Rabu, Februari 20, 2013

Akibat tumpuan kepada kuasa, parti politik Islam bergolak!


Pergolakan politik dalam dunia Islam masa kini sukar untuk diatasi kerana umat Islam sudah jauh terpesong daripada garis panduan Islam. Politik jika tidak didasarkan kepada prinsip dan konsep perjuangan menegakkan keamanan, keadilan dan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi adalah mudah terpesong kepada perjuangan politik berteraskan kekuasaan dan kebendaan.

Prinsip dan konsep perjuangan yang berteraskan kepentingan rakyat dan negara perlu ditanam dalam jiwa setiap ahli politik dalam negara Islam. Apabila pemikiran dan jiwa pemimpin politik disematkan dengan semangat memperjuangkan nasib bangsa dan agama maka mereka akan bertolak ansur dalam pelbagai aspek berkaitan dengan kepentingan negara dan agama tanpa menghiraukan kepentingan peribadi.

Kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab dan nasib yang akan menimpa anak bangsa pada masa akan datang boleh membangkitkan semangat wira dalam jiwa setiap ahli politik beragama Islam. Apabila jiwa mereka telah dibangkitkan dengan semangat wira maka mereka akan menumpukan sepenuh perhatian kepada objektif perjuangan mereka dalam arena politik. Kesedaran begini kurang wujud dalam jiwa dan pemikiran kebanyakan pemimpin politik dalam dunia Islam.

Politik dalam dunia Islam semakin hari kian bergolak kerana dalam pertarungan politik konsep 'menang' merupakan matlamat perjuangan. Apabila konsep ini dijadikan sebagai matlamat perjuangan ahli-ahli politik maka mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapat kemenangan tanpa melihat kepada kesan dan risiko yang akan mereka hadapi apabila kuasa berada dalam tangan.

Konsep 'menang atau berjaya dalam pertarungan' sepatutnya dilihat dalam perspektif yang boleh menguntungkan bangsa, agama dan negara. Realiti yang jelas kelihatan masa kini ialah kemenangan yang dicapai oleh parti-parti politik Islam lebih menjurus kepada penghakisan kuasa dan kewibawaan umat Islam dan bangsa. Setiap parti politik lebih menumpukan perhatian kepada kemenangan yang hanya dapat bertahan dalam jangka masa singkat.

Ini disebabkan ahli-ahli politik beragama Islam kurang menumpukan perhatian kepada pergolakan dan pertelingkahan sesama umat Islam. Pergolakan dalam politik umat Islam bukan sahaja memusnahkan kewibawaan bangsa dan agama malah ia juga membangkitkan semangat pergaduhan dan dendam kesumat sehingga ke tahap yang boleh memporak-perandakan parti politik mereka sendiri.

Paling memalukan ialah ahli-ahli politik yang memperjuangkan objektif parti yang sama bertarung untuk mendapat kemenangan sehingga ke tahap yang paling serius. Keadaan ini melambangkan bahawa ahli-ahli politik umat Islam kurang peka terhadap akhlak dan budaya berpolitik. Ini merupakan salah satu faktor yang boleh memusnahkan sebuah parti politik yang berwibawa.

Perselisihan ketika berebut jawatan tertentu dalam parti politik boleh diibaratkan seperti orang lapar berebut makanan ketika berada dalam suasana negara ditimpa bencana alam. Apabila suasana begini dipertontonkan kepada rakyat maka timbul persoalan, apakah yang diperjuangkan oleh ahli-ahli politik Islam dalam negara mereka?

Jika sikap dan mentaliti begini dipertontonkan kepada rakyat maka secara spontan mereka boleh menilai dan memahami matlamat perjuangan ahli-ahli politik bukan lagi berjuang untuk bangsa, agama dan negara, tetapi untuk kepentingan diri dan kebendaan. Sikap perjuangan begini menyebabkan umat Islam hilang arus ketika bertarung untuk mendapat kuasa. Mereka tidak menghiraukan tentang hakikat kelemahan diri mereka dalam soal kepimpinan dan pentadbiran negara.

Pemikiran mereka disemat dengan ideologi kekuasaan yang dianggap sebagai satu kenikmatan yang berbentuk syurga dunia dan mampu menyumbang kekayaan dan kemewahan dalam sekelip mata. Ideologi begini menghumban ahli-ahli politik Islam dalam kancah permusuhan yang berkekalan. Perasaan dendam kesumat menjadi sebati dalam pemikiran dan hati nurani mereka.

Kejahilan dan kelemahan diri dalam kepimpinan tidak pernah dijadikan sebagai satu cara untuk menundukkan diri supaya menginsafi bahawa diri mereka tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana kewibawaan mereka dalam soal ini adalah terlalu tipis dan tidak berkemampuan.

Apabila perkara ini menjadi lumrah hidup ahli-ahli politik maka kepimpinan dalam negara Islam menjadi semakin pudar dan sistem kepimpinan dan pentadbiran negara menjadi kian lemah. Akhirnya negara boleh dikuasai oleh orang asing akibat kurang matang dalam arena politik.

Oleh itu ahli-ahli politik Islam perlu bermuhasabah dan memperakui kelemahan diri ketika berjuang dalam parti politik. Penilaian dan kehebatan dalam kepimpinan dan pentadbiran hanya dapat dinilai oleh Allah kerana Dia mengetahui isi hati manusia dan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan kewibawaan agama, bangsa dan negara. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Islam dipermainkan semata-mata mahukan KUASA?




Kita tengok Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang, DAP seorang perempuan, telah mencabuli tempat suci kita iaitu surau dan masjid. Dia naik Surau Al-Huda, memberi ceramah berdiri di saf pertama, imam pakai jubah, pakai serban duduk di sebelah tidak menegur apa-apa. Sedangkan dalam Islam, yang sebenar orang musyrik tidak boleh naik masjid. Pada dasarnya orang musyrik itu najis, maka tidak menghampiri masjidilharam selepas tahun ini, maka di dalam al-Quran disebut Masjidilharam, Allah Taala tidak menyebut masjid lain. Apabila tidak disebut masjid-masjid lain, maka berlaku selisih pendapat di kalangan ulama sebab ulama kata tak sebut masjid lain, maka mungkin masjid lain boleh naik.

Ada ulama mengatakan boleh, tapi itupun bersyarat. Orang bukan Islam hendak naik masjid bersyarat kalau kita periksa syarat dia, ulama muktabar syaratnya sama, iaitu pertama, hendaklah dia itu menutup aurat, Ahli Parlimen Serdang ini tidak menutup aurat, ada juga pemimpin pakatan pembangkang memasuki pekarangan masjid dengan memakai skirt, yang kita hairan dan sedih ulama dalam Pas membiarkan perkara ini. Nie Ching berdiri di saf pertama, imam di sebelah tidak berbuat apa-apa. Dan kalau dia seorang perempuan mesti suci dari haid dan nifas.

Suara Politik
Belantan

Apabila agama Islam dipermainkan, PAS diam membisu?




Hari ini kita sudah mendengar DAP mempermainkan ayat al-Quran. Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran apabila berceramah, dia mengaku dia bagi salam. Sebahagian orang Melayu jawab salam dia, sebenarnya tak boleh jawab. Orang Islam tak boleh jawab salam orang kafir bukan Islam ini. Kalau kita tengok Rasulullah sendiri, bila orang Yahudi beri salam, Nabi senyap saja, kadang-kadang jawab itu pun Celaka ke atas kamu.

Ini menunjukkan salam daripada orang bukan Islam kita tak boleh jawab. Hari ini, orang Islam yang mendengar ceramah Kor Ming menjawab salamnya. Kemudian Kor Ming mengaku dia seorang Kristian dan mengaku tahu surah Aura sedangkan tidak ada dalam al-Quran surah Aura, yang ada Surah Al-Araf. Maksud ayat - Sesungguhnya Allah menyuruh kepada keadilan dan ihsan", rupa-rupanya dia nak syarah parti kawan dia itu Keadilan.

Dan hari ini dia seolah-olah menjadi tok guru, ulama, orang Melayu Islam ini jadi anak murid, sedangkan dia bukan Islam, berpusing dunia sudah terbalik, mempermain-mainkan ayat Allah. Adakah dia membaca itu kerana ikhlas, tidak. Dia membaca kerana ingin mendapat sokongan orang Melayu Islam.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Februari 19, 2013

Demonstrasi ibu tunggal kaum India bantah kerajaan PKR Selangor?




Lebih 500 golongan ibu tunggal kaum India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di sini hari ini mengadakan demonstrasi membantah kerajaan PKR Selangor kerana gagal memberi elaun kepada mereka seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Demonstrasi itu rentetan bantahan serupa beberapa kumpulan ibu tunggal di seluruh negeri Selangor termasuk yang mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor tahun lalu.

Penyelaras Tuntutan Ibu Tunggal Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, hampir 50,000 golongan ibu tunggal diperdaya dan ditipu kerajaan PKR Selangor selepas gagal menerima elaun seperti dijanjikan.

“Adalah jelas manifesto itu merupakan pembohongan dan hanya bertujuan meraih undi malah sehingga kini, tiada seorang ibu tunggal pun menikmati elaun berkenaan.

“Bantahan hari ini merupakan satu lagi tanda kecewa dan kekesalan ibu tunggal terhadap sikap kerajaan PKR Selangor yang tidak menunaikan janji mereka," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Taklimat Tuntutan Elaun Ibu Tunggal Kaum India DUN Semenyih di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Beranang di sini.

Yang hadir sama, Ketua Bahagian MIC Hulu Langat, Datuk S. Gopalakrishnan; Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Hulu Langat, Zainarini Mohd. Sidek dan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom.

Menurut Johan, pihaknya akan terus memperjuangkan tuntutan elaun ibu tunggal itu dan yakin berada di pihak benar selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman serupa yang difailkan mereka sebelum ini.

“Saya berharap semua ibu tunggal di negeri Selangor bangkit bagi menuntut hak mereka yang dimungkiri kerajaan negeri," katanya.

Suara Politik
Belantan

Waspada! Melayu ‘ Sedang Dicaturkan’?



Hidup matinya Melayu hari ini adalah tanggungjawab seluruh orang Melayu tanpa mengira aliran politik masing-masing. Hidup matinya Islam di Malaysia hari ini juga merupakan tanggungjawab seluruh orang Islam di negara ini tanpa mengira aliran atau ideologi politiknya. Melayu akhir-akhir ini berada di persimpangan yang amat menggerunkan. Melayu hari ini sedang duduk dalam satu dilema yang mengerikan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu makin terhakis? Atau benarkah ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda hari ini?

Mungkinkah Melayu akan hilang di dunia? Kalau tidak, jenis Melayu yang bagaimanakah yang akan menghuni bumi tercinta ini apabila dominan kekuasaan Melayu sudah hancur, apabila Melayu sudah kehilangan kuasa? Ke manakah akhirnya perlawanan Melayu sesama Melayu ini? Mungkinkah akhirnya ialah Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan Melayu yang tidak peduli terhadap Melayu? Andaian ini boleh jadi mungkin, dan boleh jadi tidak. Yang lemah biasanya ditelan oleh yang gagah. Segala-galanya terserah kepada Melayu dan arah tuju serta matlamat perjuangannya.

Perlu diingat, perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancurleburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah yang muncul menjadi benteng paling kuat dalam proses menghapuskan keganasan bersenjata komunis. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara. Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan bangsa Melayu dan budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.


Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab suci setiap umat Melayu untuk terus berjuang mengekal, dan lebih dari itu bagi meningkatkan perpaduan bangsa Melayu pada setiap masa. Perpaduan ini wajar terus dipupuk, dipelihara, dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja.

Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai pembaharuan, perlulah kita memastikan bahawa kita tidak kehilangan arah, tidak juga kehilangan punca. Untuk tidak kehilangan arah dan supaya tidak kehilangan punca, maka perlulah kita sedar dan perlulah kita menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Jadi, pokoknya sekarang, biar berlaga ayam di reban, biar menendang kuda di kandang, namun adat wajib dijaga. Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Yang nyata, Politik ekstremis Pas adalah berbahaya. Politik cauvanis DAP adalah suatu ancaman. Politik ketaksuban individu PKR adalah sesuatu yang sia-sia. Maka Pakatan Rakyat bakal mengundang kehancuran Melayu.

Suara Politik
Belantan

Perbezaan antara Najib - pembangkang?




Lagu Getaran Jiwa dendangan P. Ramlee dalam filem Antara Dua Darjat begitu berkesan sekali. Ia menggambarkan betapa resahnya jiwa apabila kebahagiaan yang diharapkan akhirnya musnah berkecai atas angkara seseorang yang hidupnya penuh delusi.

Delusi dikaitkan dengan rasa cemburu yang keterlaluan. Akibat cemburu jugalah menyebabkan seseorang itu terus menyimpan dendam, dan sentiasa mencari jalan untuk membalasnya.

Itulah juga yang berlaku dalam kehidupan berpolitik di Malaysia. Akibat delusi, maka pakatan pembangkang terus berusaha menghumban parti yang masih sah kekuasaannya dengan pelbagai dakwaan buruk sehingga suatu ketika rakyat seakan-akan resah dan percaya, hanyalah pakatan pembangkang sahaja parti yang boleh mengembalikan kemakmuran negara.

Pakatan pembangkang dianggap terbaik dan mampu selesaikan banyak masalah termasuk ekonomi. Setelah berlalu hampir lima tahun lamanya, kini pakatan pembangkang resah sekali lagi kerana rakyat semakin sedar haknya. Mereka bangkit beramai-ramai menagih janji, kerana janji itu tidak ditunaikan dan seringkali diputarbelitkan.



PRU-13 semakin hampir, maka sekali lagi pemimpin berkenaan bermain kata-kata. Mereka akan lakukan yang lebih baik lagi apabila rakyat memberikan mereka peluang, yakni mengundi mereka. Namun, kali ini rakyat sudah tidak lagi membuka ruang simpati. Mereka seakan-akan serik dan tidak mahu mengulangi kesilapan.

Dengan menggunakan muslihat agama, Mursyidul Am Pas menulis: Islam itu bukannya singgah pada pepohon atau bumi tetapi kepada manusia. Sedangkan manusia itu ditempatkan oleh Allah SWT di muka bumi.

Untuk menyelamatkan Islam ialah dengan menjaga manusia, untuk menyelamatkan manusia dengan cara menjaga keselamatan bumi. Ia merupakan tugas bertali-tali antara kewajipan menjaga Islam, manusia dan bumi." (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, "Ciptaan daratan, lautan sumber rezeki," Harakah, Bil. 1817: 11-14 Februari 2013).

Sudah empat dekad sebagai wakil rakyat dan lebih dua dekad sebagai Menteri Besar, Mursyidul Am Pas masih merayu sedangkan rakyat semakin terhimpit hidup dalam kesukaran peluang kerja, kekurangan prasarana dan penuh politiking.

