Ahad, September 29, 2013

Presiden Kongres Melayu PP keluar daripada DAP?

Rahmad Isahak mengunting kad keahlian DAP selepas mengisytiharkan keluar daripada parti itu pada sidang akhbar di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak hari ini secara rasmi keluar DAP kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu yang kononnya sebuah parti berbilang kaum.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat walaupun sebelum ini menerima surat pemecatan pada 24 April lepas, kerana menganggap ia tidak sah kerana ketika itu anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ahli cawangan Bayan Baru sejak 8 Jun 2012 itu memotong kad keahlian sebagai simbolik tindakannya meninggalkan DAP sehari sebelum pemilihan semula CEC yang dijadualkan esok.

"Saya cabar rakan perwakilan yang akan mengundi esok supaya mengguna kuasa, hak dan maruah untuk memilih pemimpin berwibawa untuk kembalikan DAP ke landasan yang betul dan menolak konsep parti keluarga dalam DAP," katanya kepada pemberita di sini.

Rahmad mendakwa DAP bukanlah tempat bagi orang Melayu berlindung tetapi dipergunakan secara senyap dan halus bagi memuaskan hawa nafsu politik pemimpin mereka yang berselindung di sebalik istilah ’berbilang kaum’.

"Walaupun DAP mempunyai 19 kerusi DUN di Pulau Pinang kenapa tidak ada seorang pun wakil Melayu diberikan peluang?," tanya beliau.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kami sudahlah lama sedar....hidup UMNO utk Islam dan Melayu.