Sabtu, Februari 16, 2013

Sejarah 1977 mengapa PAS disingkirkan dari BN?




Penulis mendapati di pihak kerajaan dan BN, tiada usaha yang begitu serius dan meluas dalam menceritakan 'kisah benar' di sebalik tuduhan dan cerita dongeng yang didendangkan PAS. Kecualilah baru-baru ini Tun Dr. Mahathir Mohamad menceritakan semula yang tiada penipuan yang dilakukan oleh UMNO berhubung dakwaan bahawa PAS telah ditipu oleh UMNO semasa parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN).

Ada dalam kalangan rakyat yang menjumpai dan menginsafi fakta sebenar PAS dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan pihak BN demi merungkai rasa benci dan menyampah rakyat yang bersifat melulu lantaran dengan naifnya tertelan gula-gula penipuan juak PAS ini.

Kini banyak suara di peringkat akar umbi, di seluruh pelosok negara mahukan agar kisah ini disebarluaskan. Gunakan media cetak, media massa dan media baharu sebaik-baiknya dalam menterjemahkan suratan sejarah yang sebenar-benarnya. Kongsikan dengan rakyat mengapa pada tahun tersebut pimpinan PAS melucutkan jawatan Datuk Haji Mohammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Disini diceritakan juga mengapa kerajaan BN pimpinan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, terpaksa 'menceraikan' PAS atas sebab musabab keselamatan dan keamanan di negeri Kelantan. Dihuraikan juga intipati ucapan Hussein Onn pada tahun tersebut yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab PAS yang tidak memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.

Ikutilah ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

Komen tambahan dari penulis :

Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidakpuasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Dato' Muhammad bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1 - Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Dato' Muhammad bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.

2 - Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS untuk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana beliau adalah tokoh PAS yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3 - Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) untuk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4 - Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak berpuashati dengan perpaduan PAS-UMNO.

5 - Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6 - Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

7 - Krisis Kepimpinan PAS Kelantan 1977 ini yang membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh PAS Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga PAS.

8 - Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9 - Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan menggekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

10 - Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11 - Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri PAS yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan ianya diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri PAS sendiri.

12 - Setelah Kelantan dibawah Darurat, Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan PAS terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan PAS-BN.

13 - Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung PAS dijadikan 'kambing hitam PAS' apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri PAS yang menyokong rang undang-undang Darurat.

14 - Malah beberapa pimpinan PAS yang menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menentang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

15 - Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan PAS-UMNO.

16 - Rentetan dari itu juga menyebabkan 'Krisis dalaman PAS' yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti BERJASA dan HAMIM.

17 - Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18 - Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan PAS diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Dengan apa yang dihuraikan diatas, maka terserlahlah apa yang diceritakan selama ini bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) 'angkat kaki' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 dahulu disebabkan oleh 'sifat kejam' dan 'tikam belakang' kerajaan terhadap PAS pada masa itu adalah pembohongan semata-mata.

Kerana itulah jika kita lihat apabila ada sahaja usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan antara parti politik UMNO dan BN bersama PAS tidak lama dulu, akan ada suara sumbang daripada juak PAS mendendangkan lagu dan ceritera dongeng yang sama, bahawa kerajaan BN telah 'menganaktirikan' PAS suatu ketika dulu.

Impaknya, rakyat marhain yang tidak berusaha untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam dan mengorek cerita sebenar akan menelan bulat-bulat cerita dongeng juak PAS ini. Hakikatnya, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan BN tidaklah bersifat kejam sebagaimana yang disandiwarakan oleh pihak PAS sekarang.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Gempar! Meteor Jatuh Di Rusia?






YEKATERINBURG/CHELYABINSK: Kira-kira 400 penduduk mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi waktu tempatan Moscow itu, penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang.Tahi bintang itu menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg.

Penggera kereta mati, tingkap pecah dan talian telefon bimbit hanya berfungsi sekejap-sekejap.

Pihak berkuasa bandar Chelyabinsk berkata, kira-kira 400 orang mendapatkan rawatan terutama kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan. - Reuters.

Khamis, Februari 14, 2013

Kenapa tuding Syabas, Puncak Niaga?



Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB) tidak pernah membantah cadangan kerajaan negeri Selangor untuk menstruktur semula industri air atau migrasi mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Pengerusi Eksekutif Syabas dan PNSB, Tan Sri Rozali Ismail berkata, Kerajaan Persekutuan juga tidak menghalang cadangan kerajaan negeri itu kerana ia adalah transaksi perniagaan dan kedua-dua pihak boleh membuat keputusan atas dasar willing seller willing buyer.

“Berkaitan dengan isu penstrukturan semula sektor air, kenapa nama Syabas dan PNSB saja yang disebut? Bukan Syabas dan PNSB sahaja terlibat malah ada tiga lagi syarikat iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash), Konsortium Abass Sdn. Bhd. dan Konsortium Air Selangor Sdn. Bhd. (KASB) turut terlibat sama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor dan ahli exco negeri Selangor baru-baru ini, khususnya berkaitan dengan penstrukturan semula industri air dan pembekuan perbelanjaan modal (Capex) yang melibatkan Syabas dan PNSB.

Menurut Rozali, kerajaan negeri juga memegang ekuiti majoriti dalam Konsortium Abass dan KASB dan pegangan saham minoriti 30 peratus di dalam Splash dan Syabas.

Oleh itu, tegasnya, gambaran yang diberikan oleh kerajaan negeri adalah tidak tepat apabila hanya menggambarkan bahawa hanya PNSB dan Syabas merupakan pihak-pihak yang mempunyai peranan dalam penstrukturan sektor air.

“Malah satu tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor yang berasaskan ‘semua terima atau tawaran dibubar’ telah gagal dalam perlaksanaannya apabila pihak Splash yang kerajaan negeri ada memegang saham telah awal-awal lagi menolak tawaran kerajaan negeri tersebut walaupun pada ketika itu Syabas dan PNSB belum lagi membuat keputusan masing-masing," jelasnya.

Beliau berkata, dalam hal pengambilalihan perniagaan Syabas dan PNSB dalam proses penstrukturan semula industri air, kerajaan negeri mengetahui sebagai pemegang saham 70 peratus dalam Syabas bahawa PNSB adalah sebuah syarikat awam berhad yang mana 58.75 peratus saham dipegang oleh sektor awam dan institusi.

“Adalah menjadi tugas pihak pengurusan Syabas dan PNSB untuk menjaga kepentingan pemegang saham dalam dan luar negeri ini. Saya sebagai pemegang saham minoriti dalam PNSB tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan menjual PNSB atau Syabas kepada mana-mana pihak kecuali dengan persetujuan pihak-pihak yang dinyatakan.

“Kerajaan negeri juga mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat tersebut. Adakah kerajaan negeri boleh paksa syarikat-syarikat itu bersetuju sedangkan syarikat-syarikat itu ada juga pemegang saham lain dan tertakluk juga kepada pinjaman dan lain-lain instrumen jaminan?," ujarnya.

Beliau menjelaskan, sebarang tawaran kerajaan negeri mestilah memenuhi kriteria dan melibatkan hal perniagaan, hutang syarikat, pemegang saham minoriti, nilai saham dan masa depan syarikat.


Katanya lagi, isu kedua yang sering dibangkitkan ialah berkait dengan pembekuan perlaksanaan kerja penggantian paip dan lain-lain aset yang telah usang, kerja-kerja pemasangan paip-paip baharu, kerja menurunkan kadar air tanpa hasil (NRW) dan lain-lain kerja yang berbentuk perbelanjaan modal (Capex).

Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri membekukan Capex disebabkan kegagalan Syabas melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Perjanjian Konsesi Rozali berkata pihaknya mempunyai beberapa fakta yang relevan kepada isu itu.

Di antaranya, kata beliau, semenjak Syabas mengambil alih dari Perbadanan Urus Air Selangor Bhd (PUAS) pada tahun 2005, semua kerja-kerja Capex telah dilaksanakan dengan kelulusan Jabatan Kawal Selia Air Selangor (JKAS), sebuah agensi kawal selia yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor sendiri.

Dengan kelulusan yang telah diterima dari JKAS, jelas beliau, Syabas telah melaksanakan berbagai-bagai program kerja termasuk mengganti paip dan aset lama dan juga untuk menurunkan kadar kehilangan air tanpa hasil (NRW).

“Hasilnya dari tahun 2005 hingga 2008 antara lain, Syabas telah mengganti kira-kira 850 kilometer paip air lama dan telah berjaya menurunkan kadar NRW daripada 43 peratus pada tahun 2005 kepada 32 peratus pada tahun 2008," jelasya.

Katanya, malangnya apabila kerajaan negeri Selangor bertukar pentadbiran pada tahun 2008, Syabas telah diarah oleh kerajaan negeri Selangor agar membekukan semua kerja-kerja Capex, sehinggalah cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan kesemua syarikat-syarikat pembersih air dan juga Syabas di bawah konsep penstrukturan semula selesai dilaksanakan.

Suara Politik
Belantan

Karpal menentang apa saja yang 'berbau Islam'?



Apabila Pas ingin memperjuangkan Negara Islam dan hukum hudud, Karpal Singh menyatakan "langkah mayat saya dulu." Pas semacam akur dengannya dan bersetuju menukar hala tuju perjuangan kepada Negara Berkebajikan.

Bila berbangkit isu kalimah Allah sesuatu yang pokok bagi Islam, Majlis Syura Pas mengambil pendekatan berbeza dengan keputusan kepimpinan pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Karpal Singh menyanggah kenyataan Haji Abdul Hadi Awang, "Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat dan bukan Majlis Syura. Saya kesal dengan kenyataan Haji Hadi. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya".

Siapa Karpal Singh yang mempersoalkan keputusan Majlis Syura yang sifatnya binding dan terikat dalam status sebuah jamaah Islam. Kalaulah Pas akhirnya tunduk dengan tuntutan Karpal Singh, sekali lagi Pas mengalah terhadap isu pokok dan asas bagi akidah tauhid umat Islam.


Kalaulah benar Haji Hadi sudah bersetuju dengan keputusan Majlis Syura, ia adalah sesuatu yang baik bagi umat Islam. Karpal Singh dan Anwar Ibrahim tidak payah sibuk-sibuk memaksa Haji Hadi berpatah balik dengan persetujuan 8 Januari yang mana Haji Hadi khilaf menyatakan pendiriannya bersama pimpinan Pakatan.

Karpal Singh tahu undang-undang, kuasa Raja dan Sultan di Malaysia dalam hal ehwal agama Islam. Anwar lebih patut tahu mengenai keputusan Majlis Syura kerana semasa dalam ABIM dulu keputusan Majlis Syura adalah binding atau terikat kerana berlandaskan hukum syarak.

Anwar sepatutnya menasihati Karpal Singh, Lim Guan Eng dan DAP mengenai perkara ini, bukan sebaliknya bersekongkol dengan mereka. Ia seolah-olah membayangkan faktor syarak tidak penting berbanding dengan faktor politik. Orang Islam semakin hairan apakah Karpal Singh menolak enakmen agama negeri-negeri yang telah membuat keputusan mengenai penggunaan kalimah Allah dan lain-lain kalimah yang berkaitan.

Enakmen yang diluluskan secara undang-undang adalah valid atau sah. Takkan kerana nak ke Putrajaya, semua itu dilanggar. Haji Hadi harus teguh dengan pendirian yang telah diputuskan oleh Majlis Syura. Kalau tidak, apa makna Haji Hadi memimpin sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam sedangkan perkara pokok yang melibatkan akidah dipandang remeh saja.

Walaupun Nik Aziz terpaksa turun ke Pulau Pinang dan dikatakan untuk melakukan diplomasi politik dengan Karpal Singh, Pengerusi DAP itu menafikan pertemuan tersebut ada membincangkan isu kalimah Allah dan menganggap isu itu masih tidak selesai.

Sepatutnya Nik Aziz selaku Pengerusi Majlis Syura menjawab dengan tegas keputusan Pas yang ditandatanganinya. Nampaknya dengan DAP, Nik Aziz amat lunak tetapi dengan UMNO terlalu kasar. Apakah ini selari dengan ajaran al-Quran lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan perkara pokok iaitu isu kalimah Allah yang kalau dirujuk pendirian Dr. Haron Din, salah guna kalimah Allah ini boleh membawa kufur dan syirik.


Cukuplah bagi Pas dilakukan sebegitu rupa. Majlis Syura patut bersidang segera dengan melibatkan Haji Hadi supaya pendirian tegas dapat dibuat terhadap permintaan Karpal Singh dan Anwar supaya Pas kembali bersetuju dengan keputusan Haji Hadi 8 Januari menerima guna pakai kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kalau keputusan Majlis Syura masih dipertikai juga, Pas tahu jalan keluarnya. Khalayak sedang meneliti gelagat Pas sama ada sekali lagi tunduk dengan kehendak Karpal Singh dan Anwar atau hanyut dalam perangkap politik yang menjejaskan imej perjuangan Pas itu sendiri.

Pas juga tahu bahawa Karpal Singh cukup sensitif sesuatu yang 'berbau Islam.' Sepatutnya melakukan tahalluf siasi atau kerjasama politik, DAP kena ada kefahaman bahawa Islam itu agama tamadun. Takkan Karpal Singh tak baca sejarah kebangkitan tamadun Eropah yang ada kaitannya dengan tamadun Islam.

DAP memperjuangkan faham sosialis demokratik yang sekular. Pas juga tahu tentang integriti Anwar dengan hala tuju perjuangan PKR cenderung kepada faham librealisme dan pluralisme agama.

UMNO tidaklah seteruk itu. Masih lagi memberi ruang kepada Islam berkembang. Pas tidak harus menjadi pendukung tegar terhadap politik kebencian dan dendam kesumat. Kembalikan kepada ajaran Islam yang sebenar. Kalau tidak isu kalimah Allah akan memerangkap Pas dalam satu persimpangan ingin mempertahankan akidah atau bakal cair dalam politik pragmatik Anwar dan DAP.

Suara Politik
Belantan

Tidak ada penipuan oleh UMNO - Dr. Mahathir?




Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada penipuan yang dilakukan oleh UMNO berhubung dakwaan bahawa Pas telah ditipu oleh UMNO semasa parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN).

Bekas perdana menteri itu berkata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah menjelaskan kenapa Pas tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.

"Katanya Pas telah ditipu oleh UMNO semasa Pas berada dalam BN. Bagaimana UMNO menipu Pas tidak dijelaskan dengan terang," katanya dalam entri terbaharu dalam blog beliau di www.chedet.cc hari ini.

Katanya perpecahan dalam Pas bukan kerana UMNO dan kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri Kelantan pada Mac 1978 menyebabkan ia keluar daripada BN.

"Perpecahan dalam Pas bukan kerana UMNO tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika itu) mencabar kepimpinan Datuk Asri Muda (Presiden Pas ketika itu). Kekalahan Pas menyebabkan Pas keluar dari BN. Tidak ada penipuan oleh UMNO," katanya.

Dr Mahathir memberitahu bahawa beliau adalah menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn ketika Pas keluar dari BN, begitu juga berada dalam kabinet Tun Abdul Razak Hussein bersama Datuk Asri Muda dan Hassan Adli (Timbalan Yang Dipertua Agung Pas ketika itu) semasa Pas menyertai BN.

"Datuk Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna beliau bertanggungjawab terhadap Felda.

"Selepas beberapa bulan Pas menyertai BN, anggota UMNO Johor mengadu kepada Tun Razak bahawa Datuk Asri giat mempromosikan Pas di kalangan peserta Felda.

Saya berada di sisi Tun pada ketika itu," katanya.



Katanya secara kebetulan hampir semua peserta Felda terdiri daripada penyokong kuat UMNO dan selepas Asri bertanggungjawab ke atas Felda, hampir semua peserta Felda menjadi penyokong kuat Pas dan menolak UMNO.

"Pada waktu itu timbul sengketa antara Asri sebagai ketua Pas dengan Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk menggantikan Asri. Mohd Nasir mendakwa beliau telah mengesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Asri semasa menjadi Menteri Besar Kelantan," katanya.

Dr Mahathir berkata Asri cuba menyingkirkan Mohd Nasir melalui undi tidak percaya dan Mohd Nasir enggan meletak jawatan walaupun kalah.

Katanya ramai anggota Pas memihak kepada Mohd Nasir dan mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Asri.

"Kerana Pas berpecah, kerajaan BN Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

"Pada Mac 1978 pilihan raya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Mohd Nasir menubuhkan parti Berjasa yang bertanding melawan Pas. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. Pas memenangi hanya dua kerusi," katanya.

Katanya walau apapun yang terjadi dahulu, umat Islam disuruh oleh agama supaya menyambut seruan kedamaian daripada musuh jika seruan dibuat supaya berdamai.

Katanya umat Islam disuruh bersatu padu dan menganggap semua umat Islam sebagai saudara.

"Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatu padu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas," katanya.

Mengapa PAS disingkirkan, baca di sini.
Punca PAS disingkirkan, baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Beri undi kepada Pas adalah haram?




Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

"Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.



Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

"Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam)," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.

"Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.

"Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.

"Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah 'imam' manakala MIC dan MCA adalah 'makmum' yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam," tegasnya.



Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk 'Bible dalam bahasa Arab' yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.

"Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.

"Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta," tambahnya.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Februari 13, 2013

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Guan Eng mahu PAS keluar pakatan?



Akhbar China Press bertarikh 2 Februari 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Wee Pui Ai berkenaan tindakan Lim Guan Eng yang akan menyebabkan Pas keluar pakatan pembangkang.

Jika dilihat isu kalimah Allah, sebenarnya ia masih berlegar-legar di arena politik negara ini, yang memberi tekanan tiket-tiket undi kepada Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

Selain itu, segala yang melibatkan Islam dan isu agama termasuk hukum Hudud dan negara Teokrasi, semuanya merupakan cabaran besar kepada kedua-dua pihak kerana sudut pandangan dan pilihan yang berbeza.


Selepas tercetusnya isu kalimah “Allah" dua tahun lepas, sering timbul isu berkaitan kalimah itu. Oleh kerana kerajaan memang amat memerlukan kedua-dua kumpulan beragama Islam dan Kristian, oleh itu kerajaan menunjukkan sikap liberal dan menyerahkannya kepada pengadilan undang-undang.

Sebaliknya, isu sama berlaku pada Pas serta pakatan pembangkang kini begitu agresif. Kekecohan kali ini sebenarnya boleh diatasi kerana yang membawa isu ini adalah orang politik dan bukannya pemimpin agama.

Guan Eng secara aktif mencabar isu kalimah “Allah" sedangkan Pas dan pakatan pembangkang sebenarnya tidak perlu menimbulkan sebarang masalah.

Pihak luar pula mencurigai niat Guan Eng mahu mengalihkan pandangan isu tanah yang dianugerahkan oleh Pas di Kelantan.


Sebenarnya kita juga boleh membuat andaian lain, mungkin Guan Eng mahu mencari peluang untuk mengeluarkan Pas daripada pakatan pembangkang!

Jika Pas keluar pakatan, mungkin pembangkang dapat menggunakan sepenuhnya kekuatan habis-habisan terhadap BN melalui isu "Negara Islam".

Guan Eng akan terus mengukuhkan kedudukannya di Pulau Pinang, sebaliknya kerajaan Pas di Kelantan akan terima akibatnya. Pemimpin-pemimpin lain dalam pakatan seperti Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pasti dalam kedudukan yang selamat selepas bencana itu.

Ketiga-tiga parti dalam pakatan masing-masing tahu mengira nasib mereka. Selepas isu kalimah "Allah" timbul, percanggahan antara mereka yang selama ini disorokkan semakin terdedah.

Suara Politik
Belantan

Adakah DAP Parti Pelbagai Kaum?



Benarkah hipotesis bahawa Pilihan Raya Umum Ke-12 telah mengubah landskap politik Malaysia secara monumental dengan menjadikan parti-parti politik yang berasaskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC tidak lagi relevan?

Untuk mengesahkan kebenaran atau kepalsuan hipotesis itu, maka rakyat Malaysia perlu mengkaji sama ada parti-parti yang hari ini mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum adalah tulen dakwaannya dan bukan semata-mata bersifat pelbagai kaum secara kosmetik.

Oleh itu mari kita meletakkan sebuah parti politik tempatan yang amat gah mendakwa bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa bahawa ia adalah parti politik untuk semua kaum di Malaysia di bawah mikroskop sebagai bahan kajian. Parti yang dimaksudkan adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Slogan Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia adalah asas perjuangan DAP. Di bawah konsep ini DAP menentang hak istimewa yang berasaskan kaum dan memperjuangkan sistem meritokrasi di mana pembahagian sumber hendaklah kepada individu yang terbaik, paling berkebolehan, rajin dan yang tercekap.

Sekali pandang amat muluk matlamat perjuangan DAP, namun kita harus mengkaji sama ada kemulukan slogan memperjuangkan kepentingan semua kaum diikuti dengan pelaksanaanya. Pertama mari kita lihat sama ada dilihat dari segi keahliannya DAP memenuhi kriteria pelbagai kaum atau hanya beretorik.

Statistik menunjukkan bahawa pecahan penduduk Malaysia mengikut kaum adalah 65.1 peratus daripada etnik Melayu dan bumiputera, 26 peratus etnik Cina dan 7.7 peratus etnik India. Maka untuk sesebuah parti mengaku bersifat pelbagai kaum parti berkenaan haruslah tidak mempunyai keanggotaan satu kaum melebihi 50 peratus dari keseluruhan keahlian parti tersebut. Oleh kerana tidak ada sebarang statistik pecahan keahlian DAP mengikut kaum, maka kita boleh membuat ujian terhadap sifat kepelbagaian DAP dengan meninjau barisan kepemimpinannya.

Kajian yang dibuat berdasarkan maklumat yang terkandung di laman web DAP menyaksikan dari 30 orang ahli jawatankuasa pusatnya, 22 (73 peratus) adalah terdiri daripada kaum Cina, 6 (20 peratus) adalah kaum India dan hanya 2 (7 peratus) adalah orang Melayu. Jelas barisan kepemimpinan DAP tidak membuktikan ia sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum.


Untuk berlaku adil kepada DAP oleh kerana dari segi statistik kepemimpinannya DAP tidak membayangkan ia sebuah parti politik untuk semua kaum di Malaysia, maka marilah kita melihat pula kepada corak perjuangan parti berkenaan manalah tahu jikalau perjuangannya membuktikan ia sebuah parti untuk semua kaum sepertimana slogannya Malaysia untuk orang Malaysia. Sudah tentu semua rakyat Malaysia bermaksud untuk orang Melayu, kaum bumiputera, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia.

Persepsi

Tetapi apabila melihat isu-isu yang diperjuangkan parti DAP akan semakin terbukti bahawa bagi DAP slogan Malaysia untuk orang Malaysia tidak termasuk untuk orang Melayu. Persepsi ini timbul kerana apa yang dilihat sebagai penentangan DAP terhadap segala simbol kemelayuan yang terdapat kehidupan bernegara kita.

Contohnya keputusan memakai atau tidak memakai songkok telah dijadikan polemik oleh DAP. Perkara ini berlaku walaupun memakai songkok telah menjadi sebahagian pakaian formal bagi majlis yang melibatkan raja-raja Melayu sebagai tanda kesopanan. Persepsinya DAP melihat songkok sebagai tanda dominasi orang Melayu.

Walaupun setelah menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran di Selangor dan Perak ( negeri beraja ) di mana anggota DAP yang menjadi anggota pentadbiran terpaksa memakai songkok namun masih terdapat penentangan seperti yang berlaku di Johor.

Soalan cepu emas yang perlu ditanya oleh orang Melayu dan perlu dijawab secara jujur oleh DAP ialah adakah pernah pada sebarang masa badan pembuat dasar tertinggi DAP iaitu Jawatankuasa Pusatnya mengeluarkan arahan melarang pemakaian songkok, adakah larangan ini masih berkuat kuasa dan kenapa ia berlaku. Begitu juga tindakan DAP yang lantang menentang sebarang usaha untuk mengkelaskan Malaysia sebagai negara Islam walaupun Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia.

Kenapa terdapat kedegilan di pihak DAP untuk terus mempertahankan status Malaysia sebagai negara sekular? Selain usaha untuk menyempitkan signifikan peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan DAP juga menentang peruntukan Perkara 121 (1A) yang tidak membenarkan campur tangan mahkamah sivil di dalam apa yang menjadi bidang kuasa mahkamah syariah. Kedua-dua peruntukan perlembagaan ini menjadi teras kepada status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan sekolah kebangsaan adalah sekolah untuk semua kaum DAP dikenali sebagai parti yang paling lantang memperjuangkan bahasa dan sekolah Cina. Begitu kerasnya pendirian DAP di dalam persoalan bahasa dan pendidikan ini sehingga mereka menentang pengajaran matapelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan penubuhan sekolah wawasan yang pernah dicadangkan kerajaan satu ketika dahulu.

Bukan sahaja kepentingan agama, bahasa dan pendidikan orang Melayu tidak diperjuangkan oleh DAP malah ia ditentang hebat oleh parti berkenaan. Begitu juga hak-hak istimewa orang Melayu juga ditentang oleh DAP kerana hak istimewa orang Melayu ini disifatkan sebagai antimeritokrasi.

Penentangan ini berlaku walaupun hak-hak istimewa ini telah terbukti berjaya membantu orang Melayu dan bumiputera untuk memperoleh sedikit keadilan sosial. Begitu antiDAP kepada hak-hak istimewa orang Melayu sehinggakan walaupun hanya 30 peratus pemilikan ekuiti negara disasarkan untuk orang Melayu, telah diasak dengan begitu hebat oleh DAP.


Hakikatnya hari ini majoriti 65.1 peratus (orang Melayu) penduduk Malaysia hanya menguasai 19.4 peratus kekayaan negara berbanding minoriti 26 peratus rakyat Malaysia (kaum Cina) yang menguasai 42.4 peratus. Nampaknya kejayaan yang sedikit ini pun hendak dicemburui dan mahu dihapuskan. Bagi DAP sebarang kejayaan orang Melayu akan dikaitkan dengan faktor rasuah atau pilih kasih bukannya usaha kaum tersebut.

Terbukti dari semua segi sama ada statistik kepemimpinan mahukan corak perjuangannya DAP bukanlah parti untuk semua kaum apatah lagi untuk orang Melayu. DAP adalah sebenarnya sebuah parti untuk orang Cina. Tanggapan terhadap DAP juga sebagai parti yang secara agresif memperjuangkan kepentingan untuk semua ras sebenarnya hanyalah ilusi.

Menggunakan kriteria ujian yang sama terhadap parti-parti politik lain di Malaysia yang juga mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum sepertimana ujian kriteria yang digunakan terhadap DAP maka kita boleh menyimpulkan bahawa dakwaan landskap politik berhubung peranan ras yang dikatakan berubah pasca-Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebenarnya lebih bersifat indah khabar dari rupa.

Amat perlu bagi parti-parti politik Malaysia duduk semeja dan merangka satu tata etika agar mereka tidak terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung untuk menipu rakyat dalam konteks sifat kepelbagaian kaum.

Salah satu tataetika utama yang harus di persetujui semua adalah mana-mana parti politik yang ingin mendakwa bahawa mereka bersifat pelbagai kaum tidak boleh mempunyai dominasi keahlian sesuatu kaum melebihi 50 peratus sama ada dari segi ahli mahupun barisan kepemimpinannya, parti yang mendakwa bersifat pelbagai kaum juga perlu melambangkan komitmen berkenaan di dalam platform dasar mereka. Jika tidak dapat memenuhi syarat-syarat ini maka sebarang parti politik hendaklah dilarang daripada menggunakan label pelbagai kaum.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Februari 12, 2013

Betapa Kurang Ajar Anak Cina DAPig Ini Yang Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Permaisuri Agung?



"Di Penang Melayu tak ada kuasa, Penang milik Cina"!! Kita digemparkan dengan perbuatan yang sangat bangsat oleh seorang penyokong tegar DAP, menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong. Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayang Lepas pada jam 1:05 tengah hari. Si bangsat ini telah pun ditahan oleh pihak berkuasa.

Inilah manusia yang menunjukkan isyarat lucah pada DYMM Raja Permaisuri Agung yang dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang kelmarin. Apakah ini sebenarnya yang puak PAS mahukan setelah sekian lama bersekongkol dengan DAP?

Butiran Cina DAPig yang kurang ajar dengan bangsa Melayu ini adalah seperti berikut:

Nama: LEONG PEI KOE
No. Kad Pengenalan: 840718-10-5015
Umur: 29 tahun
Kerja: Quality Surveyor di sebuah kilang di Singapura
Pendidikan: Bsc Degree Building Economic and QS di Heriot Walt University Scotland, UK (2007)
Alamat: C18-18-9, Serina Bay, Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Cerita mengenai beliau sudah tersebar di internet sejak semalam seperti berikut:


Sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas, seorang lelaki Cina - LEONG PEI KOE telah menunjukkan ISYARAT LUCAH kepada kenderaan DYMM RAJA PERMAISURI AGONG. ASP Mohd Fakharuddin - Pengawal Pengiring telah merapatinya utk memberikan amaran yang dia boleh ditahan di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, lelaki Cina itu mencabar menangkapnya dan berkata "di Pulau Pinang, POLIS MELAYU TIDAK ADA KUASA kerana Pulau Pinang adalah HAK MILIK CINA" sambil terus memberikan ISYARAT LUCAH!

Suara Politik
Belantan

Jafrei cabar Ronnie jawab isu pokok?



Bekas Pegawai Khas Ronnie Liu, Jafrei Nordin meminta Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor itu supaya tidak menimbulkan isu remeh sebaliknya menjawab soalan pokok yang dibangkitkannya semalam.

Jafrei berkata, dakwaan Ronnie yang beliau mencetak kad nama secara sulit tanpa pengetahuan wakil rakyat DAP itu adalah cubaan untuk mengalihkan isu besar yang harus dijelaskan kepada rakyat.

"Saya seorang profesional yang mana jika berurusan, saya akan pastikan segala dokumen rasmi lengkap.

"Kepada Ronnie, jangan cuba membuat provokasi terhadap saya, kelak beliau yang malu besar kerana saya tahu apa yang beliau tahu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Semalam, Jafrei, 41, mengumumkan peletakan jawatannya serta-merta sebagai pembantu khas Ronnie selepas hilang kepercayaan terhadap bekas majikannya itu selain sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran itu yang cuba memecah-belahkan rakan sekutu dalam pembangkang iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor.

Jafrei yang juga seorang jurutera dan mempunyai firma sendiri berkata, Ronnie boleh menafikan beliau pernah bertugas dengannya, namun tiada apa yang perlu ditakutkan kerana mempunyai bukti dan yakin berada di pihak yang benar.

Sepanjang bertugas Jafrei berkata, beliau pernah beberapa kali mewakili Ronnie dalam mesyuarat termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya sekitar 2009.


"Ketika itu tugas saya ialah mencatat segala perkara berbangkit membabitkan bidang kuasa Ronnie sebagai Exco dan kemudian akan memaklumkan kepadanya.

"Seterusnya segala maklum balas daripada beliau akan saya sampaikan kembali kepada pihak berkuasa tempatan berkenaan, jadi adakah itu bermaksud saya tidak pernah bekerja dengannya?" katanya.

Jafrei berkata, beliau juga mempunyai pejabat di Aras 15, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam untuk melakukan tugasan rasmi bagi pihak Ronnie.

"Sekiranya perlu, saya akan membuat sidang akhbar lanjut berhubung perkara ini dan tidak ada apa yang perlu ditakutkan," katanya.

Suara Politik
Belantan

Kenapa Ah Jib Gor Berlakon Klip Video Tahun Baru Cina...?



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penglibatannya dalam penghasilan klip video sambutan Tahun Baharu Cina bertujuan mahu membuat kelainan pada sambutan perayaan itu tahun ini.

Perdana menteri berkata klip video itu juga sebagai tanda penghargaan dan hormat terhadap kebudayaan masyarakat Cina di negara ini, oleh itu beliau juga mahu setiap masyarakat agar saling menghormati budaya setiap kaum.

"Tadi kita tengok video yang sangat berlainan daripada biasa, mungkin ada yang bertanya kenapa saya buat video ini. Sebabnya ialah saya mahu buat kelainan tahun ini.

"Ia memberi mesej kepada kaum Cina bahawa saya menghormati budaya Cina. Seperti mana anda juga harus menghormati budaya Melayu, anda juga harus menghormati budaya India... kita juga harus menghormati budaya Cina," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas pada majlis Malam Media Tahun Baharu Cina bersama Perdana Menteri di Hotel G di sini Ahad malam.



Dalam klip video berdurasi kurang satu minit itu, Najib membuat penampilan khas dengan memalu gendang tradisional Cina.

Najib juga menegaskan beliau mahu bersama dengan masyarakat di Pulau Pinang kerana umpama permata, negeri ini penting.

"Saya berjanji kepada rakyat Pulau Pinang, kami mahu menangani masalah perumahan dan lalu lintas di Pulau Pinang. Percayalah, janji ini janji ditepati," katanya.

Pada majlis itu Najib meluangkan masa beramah mesra bersama kira-kira 300 pengamal media, penyelaras dan ketua bahagian Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina.

Najib yang diiringi Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow memulakan majlis dengan menggaul yee sang bersama wakil media.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan barisan pemimpin BN.

Perdana menteri yang dalam rangka lawatan dua hari ke Pulau Pinang, sebelum itu menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kapitan Keling, sebelum beredar ke kedai Nasi Kandar Beratur bagi menikmati nasi kandar popular di Pulau Pinang yang terletak bersebelah masjid berkenaan.

Hari ini, beliau dijadual menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, disusuli dengan majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran BN Pulau Pinang yang dijangka dihadiri kira-kira 80,000 orang.

Pelbagai acara diatur sepanjang majlis itu berlangsung termasuk persembahan penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah dan penyanyi popular Korea, Psy.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Februari 11, 2013

Video Guan Eng di ganyam PSY- #GangnamMalaysia Di Penang?



Penyanyi popular Korea Selatan, PSY membuat persembahan dengan menyanyikan lagu popularnya, Gangnam Style sempena program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional di Kolej Han Chiang.






Hampir 100,000 penduduk Pulau Pinang berbilang bangsa memenuhi padang Sekolah Tinggi Han Chiang untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut bersama rakyat pada majlis yang diserikan dengan persembahan penyanyi Korea Selatan, Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style.

Dengar khabarnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus demam bila menyaksikan video ini.

Suara Politik
Belantan


Hasrat tersirat rakyat Kelantan?



Mungkin ramai yang membuat penilaian bahawa rakyat Kelantan sudah pasti akan memandang sepi terhadap janji pembangunan tujuh projek besar yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu dua minggu lepas.

Projek berskala besar tersebut yang antara lain melibatkan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baharu, perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit dan pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar hanya mampu dilaksanakan jika kerajaan negeri diterajui oleh Barisan Nasional (BN).

Tidak dinafikan bahawa rakyat Kelantan mempunyai pendirian politik yang agak unik dan bagi mereka yang bukan berasal dari negeri itu akan merasa janggal dengan keselesaan berada di bawah pemerintahan Pas selama dua dekad yang membawa pembangunan pada tahap yang begitu minimum sekali.


Kelantan mempunyai potensi besar untuk membangun seperti mana yang telah dilalui oleh jiran terdekat seperti Terengganu kerana kedua-dua negeri ini mempunyai banyak persamaan dalam bentuk kekayaan hasil semula jadi, komposisi penduduk dan gaya hidup yang begitu berdikari. Satu kelebihan yang dipunyai oleh Kelantan adalah bersempadan dengan wilayah selatan Thailand yang menawarkan banyak peluang ekonomi.

Bukan sahaja pembangunan tujuh projek tersebut akan mengubah senario ekonomi Kelantan, malah kerajaan negeri jika ditadbir oleh mereka yang berpengalaman luas dalam mengurus hal ehwal ekonomi sudah pasti akan mengubah taraf kehidupan setiap rakyat Kelantan.

Meraih undi bukan persoalan utama janji Perdana Menteri tetapi kemusykilan mengenai keinginan rakyat Kelantan sama ada mahu maju ke hadapan bersama-sama dengan BN atau pun tetap kekal dengan status-quo di bawah pemerintahan Pas. Persoalan ini sukar untuk dijawab secara langsung tetapi menarik jika dilakukan analogi nasib yang sedang melanda Mesir.


Tidak menghairankan jika ramai rakyat Malaysia masih tertanya-tanya dan musykil apa yang sebenarnya dikehendaki oleh rakyat Mesir kerana sehingga ke hari ini mereka masih lagi membuat protes dan politik jalanan membantah pentadbiran Presiden Mohammed Morsi.

Begitu ironis sekali kerana lazimnya negara yang menyambut ulang tahun revolusi sehingga tersingkirnya diktator dirayakan sebagai hari kemenangan, tetapi lain pula halnya dengan Mesir disambut dengan menyanggah kerajaan yang dipilih secara demokratik.

Berbagai-bagai dalil digunakan sebagai alasan untuk membuat bantahan bermula daripada tuduhan Presiden Muhammed Morsi yang tidak ubah seperti bekas Presiden Hosni Mubarak yang autokratik sehinggalah kepada keputusan mahkamah mengenai rusuhan bola sepak telah membakar perasaan rakyat Mesir untuk mengambil jalan yang tidak menghormati lunas undang-undang.

Jika dua tahun lepas ketika bermulanya revolusi rakyat Mesir mampu menyatukan semua golongan kerana mereka hanya mempunyai satu matlamat yang serupa iaitu untuk menyingkir pemerintah diktator Mubarak. Hari ini mereka yang terlibat dengan protes jalanan juga mempunyai matlamat yang serupa iaitu membantah keadaan ekonomi yang berada dalam keadaan yang amat tenat.

Kadar pengangguran telah meningkat sehingga ke paras 13 peratus dan 40 peratus daripada rakyat Mesir hidup dengan pendapatan kurang daripada AS$2 sehari. Lebih menyedihkan lagi hampir satu perempat mereka ini hidup dalam keadaan daif dengan pendapatan kurang dari AS$1 sehari.


Rakyat Mesir begitu mengharapkan hidup mereka akan berubah ke arah yang lebih baik setelah ketiadaan Mubarak tetapi harapan tersebut hanya tinggal harapan kerana Presiden Morsi berhadapan kesukaran untuk menarik pelancong dan pelabur asing.

Memang benar taraf kehidupan rakyat Kelantan tidak boleh disamakan dengan kedaifan rakyat Mesir tetapi perjalanan politik adalah begitu selari sekali. Presiden Morsi disokong oleh Ikhwan Muslimin iaitu sebuah organisasi yang begitu disukai oleh rakyat Mesir kerana mempunyai jaringan sosial yang begitu kukuh ketika era pemerintahan Mubarak.

Tetapi setelah berkuasa Presiden Morsi dan juga Ikhwan Muslimin gagal membawa perubahan ekonomi yang mampu mengubah kehidupan rakyat Mesir. Rasa tidak puas hati ini yang menyebabkan rakyat Mesir sekali lagi membuat protes jalanan membantah pentadbiran Presiden Morsi.

Menarik jika diungkitkan kejadian rusuhan di bandar Port Said kerana membantah keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas 21 penyokong kelab bola sepak al-Masry sebenarnya menggambarkan senario sebenar politik Mesir.


Perbicaraan ini terbit daripada peristiwa pertempuran di antara dua kumpulan kelab bola sepak iaitu al-Masry dan al-Ahly. Mengapa diandaikan senario bola sepak menggambarkan keadaan politik Mesir adalah kerana kebanyakan penyokong al-Masry bersimpati dengan Mubarak sementara kelab al-Ahly pula lebih memberi sokongan kepada Presiden Morsi.

Pertempuran di antara dua kelab bola sepak itu sebenarnya adalah pertembungan di antara penyokong rejim Mubarak dan pentadbiran Morsi.

Begitu juga dengan senario bola sepak Kelantan tidak keterlaluan jika diandaikan boleh disama ertikan dengan senario politik Kelantan. Pasukan bola sepak Kelantan mendapat sokongan padu daripada rakyat Kelantan tanpa mengira pegangan politik masing-masing.

Kebangkitan bola sepak Kelantan tidak dinafikan berlaku kerana kepimpinan yang dipamerkan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang diterajui oleh Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan orang kuat BN Kelantan.

Memang benar persepsi yang mentafsirkan kerana bola sepak segala perbezaan boleh diketepikan dan ini termasuklah perbezaan politik. Jika pertembungan di antara penyokong al-Masry dan al-Ahly menggambarkan realiti politik Mesir, maka tidak keterlaluan jika diandaikan sokongan tanpa berbelah bahagi terhadap KAFA adalah hasrat tersirat rakyat Kelantan terhadap keinginan kepada pembaharuan dan pembangunan.

Mungkin ada rakyat Kelantan sendiri yang tidak mahu akur dengan analogi bola sepak, tetapi itu adalah realiti politik Kelantan sebenarnya.

Suara Politik
Belantan

Ucapan Dato Seri @NajibRazak Sempena #CNY #GangnamMalaysia





Suara Politik
Belantan

Memahami ‘Psy-che’ pemimpin DAP?


Seorang petugas menurunkan kain rentang yang tertera gambar Perdana Menteri sempena ucapan Selamat Tahun Baharu Cina yang dipasang sekitar Pulau Pinang.

Istilah psyche diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (rujukan dalam talian) sebagai membawa maksud ‘jiwa’. Salah seorang ahli politik yang mempunyai jalur psyche yang sangat berwarna-warni ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Semenjak menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau gemar sekali mengaitkan bagaimana Pulau Pinang akan ditadbir dengan tiga asas penjanaan polisi dan pentadbiran, iaitu dengan menggunakan konsep ‘CAT’ - cekap, akauntabiliti dan telus.

Pada mata rakyat mana sekalipun, istilah-istilah yang muluk dan hebat ini memang mudah untuk diperkatakan, namun ia menuntut komitmen pelaksanaan yang berterusan. Itulah yang lebih diinginkan oleh rakyat.

Perbualan penulis dengan ramai rakan di Pulau Pinang, membayangkan bahawa mereka berada di bawah pentadbiran yang tidak mesra rakyat dan mempunyai imej yang sombong dan bongkak.

Adakalanya, psyche seorang yang dianggap pemimpin utama parti DAP itu juga tidak begitu tenang. Khuatir dengan kehadiran ribuan rakyat di jamuan Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang, Ketua Menteri yang pernah mengatakan Pulau Pinang sebagai ‘oasis demokrasi’, mula mengajak rakyat hadir dengan memakai pakaian yang membawa mesej politik.

Inilah petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan ‘jiwa’ pemimpin ini. Ini juga membayangkan psyche konfrontasi sememangnya tersedia ada dalam pemikiran pemimpin tersebut.

Ya, mana sahaja kerajaan di dunia ini perlu menjual ‘jenama’ mereka sebagai sebuah kerajaan yang kompeten. Kerajaan DAP di Pulau Pinang juga tidak terkecuali. Namun, sebagai rakyat biasa yang melihat politik Pulau Pinang dari jauh, mengikuti perkembangan kepimpinan Guan Eng melalui media sosial - tidak semua dasar yang dikemukakan oleh Guan Eng mencerminkan sebuah kerajaan negeri yang kompeten.


Malahan, jika kita rajin sedikit merujuk kepada paparan-paparan lama yang dikemukakan oleh pemimpin DAP, termasuk Lim Kit Siang sendiri mengakui bahawa orang Melayu sangat terasa bahawa mereka berada di bawah kepimpinan yang tidak mesra semua kaum.

Seperti yang dilaporkan oleh Kit Siang (http://blog.limkitsiang.com/2011/11/17/malays-feel-penang-under-chinese-rule-survey-shows/), melalui kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre, secara jelas menunjukkan bahawa majoriti dalam kalangan orang Melayu di Pulau Pinang melihat kepimpinan Guan Eng melalui tingkap perkauman yang nyata. Sudah barang tentu, perkara ini tidak berlaku begitu sahaja. Mungkin ada agaknya ‘polisi dan pelaksanaan’ dan pentadbiran di Pulau Pinang yang tidak mencerap kepentingan semua kaum dan sebagainya.

