Ahad, Februari 01, 2009

Menghindrafkan Masyarakat Melayu!

Semasa melayari laman blog MB Perak Ir.Mohd.Nizar, penulis terjumpa satu artikel yang agak menarik. Artikel ini merupakan rancangan atau strategi Pas untuk menghindrafkan Melayu atau dalam ertikata lain bagaimana rancangan mereka untuk menarik gulongan muda profesional Melayu untuk menyertai Pas. Rancangan ini diatur sebelum PRU ke-12 yang lalu.

Menghindrafkan Masyarakat Melayu

PRU 12 akan datang menyaksikan gelombang tsumani dalam trend pemilihan calun parlimen dan ADUN khususnya dari kalangan masyarakat India dan Cina.Kenapa perkara ini berlaku? Ianya disebabkan perasaan kecewa menggila dikalangan mereka terutama kaum India yang cepat sedar oleh pembohongan besar MIC-BN.

Pembohongan besar MCA-BN juga berlaku tetapi tidak keterlaluan dan kaum Cina tidak dianayai teruk macam kaum India. Tetapi jika diamati penghinaan kaum Melayu, maka ianya bukanlah baru-baru ini malahan telah berkurun lama Melayu dipijak oleh pemerintahan dari penjajah hingga dewasa ini.

Maka agak sukar dan payah untuk berubah atau membuat gelombang baru. Apa yang perlu sekarang ialah satu usaha menghindrafkan kaum melayu. Proses penghindrafan kaum melayu ini merupakan strategi cepat kearah melahirkan gelombang perubahan.

Apa yang dimaksudkan dengan proses penghindrafan kaum melayu ini ialah " suatu usaha berani kearah perubahan total dalam masyarakat melayu bagi menolak UMNO-BN " kerja ini mestilah menggunakan atau dipimpin oleh 5-10 orang professional melayu yang muda dan handal. Ianya tidak melibatkan mana-mana pemimpin parti pembangkang teras Melayu (malay based political party) seperti PAS & PKR.

Yang dimaksudkan dengan 5-10 pemimpin ini ialah seperti para pengamal undang (peguam), pensyarah Universiti Swasta , pemaju, kontraktor, jurutera dan doktor swasta yang semua melayu dan beragama Islam.

Suatu himpunan besaran hendaklah diadakan di masjid negara pada hari Jumaat sebelum solat jumaat. Ini hendaklah disebar luas seluruh Malaysia.

Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Komen : Pas mengatakan yang jika diamati penghinaan terhadap kaum Melayu, maka ianya bukanlah baru-baru ini malahan telah berkurun lama Melayu dipijak oleh pemerintahan dari penjajah hingga dewasa ini. Penulis hendak bertanya kepada Pas, Melayu mana yang pijak Melayu mana? Zaman Melayu dipijak oleh penjajah, siapa yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah. Melayu Pas ke Melayu UMNO? Adakah kerajaan UMNO-BN sekarang " memijak Melayu Pas"? Apakah yang dimaksudkan dengan " dipijak " oleh Pas.

Adakah Pas disebabkan tidak dapat berkuasa, mengatakan kerajaan UMNO-BN memijak mereka? Kerajaan tidak adil, menipu ,sekular dan bermacam-macam lagi. Inilah dinamakan tidak tahu bersyukur. Tidak tahu bersyukur dengan apa yang mereka sudah dapat selama ini? Tidakkah ini dinamakan berdusta? Kerajaan UMNO-BN sudah melakukan yang terbaik demi kesejahteraan untuk rakyatnya sejak merdeka tanpa mengira apa fahaman politik mereka. Adakah ini yang hendak dinafikan oleh PAS?

Penulis mengambil MB Perak Ir.Mohd. Nizar sebagai contoh terbaik bagaimana dikatakan Pas " melayu dipijak kerajaan UMNO-BN ". Meminjam kata-kata abang sulong MB Mohd.Nizar iaitu Fadhil Jamaluddin. Beliau mengatakan yang adiknya Mohd.Nizar bagaikan kacang lupakan kulit. Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi menteri besar bagi kerajaan campuran Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang. Menurut beliau, sebagai seorang abang sulung, beliau amat berharap adiknya itu sedar tentang apa yang berlaku sekarang dan mengajaknya supaya merenung semula sejarah kehidupan silam mereka sekeluarga.

Kata beliau, sebagai seorang Islam, adiknya itu sepatutnya mengenang budi dan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membantu menyediakan pendidikan kepada adik beradiknya hingga ke pusat pengajian tinggi di luar negara. Katanya, tanpa bantuan biasiswa kerajaan BN yang memperjuangkan dasar pelajaran bagi membantu kaum Melayu, sudah tentu adiknya itu tidak mampu menjejakkan kaki ke menara gading.

''Kami daripada sebuah keluarga miskin dan bapa kami hanyalah seorang penoreh getah, jika tidak ada biasiswa yang disediakan kerajaan BN macam mana kami 14 beradik hendak bersekolah apatah lagi hendak masuk universiti di luar negara.
''Jika hendak kira pendapatan bapa sebagai penoreh getah yang mempunyai 14 orang anak memang sukar bagi kami untuk bersekolah tetapi alhamdulillah... 11 orang daripada adik beradik kami berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

''Parti UMNO yang menjadi tunjang kepada BN sebenarnya yang telah membantu kami, perjuangan parti itu membela orang Melayu telah membolehkan ramai adik beradik saya masuk ke universiti," katanya. Mohammad Nizar merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science and Technology di Birmingham, England.

Jadi adakah ini yang dikata kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO " memijak " Melayu Pas? Adakah setelah madu diberi, tuba yang dibalas. Adakah setelah kenyang memakan " madu " yang diberi, kemudian cuba pula untuk menghasut gulongan muda profesional agar menyokong perjuangan mereka. Adakah MB Mohd.Nizar seorang " hindraf Melayu" yang sudah dihindrafkan oleh Pas? Sama-samalah kita fikirkan " siapa yang memijak siapa ". Wallahuallam.

Taminsari

5 ulasan:

Awanama berkata...

salam..,

Ini respon saya terhadap berita terbaru kunuuunnya Yb Jamal & Yb Kapt[B] Osman letak jawatan sbg ADUN.

kita semua jgn cepat melatah, biarkan si Anwar seorg saje yg melatah..

Anwar pakar "main belakang", jadi petang tadi dia suruh MB dan DAP melalui Yg DiPertua Dewan Perak umumkan ada terima surat perletakn jwtn dari Yb Jamal & Yb Kpt[B] Osman.

Sebenarnya mereka keluarkan surat AkurJanji yg semua Yb2 “dipaksa” tandatgn tanpa tarikh bila kecoh2 ada Yb DAP nak lompat lama dulu.., surat yg nyatakan kalau mereka keluar parti maknanya letak jwtn & kosong kerusi DUN..

Jgn risau, SPR pasti akan panggil kedua2 Yb tu dan tanya apakah mereka benar2 letak jwtn..??

Si Tambi Yg Dipertua Speaker Dewan Perak pun mungkin akan kantoi sbb menipu, dia kata terima surat dari kedua2 Yb petang tadi.., mana mungkin? MB kata dua2 Yb dah "hilang", mcm mane pulak nanti kalau kedua2 Yb tu buktikan alibi mereka tidak berada di Perak, dan surat tu mereka "dipaksa" tandatgn lama dulu...

Tak semudah itu nak ada pilihanraya, yg penting Pakatan Rakyat dah hilang 2 kerusi DUN….

Berita terbaru juga dikatakan seorg lagi Yb DAP bakal sertai MCA, ha! Nizar akan menghitung detik detik akhir hayatnya..

Putra-san berkata...

Petang semalam kerajaan Perak kata dua-dua exco itu sudah letak jawatan. Namum kira-kira dua jam kemudian, kedua-dua orang tersebut menafikan telah menghantar surat mengosongkan kerusi dun masing masing.

Macam mana perkara ini boleh berlaku? Anda pening?. Rilex. Mari kita tengok siapa yang kena?

Menurut Jamaluddin mereka tak hantar surat tetapi mengaku ada dan terpaksa sign surat akujanji bertarikh kosong selepas pilihanraya umum lalu.

Sekarang surat tu telah difaxkan kepada speaker dan speaker mengumumkan kekosongan di kedua-dua Dun behrang dan Changkat Jering.

Siapa yang hantar? Adakah bang nuar atau bang Nizar? Sedangkan kononnya surat itu terpakai bila kedua-duanya keluar parti dan masuk ke dalam BN. Bila pengumuman dibuat kedua-dua nya keluar PKR dan masuk BN?

Sekarang jelas bahawa yang tidak berprinsip adalah Pakatan Rakyat. Apabila Adun Bota keluar BN dan masuk ke dalam PKR, mereka mengalu-alukan kedatangan dengan menganggap inilah proses demokrasi. Mereka mempertahankan tindakan tersebut. Tetapi kini bila Adun mereka "bercuti" mereka terus mengelabah. Terus keluarkan akur janji. Terus istiharkan kekosongan dun tersebut.

Inilah tindakan orang yang bersalah. Dalam ketika orang lain tidak sedar kesalahan dia, dia sendiri tiba-tiba mengaku budak baik dan tak buat kesalahan. tentulah orang tertanya-tanya apa yang dia buat? Apa pandangan kita sedang kita tidak tercium apa-apa bau yang kurang menyenangkan atau tidak mendengar apa-apa bunyi yang pelik, tiba-tiba ada orang kata "Aku tak kentut". Dalam orang tak tau apa-apa tiba-tiba kata orang tu dah letak jawatan. Ada surat lagi. Sekarang, siapa yang kena? Dah berapa kosong kena?

Tai berkata...

Oh, aku tak sangka pulak PR boleh jadi pondan sampai gitu sekali sampai kena buat surat aku janji.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

nak bela melayu? kenape cina dapat banyak istimewa....melayu makin layu di tangan pas

Captain Jack berkata...

Salam Tamin...

Ada Jack sekarang tgh sibuk sikit... banyak buat kerja diluar... nanti Jack sent invitation untuk tamin...