Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Mac 05, 2012
MB Khalid Arah PKPS Hantar Salinan Laporan Audit Kewangan Kepada Noh Omar!
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengarahkan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menghantar salinan laporan audit kewangan perbadanan itu kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk dinilai sendiri oleh menteri berkenaan.
Beliau berkata tindakan itu diambil ekoran kenyataan Noh sebelum ini yang meminta pihaknya memberi jawapan bagaimana simpanan tunai PKPS boleh meningkat begitu banyak dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lepas.
“Kewangan PKPS telah diaudit oleh kumpulan profesional kerana sejak 2008, kita di Selangor gunakan cara yang diamalkan oleh syarikat swasta, yang mana peruntukan perakaunan mereka dibuat secara tertib dan teratur mengikut lunas standard perakaunan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan pengerusi penggerak belia tempatan sesi 2012 di sini, Ahad.
Mengulas dakwaan Noh bahawa peningkatan simpanan tunai PKPS itu adalah disebabkan penjualan tanahnya seluas 12,000 hektar di Sarawak dengan harga RM97 juta, Abdul Khalid berkata penjualan tanah memang ada, tetapi terdapat dua jenis keuntungan yang diperoleh perbadanan berkenaan, iaitu keuntungan hasil daripada jualan dan keuntungan hasil daripada operasi.
Beliau berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebaliknya pernah memprotes tindakan PKPS menjual tanah berkenaan pada harga RM97 juta kerana berpendapat harga berkenaan terlalu murah.-BERNAMA
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan