Isnin, Mei 04, 2009

Artikel Pilihan : Politik degil Anwar menguasai PAS !























Melihat kepada gelagat bekas menteri besar Perak dan pengikut-pengikutnya, jelas politik "degil" Anwar telah berjaya meresap dan menguasai PAS. Tanyalah pemimpin PAS yang terdahulu bermula daripada Dr. Burhanuddin Helmi sehinggalah kepada TG. Haji Abd. Hadi, adakah mereka mengajar pengikut mereka menderhaka kepada raja?

Sudah tentu tidak. Kepimpinan ulamak di dalam PAS menyanjung Ke Bawah Duli Tuanku.

PAS pernah kecundang di Kelantan dan Terengganu. Tetapi pengikut mereka tidak turun ke jalanan melakukan demonstrasi dan keganasan. Malah pertukaran kerajaan berjalan dengan licin. Tidak kedengaran menteri besar tidak mahu turun dari takhta, kediaman dan kenderaan rasmi tidak mahu dipulangkan. PAS secara dasarnya menghormati proses demokrasi dan yakin kepada qada" dan qadar.

Tetapi kenapa kekecohan demi kekecohan berlaku di Perak, sedangkan menteri besarnya juga adalah daripada PAS? Perkara ini dikatakan bermula apabila kumpulan erdogan iaitu penyokong-penyokong Anwar Ibrahim berjaya menyusup masuk ke dalam PAS secara besar-besaran selepas Anwar di pecat pada 1998 dan sekarang mereka hampir-hampir menguasai PAS. Kumpulan ini tidak mendengar nasihat daripada kepimpinan ulamak tetapi menerima nasihat daripada Anwar Ibrahim. Itulah yang terjadi di Perak, Nizar mendapat nasihat terus daripada Anwar Ibrahim.

Pertentangan diantara kepimpinan ulamak dan kumpulan erdogan di dalam PAS semakin ketara. Perebutan mengemukakan calon daripada kumpulan masing-masing sudah kelihatan. Bermula di Kuala Terengganu, kepimpinan ulamak berjaya meletakkan calon mereka yang menyebabkan kumpulan erdogan dikatakan tidak bersungguh-sungguh menjalankan kempen.

Kejatuhan Nizar di Perak adalah satu lagi tamparan kepada kumpulan erdogan. Kemenangan PAS di Kuala Terengganu nampaknya sudah tidak berbaloi kerana mereka telah kehilangan satu negeri. Kejatuhan Perak ini mestilah diletakkan di atas bahu Anwar Ibrahim. Seperti kata Karpal Singh Kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah kerana Anwar mempromosikan lompat parti secara keterlaluan dan Anwar perlu bertaubat.

Inilah pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, pemimpin bukan Islam meminta pemimpin Islam bertaubat. Nampaknya Karpal lebih jujur (sekurang-kurangnya untuk kes lompat parti ini) dan politik DAP lebih licik. Mereka berani menarik "hand break" apabila merasakan politik mereka terancam.

PAS seharusnya belajar dari DAP dan seharusnya bertindak dengan lebih berani di dalam membuat keputusan politik yang melibatkan orang melayu dan Islam. Perjuangan PAS tidak akan kemana selagi berada di dalam Pakatan Rakyat. Apakah yang boleh PAS harapkan dengan cita-cita PKR "dari Permatang Pauh ke Putrajaya' dan politik "Malaysian Malaysia" DAP. Baliklah kepada perjuangan asal bak kata pepatah "carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum semula".

Sekiranya dulu PAS menerima pelawaan UMNO untuk membentuk kerajaan di Perak dan Selangor, sudah tentu kekecohan di Perak ini tidak akan berlaku. UMNO bersedia merendah diri dengan menawarkan jawatan Menteri besar kepada PAS kerana UMNO tidak rela DAP berkuasa di dua negeri tersebut. UMNO tidak rela melihat orang melayu diperkotak-katikkan.

Berpijaklah dibumi yang nyata. Bertindaklah untuk agama dan bangsa.

Suara Politik
Taminsari

6 ulasan:

PAS UNTUK SEMUA berkata...

Pencacai2 UMNO boleh cakap apa saja, tapi BN/UMNO akan tetap tidak diterima oleh rakyat yang berfikiran WARAS - terutama nya kaum cina dan india.

TULIS ONLINE berkata...

Salam Blogger,

Realitinya adalah benar apa yang Tuan ungkapkan itu.

Tahniah Tuan blog.



Ikhlas,

SARFAMS

Panglima Perang Cyber berkata...

bagi mereka, dapat sokongan Cina dikira macam sudah berjaya menyebar Islam.

walhal undi ahli PAS telah berpindah kepada cina yang nampak menyokong PAS dan berpura2 kerana mereka mahu menekan BN sebenarnya.

adakah sama peluk PAS dengan peluk Islam ?

hanya orang PAS sahaja yang fikir begitu.

oyabun berkata...

Salam ziarah..

Pemimpin PAS sanggup melihat Islam dan Melayu berpecah kerana mereka sangat yakin bahawa PAS boleh menjadi parti alternatif kepada orang-orang Melayu. Pemimpin PAS semakin yakin bahawa kaum Cina dan India mulai menyokong calon PAS.

Mengapa mereka perlu bersatu dengan UMNO padahal mereka beranggapan UMNO mulai menuju kehancuran atau lubang kubur.

Pandangan yang terlalu awal. Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ada masa naik dan ada masa turun. Ada masa air pasang dan ada masa air surut.

Bergantunglah kepada keadaan dan masanya. UMNO mulai membuat beberapa perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Pemimpin-pemimpin MT UMNO yang dipilih melalui Persidangan Agung UMNO kebanyakan pemimpin yang berani bercakap, berpendirian tegas, berwibawa dan bersih.

PM, DS Najib telah melantik Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan pemimpin UMNO yang bersih dan berkemampuan memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Beberapa dasar telah mengalami perubahan dan pembaharuan. Majlis perasmian yang bakal dihadiri oleh pemimpin kerajaan diringkaskan kerana lebih masa ditumpukan kepada perkhidmatan kepada rakyat.

Sesuai dengan cogan kata di bawah pentadbiran DS Najib iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan". Jika UMNO dan BN mendapat restu rakyat pada masa akan datang adakah bermakna Melayu terus berpecah?

Oleh itu pemimpin PAS mahu pun UMNO tidak perlu mendabik dada mengatakan parti masing-masing kuat. Sebenarnya NGOs dan orang Melayu tidak rela melihat bangsa Melayu semakin menuju kehancuran.

Apakah Islam boleh terus berkembang maju jika bangsa Melayu hancur? Perjuangan Islam PAS sebenarnya samalah jua dengan perjuangan UMNO. Cuma pendekatan PAS dan UMNO mungkin sedikit berbeda dan apakah perbedaan itu tidak memungkinkan UMNO dan PAS bersatu kerana Allah.

Jika PAS boleh menerima DAP sebagai rakan dalam pakatan, mengapa PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai pakatan dalam perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan Islam? Fikir-fikirkanlah..wallahuallam

Taminsari berkata...

Salam buat Pas Untuk Semua..

Janganlah berbangga sangat dengan slogan Pas Untuk Semua. Adakah saudara tahu slogan ini yang memakan diri sendiri nanti? Jika saudara kata saudara WARAS, gunakan akal fikiran yang waras itu untuk menilai apa yang saya katakan. Jangan nanti bila nasi sudah menjadi bubur, baru nak sedar? Pernahkah saudara fikirkan tentang anak cucu kita nanti bila Melayu menjadi penumpang ditanah air sendiri. Memang sekarang saudara boleh bersikap angkuh apabila melihat Cina dan India bersatu menyokong PR, tetapi adakah saudara sedar akan strategi mereka...Untuk mengikis kuasa Melayu Islam...fikir-fikirkan lah demi masa hadapan anak cucu kita. Mungkin sekarang anda seronok dan bergembira, tetapi adakah kegembiraan ini berterusan kepada anak cucu kita?

Ingatlah Saudara Pas Untuk Semua:

DULU : “Pas hukum bahawa orang Islam menjadi kafir kerana berikat dengan orang kafir memerintah negara Oleh itu, orang UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dengan orang MCA dan MIC. “Pas sedia bekerjasama dengan UMNO tapi dengan cara lain. Suruh UMNO tukar, terima Islam sebagai Aad-din. Syarat kita (untuk kerjasama ialah terima) Islam.” (Kenyataan kepada pemberita di Kota Bharu, Kelantan – 4 Oktober 1996)

Adakah syarat ini boleh diberi kepada DAP?

KINI : “Pas terima DAP dengan mudah walaupun parti itu terang-terang bukan-Islam. Kerana perlukan bantuan DAP dalam usaha memenangi pilihan raya, Pas sanggup menggugurkan slogan bagi menubuhkan negara Islam. “Saya bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas asalkan tidak mendirikan negara Islam.” (Kenyataan dalam Utusan Malaysia – 12 Mei 1999).

Adakah Pas sanggup mengadaikan UGAMA demi kepentingan politik?

Sehingga sekarang saya masih tidak nampak apa yang Pas hendak perjuangkan? Sehinggakan Mohd.Nizar sendiri mencabar didalam dewan untuk memberi bukti yang mengatakan Pas hendak mendirikan Negara Islam di Malaysia? Dan semasa PR hendak ditubuhkan, Husam Musa mengatakan yang Islam bagi Pas hanyalah Idealisma sahaja kerana takutkan DAP?

Dan terdetik dihati saya hendak bertanya kepada PAS..adakah Pas lebih takutkan ALLAH dari DAP?
Wallahuallam.

PAKCIK berkata...

Yang buat kacau bukanlah 'orang asal pas'..tetapi ia adalah orang DSAI. tapi pas dapat kesan.

orang lain makan nangka..pas kena getah.