Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Mac 17, 2012
Terkini..Panassss!!! Kenyataan terdesak dari Presiden Pas - Boleh kerjasama, berniaga dengan Yahudi bukan Zionis?
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.
"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin Pas anjuran Dewan Muslimat Pas Malaysia di sini, malam tadi.
Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan Pas yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan Pas ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.
Adakah ini secara tidak langsung Pas melalui Presiden Partinya mengiktiraf negara Israel yang merdeka ataupun kenyataan Haji Hadi ini memberi tamparan hebat kepada Pakatan pembangkang yang selama ini menuduh kerajaan berurusan perniagaan dengan negara Israel!
Adakah ini matlamat menghalalkan cara untuk mendapatkan undi pilihanraya..? Kita tunggu penjelasan dari Pok Nik dalam masa terdekat!!
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
KALAU KITA SELALU AMAL SIKAP SUKA CAKAP SEBELUM MEMAHAMI DENGAN JELAS MEMANG MUDAHLAH KITA TERPERANGKAP DENGAN SILAP CAKAP. TIDAK MENGAPA KERANA ITU ADALAH KELEMAHAN MANUSIA. TAPI KENA MENGAKULAH. JANGAN MELILIT LILIT BERBELIT BELIT PULA KERANA YANG DEMIKIAN ITU MEMBUKTIKAN KETIDAK JUJURAN KITA DAN MENUNJUKKAN KITA MEMANG BUSUK HATI. MASHAALLAH.
Yahudi adalah bangsanya manakala zionist adalah perjuangan mereka.
Jika demikian kita perlu siasat adakah si yahudi yang kita berurusan tersebut ada link dengan zionist.
Perlu dicatat di sini bahawa zionist bukan badan perniagaan tetapi bagaimana mereka memperolehi dana bagi membiayai perjuangan?
Adakah Haji Hadi faham apa yang dicakapkannya..!!!
Kalu maso kena batang hidung... meme ayat tu lah yg kluar... Hj Hadi faham apa yg dicakapkannya..... begitulah.. kalu nak perbetulkan puak2..........
Catat Ulasan