Khamis, September 12, 2013

Nama Allah : Persekutuan Kristian Malaysia Sudah Berani Bidas JAKIM?

Rev. Dr. Eu Hong Seng (anak panah) ketika bertemu Anwar di Gereja Luther, Petaling Jaya pada Januari 2010. Turut hadir, Bishop Phillip Lok dari Lutheran Church di Malaysia & Singapore (kiri), Bishop Ng Moon Hing dari Anglican (baju warna ungu pakai salib) dan Father Thomas Phillips dari gereja Roman Khatolik (kanan)

Apabila merasakan mereka disokong oleh segelintir pemimpin besar Melayu yang beragama Islam (lihat video dibawah ), nampaknya Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) sudah mula berani membidas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), agensi kerajaan yang dituduhnya sebagai keterlaluan mempertahankan nama Allah daripada dipakai oleh bukan Islam di negara ini.

Pengerusi CFM, Rev Dr Eu Hong Seng dilaporkan The Malaysian Insider hari ini merujuk terhadap satu khutbah Jumaat yang ditulis JAKIM yang disampaikan pada 6 September 2013 lalu.

“Kami merujuk kepada satu program televisyen iaitu tuduhan yang dilemparkan mengenai apa yang dipanggil plot Kristian untuk memurtadkan umat Islam, itu adalah tidak benar dan tidak berasas serta khutbah Jumaat rasmi ditulis Jakim yang disampaikan pada 6 September 2013 lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.



Menurut Rev Dr Eu, khutbah Jumaat itu tidak mengikut fakta sebenar sebaliknya mengikut emosi.

“Pemerhatian sepintas lalu ke atas tuduhan dan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa mereka bertindak mengikut perasaan tanpa berlandaskan fakta,” katanya.

Semalam, perbicaraan akhir rayuan nama Allah berlangsung selepas Mahkamah Rayuan bulan lalu menolak permohonan gereja untuk mengenepikan permohonan rayuan oleh pihak kerajaan, namun kata putus oleh Mahkamah Rayuan akan ditentukan pada awal Oktober nanti!.



Rev Dr Eu sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya mempertahankan penggunaan nama Allah di kalangan penganut Kristian serta mendesak Putrajaya menimbangkan fakta sejarah penggunaan kalimah suci tersebut dalam membuat sebarang keputusan.

“Sudah berabad-abad penggunaan perkataan ‘Allah’ digunakan berlanjutan melalui sejarah kita bersama tanpa sebarang masalah, dan kita menikmati keamanan dan keharmonian relatif selama bertahun-tahun.

“Kita perlu kebenaran, iaitu fakta dan bukti untuk diperiksa, bukan rayuan kepada sekadar retorik emosi atau asas untuk menghina, atau percakapan komplot dan dakwaan penukaran agama,” katanya.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Tak perlu kerajaan nak layan permintaan puak kristian evangelist kapir ni. Bagi bantuan banyak pun mereka tetap tak sokong kerajaan dan tetap nak buat kacau. Kalau tak suka duduk Malaysia mereka boleh keluar pindah ke negara yang mereka suka.

Ini semua salah Anwar Berahim, kerana kemaruk dana dan undi kapir, kalimah Allah dijadikan taruhan. Dosa-dosa Anwar ini terlalu besar dan ramai tak akan ampunkan dosa Anwar ini.