Adakah tanah Taman Cahaya ini bakal dijual kepada pemaju!
Pada tahun 2004, pihak pembangkang memperbesarkan isu pembangunan tanah-tanah dipinggiran Taman Pertanian di Bukit Cerakah yang telah merosakkan alam sekitar.
Ketika itu, mereka menentang pembangunan perumahan berdekatan taman tersebut. Bagaikan roda yang berputar kembali, sudah timbul ura-ura bahawa perkara sama akan dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor yang ada.
Kononnya kerajaan negeri mahu mengambilalih dan menguruskan sendiri Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) kerana kurang peruntukan dari kerajaan pusat untuk membiayai taman tersebut.
Namun, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mendedahkan ada sumber memberitahu bahawa tujuan sebenar adalah untuk menjual sebahagian tanah tersebut kepada pemaju.
Menurut Noh Omar, tiada isu kerajaan pusat tidak berikan peruntukan kerana ada memperuntukan sebanyak RM161 juta untuk mengurus TBNSA.
Tidak perlu untuk kerajaan negeri yang serba kekurangan wang mengambilalih. Lebih baik disalurkan wang kerajaan negeri untuk selesaikan masaalah sampah. Rancangan Kerajaan Pusat sudah ada dan peruntukan kira-kira RM161 juta itu akan digunakan untuk menjadikannya sebuah pusat agro pelancongan utama negara.
Menurut Noh Omar, sumber maklumatnya memberitahu kerajaan negeri sudah berbincang untuk mengambil alih pengurusan Taman Botani menggunakan alasan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat bagi tujuan membangunkan taman pertanian ini tidak mencukupi.
Tetapi ada pula rancangan ntuk menjual tanah TBNSA seluas 40 hektar bagi mencari dana berjumlah RM100 juta bagi menampung kos operasi taman itu sekiranya mereka mengambil alih pengurusannya.
Sehubungan itu, Noh meminta kerajaan negeri segera menandatangani perjanjian pajakan untuk tempoh 60 tahun bagi membolehkan kementerian membangun dan mengurus taman botani itu.
Kerajaan negeri terdahulu (BN) bersetuju memajakkan tanah itu seperti mana yang terkandung dalam perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kementerian dan kerajaan negeri pada 2006 untuk membangunkan TBNSA.
Dalam MoU itu, kerajaan Selangor antara lain boleh memberikan kelulusan kepada kementerian menyambung tempoh pajakan tanah selama 60 tahun untuk mengendalikan taman pertanian itu tetapi belum ada sebarang perjanjian seumpama itu ditandatagani sehingga kini.
Kerajaan Pusat sudah membelanjakan RM236.04 juta bagi membiayai pembangunan dan menampung kos pengurusan taman itu sejak ditubuhkan pada 1986 ketika dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah.
Tidak menolak kemungkinan, kerajaan Selangor tiada rancangan untuk menampung pembiyaan taman tersebut langsung.
Ini hanya alasan untuk ambilalih dan jual tanah kawasan tersebut yang strategik dan bernilai tinggi untuk diberikan kepada PKNS atau pemaju swasta untuk dijual sebagai pembangunan hartanah bernilai tinggi.
Lama kelamaan, kesemua Taman Pertanian akan dijadikan kawasan pembangunan nilai tinggi tanpa ada perumahan murah untuk yang kurang berpendapatan.
Suara Politik
Torashah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan