Selasa, Julai 28, 2009

'Pergi jahanamlah UMNO' - Nik Aziz!




















''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.''

Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin.

Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Beliau berkata, kesediaan untuk bekerjasama disebabkan negara ini mengamalkan sistem persekutuan dan di antara kerajaan negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing.

"Sistem yang diamalkan kita ialah federalisme, bukan kerana apa, Pusat ada kewajipan kepada negeri dan negeri ada kewajipan kepada Pusat.

"Kerana apa nak sekat (peruntukan dan kerjasama), ada menteri sekat pegawainya beri kerjasama dengan kementeriannya, ini bukan menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Ternakan sempena Hari Peladang peringkat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pandangan pelbagai pihak terhadap kenyataannya sebelum ini yang mahukan sebarang sengketa di antara kerajaan negeri dan Pusat diselesaikan demi kepentingan rakyat.

Kenyataan itu juga disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengalu-alukan kesediaan Nik Abdul Aziz untuk menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat.

Nada Nik Aziz amat berbeza dengan kenyataannya pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang menyamakan UMNO sebagai tunjang utama kepada Barisan Nasional (BN) dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis, Chin Peng.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat yang tidak menyalurkan terus peruntukan kepada kerajaan negeri untuk membangunkan negeri ini kerana ia jelas melanggar Perlembagaan.

"Memang tidak ada dalam Perlembagaan, negeri pembangkang dihalang oleh Pusat, apa kata kalau parti lain kuasai Pusat.

"Kami juga buat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan halang peruntukan, tujuan apa tak bagi duit terus kepada kerajaan," jelasnya.

Katanya lagi, walau apa sekali pun, Kerajaan Pusat perlu membantu kerajaan negeri kerana ia termaktub dalam Perlembagaan di bawah sistem federalisme.

"Negeri ini bukan hak UMNO, kalau tak bantu, dia kena bantu negeri ini bukan dengan sukarela, tetapi dengan Perlembagaan.

"Kalau tak buat kita gulinglah. Pandailah kita guling, misal yang selalu saya kata, nak pergi ke Kuala Krai, tapi pemandu bawa bas ke Terengganu. Adakah boleh dengan riuh rendah sahaja. Kita kena tolak pemandu ambil stereng dan pandailah kita buat," katanya.- UM, KOTA BHARU 27 Julai .

Komen : Pesan untuk Pok Nik...Siapa tunjang utama kepada Barisan Nasional (BN) kalau bukan UMNO. Jadi kalau nak bekerjasama dengan kerajaan Pusat, bermakna bekerjasama dengan UMNO juga. Sebenarnya Pok Nik mahu, tapi malu? Tak payahlah lagi putar belit kenyataan. Rakyat dah muak!!!

Suara Politik
Taminsari

15 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Aku dah cakap semalam tok nik ajis nie dah nyanyok ari ni cakap lain besok cakap lain ...sebab dia tak ingat apa yang telah diucapkan dan dilakukan sebelumnya..

Semalam masa tengok berita di TV terkejut aku anak beranak bila dengan saorang tua yang berlebai berjanggut sejemput dan mengaku tebal ilmu agamanya mengucapkan perkataan"PERGI JAHANAM DENGAN UMNO" ...terasa malu dengan anak2 bila saorang yang mengaku tinggi ilmu agamanya berkelakuan sebegitu rupa..ini kah ajaran islam yang diterapkan oleh orang tua puaka ni...adakah ini contoh yang terbaik hendak diajar kepada anak2 supaya mendekati agama islam..bukan kah islam itu suatu yang suci...aku tak heran sekiranya penyokong PAS berkelakuan sebegini rupa disebabkan ketua ulamak mereka situa kutuk nie berperangai sedemikian rupa..adakah ini cara baru untuk mentarbiah ataupun dakwah baru yang dibawa oleh nik ajis supaya masyarakat mendekati islam.

Yang bangang nya...adakah dia lupa ..yang menerajui kerajaan pusat tu siapa..bukan kah kebanyakanya daripada umno..inilah orang kata bodoh tak nak mengaku pulak..tapi bercakap seperti orang yang tiada otak dan tidak dapat memikirkan pemerintahan kerajaan pusat itu diterajui oleh siapa..kepada pemimpin kerajaan puasat...lain kali tak perlu nak buat komen balas selepas golongan pakatan riot ni membuat sebarang kenyataan..lihat dan teliti dahulu permainan dan langkah yang diambil oleh puak ini dan baru lah beri ulasan..kalau tidak sebegini lah jadinya..dulu maukan kerajaan perpaduan..isu ni dicadangkan oleh hj hadi..tetapi setelah dengan ikhlas diterima oleh pemimpin pusat dan setelah disergah oleh puak mereka sendiri..dikalihkan serta yang dipersalahkan adalah kerajaan pusat...

Minta..maaf disebabkan aku berkasar sebegini rupa..sebelum ini aku jarang nak berkasar..tetapi disebabkan rasa malu aku kepada pertanyaan daripada anak yang bertanya "AYAHH...BOLEH KE PAK LEBAI BERCAKAP MACAM NI..BUKAN KE TUHAN MARAH KALAU BERCAKAP MACAM NI"...

Lin berkata...

salam sdr belantan

bahasa yang terkeluar dari mulut kita ini akan melambangkan akhlak kita dan iman kita...

lebih2 lagi kalau kita ni bertaraf ulamak...

maka kalau beginilah caranya nik aziz memberi komen terhadap UMNO susahlah nak ulas pasal dia ni...

bungaraya berkata...

Sesiapa diantara kita yang masih percaya bahawa Nik Aziz itu adalah seorang ulamak, tentunya mereka itu telah silap membuat pentafsiran. Nik Aziz adalah seorang ahli politik yang telah berusia lanjut dan nyanyok!!!. Banyak daripada ucapannya telah jauh menyimpang dari akal yang waras. Dengan siapa di Kerajaan Pusat yang beliau memerlukan kerjasama. Bukankah kerajaan Pusat itu terdiri dari komponen parti BN termasuk UMNO sebagai tulang belakangnya yang tengah memgeng tampuk pemerintahannnya?
Untuk bergelar seorang ulamak, bukan sahaja dipandang pada watak dan pemakaiannya, malah ilmu yang ada terluah dari mulutnya. Kalau ia berbahasa kesat, itu sudah mengambarkan statusnya sama seperti samseng jalanan. dan tidak layak digelar ulamak.

Sheikh AL Zarafee berkata...

Itulah peribadi Ulamak Pas - Nik Aziz . Berbohong , menipu , bermulut cabul , memaki hamun dan sentiasa menghalang usaha usaha kearah kebaikan .

Orang Tuan ni bukan sahaja Nyanyok tetapi turut menyesatkan pengikut pengikut yg membuta tuli .

Tiada apa yg boleh dibanggakan dengan Mursyidul Am ini . Bukan UMNO yang Jahanam ..Tetapi Nik Aziz lah yang bakal jahanam sebagaimana sumpahnya .

Bermuhasabahlah wahai Tua Kutuk . Tinggalkanlah warisan yg baik untuk dikenang sebelum anda mati.

Godisuno berkata...

itulah Islam gaya PAS. Mereka bebas berbuat apa saja. Jika ada ulama bukan PAS memberi teguran, maka ulama itu akan dikutuk kerana mereka lebih Islam dari Ulama itu. Jika ulama luar memberi kenyataan menyokong maka ulama itu adlah ulama sebenar. Sebenarnya PAS riak dengan persepsi keimanan mereka. sifat riak hanya mendekatkan Syaitan kepada mereka.

Taminsari berkata...

Salam buat Anak Lenggong,Tungaklangit,bungaraya,Sheikh Al Zarafee dan Godisuno. Terima kasih diatas ulasan yang diberikan.

Sudah terjawab kini tentang "teka-teki" perihal "salam" yang Nik Aziz hulurkan. "Salam" dihulurkan, tidak sangka mengandungi "niat" yang terpesong. Katanya yang begitu umum tentang "salam"nya itu membuatkan beberapa kalangan pemimpin UMNO yang tidak suka bersangka buruk menyambut baik "salam" Nik Aziz itu.

Keikhlasan pemimpin UMNO menyambut salam itu terpamer pada "sambut salam" dari Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin UMNO. Saya juga secara peribadinya, merasa agak berdukacita dan kecewa dengan akhlak "flip-flop" Nik Aziz dalam hal penyatuan Umat Islam di Malaysia yang ditunggu-tungu lebih 5o tahun lamanya.

Nik Aziz dengan bangganya menyatakan bahawa kenyataannya itu diputar belitkan. Apa yang Nik Aziz maksudkan dengan "salam" itu ialah kerjasama dan hubungan baik antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat. Nik Aziz mengharapkan agar hubungan baik ini akan membuahkan hasil "lumayan" kepada Kelantan.

Mungkin Nik Aziz mendakwa bahawa Kerajaan Pusat tidak menyalurkan peruntukan untuk Kelantan dalam perbentangan budget tahunannya. Padahal, ada lagi negeri lain yang lebih kurang peruntukannya berbanding Kelantan.

Pernah dahulu Anwar Ibrahim "menempelak" Kerajaan Kelantan untuk "berjimat cermat" setelah diberikan peruntukan lumayan. Hakikatnya, Nik Aziz tidak pernah bersyukur pada Allah dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang memberikan peruntukan tersebut.

Malah Kerajaan yang memerintah dikatakan "Kerajaan Taghut" pulak..dalam erti kata lain sebenarnya Nik Aziz " mahu tapi malu"..hidung tak mancung, pipi terserong-serong...wallahuallam.

torashah berkata...

Kaji keikhlasan Pas hulur 'tangan' kepada Kerajaan Pusat

SEBAIK sahaja membaca laporan berita mengenai kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menghulurkan tangan' kepada Kerajaan Pusat, timbul tandatanya sejauh mana pemimpin itu ikhlas berbuat demikian.

Benarkah pemimpin yang terkenal dengan pendirian menjadikan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO 'musuh ketat' benar-benar serius atau sekadar menanam tebu di tepi bibir?

Sejarah menunjukkan Mursyidul Am Pas itu tidak pernah sebulu jauh sekali bersedia untuk bekerjasama dengan BN atau Pas.

Idea kerajaan perpaduan ditolak mentah-mentah oleh pemimpin itu lantaran BN atau UMNO disimpulkan bergelumang dengan dosa dan tidak layak bersama parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

Lebih daripada itu, UMNO disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis kerana kononnya parti itu menolak Islam.

Seolah-olah tidak ada satu pun dasar yang diperkenalkan kerajaan BN yang tonggak utamanya adalah UMNO bercirikan Islam.

Belajar daripada sejarah penolakan sebarang bentuk kerjasama Pas-UMNO oleh Nik Abdul Aziz, mendorong keyakinan bahawa kenyataan terbaru beliau pasti akan ada susulan negatif.

Dan ia terbukti benar hari ini. Di sebalik reaksi positif kalangan barisan pemimpin BN, Menteri Besar Kelantan itu menempelak UMNO. ''UMNO pergi jahanamlah''. Kata-kata sedemikian bukan sesuatu yang luar biasa keluar dari mulut pemimpin Pas itu. Ayat-ayat lebih teruk daripada itu pun pernah dilontarkan oleh Mursyidul Am Pas tanpa ada rasa bersalah jauh sekali mahu meminta maaf.

Sebab itu apabila ada 'salam Pas untuk Kerajaan Pusat', sepatutnya tidak perlu ada reaksi positif atau mengalu-alukan kenyataan yang tidak diketahui paras keikhlasannya.

Barisan pemimpin kerajaan BN sepatutnya mengambil sikap 'biarkan, tunggu dan lihat'. Perlu juga dikaji apa sebenarnya motif tersembunyi di sebalik cubaan berbaik-baik itu sedangkan selamanya pemimpin Pas itu tidak pernah mementingkan semangat kerjasama dengan UMNO atau BN.

Sebelum Nik Abdul Aziz menghulurkan salam, beliau ada menekankan tentang perbezaan ideologi politik antara Pas dan UMNO terutamanya semasa pilihan raya kecil DUN Manek Urai hanya kerana 'pilihan raya'.

Tetapi hari ini nada Nik Abdul Aziz berbeza. Kesanggupannya bekerjasama dengan kerajaan BN kerana Perlembagaan menetapkan dasar Federalisme. Di bawah dasar itu, kerajaan BN mesti membantu membangunkan kerajaan negeri Kelantan. Ini kerana, menurut Menteri Besar Kelantan itu, dasar Federalisme meletakkan beban dan tanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan membantu kerajaan negeri. Satu fakta yang tidak disentuh Nik Abdul Aziz adalah UMNO merupakan sebahagian daripada kerajaan BN. Paling penting pemimpin yang menerajui Kerajaan Persekutuan dari dulu sehingga kini adalah dari UMNO.

Mengapa tatkala mahu menjalin kerjasama semata-mata untuk mendapatkan ehsan kerajaan Pusat untuk membawa kemajuan kepada Kelantan, Menteri Besar itu mengetepikan fakta-fakta penting itu?

Mengapa untuk mendapat habuan berkepentingan sendiri, fakta UMNO berada dalam BN dipinggirkan? Bukankah BN itu mewakili UMNO, MCA, MIC dan parti komponen lain yang tidak pernah diterima oleh Pas?

Pemimpin BN perlu belajar daripada insiden seperti ini yang ulang tayangnya bukan sekali malah berkali-kali.

Kaji dulu keikhlasan Pas sebelum menyambut salam yang dihulur. Lihat dulu sama ada tangan yang menghulur itu bersih atau bersalut dengan 'agenda negatif' yang tidak perlu menunggu lama untuk disaksikan kebenarannya.

torashah berkata...

Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam sebenar

KUALA LUMPUR 28 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain.

Katanya, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya memberi contoh terbaik kepada ummah dan bukannya memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan kepada pihak lain.

"Nik Aziz juga tidak sepatutnya melabelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan Islam sebenar.

"Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang Islam sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyebut ungkapan kurang sopan 'pergi jahanamlah UMNO' ketika diminta mengulas 'salam' kerjasama di antara UMNO dan Pas.

Semalam, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, 'salam' kerjasama yang dihulurkan sebelum ini adalah atas hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri yang tiada kaitan sama sekali dengan kesediaan membentuk kerjasama antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, beliau tetap dengan pendirian menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Ahmad Zahid menambah, jika Nik Aziz atau kerajaan negeri Kelantan mahu berbaik-baik dengan kerajaan Pusat hanya kerana ada udang di sebalik batu, lebih baik lupakan sahaja hasrat tersebut.

Ini kerana, jelasnya, Nik Aziz sendiri tidak pernah ikhlas untuk menjalin hubungan dengan mana-mana pihak sama ada kerajaan Pusat atau UMNO sendiri.

"Lupakan saja hasrat tersebut," ujarnya.

torashah berkata...

Sah Nik Aziz seorang 'tok guru politik'

KOTA BHARU 28 Julai - Kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat tetapi menolak kerjasama dengan UMNO mengesahkan bahawa beliau adalah seorang 'tok guru politik'.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad berkata, ia juga jelas menunjukkan Nik Abdul Aziz hanya mementingkan politik berbanding perpaduan ummah.

Beliau berkata, jika alasan Perlembagaan yang menjadi ukuran, Kerajaan Pusat telah lama menunaikannya malah turut memberikan 'bonus' kepada Kelantan.

''Kenyataan terbaru ini menunjukkan Nik Abdul Aziz tak boleh pakai lagi sebab terlalu retorik dan lebih mementingkan politik daripada perpaduan ummah, politik lebih daripada segala-galanya.

''Hubungan Kerajaan Pusat dengan negeri sudah lama baik, yang wajib (peruntukan) sudah dapat, yang sunat pun dah diberi seperti soft loan. Jika tidak, Kelantan tidak akan berada seperti hari ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menjelaskan 'salam' yang dihulurkan adalah hanya untuk hubungan di antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat tanpa melibatkan Pas dan UMNO.

Mursyidul Am Pas itu juga mengeluarkan kenyataan keras untuk menegakkan pendiriannya menolak sebarang kerjasama dengan UMNO apabila menyatakan: ''Pergi jahanamlah UMNO''.

Alwi yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri berkata, Nik Abdul Aziz tidak memahami peraturan kerajaan untuk menyalurkan peruntukan kepada negeri-negeri.

