Isnin, Februari 23, 2009

Masih Sayangkah Pas Pada Pakatan Rakyat!

Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan penubuhan negara Islam Pas. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan PKR dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar. Merasa tidak bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi “ halal “. Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.

Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian dikalangan ahli penyokong Pas itu sendiri. Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi ataupun Tuan Guru Nik Aziz? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam?

Adakah Pas sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang melayu kepada Sulatan dan Raja-raja mereka. Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.

Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu Karpal Singh ini. Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Perak sekarang.

Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah “ abang besar “. Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah. Memanglah benar PAS hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di tiga negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai “ Pak Turut “, menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.

Takutkah PAS kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T. Dimanakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang.

Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam. Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi. Kalau dah gila kuasa beginilah jadinya.

Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam. Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate dimana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke ketuanan Rakyat. Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR. Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas. Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR. Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam.

Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam dibumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam. Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam. Jadi dimanakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah hari esok buat Pas dengan negara Islamnya.

Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Dimana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Nasihat buat Pas, kembalilah kepangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.


Taminsari

4 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

SALAM BRO...
KAWAN SETUJU AKAN ULASAN INI.
MEMANG PAS AKAN DIPERKOTAK KATIKKAN DENGAN PELBAGAI CARA SELAGI MEREKA BERADA DI DALAM PAKATAN RAKYAT.

KAWAN RASA SEBELUM PENGABUNGAN DAP,PKR DAN PAS INI. MAJORITI RAKYAT TIDAK MENGULAS BANYAK AKAN TINGKAH LAKU PAS DAN APA SAHAJA KATA-KATA YANG PAS LEMPARKAN PADA MANA-MANA PIHAK.

NAMUN SETELAH BERGABUNG INI RAKYAT SUDAH BERANI MEMPERKATAKAN AKAN PENDIRIAN PAS BERHUBUNG MATLAMATNYA SEBAGAI PARTI ISLAM.

KENYATAAN NIK AZIZ YANG BERCELARU DAN DI TAMBAH PULA GENG EDROGAN YANG SENTIASA MEMBUATKAN PAS MENGELUARKAN KENYATAAN YANG TIDAK REALISTIK.

PAS SUDAH LARI DARI MATLAMAT PERJUANGAN YANG SEBENAR!!!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Kalau Tak Bahagia, Bercerai Lagi Baik!

Ibarat orang berumah tangga, bertengkar, merajuk, bermasam muka , bahagia, gelak ketawa adalah warna-warni kehidupan dalam berumah tangga.Tetapi kalau sering saja berbalah, kasih sayang boleh terhakis juga. Kadang-kadang kerana hendak menjaga hati mak mertua, ipar duai dan anak-anak terpaksa juga bermanis muka di hadapan mereka. Hakikatnya di dalam bilik sudah lama si isteri tidak tidur berbantalkan lengan suami. Malah lagi buruk tidur sebantal tapi mimpi lain-lain.

Bahaya! Bahaya!...Inilah yang terjadi kepada PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat.Sejak polimik Hudud bergema semula hasil provokasi Khairy Jamaluddin terhadap PAS baru-baru ini di Kota Bahru, ianya seolah-olah menjadi perdebatan hangat dan bahan kempen utama untuk Pilihanraya P 36 Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.PAS nampak macam terperangkap dengan permainan Khairy yang juga sedang berkempen untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO pada Mac 2009. Masing-masing sedang menangguk di air keruh. Khairy mungkin dapat menaikkan sedikit imejnya tetapi PAS kelihatan tertekan. Lain yang dirancang lain pulak jadinya. PAS terpaksa membuang masa menjelaskan isu-isu Hudud ini sehingga menjejaskan peluangnya menyerang BN seperti mana yang lumrah parti itu lakukan sebelum ini.

Di Kuala Terengganu, rakyat menjadi pemerhati, peguam dan hakim sedang mengadili tindak tanduk ke dua-dua parti ini.Memang tidak dapat dinafikan, yang taksub PAS akan terus setia dengan parti itu begitu juga yang totok UMNO tetap sedia, setia dan berkhidmat dengan UMNO. Pengundi-pengundi undi rosak dalam pilihanraya 2008 lalu serta pengundi atas pagar dan pengundi tidak berparti akan menjadi penentu kepada kemenangan mana-mana calon dalam PRK kali ini.

Bagi orang luar, mungkin akan berkata sudahlah! sudahlah! PAS dan DAP janganlah nak berlakon lagi. Cukup-cukup lah menipu rakyat. Periuk belanga yang sudah melayang-layang tu ramai jiran-jiran dah dengar. Ramai orang dah tahu, perkahwinan mereka berdua tidak ikhlas dan ada udang disebalik mee. PKR yang aturkan semuanya. PAS dan DAP sudah termakan pujuk dan terkelentong oleh Anwar Ibrahim yang menjanjikan indah-indah iaitu kemewahan harta dan kedaulatan kuasa.

Kecuali di Kedah dan Kelantan, orang Melayu di Perak, Pulau Pinang dan Selangor sudah mula menyesal. Tangan yang menconteng pada asalnya hendak acah-acah rupanya terlajak dan terlanjur. Tapi apakan daya, kena lah tunggu 3 tahun lagi kalau hendak menebus kesilapan. Dalam masa 3 tahun berputih lah mata menyaksikan Melayu diperkotak-katikkan. Tangan yang tersilap pangkah membawa derita yang tak berkesudahan. 3 tahun lagi pupus agaknya Melayu di Pulau Pinang, berputih mata Melayu di Perak dan Selangor. Masakan sudah lupa spesis mata sepet ini kalau di beri muka jadilah kaduk naik junjung.

Perkahwinan campur lain agama dan lain bangsa antara DAP dan PAS macam tidak boleh diselamatkan lagi. Lihat lah kenyataan dua orang ulamak PAS mengenai isu Hudud yang sedang panas sekarang. 'Terbaru, dalam memperkatakan isu hudud, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas mahu hudud dilaksanakan dan sedia ‘berdepan’ dengan sekutu mereka PKR dan DAP bagi menjelaskan perkara itu.

Imej yang cuba ditonjolkan Nik Aziz ialah beliau tegas dan berkeras. Namun nada yang lebih lembut disuarakan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bukan sahaja menjelaskan bukan Islam tidak terlibat dengan pelaksanaan hudud tetapi betapa keadaan semasa masih belum membolehkan hudud boleh dilaksanakan di negara ini'. Kenyataan Hadi Awang mirip-mirip dengan kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO berkenaan Hudud. Siapa sebenarnya yang mempersenda-sendakan Hukum Allah itu?

Apa pulak kata DAP? Tidak perlu diulang-ulang. Semua orang sudah tahu. Murni sungguh akhlak pemimpin-pemimpin PAS, tergamak juga mereka berkahwin dengan orang-orang yang menghina prinsip dan perjuangan partinya apatah lagi menghina hukum suci agamanya. Sedangkan pinangan UMNO bukan saja tidak diterima tetapi dijadikan musuh walaupun satu bangsa dan satu agama.Rakyat bosan kerana PAS tidak berani langsung hendak menegur apatah lagi hendak mengherdik orang kafir yang menghina agamanya. Nyata PAS jadi jantan bila berhadapan dengan UMNO saja.

Jikalau sudah selalu bertekak siang malam, perceraian itu lebih baik. Kesian anak-anak, mak mertua, ipar duai kerana hipokrit kita sendiri. Lagi pun sampai bila kita hendak berlakon. Kalau sudah memakan hati berulamkan jantung lebih baik lah berpisah cara baik. Bina kehidupan baru. PAS balik lah kepada perjuangan asal menegakkan sebuah negara Islam. Biar lambat asalkan prinsip dan falsafah perjuangan tidak tergadai.

Amir Hamzah
Batu Pahat.
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tai berkata...

Taminsari ulasan yang padat dengan berinfo.

kedai urut tu, kedai kawan saya. Terletak di komtar. Chat saya di ym lah sini tak maulah bagi nombor telefon.

Captain Jack berkata...

Salam Taminsari...

Tamingsari kalau menulis memang hebat... kalah Jack di pirates...

Dalam zaman ini, cubaan membunuh diri pun seperti dibolehkah di dalam PAS, ketika Nik Aziz mempertahankan berbogel. Itulah sebabnya, penyokong PAS sanggup ‘cuba membunuh diri’ dengan berbaring di atas jalan raya ketika kereta yang membawa Raja Muda Perak mahu memasuki jalan ke Istana Bukit Candan.

Kecelaruan ini dicipta oleh PAS, PKR dan DAP. Satu gabungan di mana, berbogel kerana ‘perbuatan khianat BN’memang dibolehkan! Jadi untuk berbogel, siapkan alasan, ini angkara BN. Anwar Ibrahim, apabila ada lelaki bernama Saiful membuat repot polis menuduh Anwar meliwatnya, maka jika jawapannya ‘ini adalah konspirasi BN’ maka semua penyokong PAS, DAP dan PKR akan terus menyokong Anwar kerana ‘ini angkara BN’.

Salam Perjuangan

CJ