Rakyat mula bertanya, kenapa air bersih tidak muncul juga setelah berjanji akan melakukannya sejak 1997; kini rakyat terhimpit dengan warna air sungai seperti teh tarik, kerana hutan di hulu sudah digondol.



Peneroka Felda Paloh 4 semakin khuatir, ladang rakyat yang dijanjikan masih belum menjadi kenyataan. Tapi Menteri Besar terus bermain kata-kata: ''... kepada orang yang lidahnya fasih dan pintar akan mendorong manusia bekerja kuat dan rajin, bukan atas dorongan kerajaan atau mana pihak."

Tidak juga dijelaskan apakah peranan beliau sebagai pemimpin sudah terlaksana sepenuhnya? Apakah kerajaan pimpinannya sudah sediakan ruang dan peluang untuk rakyat mencari rezeki dengan tenang? Semuanya dikelirukan dengan menyatakan bahawa kerajaan yang dipimpinnya telah banyak buat, tapi rakyat tetap bertanya: Mana? Apa? Bila?

Ketara berbeza. Setelah mengambil alih pentadbiran negara pada April 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap tidak percayakan pakatan pembangkang mampu laksanakan yang terbaik untuk rakyat.

Hari ini, setelah empat tahun memegang tampuk pemerintahan, terlalu jauh perbezaannya. Rakyat sudah dapat melihat hasilnya manakala pakatan pembangkang masih terkial-kial membuat janji baharu sedangkan janji lama masih banyak yang belum ditunaikan.

Perdana Menteri berjaya meletakkan dasar pembangunan yang tegas dan penuh makna. Ini memperlihatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan kuat bekerja, bukannya kuat mencerca.



Langkah pertama yang diambil adalah meletakkan dasar memperkukuhkan semula perpaduan antara kaum yang mula tercabar oleh selekoh politik. Dengan memberikan wajah baharu kepada perpaduan dalam gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, hasilnya lahirlah pelbagai jenama yang membawa faedah meluas.

Kini sudah ada BR1M, SL1M, TR1MA, PR1MA, Klinik 1 Malaysia, Asrama 1 Malaysia, 1M4U, 1MD, dan sebagainya sehingga menyebabkan pakatan pembangkang kian gelisah dan resah.

Di peringkat nasional pula dilakukan pelbagai bentuk perubahan yang kemudiannya dijenamakan sebagai Model Ekonomi Baharu. Peraturan yang dilihat sebagai penghalang dimansuh atau diubahsuai. Kemudiannya dipatenkan menjadi Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ia dirangka secara menyeluruh berdasarkan segmen ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan seterusnya dirangkumkan ke dalam suatu istilah khusus, iaitu Najibnomics.

GTP sudah memasuki fasa kedua. Pengiktirafan antarabangsa diterima dan Najibnomics dilihat sebagai landasan yang betul dan tepat bagi berhadapan dengan kelemahan ekonomi dunia. Kini, meskipun ekonomi dunia masih lembab, menurut banyak pihak, ekonomi Malaysia tetap terus berkembang dan tumbuh sekadar lima peratus setahun.

Perkara ini tidak berlaku dalam negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang. Sebaliknya semakin banyak aset kerajaan negeri dicair dan dipindah milik bagi membolehkan kerajaan negeri mendapat hasil. Kalau dahulu, kawasan tanah tinggi direzabkan sebagai kawasan tadahan air, sejak terdesak untuk "menunaikan janji" digondolkan bagi mendapatkan hasil balak.



Semuanya kerana tidak mahu mengingatkan impak masa depan. Bila bukit dan tanah tinggi digondol, banyak habitat semula jadi pupus manakala hakisan mudah berlaku. Kesannya, air sungai keruh dan berkeladak manakala hak rakyat mendapatkan sumber air semakin terjejas.

Bukit Pedu sudah bertukar dari kesegaran fauna dan flora menjadi bukit botak. Tanah Tinggi Lojing semakin menyesakkan kehidupan suku kaum pribumi di Hulu Kelantan, mereka sudah kehilangan kawasan rayau untuk mendapatkan sumber rezeki.

Gugusan Paloh, Gua Musang sudah bertukar dari pemilikan peneroka kepada ladang rakyat yang belum pun mendatangkan apa-apa hasil. Janjinya belum tertunai, rumah mampu milik belum juga terbina dan banyak lagi. Semuanya itu menggambarkan situasi ngeri akibat hanya "janji manis" tetapi tidak dilaksanakan meskipun kepercayaan sudah diberi. Kini, kepercayaan itu semakin tipis dan hampir robek.

Hasrat rakyat seringkali diketepikan dan sebaliknya dibangkitkan emosi rakyat untuk bersatu membina semula kekuatan dengan melakukan protes jalanan termasuk bakal menagih tindakan ala-Arab Spring.

Sudah kedengaran, jika pakatan pembangkang kalah, Arab Spring akan berlaku? Tidakkah ini bermakna, pakatan pembangkang sebenarnya yang mencintai kekecohan manakala BN mencintai kehidupan yang aman, damai dan sejahtera?

Rakyat Malaysia sedar, untuk meruntuhkan sesuatu yang sudah ada adalah lebih mudah berbanding untuk mengembalikan keamanan. Pergolakan semula di Tunisia dan Mesir banyak memberikan pengajaran, ada tangan-tangan ghaib yang sedang bermain untuk mencetuskan huru-hara kerana mereka bencikan Islam. Mereka takut kebangkitan Islam bakal menjadi kuasa politik dan ekonomi yang kuat.



Kalaulah itu kaedah yang hendak dilakukan oleh pakatan pembangkang, lebih baik mereka lupakan hasratnya. Rakyat Malaysia amat tidak bersetuju, kerana revolusi lebih banyak mengundang bahaya dan bencana, yang untungnya ialah mereka yang penuh curiga, cemburu dan ingin membalas dendam. Delusi bukan menyebabkan manusia semakin baik, ia boleh menyebabkan kehidupan menjadi semakin sukar dan terhimpit.

Sebenarnya, rakyat masih rasional untuk mengesan secara jelas apa yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang. Hasilnya, dalam tempoh empat tahun (April 2009 - Februari 2013), belum berlaku perubahan kerajaan dan rakyat semakin sedar, yang mana permata dan yang mana pula kaca.

Dalam pakatan pembangkang, hampir setiap masa berlakunya provokasi dan penghinaan. Tetapi, usaha menyembunyikannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Akhirnya pelbagai pembohongan terserlah. Antara pemimpin tiada muafakat, semuanya mempertahankan pendirian masing-masing dengan berasaskan matlamat politik walaupun terpaksa menjual diri dan maruah.

Pakatan pembangkang sebenarnya sedang berada dalam situasi antara sedar dan koma, kerana delusinya kian hebat dan terdesak. Delusi dalam dirinya sudah tidak terkawal, dan mungkinkah PRU-13 menjadi medan mereka dikuburkan?

Lebih 13 juta pengundi akan menentukannya, maka bermacam-macam ketakutan dan janji manis yang bakal mereka berikan. Mereka takut delusi itu akhirnya menjadikan nyawa politik pakatan pembangkang ditamatkan secara tragik. Itulah sebabnya, PRU-13 dianggap nyawa dan ibu kepada semua parti politik yang bakal memasuki arena pertandingan merebut kuasa.

Suara Politik
Belantn

Pas perlu segera keluar pakatan - Hasan Ali!




Pas perlu segera keluar daripada pakatan pembangkang berikutan tindakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak menghormati parti itu apabila terus mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama Pas mengenai isu kalimah Allah.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan, tiada gunanya Pas terus berada dalam pakatan pembangkang apabila kedua-dua sekutunya terus berbuat demikian.

"Pas sepatutnya keluar daripada pakatan pembangkang kerana tiada gunanya berada di dalamnya kerana setiap keputusan yang dibuat mengenai Islam tidak direstui oleh DAP dan PKR.

"Bukan sahaja dalam isu kalimah Allah, malah dalam beberapa kejadian sebelum ini seperti di Selangor, Kelantan dan Kedah, DAP dan PKR menjadi penghalang kepada Pas apabila melibatkan soal Islam," katanya selepas menyampaikan ceramah perdana Selamatkan Islam dan Kalimah Allah di padang mini Rambah, di sini malam tadi.

Kira-kira 1,000 orang menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan itu.

Menurut Hasan, bantahan yang dibuat oleh ahli Pas di seluruh negara menunjukkan mereka juga kurang senang dengan DAP dan PKR yang terus mempersoalkan isu kalimah Allah.

"Sepatutnya DAP dan PKR menghormati keputusan Majlis Syura Ulama Pas iaitu kalimah Allah tidak boleh diguna oleh bukan Islam sekiranya mereka berasakan Pas sebahagian daripada pakatan pembangkang.

"Namun yang berlaku adalah sebaliknya dan dilihat seperti kemenangan DAP menekan pemimpin Pas termasuk golongan ulama yang berdolak-dalik mengenai isu tersebut," ujarnya.

Ditanya sejauh mana Majlis Syura Ulama Pas dapat mempertahankan keputusan yang dibuat itu, beliau yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yakin mereka tidak akan berganjak dengan ketetapan itu walaupun DAP dan PKR terus mempertikaikannya.

Terdahulu dalam ceramahnya, beliau meminta orang Melayu dan Islam membuat keputusan tepat dan bijak apabila mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) demi masa depan negara ini.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Februari 18, 2013

Pengurus dedah ancaman bunuh terhadap Psy - Gangnam Style?




Polis mengesahkan pengurus Psy sendiri yang memaklumkan adanya ancaman terhadap penyanyi lagu "Gangnam Style" itu ketika membuat persembahan pada sambutan Tahun Baharu Cina 1Malaysia, di sini 11 Februari lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pengurus artis terkenal dari Korea Selatan yang hanya dikenali sebagai Dan itu ada mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pihak polis bagi memaklumkan perkara tersebut.


Salinan SMS dari pengurus Psy yang dihantar kepada pihak polis Pulau Pinang berhubung ancaman bunuh terhadap artisnya ketika Psy mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Polis terima satu SMS daripada pengurusnya memaklumkan mengenai ancaman bunuh ke atas penyanyi itu pada pukul 8 malam 10 Februari lalu, sehari sebelum penyanyi itu membuat persembahan.

"Dalam SMS itu juga, pengurus Psy meminta kawalan keselamatan yang ketat diberikan kepada penyanyi itu semasa beliau tiba di lapangan terbang sehinggalah beliau pulang," katanya!

Psy yang hadir ke Pulau Pinang untuk membuat persembahan sempena Progam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia terpaksa dikawal ketat oleh pihak polis bagi memastikan tiada perkara tidak diingini terjadi. Kes ini sangat memalukan Malaysia di mata dunia dan sikap tidak professional rakyat Malaysia ini perlulah di hindari daripada berulang lagi.

Suara Politik
Belantan

Anwar Kata : TIDAK SALAH GUNA ‘ALLAH’ DALAM BIBLE?


"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.

Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu terdesak memohon menggunakan istilah Arab "Allah" menggantikan "Tuhan"? Kenapa minta di depan Anwar? Kenapa baru sekarang dan tidak dari dahulu lagi? Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon kalimah Arab "Rab" yang bermaksud "Tuhan" dan kenapa hanya pohon kalimah "Allah" ?

Penulis melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu supaya tidak dapat membezakan kalimah "Allah" dalam Bible dengan kalimah "Allah" dalam Al Quran? Motifnya seperti mahu merencanakan projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran.

Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Kebanyakan Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat Nabi Isa - bukan seperti Kristian zaman sekarang.

Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox, seperti di Palestine, Lebanon, Syria, Jordan dan sebagainya. Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan ‘Allah ‘ terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek. Maka jelaslah penafian ini menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi. Buktinya baca disini... .
Persoalannya;

1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah "Allah" di dalam Bible asal?

2) Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah?

3) Adakah dengan menggantikan kalimah "Allah", Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam Bible?. baca disini...

Maka jelaslah, pada penulis bahawa usaha penukaran istilah Tuhan di dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat! Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru apabila melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible.

Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”. Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ?

Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’? Berlainan dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat Al-Quran itu.

Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di’edit’ dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”! Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah "Allah" diperjudikan ?

Oleh itu, tindakan kerajaan Malaysia menolak penukaran istilah Tuhan di dalam Bible kepada Allah memang tepat dan merupakan tindakan yang bijak. Semoga ketulenan dan kesucian agama Islam serta kesejahteraan umat Islam di Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah , Ameen ya rab Al’Alameen.

Suara Politik
Belantan

Kenapa kalimah Allah jadi isu besar?




Banyak yang sudah diperkatakan mengenai isu kalimah Allah ini. Namun sebenarnya banyak yang sudah diulas di luar konteks sehingga isu sebenar sudah tersasar dan semakin teruk apabila ia terlerai menjadi elemen yang dicampur dengan sentimen yang tidak perlu. Akhirnya, kecelaruan mengenainya menjadi semakin panas dan semakin gagal dilihat secara lebih fokus dan rasional.

Adalah diharapkan semua pembaca harus berlapang dada dan jauh daripada emosi melulu, dengan hasrat untuk mencari penyelesaian terbaik bagi mengekalkan keharmonian negara khususnya. Amat malang apabila negara yang sudah menjadi model dan tanda aras kepada kehidupan rukun masyarakat majmuk terbaik di dunia mula goyah dengan isu yang dipermainkan secara berbahaya untuk mereka yang berkepentingan.

Fakta jelas menunjukkan bahawa Allah adalah kata nama khusus merujuk kepada Tuhan yang Esa yang diangkat oleh Agama Samawi (agama langit yang empat) atau digelar sebagai ahli kitab. Kesemua agama ini mempunyai kitab masing-masing dan dipanggil kitabullah yakni kitab Allah yang mengandungi wahyu yang diturunkan daripada Allah.

Ini akan dihuraikan kelak secara khusus supaya tidak menyentuh sebarang sensitiviti beragama mana-mana pihak. Isu sebenar yang ingin disentuh ialah kenapa penggunaan kalimah Allah ini baru timbul sekarang dan tidak pula puluhan tahun lepas?



Ada dua perkara yang perlu diberi perhatian, adakah isu ini sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan satu situasi yang boleh diambil kesempatan oleh mana-mana pihak untuk keuntungan peribadi mereka sendiri. Ataupun, ia hanya sebagai permintaan daripada mereka yang menganut agama berkaitan secara khusus demi memudahkan mereka melaksanakan ibadat mereka?

Duduk perkara sebenar selepas itu lebih mudah untuk ditafsir sekiranya kita boleh merungkai punca kepada timbulnya persoalan berkaitan. Kita sudah melihat dengan jelas mengenai kebebasan beragama di negara ini yang sudah diamalkan puluhan tahun lalu.

Malah sebelum zaman merdeka lagi sehingga kadangkala masyarakat luar sendiri tidak percaya melihat rumah-rumah ibadat pelbagai agama wujud di negara ini yang sebahagiannya lebih hebat daripada milik agama rasminya sendiri.

