Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Mac 20, 2012
'Tikam Belakang'?
Selagi Anwar masih boleh berkomunikasi dengan baik dan bebas kesana kemari atau melalui kuncu-kuncu Uncle SAMnya, selagi itulah 'budak-budak suruhannya' akan melakukan apa sahaja, kerana mahu meneruskan hajat besar "tuan besar" mereka.
Mungkin dalam satu tahun atau 10 atau 20 tahun akan datang, selagi Anwar masih mampu berkomunikasi, ancaman sindrom Anwar ini tetap akan menghantui kita dan menjadi ancaman kepada keharmonian bangsa Malaysia.
Malah ada yang berkata adalah lebih mudah berhadapan dengan "musuh" yang semenangnya kita sudah ketahui identitinya, berbanding dengan "musang berbulu ayam" yang masih berkeliaran berimejkan sebagai orang-orang UMNO atau Pas dan watak-watak lain dalam pembangkang.
Kroni-kroni Anwar yang bersikap seperti " musang berbulu ayam" pasti tetap akur dengan arahan dan telunjuk "tuan besarnya" agar terus mengamalkan status quo, patuhi dan taati segala arahan sesiapa sahaja, tapi bersedia bangkit semula apabila menerima seruan "tuan besarnya" mungkin dalam tempoh masa terdekat, setahun atau dua tahun lagi.
Strategi "pecah dan perintah" pengikut-pengikut fanatik Anwar ini sedang berleluasa. Tentangan mereka bukan sekadar kepada Barisan Nasional, malah Pas, DAP atau PKR serta NGO’S turut dijadikan kuda tungangan Anwar di sebalik kemunculan KeADILan (PKR) yang diterajui oleh isterinya, Dr. Wan Azizah.
Bukankah Anwar yang sejak mutakhir ini dijulang bagaikan "hero" itu sebenarnya musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan yang sangup menghalakan cara demi memenuhi tuntutan nafsu besarnya menjadi Perdana Menteri?
Bukan mustahil jika KeADILan(PKR) yang lahir dari cetusan minda Anwar dan sentiasa patuh kepada telunjuk Uncle Sam sangup menikam sesiapa sahaja dari belakang?
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan