg datngnya drp Zat Yg Maha Bnar - Allah SWT.

4 Ulama' yg ikhlas pkd lslm & Allah, WAJIB yakin bahwa tjuan brpolitk mnuntut mreka mmpastikn hnya ideolgi lslm yg didukng & dprjuangkn olh parti politk yg mreka anggtai dgn misi & visi yg dsbut di ats tadi.

5 Jika mreka mrelakn prtinya mngkompromikn ideolgi lslm dgn yg lain2 spt Skular-Demkrasi-Kapitlis, sosialsme-komunisme, otokrsi-monrki dsb, yg muanya bukn saja tdak sejln dgn lslm, bahkn mmang dlahirkn utk mnghncurkn ideolgi lslm, maka mreka sngguh bnar2 brlaku khiant - Khiant kdp kpd ideolgi lslm, khiant kpd umt yg mreke pimpn, & paling keji lagi hina khiant kdp sruan Allah agr mnjdikan lslm ad-deen [sstem kehidupn] yg kaffah.

Abu Faiq berkata...

Salam,

6 Apbla mana2 ulama' mnyerti parti politk yg sjak penubhannya mmang tdak brcita2 mnegakkn Negra lslam & mlaksanakn syariat Allah sbgai pillar [tonggk] brttanegara, sbaliknya mngusung ideolgi Skular-Demkrasi-Kapitlis dgn jln politk 'matlamt mnghallkn segla cara', maka trtuntut di ats bahu ulama' itu kwajipn & tnggungjawb MENUKAR fikrah, & kaedh, iaitu ideolgi Sekular parti itu kdp politk 'ala minhaj an-Nubuwwah [ats jln kenabian] itu tadi. lnilh tuntutn ke ats ulama' brkaitn tnggungjawb mreka dlm politk dari prspktf lslm.

7 lni krana mrekalh pmbimbing umat, hamba2 yg sngt takut kpd Allah, para pwaris ambia', brsama2 umara' demi mnjadikan lslm ad-deen. Jika mreka brjaya mlaksakan ini alhamdulillah ... kita bakal menuju kehudipan di bawah naungan & rahmat syariat.

8 Namun jika mreka gagal mmahami kwajipan ini, lalu gagal pula mnegakkn politk & ideolgi lslm, pasti mreka hilng dtlan arus politk Sekular-Machiavellk,
sbagaimna tlah banyk ulama' politk sblum mereka hilng, bungkem, snyap, tdak lagi mampu mnyuarakan penegkan Negra lslam & syariat. Dan lebih hina jika ini djadikn jlan murah mraih dunia yg smentara.

Wallahu a'lam.

Abufaiq