Seterusnya kita tahu dan sedia maklum bahawa di Malaysia, selama ini penganut agama Kristian sudah tentulah bukan orang Melayu kerana orang Melayu di negara ini ditetapkan oleh Perlembagaan Negara adalah beragama Islam. Kerana itu, kitab milik orang Kristian yang ingin dibaca oleh orang Kristian bukanlah menggunakan bahasa Melayu secara berleluasa juga.

Dengan mengambil kira penduduk bumiputera lain termasuk Orang Asli dan masyakarat pribumi di Sabah dan Sarawak, kita sudah lama bertolak ansur dan tidak mempersoalkannya selama ini dan ia tidak pernah pun menjadi isu.



Malah Kementerian Dalam Negeri juga sangat bekerjasama dalam memberikan permit percetakan kitab berkaitan dalam bahasa Melayu dan diedarkan dengan begitu meluas hatta di semua bilik hotel terutamanya di Sabah dan Sarawak tanpa sebarang sekatan.

Selepas sekian lama berlalu, apa yang sudah menjadi kebiasaan dan berjalan dengan lancar menjadi sesuatu yang luar biasa dan sudah panas dengan pelbagai spekulasi yang tidak berasas dan disebut di luar konteks.

Ia digambarkan seolah-olah Malaysia sebuah negara yang tidak mengamalkan kebebasan beragama dan menyekat penganut agama selain daripada agama rasminya dan tidak mengamalkan kepercayaan mereka dengan aman dan bebas.

Kepada mereka di luar sana cubalah renung kembali dengan akal yang waras, apakah petikan di atas benar dan apakah itu yang kita boleh saksikan menjadi praktis negara ini sejak sekian lama.

Sebenarnya, apabila kita meneliti secara mendalam kita akan melihat bahawa berlakunya bantahan terhadap penggunaan kalimah Allah itu daripada umat Islam di negara ini semata-mata bagi mempertahankan akidah umat Islam itu sendiri. Ia sejajar dengan apa yang sudah diperuntukan dalam Perlembagaan Negara kita yang menghalang pengkaderan, perluasan ataupun pendakwahan agama lain kepada umat Islam Melayu.

Kita tahu, selama ini memang sebut sahaja perkataan Allah, semua bangsa di negara ini tahu, faham dan mengerti Allah adalah Tuhan orang Islam. Jangan nafikan fakta ini dengan niat tersendiri dan mahu memanipulasi. Pokok pangkalnya ia sudah menjadi standard praktis, menjadi tanggapan dan sudah diterima semua pihak tanpa sebarang persoalan.

Kenapa pula perlu guna perkataan Allah dalam kitab lain dan mahu Allah digunakan oleh mereka yang bukan beragama Islam di negara ini. Malah kalau ditanya sama ada perkataan Allah ini mahu turut digunakan dalam versi-versi bahasa lain juga sebenarnya tidak dapat mereka sendiri jelaskan atau sengaja tidak mahu terperangkap oleh jerat yang dibina oleh mereka sendiri.



Kalau isu pengamalan agama yang ingin disentuh maka ia perlu satu penyelesaian yang berbentuk keseluruhan dan tidak berpilih-pilih. Kini tentunya ia semakin jelas dan nyata bahawa kalimah Allah bukannya isu agama tetapi lebih mirip kepada isu peribadi dan agenda sendiri. Atau dengan mudah kita katakan ada kumpulan yang mahu menangguk di air keruh bagi menjadi hero atau menagih simpati demi mencapai matlamat tanpa mengambil kira kesan dan akibat daripada permainan berbahaya ini.

Kita juga sebenarnya boleh samakan taktik dan strategi yang dijalankan oleh kumpulan ini sama bahayanya dengan taktik dan strategi komunis satu ketika dahulu. Mungkinkah mereka ini memang sebahagian daripada kumpulan serpihan yang sudah ditumpaskan satu ketika dahulu?

Sesudah sekian lama mengamalkan kepercayaan masing-masing dan sudah wujud norma-norma khusus termasuk nama-nama khusus penyembahan, tiba-tiba meledak isu Allah tanpa sebarang tanda kenapa ia perlu dirombak. Maka, bagaikan sudah terang lagikan bersuluh sebenarnya ini bukanlah seperti yang dikehendaki oleh kebanyakan penganut Kristian yang sudah kita anggap sebagai saudara kita sendiri di negara ini. Tetapi ia lebih kepada mereka yang ingin mengambil kesempatan hatta sanggup melagakan dan menimbulkan huru-hara asalkan berjaya mencapai agenda.

Untuk menghuraikan duduk perkara penggunaan kalimah ini tanpa merujuk kepada kitab suci al-Quran, bagaimana toleransinya umat Islam kepada amalan beragama ini, hayati petikan surah yang berkaitan dengan isu di atas: (Surah Ali'Imran 3:64-71):

Secara ikhlasnya, dengan tulisan di atas sudah menjelaskan dengan terang dan terperinci duduk perkara berkaitan dengan kekeliruan dan pengalihan fokus yang berkaitan dengannya. Semoga ia dapat membantu mereka yang ikhlas dan rasional bagi merungkai kekusutan dan akhirnya kembali ke pangkal jalan untuk mencari kebaikan.

Suara Politik
Belantan

Sandiwara terbaru Hadi Awang...!!! Pas mungkin keluar pakatan pembangkang?




Dalam usaha meredakan kemarahan ahli dan penyokong Pas berikutan isu kalimah Allah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat bermain politik apabila menegaskan parti itu tidak teragak-agak keluar daripada pakatan pembangkang jika kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merugikan Islam.

Ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti UMNO di Kampung Banggol Peradong, dekat sini hari ini, Presiden Pas itu berkata, selagi ketiga-tiga parti tersebut mampu bekerjasama dalam mempertahankan Islam, Pas akan meneruskan permuafakatan berkenaan.

"Pas beri jaminan kerjasama Pas dengan DAP dan PKR selagi dapat pertahankan Islam, tetapi sekiranya kerjasama itu merugikan Islam, Pas akan keluar dari pakatan rakyat (pembangkang), tiada ragu-ragu lagi," katanya.

Kampung Banggol Peradong merupakan lokasi di mana Abdul Hadi pernah menyampaikan satu ucapan yang seterusnya dijadikan Amanat Haji Hadi pada tahun 1981 yang mengakibatkan umat Islam berpecah belah kerana berbeza fahaman politik.



Bagaimanapun, dalam ucapan hampir sejam itu, Abdul Hadi langsung tidak menyentuh isu kalimah Allah yang mencetuskan kemarahan ahli dan penyokong parti tersebut.

Kemarahan itu berikutan kegagalan kepimpinan Pas untuk membatalkan persetujuan yang dicapai dengan PKR dan DAP pada 8 Januari yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah suci tersebut.

Sedangkan Majlis Syura Ulama Pas yang bermesyuarat pada 11 Januari lalu tidak bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Tetapi malangnya, isu yang mendapat perhatian tersebut langsung tidak disentuh oleh Abdul Hadi bagi memperjelaskan apa sebenarnya pendirian Pas sama ada berpegang kepada persetujuan yang beliau lakukan bersama PKR dan DAP atau keputusan majlis syura.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Februari 17, 2013

Siapa lagi masih tercicir?




Sejak mengambil alih teraju pemerintahan negara dan memperkenalkan konsep 1Malaysia, dengan pelbagai agenda transformasi, rasanya dalam tempoh tiga tahun ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mendekati golongan sasaran tanpa mengira latar belakang serta fahaman politik.

Jelas, beliau amat bertungkus-lumus tanpa mengira waktu dalam melaksanakan tanggungjawab berat yang dipikul ke atas bahu beliau. Bukan sedikit cabaran yang beliau tempuhi. Ada waktunya kita sendiri merasa lemas dengan pelbagai serangan peribadi oleh pembangkang, namun Perdana Menteri kelihatan tenang menghadapi itu semua.

Dalam tempoh singkat ini, dengan serba kekurangan dan kelemahan parti dan negara, beliau sedaya mungkin telah berusaha untuk memulihkan keadaan. Kegawatan politik tanah air dan kegawatan ekonomi dunia merupakan dua elemen yang tidak memihak kepada beliau. Syukurlah beliau dapat mendepaninya dengan penuh berhemah dan kebijaksanaan.

Tuntutan demi tuntutan kaum minoriti di Malaysia terpaksa beliau layan. Tindakan beliau seperti menarik rambut di dalam tepung. Rambut jangan sampai putus dan tepung pula jangan sampai berserakan. Golongan cerdik pandai yang agak skeptikal dengan pelantikan beliau dulu kini telah menerima seadanya beliau sebagai Perdana Menteri yang mempunyai visi dan misi yang jelas ke mana negara ini hendak dipandunya.

Golongan agama yang suatu dulu terpengaruh dengan dakyah pembangkang, kini semakin menghormati beliau. Peneroka Felda dulu kini dan selamanya berpihak kepada beliau biarpun seribu tohmahan dihamburkan kepada beliau. Keluarga Felda terus mendapat pembelaan beliau dari semasa ke semasa.

Golongan nelayan, petani dan penternak mendapat habuan masing- masing, bukan sahaja menerusi bantuan berupa peralatan, dana tetapi juga jaminan masa depan menerusi insurans berkelompok. Golongan pelajar sama ada seawal usia tiga tahun sehinggalah ke peringkat tertinggi untuk menjadi doktor falsafah, semuanya tidak terlepas daripada perhatian beliau.



Menerusi pakej rangsangan ekonomi semua golongan peniaga daripada penjual goreng pisang sehingga ke perniagaan perkapalan yang bernilai berbilion ringgit telah merasai nikmat. Kompleks beli-belah yang menjual barang berjenama terus segar dan dikunjungi orang ramai saban hari tanpa merasai kesan kegawatan ekonomi dunia.

Penjual petai dan pucuk pegaga masih mampu menjual hasil tani mereka dengan harga mahal walaupun melalui ekspo di Pasar Tani. Penjual air oren atau karipap di bawah tangga di komplek beli-belah di Kuala Lumpur mampu meraih ribuan ringgit setiap hari.

Harga komoditi seperti sawit dan getah yang agak tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini membolehkan penduduk desa membanjiri pusat-pusat peranginan setiap hujung minggu. Pahang kini telah jauh mengatasi negeri-negeri yang suatu dulu mendominasi pendaftaran kenderaan bermotor kerana kemampuan rakyat Pahang dari segi kuasa beli telah meningkat dengan ketara.

Jualan kenderaan di sebalik pelbagai sekatan oleh pihak institusi kewangan masih mampu meningkat. Penjawat awam daripada yang beruniform dan berpakaian biasa semuanya kelihatan selesa dengan Perdana Menteri. Pasukan PGA, polis, tentera, Askar Wataniah, bomba dan penyelamat dan penjara menerima pengiktirafan yang sewajarnya.

Begitu juga, warga pendidik berkali-kali menerima durian runtuh menerusi semakan kenaikan pangkat dan gred perkhidmatan. Pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM3,000 menerima saguhati BR1M 1.0 dan 2.0. Ini melibatkan jumlah besar iaitu hampir lima juta orang termasuk yang mendakwa pemberian itu sebagai haram dan rasuah tetapi mereka tetap mengambil dan menggunakannya.

Pemandu teksi dan golongan karyawan tidak dilupakan dengan geran bantuan atau dana yang disediakan untuk kemudahan mereka.



Tidak berlaku di mana-mana dalam dunia ini kaum Cina dan India mendapat pembelaan seperti yang mereka nikmati di Malaysia ini. Bahasa ibunda juga masih boleh dikekalkan di sekolah rendah.

Lalu golongan mana lagi yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan yang diterajui oleh UMNO/BN ini? Golongan agama? Golongan sekular? Golongan oportunis? Golongan kemaruk kuasa? Golongan bankrap politik? Golongan korperat? Golongan bangsawan? Golongan muda dan pertengahan atau veteran?

Mungkin setiap golongan itu ada wakilnya yang sentiasa tidak berpuas hati dengan kerajaan. Jumlah mereka tidak sebesar mana, namun hiruk-pikuk mereka kelihatan gah sepanjang masa. Golongan inilah yang sentiasa mencari salah silap kerajaan walau sekecil mana sekalipun akan cuba diputar belitkan sebagai alat penghasut yang berkesan.

Mereka tidak mempunyai kekuatan dari sudut mana sekalipun untuk menandingi kejayaan UMNO/BN selama ini lalu mereka mengguna pakai kaedah hasut dan semai budaya kebencian yang keterlaluan serta mewujudkan persepsi negatif sepanjang masa.

"Malaysia tidak selamat, undilah pakatan, ubahlah untuk selamatkan Malaysia." Itu antara slogan pembangkang terutamanya Pas. Di mana tidak selamatnya Malaysia ini hanya orang Pas yang tahu.

Orang Pas tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada di negara ini. Mereka termasuk ke dalam golongan orang dimurkai. Mereka kaya raya, senang lenang, bergaya, bebas berbicara, bebas berniaga, bebas melakukan ibadat dari subuh hingga ke subuh dan bebas berkahwin dua tiga. Namun mereka sudah tertulis agaknya bahawa mereka adalah contoh umat yang tidak tahu bersyukur!

Suara Politik
Belantan

100 unit meter air Syabas dicuri di Kepong?


Yee Poh Ping (kiri) bersama beberapa peniaga menunjukkan sambungan paip dalaman yang meternya telah dicuri di Kepong Entrepreneurs Park, Kuala Lumpur semalam.

Kira-kira 600 pemilik dan penyewa bangunan Kepong Entrepreneurs Park di sini dalam kebimbangan apabila meter air di premis mereka hilang, dipercayai dicuri.

Mereka mendakwa, sehingga kini lebih 100 unit meter air yang dipasang Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) di kawasan itu telah dicuri sejak beberapa bulan lalu.

Malah, peniaga-peniaga tersebut tertanya-tanya mengapa meter yang diperbuat daripada plastik itu dicuri memandangkan ia bukannya meter tembaga yang pernah digunakan sebelum ini.

Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, kejadian yang berlaku hampir di setiap lorong premis itu menganggu produktiviti peniaga kerana semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

“Kebanyakan mereka yang mengusahakan restoran, kedai runcit, pusat senggara kenderaan dan perkhidmatan lain berasa terganggu dengan kejadian ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, peniaga yang terlibat sudah membuat aduan kepada Syabas sejak tiga hari lalu untuk tindakan selanjutnya.

“Kami menggesa Syabas mengadakan siasatan dan menyemak semula sama ada meter plastik itu mempunyai nilai komersial di pasaran sekarang atau berkemungkinan kejadian ini melibatkan sindiket yang menjual balik kepada pembekal," katanya.

