Rabu, Februari 18, 2009

Artikel Pilihan : PAS mohon Allah musnahkan orang UMNO !

TERKEJUT menerima satu sms (sistem pesanan ringkas) dari seorang rakan yang mempunyai kenalan dari kalangan Ahli Parlimen PAS. Antara kandungan sms itu berbunyi, "Ya Allah kau jahanamkanlah orang-orang Umno kerana mereka zalim…" dan ada pula satu lagi sms berbunyi, "Sultan Perak tidak ada kuasa memecat MB di bawah Perkara 16 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kecuali memecat Exco…"

Begitu busuk dan hasad hati orang-orang PAS rupanya. Doa mereka, mahu menjahanamkan orang-orang Umno dan dalam masa yang sama, mereka membuat tafsiran Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mengikut tafsiran mereka, walaupun mereka bukan seorang peguam.

Rakan saya itu, forward sms yang diterimanya dari kenalannya itu kepada saya bukan kerana dia menyahut seruan kenalannya itu supaya sms itu jika disebarkan (forward) kepada orang lain, ia berupa jihad.

Hakikatnya, mereka sebenarnya bukan berjihad tetapi mereka "jahat". Menyebar fitnah dan terus memperlekehkan Paduka Seri Sultan Perak, satu-satunya Sultan di Tanah Melayu yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara.

Mereka juga menyifatkan kerajaan baru BN di Perak sebagai kerajaan haram manakala Menteri Besar yang sudah dititahkan Paduka Seri Sultan Perak supaya meletakkan jawatan dianggap sebagai Menteri Besar halal.

Orang PAS belajar agama dari ceramah agama ulama mereka sahaja. Itulah sebabnya otak mereka tertutup. Bila ada bijak pandai agama, mereka akan fitnah kononnya orang muda dan bijak pandai ini "terlebih pandai" dan sebagainya dengan tujuan memperendah-rendahkan kreadibiliti orang lain.

Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria menasihatkan masyarakat Islam di Negeri Perak supaya berfikir secara rasional dan menerima ketentuan qada dan qadar ditentukan Allah SWT selain sama-sama berusaha menyelesaikan masalah yang timbul.

Beliau berharap seluruh mesyarakat Perak menerima keadaan yang berlaku dan menerima keputusan yang dibuat pemerintah (Sultan).

"Dari segi Islam, turun naik adalah masalah lain. Itu masalah perjuangan. Masalah kita sekarang adalah, kita ada pemerintah. Kalau keputusan sudah dibuat oleh pemerintah, kita yakin keputusan itu sudah dipertimbangkan secara halus berdasarkan undang-undang.

"Keputusan itu wajib kita taat. Kita wajib taat sebagaimana wajib taat kepada Allah, Rasul dan pemerintah," katanya ketika menerima kunjungan Menteri Besar Perak Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di kediamannya di Kampung Baru Sungai Rapat dekat Ipoh, petang Isnin lalu.

Katanya, beliau sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberi kekuatan kepada Dr. Zambry untuk memimpin dan menerajui negeri ini dengan baik.

"Saya berdoa supaya Allah merestui dan memberi pertunjuk serta kekuatan kepada beliau untuk memimpin negeri ini supaya berjalan dengan baik," katanya.

Dr. Harussani berkata, perlantikannya sebagai mufti di negeri ini adalah menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memberi nasihat kepada Sultan Perak, perkara berkaitan hal ehwal agama, majlis agama Islam negeri dan kerajaan negeri.

"Pada saya yang benar saya katakan benar dan yang salah saya akan tegur," katanya.

Sementara itu, Dr. Zambry berkata, kedatangannya untuk bertemu Datuk Mufti adalah untuk memohon restu dan meminta nasihat serta panduan daripada beliau untuk memimpin negeri ini.

"Saya dengan penuh insaf dan sedar bahawa jawatan ini bukan satu keistimewaan tetapi lebih kepada amanah yang perlu dijunjung dengan sebaik mungkin," katanya.

Inilah bezanya Dr. Zambry dengan bekas Menteri Besar yang lalu, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ketika dia menghadapi masalah, bukan Datuk Mufti yang ditemuinya untuk mendapatkan nasihat dan memohon restu sebaliknya dia mendapatkan nasihat dari Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang keperibadiannya sentiasa disangsikan.

Ir Mohamad Nizar juga dikatakan begitu berani kerana suntikan semangat yang didapatinya dari Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak yang turut mencalonkan namanya sebagai bakal Menteri Besar Perak, sebaik sahaja keputusan PRU 12diketahui.

Orang-orang PAS bukan mempertahankan Ir Mohamad Nizar sahaja, malahan mereka turut mempertahankan Ngeh yang dilihat adalah Menteri Besar Perak di belakang tabir ketika Ir Mohamad Nizar menjadi "boneka".

Mereka yang berbaring di tengah jalan adalah golongan yang mahu dilihat sebagai "mati sahid" kerana kerajaan pimpinan PAS itu bekerjasama kuat dengan DAP yang mereka anggap sebagai "darah daging mereka sendiri".

Mereka tidak belajar agama secara betul kerana kuliah agama orang-orang Pas adalah di pentas-pentas ceramah politik yang mana antara "ustaz" yang mereka kagumi termasuklah Datuk Mahfudz Omar, orang yang tidak mendapat pengajian agama dari mana-mana institusi pengajian tinggi.

Apa yang Mahfudz tahu ialah, menyindir, menyerang dan mengajak rakyat supaya menjadi biadap kepada pemerintah kerana Mahfudz yakin di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim, Islam akan lebih gemilang, terbilang dan cemerlang jika dibandingkan dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kepada orang-orang PAS, hentikanlah segala bentuk sms yang mendoakan sesame Islam musnah dan dijahanmkan Allah. Jika mereka mati, bukan Datuk Ngeh Koo Ham yang menyembayangkan jenazah mereka, sebaliknya saudara seagama mereka juga yang bakal berbuat demikian.

Sekurang-kurangnya, ada juga sedekah al-Fatihah dari saudara seagama yang orang-orang PAS benci ini kerana politik tidak boleh menyebabkan sesiapa dijanjikan syurga. Jika orang-orang PAS percaya hanya orang-orang PAS sahaja yang dapat masuk syurga apabila mati, macam mana dengan orang-orang Islam di luar Malaysia yang tidak pernah menyertai PAS seumur hidup mereka?

Cukuplah dengan kekeliruan yang dibuat oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya orang PKR masuk BN – keji, tetapi orang BN masuk PKR – mulia. Dia mungkin nak bercakap orang BN masuk PKR, syurga, manakala orang PKR masuk BN, neraka.

Kita yang waras ini, biarkanlah dia begitu kerana dia merasakan dia terlalu pandai dan orang lain semuanya bodoh-bodoh belaka.

Adakah hanya orang-orang PAS di Malaysia sahaja yang dapat masuk Syurga sedangkan orang-orang Islam lain tidak sedemikian? Cukuplah! Hentikanlah kerja-kerja karut ini. Bertaubatlah.

Suara Politik
Taminsari

12 ulasan:

IPOH MALAY berkata...

Musnahkan orang UMNO? Padahal mereka bekerjasama dengan orang yang berkata begini di blog saya :

"All give politically reasoning - well here goes a correct one - malay is lazy because of Islam. How can one pray 5 times and yet be expected to be productive? Wait for the foreigners to come and set up their factory and having to cater for Islam needs!"

Saya tak pasti samada orang PAS atau orang UMNO yang akan 'dimusnahkan' Allah SWT.

Tapi jawapannya sangat jelas untuk ditafsirkan.

Awanama berkata...

Doa selamat agar penyatuan orang melayu tidak longgar oleh dakyah orang-orang kafir dan DAP dan orang yang besekongkol dengan DAP.

"Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah".

"Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan".

"Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman".

"Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang".

"Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.".

"Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini".


View Profile: Rantong™

beedotmy berkata...

ini senario pilitok d negara kita.
tapi dimana suara Pas bkenaan isu Palestien?
Nabi saw sdiri pu tak pernah mdoakn kejahatan kpd ssorg malah Nabi lagi mdoakn semoga Allah menberikn hidayah kpdnya.

Tai berkata...

Dalam islam ada kata, jika kamu mendoakan kemusnahan orang dengan niat jahat, tunggulah bahawasanya doa kamu itu akan dikembalikan pada kamu. Itu kalau tak salah saya.

KHAIRUL NAZRI berkata...

Salam ziarah,

1. Saya yakin, balasan tuhan terhadap hamba-hambanya bukan bergantung kepada parti politik mana yang dianggotai. Amal dan ibadah yang penuh keihklasan dan keimanan menjadi intipati untuk mendapat ganjaran dari Allah SWT.

2. Maka, sekiranya PAS meminta kemusnahan terhadap UMNO, mereka juga harus berfikir kembali (jika masih waras)akan setiap tindak-tanduk mereka selama ini samada akan mengundang juga kemurkaan dari Allah SWT.

3. PAS tidak sedar atau membuka mata akan keadaan sekarang. Kekalutan dalam gagasan PR dengan isu yang muncul satu persatu samada dari segi pemerintahan, masalah moral ahli-ahli PR, kejatuhan KERAjaan PR di Perak, ahli lompat parti dsbnya.

4. Tidak nampakkah PAS akan balasan tuhan ini yang sedikit demi sedikit dibalas dengan penuh keadilan dan kewajaran berdasarkan isu-isu yang melanda kini. Tidak nampakkah PAS balasan tuhan terhadap bangsa Melayu khususnya yang kini lebih gemar memenuhi ceramah-ceramah politik berbanding di masjid dan surau, mendengar dan mempercayai fitnah dan cacian dari hadis dan sunnah Nabi Muhammad SAW, memperjuangkan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan diri bukan untuk agama, bangsa dan negara.

5. Tidakkah PAS sedar bahawa golongan yang mula-mula yang akan dihumbankan kedalam neraka jahanam adalah orang-orang yang dianugerahkan mata tetapi tidak melihat, dianugerahkan telinga tetapi tidak mendengar dan dianugerahkan ilmu tetapi tidak mengamalinya.

QasehNuryz berkata...

Salam bro,

Sy juga terima sms kedua "Sultan tiada hak bla..bla" tp biasalah mrk takde kerja..

Ore² PAS ni nama je bernaung di bawah parti lambang ISLAM..tapi bckp yg bukan²..kutuk yg bukan²,doakan yg bukan²...
ISLAM ajar bende² mcm ini kah.Mendoakan kehancuran org lain?

Tapi xpe lah biarkan mereka 'meracau'..Waktu nya akan tiba.Kebenaran pastikan muncul.

Unknown berkata...

ITULAH AKIBAH YANG DITERIMA OLEH PAS BERSAMA PAKATAN RAKYAT. TAK PAYAH TUNGGU HABIS SEPENGGAL PEMERINTAHAN, TAPI TAK SAMPAI SETAHUN ALLAH SWT TELAH TUNJUKKAN KPD UMAT MANUSIA BAGAIMANA MANTAN MB PERAK GAGAL MENTADBIR NEGERI, AHLI-AHLI PKR DAN DAP BERALIH ARUS SERTA EXCO SELANGOR DIKATAKAN BERBOGEL! JANGAN KITA MENGHINA ORANG LAIN, MUNGKIN INILAH BALASAN ALLAH SWT BERIKAN KPD PEMIMPIN PAS YANG MULUT CELUPAR MENGHENTAM UMNO DAN PEMIMPINNYA.

Taminsari berkata...

Salam.
Terima kasih diatas ulasan yang diberikan.

Bila gambar Elizabeth Wong keluar, semua lupa sekejap tentang Nizar. Isu penderhakaan Nizar kepada Sultan masih belum berakhir. Ianya terganggu sebentar dengan kesibukan orang mencari maklumat tentang foto bogel Elizabeth Wong. Isu peribadi dan moral Elizabeth Wong menjadikan Pakatan Rakyat lebih tercalar setelah Nizar sanggup menderhaka pada Sultan. Kenyataan Mufti Perak dalam Utusan Malaysia, muka surat 2, 17 Februari 2009. Mufti melahirkan kekesalannya kepada penyokong pembangkang yang memakinya tetapi takut untuk meletakkan nama sebenar dan takut untuk berjumpa dengannya secara bersemuka. Jika orang tersebut membaca kenyataan mufti ini, maka wajarlah orang tersebut berasa malu dengan perbuatan maki hamunnya tersebut. Atau hendak teruskan lagi perbuatan maki tersebut?
"Selagi pemerintah seperti Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak menyuruh kita melakukan perbuatan maksiat, maka kita mesti taat. Jadi sesiapa yang ingkar, maka derhakalah orang itu"

"Perbuatan mencaci dan memaki itu adalah perbuatan syaitan. kalau mereka (penyokong pembangkang) hendak maki saya dan kata saya ini anjing terpulanglah kepada mereka" demikian kata Datuk Seri Harussani Zakaria (Mufti Perak) dalam Utusan Malaysia, 17 Februari 2009 mengulas mengenai perbuatan caci maki yang dilakukan oleh penyokong pembangkang terhadapnya. Penyokong pembangkang tidak mahu dengar cakap mufti sebab mereka lebih selesa dengar cakap Mursyidul Am PAS yang sudah dianggap sebagai "mufti" oleh mereka. Sampai hari ini, sudah 11 hari Nizar menderhaka kepada Sultan dan masih belum lagi meminta maaf secara terbuka kepada Sultan. Sampai bila Nizar harus berdegil dan menderhaka kepada Sultan? Dengarlah nasihat mufti.

Mudah-mudah Allah SWT akan memberi petunjuk kepada mereka. InsyaAllah.

Salam perjuangan

Tai berkata...

Mereka para pengikut Pas sudah biasa dan sudah diajar mencaci-maki orang termasuk mufti encik Taminsari. Inilah bahayanya kalau dah terlalu taksub.

Taminsari berkata...

Saudara Sedingin Salju..

Bagi mereka maki memaki itu adalah "makanan" mereka, ianya tidak haram malah berkawan dengan syaitan pun tak mengapa..itu kata Tok Guru...? Inilah jadinya bila ugama dipolitikkan...

oyabun berkata...

Harussani dakwa dicerca :

Datuk Seri Harussani Zakaria mendedahkan, beliau dicerca dan dimaki pembangkang hanya kerana keengganannya menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, memohon agar dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Mufti Perak itu berkata, apabila berlaku perubahan pada kepimpinan kerajaan negeri, ramai wakil pembangkang datang menemui beliau agar menggunakan pengaruh memujuk Sultan memihak kepada mereka.

''Saya kata, apa kena mengena hal politik dengan saya, saya tidak ada kena mengena dengan politik. Kalau pasal agama sudah tentu saya datang, malah kalau tidak dipanggil pun saya akan datang menghadap Tuanku.

"Dalam bab peralihan kerajaan negeri, saya tidak campur sepatah perkataan pun dan sejak kejadian (pertukaran kerajaan negeri), saya tidak pernah berjumpa Sultan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan penyokong parti pembangkang yang sanggup mencerca dan memaki beliau di Internet termasuk menuduhnya 'anjing' ekoran kenyataannya, 'sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap menderhaka'.

Terbaru kata Harussani, beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) fitnah, kononnya beliau pernah berkata dalam salah satu ceramahnya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan bomoh Hindu untuk menundukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya pernah tengok tuduhan itu dulu (dalam Harakah). Saya pernah ditanya tentangnya, saya pernah cakap saya tak tahu ia betul atau tidak," jelas beliau.

Kata Harussani, fitnah itu cukup berat dan sebagai orang Islam, beliau mengingatkan pihak yang berkenaan supaya patuh kepada ajaran Islam dan bukannya mengikut emosi semata-mata.

"Perbuatan menuduh seseorang itu kafir atau munafik, jika tidak benar, ia akan berbalik kepada orang yang menuduh itu," tegas beliau.

Ada juga, kata Harussani, menuduh beliau menerima RM50 juta kerana membuat kenyataan tentang derhaka itu.

"Kalau saya dapat wang sebanyak itu, saya berhenti kerja dan duduk di Mekah. Biar saya mati di sana. Saya sudah 70 tahun, berjalan pun bukan kuat sangat lagi.

"Saya cuma sampaikan apa yang saya fahami dalam al-Quran iaitu hendaklah taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin. Tetapi ada syarat, selagi mana tidak menyuruh melakukan maksiat," jelas beliau.

W/Salam

oyabun berkata...

Jangan heret mufti dalam polemik politik – Zambry

Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir menyelar sikap pemimpin dan penyokong parti pembangkang yang sengaja mengheret Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dalam polemik politik di negeri ini.

Beliau berkata, tindakan melemparkan kritikan secara terbuka terhadap tokoh agama itu dibimbangi akan mempengaruhi pandangan orang ramai terhadap institusi mufti di negara ini.

“Kita lihat sekarang di dalam blog, ceramah dan tulisan media tertentu, terbabit dalam mengeluarkan kenyataan yang mengkritik pandangan beliau (Harussani).

“Selama ini mereka lihat apa yang disampaikan oleh mufti baik tetapi apabila beliau (Harussani) membuat pendirian dalam hal-hal tertentu yang tidak memihak kepada mereka, pandangan itu dilihat tidak betul,” katanya di sini hari ini.

Mufti Perak itu sebelum ini menyatakan kekesalan dan dukacitanya dengan tindakan penyokong parti pembangkang yang sanggup mencerca dan memaki beliau ekoran kenyataannya bahawa sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap menderhaka.

Sambil menasihatkan semua pihak agar tidak terjerumus dengan permainan politik pihak tidak bertanggungjawab itu, Zambry berkata, institusi mufti perlu dipelihara kerana ia penting bagi memastikan masyarakat sentiasa berada di landasan yang betul.

Katanya, beliau kesal kerana keperibadian mulia seorang mufti kini tercemar dengan cubaan melemparkan pandangan bahawa kedudukannya di tempat yang rendah dan hina sekali.

“Sebelum ini, pandangan Datuk Seri Harussani sentiasa dihormati semua pihak dan ada kalanya kita dalam Barisan Nasional (BN) ditegurnya.

“Apabila beliau membuat teguran, tidak bermakna beliau tidak suka kepada pihak tertentu. Beliau bercakap tentang kebenaran. Kita tidak perlu melenting atau mengkritik dengan begitu keras terhadap pandangan yang dibuat,” katanya.

Ditanya mengenai desakan bekas Exco, Ngah Kor Ming supaya BN membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), Zambry berkata:

“Kuasa membubarkan DUN bukan kuasa kita. Itu kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Dia (Kor Ming) pun faham, bukan dia tidak faham.’’

Katanya, beliau tidak berminat untuk melayan permintaan pembangkang itu sebaliknya akan menumpukan kepada usaha mengembalikan kestabilan di negeri ini.

Ditanya bila tindakan undang-undang akan diambil terhadap Speaker, V. Sivakumar yang menggantung beliau dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri DUN berkuat kuasa serta merta, beliau berkata, pihaknya akan melakukannya mengikut saluran yang betul.

“Kita tidak mahu bertindak seperti mereka, jadi semuanya itu kita akan serahkan kepada undang-undang,” ujar beliau.

Mengenai dakwaan mengatakan keputusan Speaker tidak boleh dicabar di mahkamah, katanya, ia hanyalah salah satu pandangan daripada banyak pandangan lain yang diutarakan.

w/sallam