Selasa, Julai 14, 2009

Yang Bebas, Adil, Bersih Hanya Untuk Anwar!



























Politik Malaysia akan terus berserabut selagi "bebasnya" manusia bernama Anwar Ibrahim. Untuk mengalihkan isu dari tuduhan liwat, beliau menolak untuk bersumpah, menyalahkan polis, tidak percaya mahkamah, menuduh kerajaan ada konspirasi, menggunakan mahkamah Syariah, memperalatkan media dan terbaru mengheret pula pakar-pakar perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur.

Pendek kata dalam merealisasikan misi politik dan agenda peribadinya, Anwar akan menggunakan apa sahaja kesempatan bagi memburukkan keadaan dan bagi meyakinkan rakyat bahawa beliau telah difitnah. Beliau telah mengadakan ceramah-ceramah politiknya yang penuh dengan retorik dan pembohongan - hanya satu mahu menagih simpati rakyat supaya menolak tuduhan fitnah liwat tersebut.

Kenyataan Anwar semakin berbelit-belit. Mana yang menguntungkan dia, dia puji baik, telus, ada integriti dan boleh dipercayai. Bila melibatkan diri beliau, semua konspirasi, jadi instrumen kerajaan, mahkamah tidak telus, polis khianat dan macam-macam lagi tuduhan.

Ambil contoh kes beliau dengan BPR, bila merasakan beliau untung, BPR baik, BPR bagus tapi bila hospital minta DNA, dituduhnya doktor jadi alat kerajaan sebab tidak menguntungkan beliau. Betul-betul double standard. Yang baik untuk dia sahaja dan yang buruk-buruk itu adalah untuk orang lain.

Bila mahkamah bebaskan beliau, dia merasakan sudah wujud keadilan sebab menguntungkan beliau tetapi apabila mahu didakwa ke mahkamah, dia tidak terima kerana tidak percaya mahkamah yang ada di Malaysia bebas sebab ini tidak menguntungkan beliau. Beliau menyokong polis untuk siasat Akuan Bersumpah Raja Petra sebab ada keberuntungan dan bila polis mahu siasat batang tubuhnya, Anwar kata polis ada konspirasi.

Tidakkah ini mengarut dan rakyat pula semakin terpedaya dengan manusia bernama Anwar Ibrahim ini. Mereka seakan bersedia apabila sejak akhir-akhir ini Anwar sedang merosakkan segala sistem termasuklah mempolitikkan dunia perubatan. Seperti beberapa tulisan sebelum ini, apa sebenarnya helah yang Anwar sedang cari? Apakah tujuan Anwar yang dilihat sedang meracuni fikiran rakyat untuk bersama dengan beliau, kita terima helah Anwar kalau beliau menuduh kerajaan kerana beliau sedang menggilai jawatan Perdana Menteri dan menukar kerajaan.

Kita terima kalau Anwar memperalatkan media dalam dan luar negeri kerana beliau mahu dilihat sebagai tokoh agung dunia dan kita terima kalau Anwar menggunakan mahkamah Syariah supaya Saiful mendatangkan empat orang saksi kerana untuk mendapatkan empat saksi tersebut amat sukar...hanya Anwar, Saiful dan Allah S.W.T sahaja yang tahu.

Tetapi kita tidak boleh terima dengan akal yang waras apabila Anwar mengheret profesionalisme perubatan ke dalam kancah peribadinya ataupun mengheret prosedur rawatan ataupun perubatan kedoktoran dalam permainan politik sempitnya. Anwar seakan ingin memberitahu kepada rakyat supaya jangan percayakan doktor dan kalau boleh, jangan percayakan semua orang KECUALI percayakan dia sahaja.

Cara Anwar menyerang HKL seolah-olah menyerang bersama dengan niat yang jahat - Anwar seakan habis helah, ikhtiar ataupun putar belit hingga terpaksa menjadikan doktor sasarannya. Tindakan Anwar sudah semakin melampau, Anwar seolah-olah ingin menjadikan beliau kebal daripada segala undang-undang dan peraturan.

Dengan tuduhan liwat, Anwar sanggup memperkecilkan semua sistem yang ada dalam Negara dan yang telah terbina sudah melebihi 50 tahun ini. Anwar sedang berusaha untuk lari dari isu sebenar. Anwar sedang bersungguh-sungguh untuk menutupi tuduhan liwat dari diperkatakan dan dalam masa yang sama sedang merosakkan segala sistem profesional yang ada dalam Negara.