Sementara itu, pemilik kedai, Lee Tian Soong, 62, berkata, dia berjaya merakam aksi pencuri yang sedang membuka meter tersebut menggunakan kamera litar tertutup premisnya kira-kira pukul 5 pagi baru-baru ini.

“Kejadian itu berlaku dalam keadaan yang sangat pantas, saya tidak dapat melihat dengan jelas wajah mereka kerana memakai topi tetapi mengesyaki ia dilakukan warga asing," katanya.

Seorang lagi pemilik, Ahasrap Khan, 53, berkata, kejadian itu menimbulkan kerisauan di kalangan mereka apabila terdapat pemilik yang sudah dua kali berhadapan dengan masalah kecurian meter itu.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Februari 16, 2013

MB Khalid semakin 'terdesak' selesai isu air Selangor?




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini mengatakan kerajaan negeri pimpinannya akan hantar surat tawaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan akan mengambil alih Syabas walaupun tidak mendapat surat daripada Kerajaan Pusat.

Hal ini bukan mengejutkan kerana Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui sudah menyatakan jika Khalid ingin sangat mengambil alih pengurusan bekalan air di Selangor teruskan sahaja berbincang dengan empat syarikat konsesi pembekal air berkenaan. Khalid tidak perlu tunggu surat daripada Kerajaan Pusat, hantar sahaja surat tawaran itu kepada syarikat berkenaan.

Tahun lepas Khalid sudah pun bersuara mahu mengambil alih Syabas (pada September 2012 semasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat China dan beliau sudah pun beri lampu hijau). Sehingga sekarang Khalid masih mengulang kata-kata mahu buat itu dan ini, tapi tidak pun dilakukannya.

Hakikatnya, pihak yang patut membuat keputusan sama ada mahu menjual atau tidak adalah pemegang saham empat syarikat tersebut termasuklah Kerajaan Selangor yang punya pegangan dalam tiga iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash), Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass) dan Konsortium Air Selangor Sdn. Bhd. (KASB) daripada empat syarikat tersebut. Biarlah pengurusan syarikat berkenaan yang tentukan.

Kini, nampak sangat Khalid semakin gagal dalam usaha penstrukturan semula air Selangor yang dirancangnya sehingga seolah-olah mahu 'memaksa' Kerajaan Pusat menyalah gunakan saham emasnya untuk 'pujuk' Syabas menerima tawaran beliau. Adakah tiga syarikat konsesi bekalan air yang lain itu telah bersetuju?



Memetik kenyataan Pengerusi Syabas Tan Sri Rozali Ismail Sabtu minggu lalu, kenapa Syabas dan Puncak Niaga yang jadi sasaran? Padahal Splash telah awal-awal tolak tawaran sebelum Puncak Niaga sempat menjawab.

Adakah Menteri Besar Selangor itu begitu yakin yang pemegang saham tiga syarikat konsesi tersebut akan menerima tawarannya? Perlu diingat bahawa Abass yang dimiliki 91% oleh Kerajaan Negeri Selangor pernah menolak tawaran kerajaan negeri itu.

Khalid seolah-olah mengugut akan bawa Kerajaan Pusat ke mahkamah sekiranya Syabas tidak terima tawaran kerana didakwa telah melanggar Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006. Dan saranannya untuk membawa ke majlis timbang tara semasa membentangkan Bajet 2013 pada Oktober tahun lalu masih belum dilaksanakan.

Jika diimbas kembali, Kerajaan Pusat telah banyak membantu Kerajaan PKR Selangor demi kepentingan penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam isu air yang gagal dilaksanakan oleh kerajaam Khalid. Bayangkan RM606 juta projek mitigasi dan RM120 juta untuk penambahbaikan infrastruktur air Selangor dibiayai oleh Kerajaan Pusat.

Duit rakyat yang terpaksa digunakan untuk menambahkan kapasiti air walaupun perancangan jangka pendek kerana Kerajaan Selangor masih menggunakan isu Langat 2 sebagai syarat tawaran untuk melakukan penstrukturan semula air yang masih gagal dilaksanakan. Perancangan jangka pendek ini hanya mampu membekalkan air sehingga tahun 2016.

Khalid sehingga kini asyik taksub dengan penstrukturan semula air negeri tetapi tidak pernah sekali pun dibentangkan bagaimana penstrukturan itu boleh meningkatkan kapasiti bekalan air.

Daripada Oktober lalu beliau bercakap akan guna teknologi membran tetapi sampai sekarang teknologi membran masih belum dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap untuk Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa kok pernah mengeluarkan kenyataan Selangor telah mencatat pelaburan RM10.52 bilion dari 211 projek perkilangan yang diluluskan antara Januari dan Oktober tahun lalu.



Menurut Teresa, berasaskan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), 211 projek itu merangkumi 36 peratus daripada keseluruhan 650 projek pelaburan yang diluluskan di seluruh negara dalam tempoh 10 bulan yang sama.

Masalah utama kini, infrastruktur air di Selangor masih di tahap lama, adakah akan ada cukup air untuk memenuhi permintaan daripada semua pelaburan ini apabila semuanya mula beroperasi?

Daripada jumlah RM10.52 bilion itu, RM6.53 bilion atau 62 peratus merupakan pelaburan domestik dan selebihnya (RM3.99 bilion) pelaburan asing.

Ini bermakna pelabur asing juga akan terjejas terutamanya dari China yang mencatatkan nilai pelaburan terbesar melalui sembilan projek, Singapura (16 projek) dan Jerman dengan sembilan projek.

Macam mana pula dengan 450 projek perumahan yang sehingga kini belum mendapat kelulusan bekalan ekonomi? Apakah kos ekonomi kepada negeri dan juga negara jika isu bekalan air ini berterusan?

Perlu diingat, 131 daripada 211 projek itu merupakan projek baharu dengan nilai pelaburan besar RM7.48 bilion, baki 80 lagi untuk penambahan dan tujuan lain dengan nilai RM3.04 bilion.

Bagaimana pula kesannya terhadap sektor pembuatan komponen automobil mencatatkan pelaburan tertinggi dengan 34 projek, sektor elektronik serta elektrik dengan 19 projek dan juga sektor produk makanan dengan 17 projek?

Suara Politik
Belantan

Sejarah 1977 mengapa PAS disingkirkan dari BN?




Penulis mendapati di pihak kerajaan dan BN, tiada usaha yang begitu serius dan meluas dalam menceritakan 'kisah benar' di sebalik tuduhan dan cerita dongeng yang didendangkan PAS. Kecualilah baru-baru ini Tun Dr. Mahathir Mohamad menceritakan semula yang tiada penipuan yang dilakukan oleh UMNO berhubung dakwaan bahawa PAS telah ditipu oleh UMNO semasa parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN).

Ada dalam kalangan rakyat yang menjumpai dan menginsafi fakta sebenar PAS dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan pihak BN demi merungkai rasa benci dan menyampah rakyat yang bersifat melulu lantaran dengan naifnya tertelan gula-gula penipuan juak PAS ini.

Kini banyak suara di peringkat akar umbi, di seluruh pelosok negara mahukan agar kisah ini disebarluaskan. Gunakan media cetak, media massa dan media baharu sebaik-baiknya dalam menterjemahkan suratan sejarah yang sebenar-benarnya. Kongsikan dengan rakyat mengapa pada tahun tersebut pimpinan PAS melucutkan jawatan Datuk Haji Mohammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Disini diceritakan juga mengapa kerajaan BN pimpinan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, terpaksa 'menceraikan' PAS atas sebab musabab keselamatan dan keamanan di negeri Kelantan. Dihuraikan juga intipati ucapan Hussein Onn pada tahun tersebut yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab PAS yang tidak memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.

Ikutilah ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

Komen tambahan dari penulis :

Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidakpuasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Dato' Muhammad bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1 - Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Dato' Muhammad bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.

2 - Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS untuk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana beliau adalah tokoh PAS yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3 - Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) untuk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4 - Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak berpuashati dengan perpaduan PAS-UMNO.

5 - Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6 - Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

7 - Krisis Kepimpinan PAS Kelantan 1977 ini yang membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh PAS Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga PAS.

8 - Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9 - Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan menggekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

10 - Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11 - Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri PAS yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan ianya diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri PAS sendiri.

12 - Setelah Kelantan dibawah Darurat, Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan PAS terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan PAS-BN.

13 - Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung PAS dijadikan 'kambing hitam PAS' apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri PAS yang menyokong rang undang-undang Darurat.

14 - Malah beberapa pimpinan PAS yang menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menentang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

15 - Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan PAS-UMNO.

16 - Rentetan dari itu juga menyebabkan 'Krisis dalaman PAS' yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti BERJASA dan HAMIM.

17 - Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18 - Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan PAS diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Dengan apa yang dihuraikan diatas, maka terserlahlah apa yang diceritakan selama ini bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) 'angkat kaki' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 dahulu disebabkan oleh 'sifat kejam' dan 'tikam belakang' kerajaan terhadap PAS pada masa itu adalah pembohongan semata-mata.

Kerana itulah jika kita lihat apabila ada sahaja usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan antara parti politik UMNO dan BN bersama PAS tidak lama dulu, akan ada suara sumbang daripada juak PAS mendendangkan lagu dan ceritera dongeng yang sama, bahawa kerajaan BN telah 'menganaktirikan' PAS suatu ketika dulu.

Impaknya, rakyat marhain yang tidak berusaha untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam dan mengorek cerita sebenar akan menelan bulat-bulat cerita dongeng juak PAS ini. Hakikatnya, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan BN tidaklah bersifat kejam sebagaimana yang disandiwarakan oleh pihak PAS sekarang.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Gempar! Meteor Jatuh Di Rusia?






YEKATERINBURG/CHELYABINSK: Kira-kira 400 penduduk mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi waktu tempatan Moscow itu, penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang.Tahi bintang itu menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg.

Penggera kereta mati, tingkap pecah dan talian telefon bimbit hanya berfungsi sekejap-sekejap.

Pihak berkuasa bandar Chelyabinsk berkata, kira-kira 400 orang mendapatkan rawatan terutama kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan. - Reuters.

Khamis, Februari 14, 2013

Kenapa tuding Syabas, Puncak Niaga?



Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB) tidak pernah membantah cadangan kerajaan negeri Selangor untuk menstruktur semula industri air atau migrasi mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Pengerusi Eksekutif Syabas dan PNSB, Tan Sri Rozali Ismail berkata, Kerajaan Persekutuan juga tidak menghalang cadangan kerajaan negeri itu kerana ia adalah transaksi perniagaan dan kedua-dua pihak boleh membuat keputusan atas dasar willing seller willing buyer.

“Berkaitan dengan isu penstrukturan semula sektor air, kenapa nama Syabas dan PNSB saja yang disebut? Bukan Syabas dan PNSB sahaja terlibat malah ada tiga lagi syarikat iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash), Konsortium Abass Sdn. Bhd. dan Konsortium Air Selangor Sdn. Bhd. (KASB) turut terlibat sama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor dan ahli exco negeri Selangor baru-baru ini, khususnya berkaitan dengan penstrukturan semula industri air dan pembekuan perbelanjaan modal (Capex) yang melibatkan Syabas dan PNSB.

Menurut Rozali, kerajaan negeri juga memegang ekuiti majoriti dalam Konsortium Abass dan KASB dan pegangan saham minoriti 30 peratus di dalam Splash dan Syabas.

Oleh itu, tegasnya, gambaran yang diberikan oleh kerajaan negeri adalah tidak tepat apabila hanya menggambarkan bahawa hanya PNSB dan Syabas merupakan pihak-pihak yang mempunyai peranan dalam penstrukturan sektor air.

“Malah satu tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor yang berasaskan ‘semua terima atau tawaran dibubar’ telah gagal dalam perlaksanaannya apabila pihak Splash yang kerajaan negeri ada memegang saham telah awal-awal lagi menolak tawaran kerajaan negeri tersebut walaupun pada ketika itu Syabas dan PNSB belum lagi membuat keputusan masing-masing," jelasnya.

Beliau berkata, dalam hal pengambilalihan perniagaan Syabas dan PNSB dalam proses penstrukturan semula industri air, kerajaan negeri mengetahui sebagai pemegang saham 70 peratus dalam Syabas bahawa PNSB adalah sebuah syarikat awam berhad yang mana 58.75 peratus saham dipegang oleh sektor awam dan institusi.

“Adalah menjadi tugas pihak pengurusan Syabas dan PNSB untuk menjaga kepentingan pemegang saham dalam dan luar negeri ini. Saya sebagai pemegang saham minoriti dalam PNSB tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan menjual PNSB atau Syabas kepada mana-mana pihak kecuali dengan persetujuan pihak-pihak yang dinyatakan.

“Kerajaan negeri juga mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat tersebut. Adakah kerajaan negeri boleh paksa syarikat-syarikat itu bersetuju sedangkan syarikat-syarikat itu ada juga pemegang saham lain dan tertakluk juga kepada pinjaman dan lain-lain instrumen jaminan?," ujarnya.

Beliau menjelaskan, sebarang tawaran kerajaan negeri mestilah memenuhi kriteria dan melibatkan hal perniagaan, hutang syarikat, pemegang saham minoriti, nilai saham dan masa depan syarikat.


Katanya lagi, isu kedua yang sering dibangkitkan ialah berkait dengan pembekuan perlaksanaan kerja penggantian paip dan lain-lain aset yang telah usang, kerja-kerja pemasangan paip-paip baharu, kerja menurunkan kadar air tanpa hasil (NRW) dan lain-lain kerja yang berbentuk perbelanjaan modal (Capex).

Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri membekukan Capex disebabkan kegagalan Syabas melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Perjanjian Konsesi Rozali berkata pihaknya mempunyai beberapa fakta yang relevan kepada isu itu.

Di antaranya, kata beliau, semenjak Syabas mengambil alih dari Perbadanan Urus Air Selangor Bhd (PUAS) pada tahun 2005, semua kerja-kerja Capex telah dilaksanakan dengan kelulusan Jabatan Kawal Selia Air Selangor (JKAS), sebuah agensi kawal selia yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor sendiri.

Dengan kelulusan yang telah diterima dari JKAS, jelas beliau, Syabas telah melaksanakan berbagai-bagai program kerja termasuk mengganti paip dan aset lama dan juga untuk menurunkan kadar kehilangan air tanpa hasil (NRW).

“Hasilnya dari tahun 2005 hingga 2008 antara lain, Syabas telah mengganti kira-kira 850 kilometer paip air lama dan telah berjaya menurunkan kadar NRW daripada 43 peratus pada tahun 2005 kepada 32 peratus pada tahun 2008," jelasya.

Katanya, malangnya apabila kerajaan negeri Selangor bertukar pentadbiran pada tahun 2008, Syabas telah diarah oleh kerajaan negeri Selangor agar membekukan semua kerja-kerja Capex, sehinggalah cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan kesemua syarikat-syarikat pembersih air dan juga Syabas di bawah konsep penstrukturan semula selesai dilaksanakan.

Suara Politik
Belantan