Khamis, Julai 02, 2009

Islam Pas Mengikut Telunjuk Pakatan Rakyat!




















Tanpa menyentuh isu penubuhan negara Islam, Pas akhirnya tunduk kepada tekanan dua rakan lain dalam gagasan itu yang menentang penubuhan negara Islam. Ini nyata kekalahan besar Pas yang tidak boleh lagi berselindung dengan memberi ruang yang secukupnya kepada dua parti yang sememangnya ditolak secara total oleh rakyat iaitu DAP dan Keadilan. Selain kekalahan moral, persetujuan Pas dengan setiap kali manifesto pilihanraya, mengikis imej keIslaman parti itu. Hakikatnya,Islam hanya dijadikan alat oleh Pas.

Pas yang kononnya memperjuangkan Islam akhirnya tunduk kepada tekanan terutama DAP yang sejak awal-awal lagi menentang sebarang usaha penubuhan negara Islam. Penyokong Pas seharusnya berhak mempertikaikan manifesto Pakatan Pembangkang itu. Mereka boleh mengajukan persoalan apakah Pas benar-benar ikhlas mahu mengangkat martabat dan syiar Islam? Atau apakah pemimpin mereka bermain sandiwara dan mempermain-mainkan Islam untuk kepentingan politik? Di mana suara Pas dalam barisan pembangkang sehingga apa bentuk tindakan barisan itu hanya menggambarkan suara DAP dan Keadilan.

Di manakah letaknya kelantangan dan keberanian Ustaz Hadi berhadapan dengan pemimpin anti-Islam dan Melayu khususnya DAP kerana Haji Hadi hanya berkata : “Kita dapat mencapai satu persetujuan untuk meletakkan asas bagi membentuk sebuah negara Malaysia yang adil.” Ke mana perginya ‘hasrat membentuk sebuah negara Islam’ yang diperjuangkan Pas hampir 50 tahun lalu? Apakah Ustaz Hadi memberi jawapan itu sekadar hendak menjaga hati DAP atau dia tenggelam punca dan mati akal atau kelu lidah di depan rakan politiknya yang lain?

Jelas pemimpin Pas memang tidak bermaruah, masih lagi tergila-gilakan kerjasama dengan DAP sedangkan parti itu sendiri tetap dengan pendiriannya menentang Islam. Namun demi memenuhi hasrat dan mimpi pemimpinnya, Pas sanggup memfitnah, memutarbelitkan agama dan mengeluarkan fatwa politik yang sepatutnya bukan dilakukan pemimpin yang mendakwa dirinya Islam tulen.

Umat Islam tidak lupa manifesto Pas pada setiap kali pilihanraya akan sentiasa berubah juga mengesahkan Pas memang tidak berminat memperjuangkan Islam sebagaimana matlamat asal penubuhan parti itu. Pas sudah tidak lagi layak memakai label nama parti Islam kerana terbukti parti itu memang tidak berupaya bergerak ke arah itu.

Masihkah kita ingat lagi ketika Barisan Altenatif ditubuhkan dan Pas mendapat lafaz talak tiga dari DAP? Pertentangan ideologi yang wujud antara DAP dan Pas yang menggugat kerjasama antara parti pembangkang sukar disembunyikan lagi apabila DAP mengakui parti itu menghadapi konflik kepentingan dengan Pas.

Konflik kepentingan yang wujud antara DAP dengan Pas timbul disebabkan manifesto bersama yang dilancarkan oleh barisan pembangkang telah tidak menyebut mengenai penubuhan sebuah negara Islam. Menurut DAP, Pas boleh berbuat apa sahaja yang mereka suka termasuk memperjuangkan sebuah negara Islam tetapi tidak harus mengaitkan perjuangan parti itu dengan barisan pembangkang.

Jelas dalam pakatan pembangkang ini DAP terus angkuh manakala Pas lebih rela menjadi tikus mondok yang hanya mengiyakan sahaja apa jua tindakan walaupun ia bersifat membelakangkan Islam. DAP berlagak seperti “big brother” cuba menekan Pas dan begitu biadap mempersoalkan displin pemimpin Pas. Di manakah maruah sebenar Pas dalam situasi ini.

DAP juga dilihat macam “kudung dapat cincin” cuba menyerapkan budaya parti itu yang suka memecat ahli-ahlinya dalam parti lain. Dalam barisan alternatif ini, Pas betul-betul dijadikan hamba pada DAP hingga terpaksa tunduk dengan setiap tindakan yang ingin dilakukan DAP. Pas hilang suara, Pas hilang maruah, Pas hilang kuasa akibat gila kuasa dan terkurung dalam kebodohannya.

Barisan alternatif ketika itu hanya retak menanti belah kerana pemimpin Pas dan penyokongnya tidak akan mahu selama-lamanya menjadi macai DAP. Kalau Pas masih sayangkan pakatan ini jadilah Pas sebagai macai yang dungu yang sentiasa tunduk di bawah telunjuk DAP, si kafir yang tak pernah menghormati Islam dan Ketuanan Melayu ini.

Pas sanggup perjudikan matlamat perjuangan semata-mata mahu bergabung dengan DAP! Pas begitu mudah memaafkan Karpal Singh yang bermati-matian mempertahankan ideologi DAP dan meminta supaya melangkah mayatnya dahulu sebelum tertubuhnya negara Islam Pas! Manakala DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu, sanggup terima Pas dalam Pakatan Rakyat untuk menghancur dan memecahkan undi orang Melayu/Islam?

Pas yang semakin sedar yang parti itu tidak dapat menarik majoriti orang Melayu Islam, sanggup bersekongkol dengan DAP dan " buat-buat " lupa apa yang telah dilaung-laungkan sebelum ini demi matlamat dan cita-cita untuk kekal berkuasa di Kelantan, Kedah dan seterusnya merampas kuasa dan tampuk pemerintahan di Malysia. Jadi apakah makna maufakat mereka sebenarnya?

Kesimpulannya, ketiga-tiga parti pembangkang itu bertemu jodoh kerana ada satu persamaan antara mereka iaitu memiliki sifat ekstrim. Perkahwinan hanya atas sifat gila kuasa dan keras kepala. Pas dengan label taksub dan ekstrim agama, DAP bersifat chauvanis dan perkauman, manakala Keadilan masih tidak ketentuan hala tuju.

Pakatan yang cuba dilakukan walaupun berlainan ideologi dan matlamat tetapi dibuai satu mimpi iaitu berkuasa walau dengan cara yang boleh merosakkan masa depan rakyat dan negara. Mereka sebenarnya cuma saudagar mimpi yang cuba mempengaruhi rakyat untuk terus lena bersama mereka tanpa sebarang tujuan.

Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam bro,

Pakatan ni sedang retak menunggu belah. Nanti kalau mereka ni berpecah, UMNO juga yang disalahkan. Dah leh agak dah.....hehehe

Taminsari berkata...

Salam Sdr.Amir..

Inilah yang dikatakan tidur sebantal, tapi mimpi lain-lain. Yang nyata adalah Pas telah menyalahgunakan ugama demi kepentingan politik mereka.Mudah-mudahan mereka diberi petunjuk untuk kembali kepangkal jalan.