Lebih mengecewakan lagi, apabila Anwar mengheret dan mencerca segala sistem ini, penyokongnya akan berteriak Reformasi dan kalangan PAS pula akan mengangkat tangan ke langit melaungkan Takbir.Apakah mereka ini telah buta hati perutnya hanya kerana begitu "mencintai" Anwar? Dan mengangkat takbir pun tengoklah sumber mana kenyataan tersebut, kalau sumber itu datang dari orang fasik dan munafik, berdosa kita kerana bersubahat. Bila Gobalakrisnan baca hadis, terpekik terlolong penyokong PAS menjerit Allah Hu Akhbar. Nauzubillah..!

Apakah tidak wujud kesedaran di dalam diri mereka terutama sekali di kalangan tokoh-tokoh agama seperti Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din dan ramai lagi untuk menasihati Anwar supaya kembali kepada perkara asas iaitu liwat dan Anwar tidak perlu merapu mencari dahan ataupun daun-daun kering bagi menutup daripada menjawab kepada tuduhan tersebut.

Kalau Nik Aziz ataupun Haji Hadi tidak percayakan doktor, mana mungkin apabila diserang sakit jantung ataupun apa sahaja penyakit, mereka ini mencari doktor-doktor pakar dalam Negara. Kalau Nik Aziz tidak percayakan kepada polis, mana mungkin beliau menerima dengan reda penahanan anak beliau untuk di ISA. Dan apalah sangat dengan kedudukan Anwar hanya seorang Penasihat parti kalau mahu dibandingkan dengan kedua-dua tokoh ini.

Anwar kena percaya kepada Qada dan Qadar Allah S.W.T.
Dan kalau benar Anwar tidak bersalah, tidak meliwat - yakinlah bahawa Allah akan bersama dengan orang-orang yang benar dan yakinlah tidak akan ada perbuatan khianat kerana Allah tidak akan membenarkan sebarang perbuatan khianat dilakukan oleh orang lain terhadap orang yang baik-baik.

Suara Politik
Taminsari

5 ulasan:

kelambuharimau berkata...

bro..ko tolong aku daftar nak jadi ahli PKR camane? tolonglah sebab aku nak sangat jumpa anuar tu..aku dengar anuar tu bagus dan baik orangnya?betul ke? bukan pe..aku cuma nak liwat dia..amacam?dia asyik liwat orang jer..biar aku liwat pulak tengokk...sape yang terkincut nanti

kelambuharimau berkata...

engko tak rasa ke yang wan azizah tu pun anuar liwat?eh..bukan diliwat..dimasukan kemaluan ke dalam dubur..dubur? stor kunyit daaa

Taminsari berkata...

Salam kelambuharimau...rasa-rasanya aljuburi ni pun belum daftar ahli PKR kot..takut mencemar parti..sebab itu Anwar jadi ketua umum sajer? Jadi kalau nak menyontot dia, buat appointment ajer! Jangan lupa bawa cctv ke, video camera ke so that nanti ada barang bukti..kalau ikutkan umur Bro lagi POWERlah kot..! Takut dia merangkak nanti..tak ada insuran berani cover!!! ha..ha.ha..Tentang Kak Wan tu idak tahulah teman..nanti jumpa anwar tanyelah pada dia..kah..kah..kah..

sang kegelapan berkata...

menerjah jaring2 perjuangan..

Anak Lenggong berkata...

Ini lah dia perangai sebenar anuar...dia pandai bermain kata2 sehingga boleh melekakan orang lain...kebanyakan sokongan yang dia terima adalah dari kalangan muda yang mengikut trend semasa (membangkang kerajaan. kebanyakan mereka merupakan penyokong baru dimana mereka mengikuti perkembangan politik selepas nuar keluar daripada penjara.
Cuba lihat semula kemana pegi nya penyokong lama anuar sewaktu penubuhan reformasi dahulu..kebanyakan nya sudah undur diri sebab mereka sudah sedar mereka hanya dipergunakan oleh anuar untuk kepentingan peribadinya sahaja..

p/s kelambuharimau..kalau ko nak rasa bontot nuar tu ko kena tengok dulu muka ko kat cermin ..comel ke tak...sebab nuar ni pemilih sikit ..kebanyak orang kanan dia semua nya comel2...kah kah kah..cuma ketua AMK tu je yang perut gendut cam lembu..kah kah kah