Di dalam paparan laman sesawang yang sama, Kit Siang sekali lagi memaparkan kajian Ilham Centre yang merumuskan perkara berikut: “...Pas under (state chief) Salleh Man is too weak and has failed to make Pas popular and respected whether in terms of welfare, community and sermons. Pas is seen as DAP’s puppets."

Kit Siang dengan mudahnya menyalahkan proses indoktrinasi pemikiran politik di Pulau Pinang, sekali gus cuba memberikan gambaran bahawa persepsi salah terhadap kepimpinan DAP di negeri tersebut, adalah kerja politik.

Apa yang wajar menjadi persoalan yang lebih penting adalah: Apakah DAP sama sekali sudah gagal membentuk persepsi positif bahawa mereka turut memperjuangkan kepentingan orang Melayu? Apakah DAP berpuas hati dengan peranan feeder yang dimainkan oleh Pas dalam memastikan lambungan sokongan orang Melayu Pulau Pinang berada di tahap yang baik? Apakah pula peranan yang dimainkan satu lagi parti keluarga pembangkang yang sepatutnya membulatkan sokongan orang Melayu di sana?

Di sebalik kononnya penerimaan total masyarakat Cina di Pulau Pinang terhadap Guan Eng, Ketua Menteri tersebut sebenarnya sedang bergelumang dengan pelbagai masalah dan isu lain yang boleh meletakkan dirinya dan parti DAP dalam keadaan yang tidak menentu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Oleh sebab itu juga, isu kehadiran seorang artis Korea Selatan menjadi masalah kepada pentadbiran Guan Eng. Sedangkan, parti yang dinaungi Guan Eng jugalah yang sudah berbelanja besar untuk melakukan ‘parodi’ artis sama sebagai modal memasuki fasa pilihan raya nanti.

Apakah kehadiran ‘Psy’ ini yang menjadi masalah kepada Guan Eng - atau psyche dirinya sendiri yang semakin khuatir kehilangan momentum politik? Itu perlu dijawab sendiri oleh DAP dan Guan Eng dalam masa yang terdekat ini.

Dengan diikuti penjelasan bahawa kehadiran Psy adalah tajaan pihak swasta, DAP sudah semakin hilang bahan untuk dijadikan modal politik. Maka, keluarlah kenyataan Ketua Menteri kononnya kehadiran Psy bagus untuk industri pelancongan Pulau Pinang.


Guan Eng pada hakikatnya sedang berhadapan dengan pelbagai persoalan dalam media sosial. Semakin banyak suara yang menginginkan Guan Eng memberi penjelasan mengenai beberapa projek mega yang diumumkan menjelang Tahun Baharu Cina ini.

Sebuah artikel yang agak menarik disiarkan sebuah platform media sosial bertajuk ‘Rebuttal against Guan Eng’s RM8b CNY economy stimulus package’, tulisan Ong Eu Soon adalah contoh pandangan balas yang perlu ditangani oleh Guan Eng. Artikel sama turut diguna pakai oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Apakah dengan menamakan beberapa projek besar menjelang Tahun Baharu Cina ini suatu bentuk ‘angpau mega’ yang mahu Guan Eng jual kepada pengundi di Pulau Pinang? Apa jadi dengan tuduhan kononnya kerajaan cuba membeli undi jika menjanjikan projek dalam masa yang terdekat ini? Di mana agaknya letak perbezaan antara janji Guan Eng; sebagai misal dan perbandingan, dengan janji yang dilakukan oleh Perdana Menteri di Kelantan?

Apakah mungkin kita mendengar kenyataan Menteri Besar Kelantan bahawa Guan Eng juga mengamalkan elemen rasuah. Menurut MB Kelantan itu, sewaktu memberikan pandangan mengenai tujuh projek rakyat yang bakal dilaksana oleh Barisan Nasional Kelantan: “... janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengadakan tujuh projek mega di negeri itu, yang diumumkan ketika kunjungannya, umpama rasuah bagi memancing undi rakyat."

Di mana agaknya beza janji Guan Eng dalam kes ini? Apakah Pas sanggup mengeluarkan ayat bahawa Guan Eng dan DAP Pulau Pinang mengamalkan rasuah politik? Wajar diingat, Perdana Menteri tidak mengaitkannya dengan pilihan raya, sebaliknya Guan Eng secara jelas mengatakan: “...We will let the people of Penang decide whether they want this project or not," seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal pro-pembangkang. Pas wajar tidak pilih kasih dalam mengemukakan kenyataan yang sedemikian sifatnya.

Apakah semudah itu Pas memberikan ‘sijil politik halal’ kepada Guan Eng, sedang Pas heboh mengkritik janji seorang Perdana Menteri yang wajar memberi khidmat bakti kepada rakyat?

‘Psyche’ politik jualah yang menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut menggunakan kalimah Allah sebagai modal dalam ucapan Hari Natal. Menggunakan logik politik sebuah ‘pakatan’, ia tidak sepatutnya ditimbulkan ketika Pas perlu bersikap defensif dan mula main tarik tali dengan dasar dan asas politik parti tersebut. Mujurlah, Majlis Syura Pas membuat keputusan yang tegas - namun begitu masih cuba dicabar oleh pemimpin yang berkongsi ‘jiwa’ sama seperti Guan Eng.

Isu ini turut menjadi analisis penting dalam kalangan penganalisis politik menjelang PRU akan datang ini. Seorang ahli akademik, Farish A Noor, dalam analisisnya (boleh rujuk: http://www.eurasiareview.com/03022013-malaysias-13th-generalelection-prospects-and-challenges-for-dap-analysis/) turut membayangkan bahawa isu kalimah Allah secara jelas membuktikan hubungan dalam pakatan politik pembangkang boleh sahaja menjadi amat rapuh.

Pada pandangan penulis, ‘psyche’ pemimpin dan batang tubuh parti DAP amat sukar untuk dijernihkan. Keputusan pilihan raya parti DAP sendiri sudah memberikan gambaran bahawa model politik ‘rasis’ DAP akan kekal untuk tempoh waktu yang panjang.

Selagi DAP tidak mampu mengubah ‘jiwa politik’ bahawa mereka perlu lebih terbuka dan mesra semua kaum - DAP akan kekal menjadi parti yang sombong dan tidak mampu menjiwai semangat rentas kaum yang sebenar.

Isu sebenarnya bukan ‘Psy’ tetapi psyche seorang Ketua Menteri yang khuatir dengan kedudukan politiknya menjelang PRU akan datang. Benar, DAP masih mampu bergerak sendirian dalam mempertahan kemenangan di negeri tersebut - namun ia akan mengesahkan lagi kewujudan elemen kesombongan dan kegemaran mencari kemenangan politik secara solo.

Pulau Pinang pastinya menjadi medan dan pentas menentukan ramuan politik ‘pelbagai jiwa’ dalam pakatan politik pembangkang untuk berjaya dan berkesan. PRU 2008, Pas bertanding di 2 kawasan Parlimen dan 5 (DUN) di Pulau Pinang. PKR bertanding di 4 kawasan Parlimen dan 16 (DUN).

Jika menurut psyche dan amalan politik Ketua Menteri yang ada; nampaknya semua akan berpusat kepada diri dan partinya sahaja. Jangan sesekali kita lupa, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri pernah memberi gelar negatif kepada ketuanya.

Tidak perlulah agaknya individu yang sudah berada di tahap seorang Ketua Menteri, memberi cadangan kebudak-budakan bagi mensabotaj program orang lain. Demikian juga kenyataan di dalam twitter seorang bergelar ‘Speaker Dewan Undangan Negeri’, kononnya lagu Negeri Pulau Pinang akan ditukar hanya kerana lawatan seorang artis dari Korea.

Nampak gaya, psyche dalam kalangan pemimpin DAP ini lebih kurang sahaja tahapnya. Jiwa menentang, mensabotaj dan merendahkan orang lain cukup sebati dalam psikologi politik mereka.-UMO

Suara Politik
Belantan

Ahad, Februari 10, 2013

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Tiada masalah PM pakai baju tradisi Cina?



Akhbar Sinchew Daily bertarikh 4 Februari 2013 melalui ruangan Pendapat Yuanlun memaparkan tulisan Lee Yong Chew mengenai isu pakaian Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat.

Isu Perdana Menteri memakai ‘pakaian Tang’ (pakaian zaman Dinasti Ming dan Ching) untuk memberi ucapan hari raya kepada kaum Cina baru-baru ini telah digembar-gemburkan dalam Internet. Ada yang berkata, pakaian yang dipakai itu adalah baju ‘Panjang Umur’ kerana ada rajah berbentuk perkataan ‘umur’.

Mengikut tempahan baju melalui Internet dari China, memang sah baju berkenaan adalah baju rajah yang sama sebagai bukti untuk keterangan itu. Mereka berkata, itu pastinya baju panjang umur dan mengatakan Perdana Menteri telah melanggar pantang besar masyarakat Cina.

Saya juga ditanya oleh wartawan dan rakan-rakan dari sebuah kedai keranda yang meminta saya memberi pandangan dan penjelasan berkaitan perkara itu. Di sini saya mahu menggunakan adat serta tradisi untuk menghuraikan isu ini!

1. Baju panjang umur yang digunakan oleh rakyat biasa adalah baju orang Cina Han, selalunya digunting terlebih dahulu semasa mereka masih hidup untuk dipakai di hari tua ataupun selepas mati.

Lazimnya untuk orang yang berumur 60 tahun ke atas, anak cucu akan memilih tahun baik dan bulan baik untuk menggunting kain bagi menyediakan baju panjang umur itu. Baju panjang umur perlu ada banyak, contohnya sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan pasang.

Setiap kali meraikan hari ulang tahun, mereka akan memakai baju panjang umur untuk bersembahyang dan menerima doa daripada anak cucu semoga dipanjangkan umur.

Pada setiap tahun pada 6 haribulan 6 kalendar Cina, baju-baju itu akan dijemur supaya tidak rosak diserang serangga ataupun bercendawan. Sebab itu orang yang masih hidup boleh memakai baju panjang umur kerana dalam kepercayaan Cina ia adalah satu kerahmatan dan untuk panjang umur apabila mengenakan baju panjang umur!

2. Semasa zaman Manchuria memerintah China, kerajaan Manchuria mengarahkan rakyat memakai baju tradisi kaum Manchuria. Kaum Cina Han tidak setuju dengan cara itu dan menentang habis-habisan dengan tidak mengikut perintah tersebut.

Orang lelaki patuh tetapi golongan wanita tidak mematuhi perintah itu. Mereka mengadakan pelbagai perbincangan berkaitan hal ini. Kaum Cina Han semasa hidup mereka memakai baju tradisi Manchuria, apabila mereka meninggal dunia, keluarga mereka akan memakaikan kembali baju tradisi Han untuk dikapankan.

Keadaan ini kekal sehingga ke zaman peralihan kerajaan liberal tanpa beraja mengambil alih pemerintahan di China dan isu pakaian ini semakin terhakis.

Pakaian tradisi baju panjang umur di Malaysia selepas diselang masa ratusan tahun, kaum wanita masih mengekalkan baju tradisi kaum Han di mana kaum lelaki pula lama-kelamaan berubah kepada pakaian tradisi Tang kerana yang mahir menjahit baju tradisi untuk lelaki semakin berkurangan.

Selepas Perang Dunia Kedua, ia berubah pula kepada pakaian blazer yang begitu meluas digunakan sebagai baju kapan. Ini menyebabkan baju tradisi lelaki Han dan Tang semakin terhakis terutama sekali dalam 30 tahun kebelakangan ini. Tukang jahit baju tradisi itu juga semakin lama semakin berkurangan dan harganya juga semakin mahal. Sebab itu pengusaha pengurusan mayat mengimport baju-baju panjang umur Tang dari China kerana lebih murah.

3. Ada sesetengah golongan muda menganggap ‘baju rasmi Dinasti Ching’ hanya dipakai untuk mayat kerana mereka dipengaruhi oleh filem yang menayangkan pakaian sedemikian dalam cerita-cerita hantu Cina, di mana hantu Pocong Cina dalam filem berpakaian baju rasmi Dinasti Ching.

Sebenarnya pada zaman Dinasti Ming dan Ching, pakaian baju panjang umur meluas dipakai, sebaliknya baju rasmi pada zaman Dinasti Ching tidak pula bererti itu baju panjang umur. Keadaan ini sama seperti apa yang Najib pakai, itu adalah pakaian biasa baju tradisi Tang, ia tidak melambangkan baju panjang umur.

Sebenarnya ia boleh juga dipakai pada bila-bila masa sebab itu baju tradisi Tang boleh juga dijadikan baju panjang umur dan tiada membawa sebarang masalah. Contohnya pada hari ini orang menggunakan baju kot (blazer) ataupun pakaian biasa untuk pengurusan kapan mayat, adakah baju kot itu juga dikategorikan sebagai baju panjang umur?

4. Perkataan panjang umur itu adalah perkataan baik yang boleh mendatangkan kebahagiaan dan kemakmuran. Banyak barangan dalam masyarakat kini boleh kita lihat mempunyai ukiran perkataan seperti itu.

Logo perkataan itu di baju mewakili semangat panjang umur tetapi jika dianggap baju itu sebagai ‘baju panjang umur’ mungkin terlalu memaksa.

Dalam masyarakat Cina, ada rajah panjang umur, rajah kekayaan dan rajah kerahmatan, itu semua perkataan baik dan dipercayai boleh membawa kerahmatan.

Dengan huraian seperti di atas, kami anggap baju Tang yang Najib pakai itu adalah baju tradisi biasa, tidak boleh disamakan dengan baju panjang umur, ia juga tiada masalah jika baju itu mahu digunakan untuk pakaian baju panjang umur. Perkataan "Shou" (umur) itu, ia hanya logo dan simbolik untuk panjang umur sahaja.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Februari 09, 2013

Ideopolitik 'pelik' DAP?


Kain rentang yang tertera gambar Perdana Menteri sempena ucapan Selamat Tahun Baharu Cina yang dipasang sekitar Pulau Pinang sebelum diturunkan .

Kalau dibaca komen-komen yang terpapar di facebook, twitter atau apa sahaja laman sosial waktu ini, akan tertera ayat- ayat sebegini: "... apa ni pembgkag (pembangkang), wat (buat) ni salah, wat (buat) tu salah, kalau tak nak (kerajaan yang ada), jgn (jangan) pangkah sudahlah."

Itu antara luahan yang boleh dibaca apabila melayari laman-laman sosial pada waktu ini. Memang sekarang masa pembangkang menidakkan segala kebenaran. Apa sahaja yang dibuat kerajaan semua tak kena.

Bercakap mengenai perkara ini, pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali menarik perhatian mengenai tindak tanduk 'pelik' kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu sambutan Tahun Baharu Cina yang dirancang dianjurkan Barisan Nasional (BN) negeri itu pada 11 Februari ini.

"Dalam mana-mana sambutan perayaan kaum, tidak sepatutnya elemen atau sentimen ideopolitik dicampur- adukkan.

" Ini semacam satu perjuangan taksub untuk memastikan sokongan terhadap DAP sentiasa berada dalam minda seseorang," kata beliau kepada akhbar ini semalam.

Guan Eng, kata beliau, sebenarnya 'terperanjat' kerana sepatutnya sambutan Tahun Baharu Cina itu dianjurkan DAP tetapi BN pula yang menjadi tuan rumahnya.


Beliau juga menarik perhatian bagaimana di Bandar Baru Bangi ketika ini boleh disaksikan bendera-bendera dan sepanduk Pas dan UMNO berkibaran tanpa sebarang sekatan.

Kata Mohd. Fuad: "Kain rentang BN yang tertera ucapan sambutan Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang itu biarlah digantung.

" Kalau diturunkan, nampak sangat tak dihormati. Tak ada demokrasi. Takkan pengikut tegar DAP yang setia parti itu boleh berubah pendirian sekelip mata hanya semata-mata tengok kain rentang itu.

"Tapi yang saya terfikir di sini, Guan Eng resah gelisah takut usaha DAP nak kekal di Pulau Pinang semakin tergugat pada pilihan raya umum nanti."

Senada dengan beliau ialah Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan yang turut perasan akan elemen yang tidak kena ini.

"Saya lebih suka meminjam ungkapan daripada tokoh pejuang gerakan kemerdekaan India, Mohandas K. Gandhi.

"Katanya: "Modal bukanlah kejahatan, ia baru akan menjadi kejahatan kalau disalahgunakan," kata beliau kepada akhbar ini semalam.

Makna peribahasa itu, kata Ramanan, cukup mendalam kalau direnung dengan terjadinya isu-isu muktahir yang seakan-akan tidak menggambarkan keperibadian majoriti rakyat Malaysia yang berbudi pekerti.

"Dalam isu turunkan kain rentang ucapan Tahun Baharu Cina Perdana Menteri ini, walau apa pun alasannya, tindakan itu adalah biadap dan melambangkan keangkuhan kerajaan negeri pimpinan DAP.

"Saya sendiri mempunyai ramai kenalan daripada kaum Cina. Mereka cukup hairan dan pelik dengan perbuatan tak wajar ini... setakat nak beri ucapan perayaan, apatah lagi beliau seorang Perdana Menteri... sampai sanggup turunkan kain rentang itu. Inilah akibatnya sengaja nak tunjuk kuasa tidak bertempat," katanya.


Seperkara lagi, kata Ramanan, tindakan Guan Eng menyeru orang ramai yang mahu hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina itu supaya memakai baju kuning, merah atau hijau - jelas memperlihatkan sikap 'busuk hati' parti terbabit.

"Bukankah sepatutnya Guan Eng dengan rasa rendah diri bersama-sama Perdana Menteri meraikan majlis rumah terbuka itu.

"Cuba ambil contoh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup berlapang dada ada ketikanya menyertai Perdana Menteri yang turun ke Kota Bharu.

"Bagaimanapun, saya masih tidak boleh lupa sikap keterbukaan seorang wakil rakyat pembangkang di satu kawasan Dewan Undangan Negeri di Selangor. Dalam satu majlis anjuran BN bertemu rakyat, dia tiba-tiba muncul dan duduk di kerusi yang disediakan sambil tersenyum menyatakan "saya ADUN kawasan ini, jadi saya anggap ini juga majlis saya," katanya.

Bagi Ramanan sendiri, dengan perilaku-perilaku sebegini yang ditunjukkan Guan Eng, membuatkannya terfikir - DAP tidak sesuai untuk kaum India bergantung harap.

"Antara perkara yang mungkin 'kecil' untuk sesetengah orang tetapi bagi kami kaum India cukup besar maknanya ialah kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memasukkan sambutan Ponggal dan Thaipusam dalam kalendar peristiwa penting tahun ini.

"Tindakan mengetepikan dua perayaan itu samalah seperti tidak mengiktiraf tradisi, agama dan budaya masyarakat India," katanya sambil merujuk Ponggal, atau perayaan menuai disambut pada 15 Januari manakala Thaipusam disambut secara besar-besaran oleh penganut Hindu pada 27 Januari.

Bagi Ramanan, jika dilihat gelagat pelik Guan Eng dalam isu sambutan Tahun Baharu Cina anjuran BN itu, beliau percaya, mana-mana rakyat yang berkehendakkan kebebasan demokrasi dihormati serta tidak mencampur adukkan politik dalam budaya atau perayaan kaum, akan merasakan mereka tidak sesuai berada dalam DAP.

"Anda mungkin sering membohongi orang, bahkan sebahagian orang yang selalu mudah anda bohongi. Tetapi anda tidak akan boleh selalu membohongi semua orang," katanya merujuk kata-kata keramat bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln.

Suara Politik
Belantan

Memburu si 'pencacai'?


Ab. Manap Sahardin (tengah) bersama sebahagian ahli NGO bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang ketika ditemuramah mengenai kempen Barisan Nasional di Selangor, baru-baru ini.

Yang paling dibimbangi oleh Ab. Manap Sahardin, penasihat sebuah NGO, 'Gerakan Aktivis Sahabat Sayangi Malaysia' (GASSM) bukan kerana kedudukan politik terkini tanah air. Tetapi yang menjadikan 'senak perut' ialah gelagat atau tindak tanduk 'pencacai-pencacai' politik yang sedang dan akan duduk di warung kopi atau coffee house sambil menyuarakan perasaan yang 'membelenggu' mereka - tak puas hati tidak terpilih sebagai calon PRU-13.

Kepada Ab. Manap, 68, serta 1,000 ahli NGO itu yang bertebaran di merata negeri ketika ini - pakatan pembangkang tidaklah 'sekuat' mana. Dan hakikatnya tidak lagi seperti 2008.

"Cuba perhatikan dua tahun sebelum pilihan raya 2008, waktu itu sudah diagih- agihkan lambang-lambang serta sepanduk. Semasa itu banyak pelekat pembangkang tertampal di cermin-cermin kereta orang awam. Tapi dalam suasana berbahang PRU-13 ini tak ternampak ini semua, walaupun ketika itu (2008) pembangkang tidak menang, tetap bertebaran pelekat parti mereka.

"Kali ini? Majoriti rakyat nampaknya sudah bersedia membuat penilaian yang tepat," ujar beliau kepada saya semasa pertemuan di Bandar Baru Bangi, kelmarin.

Ab. Manap, bukanlah orang baru dalam politik. Sepak terajang politik biasa baginya.

Bisiknya: "Saya ni datang dari dua 'universiti politik', pertama semasa dalam parti Semangat 46 dan kedua, Parti Keadilan. Namun, saya tidak menyesal sertai pembangkang (dulu), tetapi amat-amat kesal jika tak keluar tinggalkan pembangkang," kata beliau lagi.''

Pada pilihan raya umum 2004, Ab. Manap bertanding atas tiket Keadilan dalam persaingan kerusi Parlimen Telok Kemang. Tetapi tewas kepada calon BN. Namun, waktu itu dia tetap berpuas hati kerana masih dapat beri tentangan hebat - dengan mengaut 17,000 undi.

"Sudah dua tahun GASSM yang diketuai saudara Dahlan Marsono ini bergerak di peringkat bawah. Sepanjang waktu duduk dalam Keadilan dulu, saya banyak lakukan dosa, putarbelitkan fakta tentang kerajaan serta menyambung-nyambung fitnah.

"Sebab itu saya nak tebus ini semua seperti yang saya katakan tadi, jika ada pencacai politik, tidak kiralah daripada pihak mana - pembangkang atau kerajaan pun - ...yang cuba bersembang di warung kopi memburukkan calon-calon yang dipilih pucuk pimpinan BN, maka salah satu peranan saya dan anak-anak buah saya ialah menumpulkan atau menjadikan lidah mereka kelu supaya tidak lagi bercakap soal itu.

"Saya percaya inilah yang dibimbangi pucuk pimpinan kerajaan yang mungkin setiap kali terjaga dari tidur pagi seandainya calon-calon yang dipilih nanti tak mendapat sokongan orang sendiri," katanya sambil memberitahu NGOnya beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam.

Menfokuskan strategi menggerakkan jentera NGOnya demi mengembalikan Selangor ke pangkuan BN, Ab. Manap yang juga bekas tentera menjelaskan, dia cukup 'masak' dan 'kenal benar' perangai orang PKR.

"Pembangkang ketika ini cuba wujudkan jentera pilihan raya tapi tak kelihatan pun. Dalam mesyuarat cabang-cabang mereka nak kumpulkan satu dua orang pun susah. Kalau anda ke Sepang, Salak Tinggi atau Sabak Bernam walaupun dalam cabang-cabang berlainan, senarionya tetap sama.

"Dari segi keahlian PKR pun, dah banyak orang mereka 'menyeberang' ke sini (BN), iaitu lebih tiga suku tinggalkan parti. Anwar gunakan isu mata lebamnya pada 2008 untuk raih 'simpati' rakyat. Itu bukan kemenangan mutlak, cuma menang tipis. Kalau nak katakan 'tsunami politik', mengapa tak berlaku ke seluruh negara," katanya.

Beliau menarik perhatian, berdasarkan pemantauan turun padang pihaknya terutama di sekitar Sepang, sambutan ketika ceramah pembangkang (PKR) cukup menyedihkan.

Dicanang 10,000 orang akan hadir, tapi tak sampai 400 orang. Ketika Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim turun ke Bukit Changgang, Dengkil kira-kira dua bulan lepas, hanya kelibat kira-kira 300 orang yang nampak dengan dicanangkan tak putus-putus 'kami mahu ambil Putrajaya'.

Bagi Ab. Manap, beliau dan NGOnya tidak yakin orang Cina akan melakukan 'perubahan' besar dengan memilih pembangkang.

"Kita tak boleh istilahkan Cina itu DAP, DAP itu Cina. Yang kami nampak kaum Cina agak terbuka. Ramai kalangan mereka juga yang tidak bersetuju dengan DAP,pengundi Cina tak ada masalah, saya tak jumpa yang betul-betul ekstremis tetapi yang berumur 40 tahun ke atas semasa ini memandang Datuk Seri Najib terbaik buat mereka.

"Kerana itu kami mencari-cari si pencacai yang cuba mengganggu-gugat kedudukan BN yang saya kira semakin menyerlah di mata rakyat ketika ini, 'pencarian' ini akan lebih agresif sebaik sahaja senarai calon diumumkan. Apa yang si bapa buat tentulah untuk kebaikan yang tak semestinya anak mesti tahu, siapa yang dipilih oleh beliau (Najib) tentulah yang terbaik untuk parti," katanya.

Menurut Ab. Manap lagi, banyak kejayaan diperoleh pihaknya dalam tempoh dua tahun ini untuk memberi kefahaman kepada kalangan mereka yang berumur lingkungan 25 hingga 50 tahun.

"Kita bukan sahaja dapat timbulkan kayu-kayu tetapi batu pun dah mula muncul. Ini setelah diberi penjelasan mengenai kedudukan sebenar fitnah atau tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan waktu ini. Sebagai contoh, kalau kami jemput tujuh orang, yang datang 25 orang. Dari sekecil- kecil majlis, seramai-ramai orang hadir. Ketika bendera pembangkang tak naik, bendera BN pula tak terusik. Dan ramai semakin berani letakkan di rumah," katanya.

Sebagai orang lama dan orang tua kepada anak-anak muda negara ini, Ab. Manap sempat berpesan: "Kenanglah pohon rendang orang nak berteduh ini, ini pohon yang sudah wujud lebih 50 tahun. Kalau tengok dua atau tiga daunnya kuning, kenapa perlu ditebang. Kalau nak dibetulkan sikit yang pincang, buat apa nak dimusnahkan seluruh perjuangan. Dan kalau tanam pokok yang sama, tak mungkin pokok baru boleh hidup macam pokok lama." -UMO

Suara Politik
Belantan