Rabu, Januari 08, 2014

Saki-baki keturunan Jus Soli yang tak sedar diri...!!! Andrew masih enggan mohon maaf?


Dasar keturunan 'Jus Soli' yang tak sedar diri! Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew enggan tunduk terhadap desakan pihak yang mahukan beliau menarik balik serta memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini supaya gereja Katolik terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan di Selangor.

Sebaliknya, beliau mempertahankan kenyataan itu dan meminta semua pihak tidak salah faham terhadap apa yang dinyatakannya sebelum ini.

Beliau memberikan alasan kenyataan itu dibuat berasaskan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bahawa setiap orang berhak menganuti serta mengamalkan agama masing-masing selain berhak menguruskan urusan agama sendiri seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 11(3) perlembagaan yang sama.

"Kenyataan saya sebelum ini adalah berkaitan dengan Perkara 11 tersebut. Begitu juga dengan hak kumpulan mana-mana agama untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, ini yang saya sebut.

"Kita tidak boleh pergi kepada agama lain dan mengarahkan apa nak dibuat seperti jangan guna bau-bauan, jangan guna air. Perlembagaan jelas menyebut setiap kumpulan agama berhak menguruskan agama masing-masing.


"Saya tak boleh beritahu orang Islam, Hindu, Buddha, Sikh apa yang perlu dibuat. Saya tidak boleh cakap apa-apa tentang agama lain... jangan salah faham," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Xavier Jayakumar.

Selain laporan polis dan desakan supaya Andrew memohon maaf, pelbagai NGO turut menganggap kenyataan paderi itu sebagai biadab serta mencabar sensitiviti umat Islam termasuk memperlekehkan titah Sultan Selangor yang sebelum ini menitahkan supaya semua rakyat negeri ini tanpa mengira kaum serta latar belakang agama supaya akur dan patuh terhadap larangan pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Dalam pada itu, Andrew ketika diminta mengulas mengenai pertemuannya dengan Sallehen berkata, pihaknya bersedia mengadakan dialog dengan mana-mana pihak bagi mencari penyelesaian membabitkan isu yang membabitkan isu agama di negara ini.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Mat Sabu The Best berkata...

Cina mengangap mrk itu lebih asli dari Melayu utk menjadi bumiputera sebab sejarah mrk yg beratus ratus tahun di Semananjung. Lagipun kebanyakn Melayu adalh Mat2 Tongkang dari Indonesia yg baru landing di beri status Bumi. Pada asal nya Semananjung itu kepunyaan Raja Siam sampai Raja2 Melayu yg mendirikan penempatan di Semananjung terpaksa membayar bunga emas kepada Raja Siam. Jadi persepsi yg mengatakan Melayu itu Bumi itu adalah salah dan hnaya propaganda para Bangsawan Melayu utk mengekalkan kuasa.