''Beliau tidak faham peraturan kerajaan sebab itu dia ingat duit semua kena bagi dekat kerajaan negeri, cuma ada kaedah ada saluran.

''Kerajaan negeri ada saluran, tak boleh tukar kaedah. Sama saja di seluruh negara contohnya di Sabah dan Terengganu ada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) selepas kita menang.

''Negeri lain kita perintah ada juga, cumanya tidak dipanggil JPP, ia diketuai oleh Pegawai Kemajuan Negeri yang datang dari Jabatan Perdana Menteri juga,'' katanya.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz hanya berselindung di sebalik watak dan pakaiannya manakala wajah sebenarnya tidak nampak.

Mengulas perkataan jahanam yang digunakan, Alwi berkata, ia sepatutnya dilemparkan kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh.

''Jahanam adalah sebenarnya neraka untuk orang kafir, Karpal Singh yang patut jahanam sebab dia kata langkah mayatnya dulu sebelum tubuh negara Islam, UMNO tidak pernah menentang Islam.

''Pokoknya Nik Abdul Aziz tidak boleh pakai selepas ini, saya tak nak komen lagi, buang masa, saya hanya berdoa dan memohon agar dia mendapat taufik dan hidayah,'' katanya.

torashah berkata...

Jangan layan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 28 Julai - ''Lupakan saja Nik Aziz, perpaduan dalam Pas pun dia tak boleh nak selesai inikan pula nak tengok dia jayakan agenda perpaduan ummah.''

Itu antara reaksi beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu mengulas tindakan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bukan sahaja berkeras menolak kerjasama dengan UMNO malah mengeluarkan kata-kata 'pergi jahanamlah UMNO'.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, Nik Aziz memang patut dilupakan bukan sahaja kerana beliau gagal membawa perpaduan dalam partinya sendiri tetapi juga tidak pernah ikhlas menjayakan perpaduan ummah.

Menurutnya, apa yang jelas, niat Menteri Besar Kelantan itu hanya satu iaitu untuk menghancurkan UMNO, sama dengan rakan politiknya yang bukan Islam iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

''Bukan apa, orang Pas sendiri tertanya-tanya siapa ketua mereka, Nik Aziz ke Abdul Hadi Awang (Datuk Seri). Pas sendiri jadi tak bersatu padu sebab ada yang lebih daripada Presiden. Jadi biar Nik Aziz dengan urusan DAP dan PKR.

''Tanpa Pas pun kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini mampu wujudkan perpaduan. Tak payah UMNO buang masa fikir perpaduan Melayu dengan Nik Aziz, yang penting rakyat tahu bukan UMNO tolak perpaduan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Aziz semalam menegaskan 'salam' kerjasama yang dihulurkan sebelum ini adalah atas hubungan antara Kerajaan Pusat dan negeri yang tiada kaitan sama sekali dengan kesediaan membentuk kerjasama antara Pas dan UMNO.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, sikap terbaru Nik Aziz itu amat dikesali apabila Mursyidul Am Pas itu lebih mementingkan kehendak politik berbanding perpaduan Islam dan Melayu yang mendesak kini.

Menurutnya, Nik Aziz sepatutnya sedar apakah bekerjasama dengan DAP dan PKR bagi menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu menjamin pemerintahan negara ini terus ditunjangi kepimpinan Islam dan Melayu.

''Jadi, tak payah tumpu perhatian kepada Nik Aziz, minat dia bukan perpaduan Islam dan Melayu sebaliknya untuk menggugurkan kuasa UMNO dan BN, sama dengan niat DAP dan PKR nak hancurkan parti Melayu.

''Nik Aziz dah menyeleweng, jadi macam tak berguna lagi. Orang sudah berjanji dengan rakan politiknya yang bukan Islam untuk hancurkan UMNO, jadi kini dia pun utamakanlah tuntutan politik daripada tuntutan agama.

bersambung.

torashah berkata...

sambungan..

Sehubungan itu katanya, pada peringkat ini UMNO dan BN perlu memperkuatkan diri sendiri dan menyakinkan rakyat tentang penyelewengan kerajaan pembangkang di beberapa negeri.

Setiausaha Majlis Muafakat Melayu (MMM), Prof. Madya Datuk Dr. Zainal Abidin Borhan pula tetap berharap agenda perpaduan Melayu dapat diteruskan oleh UMNO dan Pas tanpa perlu memberi reaksi terhadap tindak tanduk Nik Aziz.

Katanya, usaha ini penting kerana cabaran yang sedang menanti orang Melayu semakin dahsyat sehingga kini sudah seakan wujud gerakan yang memburukkan jabatan-jabatan kerajaan yang diterajui pegawai Melayu.

''Kini tengok pegawai Melayu dalam agensi penguat kuasa dikecam hebat seakan ia sengaja dirancang bagi menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa pegawai Melayu tidak layak menjadi peneraju.

''Mempertahankan Melayu juga dianggap rasis malah dituduh kita aparteid pula. Jadi kalau UMNO dan Pas tak bersatu, ke mana orang Melayu nak cari jawapan bagi mempertahankan maruah diri,'' ujarnya.

Sebab itu jelasnya, hubungan antara UMNO dan Pas mesti wujud dan jalan bagi menemukan dua parti ini di meja perbincangan tetap perlu ahli akar umbi diharap dapat memahami keperluan itu walaupun Nik Aziz menolaknya dengan keras.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, walaupun Nik Aziz berkeras menolak kerjasama UMNO dan Pas, namun kesediaannya untuk mengukuhkan hubungan antara kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri pimpinannya merupakan petanda baik.

''Biar Nik Aziz kata dia tolak UMNO dengan Pas tetapi pada masa sama, dia sedia bekerjasama dengan kerajaan Pusat dan ini menunjukkan dia sedia duduk semeja dengan pemimpin UMNO yang menerajui Pusat.

''Soal membantu Kelantan kita sokong kerana negeri itu hampir 100 peratus penduduknya Melayu. Dalam hal ini, pemimpin Pas lain tak semestinya sependapat dengan Nik Aziz, jadi saya fikir Pas kena adakan muktamar khas bincangkan hal ini, baru ahli di bawah jelas,'' katanya.

torashah berkata...

Nik Aziz terdesak

MELAKA 28 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat berada dalam keadaan terdesak dan 'terganggu' fikiran ekoran tindakan terbarunya bukan sahaja menolak kerjasama dengan UMNO tetapi mengeluarkan kata-kata 'pergi jahanam UMNO'.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pendirian tidak tetap disuarakan oleh Menteri Besar Kelantan itu mungkin didorong oleh usaha beliau cuba mendapat sokongan di kalangan pemimpin serta penyokong Pas.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz dilihat seperti kecewa dengan keputusan Pilihan Raya Manek Urai baru-baru ini yang menyaksikan sebahagian besar sokongan pengundi di kawasan itu beralih kepada UMNO.

''Saya rasa beliau (Nik Abdul Aziz) tidak faham apa dia cakap tentang kerjasama dengan UMNO sebab dulu cakap lain, sekarang cakap lain, saya fikir pemikiran dia tidak stabil.

''Daripada percakapan, nampak beliau seperti orang kecewa,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan penghargaan dan sumbangan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. David yang memenangi pertandingan Choral Speaking peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Mohd. Ali berkata demikian mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai 'salam' yang beliau suarakan bagi menyelesaikan sengketa di antara kerajaan negeri dan Pusat.

Namun, ketika ingin menjelaskan maksud tersebut, Menteri Besar Kelantan itu bertegas bahawa kerjasama yang dimaksudkan bukan antara UMNO dengan Pas, tetapi lebih kepada kerajaan Kelantan dan Pusat sambil mengeluarkan kenyataan 'pergi jahanamlah UMNO'.

Menurut Mohd. Ali yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, kata-kata Nik Abdul Aziz itu tidak melambangkan bahawa beliau seorang yang taat pada ajaran agama Islam kerana sentiasa mengeluarkan kata-kata yang menghina pihak lain.

''Kenyataan beliau itu menyimpang daripada ajaran Islam, malah beliau pernah menyatakan lebih baik berkawan dengan syaitan daripada berkawan dengan UMNO.

''Cakap ini tidak melambangkan bahawa beliau itu seorang ulama atau ahli agama yang dihormati,'' katanya.

Kata Mohd. Ali, beliau bimbang Nik Abdul Aziz tidak memahami apa yang diperkatakan kerana beliau dilihat seperti bercakap tanpa berfikir.

''Apa beza kerjasama dengan UMNO kerana Kerajaan Pusat yang beliau maksudkan itu ditunjangi dan disokong oleh parti iaitu UMNO,'' katanya.

Ujarnya, Nik Abdul Aziz dilihat berada dalam keadaan terdesak kerana apa sahaja kenyataannya, ia tidak mendapat sokongan daripada kalangan pemimpin atau penyokong Pas sendiri.

''Beliau sudah menjadi golongan terdesak kerana apa yang dia cakap dulu sentiasa mendapat sokongan, namun sekarang sudah jadi lain kerana apabila beliau cakap, ramai penyokong dan pemimpin Pas pula tidak sokong,'' katanya.

torashah berkata...

Nik Aziz tidak ikhlas jalin kerjasama

KOTA BHARU 28 Julai - UMNO Kelantan menyifatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak ikhlas untuk menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Pusat yang ditunjangi parti itu sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak manis.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ia jelas kerana Nik Abdul Aziz hanya mahu mendapatkan wang hasil daripada kerjasama yang dijalinkan dan bukannya atas prinsip perpaduan dan kepentingan umat Islam.

Beliau berkata, perkataan 'jahanam' yang digunakan oleh Nik Abdul Aziz tidak mencerminkan sifatnya sebagai seorang alim ulama dan ia seolah-olah sengaja disebut kerana ingin menjatuhkan maruah saudara seagama.

''Nampak macam tak ada keikhlasan, hendak berbaik kerana nak duit dan projek saja... tetapi parti soal lain, tak tahukah Perdana Menteri Kerajaan Pusat itu juga adalah Presiden UMNO, hendak berbaik dengan Pusat tetapi kata pergi jahanam UMNO, ini satu cela terhadap parti.

''Tidak munasabah langsung kata-kata ini datang daripada seorang tok guru... mulutnya bagi saya agak dahsyat. Kalau tidak puas hati dan tak suka pun takkanlah sampai kata pergi jahanam.... kita orang Melayu, orang Islam ada maruah,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Akauntan Sektor Awam ke-24 anjuran Persatuan Akauntan Sektor Awam Malaysia (Perasama) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) di sini, hari ini.

Semalam Nik Aziz ketika menjelaskan secara mendalam maksud 'salam' yang dihulurkannya Sabtu lalu, berkata, ia hanya melibatkan Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.

''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas tetapi antara Kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO,'' kata Nik Abdul Aziz.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik Kerajaan negeri Pas dengan Kerajaan Pusat demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Kenyataan itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, Jumaat ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tindak tanduk Nik Abdul Aziz juga seolah-olah menunjukkan bahawa beliau tidak memahami bahawa Kerajaan Pusat yang ada hari ini ditunjangi oleh UMNO.

''Saya hairan bagaimana dia (Nik Aziz) boleh membezakan antara Kerajaan Pusat dan UMNO, Kerajaan Pusat ini didukung dan ditunjangi oleh UMNO, jadi nampak seolah-olah dia pokok tak mahu tapi buah nak makan,'' katanya.

Beliau berkata, UMNO sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak termasuk Pas dalam soal berkaitan kepentingan rakyat dan perpaduan di kalangan orang Melayu dan umat Islam.

''UMNO sentiasa sedia kalau nak berbaik dan berbincang, lihat saja kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mustapa Mohamed.

''Tetapi kalau di sebelah sana (Pas) mempermain dan mempersendakan perkara yang penting, sekali boleh, lepas itu tak boleh, susahlah... tetapi pendirian UMNO tetap sama, kita sedia bila-bila masa, tunggu saat dan ketika kesungguhan serta keikhlasan di sebelah sana,'' katanya.

Taminsari berkata...

Salam Torashah..

Terima kasih banyak-banyak dengan info terkini..

Salam perjuangan

kelambuharimau berkata...

nik aziz tu dah nyayuk..dah banyak lupa lirik!