Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Ogos 05, 2011
Tindakan terdesak : Kerajaan PKR Selangor nak robohkan asrama Yayasan Selangor pula!
Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan di sini dipercayai untuk menambah aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan menyebabkan nasib 463 pelajar asrama berusia 32 tahun itu menjadi tanda tanya.
Apa yang lebih membimbangkan, pelajar tersebut tidak diberikan jaminan penempatan lain sekiranya asrama yang menempatkan pelajar luar bandar di Selangor itu dirobohkan. Difahamkan, tiada perancangan alternatif atau asrama baru yang akan dibina untuk menempatkan kumpulan pelajar berkenaan. Tindakan tergesa-gesa yayasan membuktikan kerajaan Selangor mempunyai agenda tertentu di sebalik tindakan mahu merobohkan asrama berkenaan.
Lebih mengecewakan kerajaan negeri serta pihak Yayasan Selangor seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dalam hal itu. Dimaklumkan bahawa asrama tersebut yang telah melahirkan ramai golongan pelajar berjaya akan dirobohkan pada 31 Disember ini.
Semasa ditanyakan nasib pelajar yang masih menetap di asrama itu, mereka tidak memberi sebarang jaminan penempatan lain. Malah ada juga cadangan supaya pelajar tersebut dihantar pulang dan bersekolah di kampung halaman masing-masing! Antara alasan lain yang tidak masuk akal diberikan oleh kerajaan negeri adalah kerana asrama tersebut berada di persekitaran yang tidak selamat serta menggangu lalu lintas! Bolehkah kita menerima alasan-alasan tersebut?
Isu berkaitan Yayasan Selangor nampaknya terus berlanjutan. Awal tahun ini, heboh yayasan yang baru setahun jagung berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri PKR, dilaporkan mengalami defisit RM7.41 juta setakat November 2010.
Malah pada Mac lepas, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan mengakui wujud kepincangan dalam pengurusan yayasan itu termasuklah perbelanjaan tidak berhemah sehingga menyebabkan kos sambutan ulang tahun ke-40 yayasan pada November tahun lepas, mencecah hampir RM1 juta.
Sekarang, timbul pula rancangan merobohkan asrama pusat Yayasan Selangor di Kuala Lumpur, dipercayai untuk memberi laluan kepada projek komersial. Pengurusan Yayasan Selangor tidak perlu kalut untuk menambahkan aset sehingga meninggalkan peranan utamanya yang berteraskan pendidikan. Alasan untuk memberi laluan kepada pembangunan memang bagus tetapi dengan melenyapkan satu legasi yang dibentuk sejak tahun 1970 lagi bukanlah alasan yang cukup bijak.
Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur yang ditubuhkan bertujuan memberi peluang kepada pelajar dari kawasan kampung di Selangor melanjutkan pelajaran di sekolah terpilih sekitar Lembah Klang. Asrama tersebut terdiri daripada Asrama Tun Dr. Ismail yang menempatkan pelajar lelaki manakala Asrama Toh Puan Norashikin menempatkan pelajar perempuan.
Sejak sekian lama, asrama tersebut – Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin, menempatkan pelajar Selangor dari sekolah-sekolah premier di ibu negara seperti Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Victoria, St. John, Convent Bukit Nanas dan Methodist.
Persoalannya adalah adakah ini jalan terakhir bagi kerajaan negeri yang dilihat semakin terdesak dengan menjual semua aset-aset kerajaan untuk menampung ‘kantung’ yang semakin berkurangan sekarang. Atau adakah ini jalan terakhir atau persediaan bagi mereka untuk mencari ‘sumber kewangan’ bagi menampung perbelanjaan PRU ke-13 nanti!
Justeru itu nasihat kepada kerajaan negeri yang diketuai oleh MB Khalid supaya mencari jalan lain yang tidak akan mengganggu pelajar yang bernaung di situ. Yayasan perlu memikirkan bentuk pembangunan yang berteraskan pendidikan, bukannya bermatlamat komersial semata-mata. Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan