Ahad, Mac 04, 2012

Noh sedia disaman berhubung pendedahan kewangan PKPS!

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mencabar kerajaan Selangor menyaman beliau sekiranya tidak benar pendedahannya mengenai simpanan tunai Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang meningkat kepada RM114 juta tahun lepas.

Beliau mempertahankan kenyataannya bahawa, simpanan tunai itu meningkat berbanding RM8.3 juta pada 2008 diperolehi hasil transaksi jual beli tanah PKPS di Sarawak ketika Barisan Nasional mentadbir negeri Selangor sebelum ini.

"Ia bukannya daripada kecekapan pengurusan kerajaan pakatan pembangkang sekarang. Saya bersedia disaman jika kerajaan Selangor berpendapat pendedahan itu tidak betul,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Kuala Selangor di sini hari ini.

Noh mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan jawapan terhadap isu itu untuk mengetahui macam mana dan bagaimana PKPS boleh dapat duit begitu banyak dalam tempoh tiga tahun.

Beliau bertanya, dari mana Pakatan Rakyat mendapat duit ini dan beliau pun ingin belajar daripada kerajaan Selangor sekarang.

Semalam Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meminta kerajaan Selangor mendedahkan sumber simpanan tunai PKPS itu yang meningkat kepada RM114 juta tahun lepas. Beliau mencabar negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat mendedahkan sumber kewangan yang diperolehi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor(PKPS).

Noh berkata pimpinan negeri yang diterajui PKR, yang kononnya telus dalam pengurusan perlu menjelaskan bagaimana simpanan tunai PKPS meningkat dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lalu.

Beliau mempersoalkan kenyataan negeri Selangor, menerusi laporan Selangor Kini terbitan semalam, yang mendakwa kenaikan prestasi kewangan PKPS hasil kecekapan pengurusan kerajaan negeri itu.

Noh berkata beliau difahamkan hasil itu sebenarnya meningkat daripada penjualan tanah PKPS seluas 12,000 hektar kepada sebuah syarikat semasa pemerintahan BN, yang transaksi jual beli itu selesai pada 2010 dengan nilai RM97 juta.



"Adakah dengan mendapat hasil jualan tanah boleh dikatakan kerajaan Selangor sebuah kerajaan yang cekap?," katanya.

Banyak lagi pembongkaran yang akan dilakukan mengenai cara pemerolehan wang buat Kerajaan Negeri Selangor dan Korupsi yang mereka lakukan selama ini! Pendedahan demi pendedahan akan dilakukan bagi menjelaskan kepada rakyat Selangor bahawa Kerajaan PAS,PKR DAP( Pakatan Haram ) sebenarnya tidak mampu mengurus tadbir Selangor selain daripada merompak Wang rakyat sahaja.

Pakatan pembangkang ( Haram ) tidak perlu diberi ‘tempoh lanjutan’ untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.











Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: