Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Januari 15, 2014
Takut disaman, Tian tarik semula fitnah terhadap UMNO?
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua hari ini menarik balik kenyataan fitnahnya yang mengaitkan UMNO dengan kejadian pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lalu.
Beliau turut melahirkan rasa kesal atas dakwaan yang dilemparkan terhadap parti politik itu seperti yang disiar dalam artikel bertajuk 'Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO' dalam portal berita PKR, KeadilanDaily.com bertarikh 1 Mac tahun lalu.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menarik balik kenyataan fitnah itu sebagai penyelesaian kes saman yang dikemukakan oleh UMNO terhadapnya dan Editor KeadilanDaily.com, Fazallah Pit serta penulis artikel, Aisha Geoffrey.
Saman fitnah itu yang sepatutnya dibicarakan hari ini dan Rabu, difailkan pada 15 Mac 2013 menerusi Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh.
Penyelesaian kes saman itu dibuat menerusi penghakiman persetujuan yang direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop di kamar hakim di Mahkamah Tinggi di sini.
Terma lain yang terkandung dalam penghakiman tersebut ialah Fazallah dan Aisha bersetuju menarik balik artikel tersebut serta-merta daripada portal berkenaan.
Pada prosiding hari ini, peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun hadir mewakili UMNO dan peguam William Leong mewakili Tian Chua, Fazallah dan Aisha yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Tiada sebarang arahan dibuat oleh mahkamah berhubung kos.
Sementara itu di luar mahkamah, Tian Chua sekali lagi mengulangi rasa kesalnya berhubung dakwaan itu.
"Artikel ini memberi implikasi terhadap UMNO namun bukan niat saya hendak mengaitkan UMNO dan bersetuju demi mengelakkan kekeliruan, KeadilanDaily.com akan menarik balik artikel ini,'' kata beliau.
Dalam pernyataan tuntutannya, UMNO selaku plaintif mendakwa Tian Chua membuat kenyataan tersebut selepas ditemu ramah oleh wartawan portal itu.
Plaintif menyatakan, perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud, UMNO merancang insiden pencerobohan di Lahad Datu, UMNO pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan UMNO sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden tersebut.
Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, plaintif mendakwa, reputasi UMNO terjejas kerana kes pencerobohan di Lahad Datu melibatkan kedaulatan negara yang juga merupakan isu sensitif dan mengakibatkan pertumpahan darah serta tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap negeri Sabah yang diisytiharkan milik Malaysia sejak sekian lama.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
kalau kat singapura dah lama tian chua ni bangkrap kena saman .lee kuan yew pernah saman ketua pembangkang singapure sampai bangkrap.
Paling menyedihkan aku, dalam kuliah maghrib kat salah satu surau di bandar tun hussein onn, ustaz ni mengatakan bahawa ..melalui maklumat yg dia dpt, sebenarnya kejadian berlaku di lahad datu adalah sandiwara UMNO. Ni bkn Tian Chua....tp ustaz. Bkn sya dgr dari org lain....sya dgr sendiri ucapan ustaz tersebut. Blm disiasat betul2 buktinya...terus sebarkn dlm ceramah2 agama. Dulu ustaz2 amat dihormati kerana menjaga tingkah laku dan mulut, tpi ustaz2 hari ini...sebhg tu pd sya telah diresapi semangat syiah. Walaupn tidak menganut ajaran syiah, tpi semangat syiah dan cara bertindak syiah telah terterap sejak kecil lagi. Fitnah tu....biasa je le.... mcm makanan ruji. Xde bukti..sekadar dgr org ckp..terus sebarkn melalui ceramah2. Kira sama2 memanjangkan lagi fitnah. Sama2 dpt saham.
Catat Ulasan