Ahad, Ogos 21, 2011

Kes liwat II : Apakah esok bakal ada lagi permohonan baru untuk penangguhan kes?

Dilihat para peguambela Anwar sudah tunjukkan isyarat untuk Anwar elak dari membela diri esok dan mereka berkemungkinan besar bakal membuat permohonan baru untuk tangguhkan lagi kes liwat ini.

Menjelang beberapa hari sebelum Anwar Ibrahim diarahkan mahkamah membela diri, Ketua peguambelanya, Karpal Singh menunjukkan isyarat baru bahawa berkemungkinan besar permohonan penangguhan akan dilakukan sekali lagi pada Isnin , 22 Ogos, untuk mengelakkan anak guamnya, Anwar memberi keterangan membela diri.

“Saya rasa hakim itu patut lakukan sesuatu … hakim mempunyai tanggungjawab, anda tahu, dengan serta-merta keluarkan surat tunjuk sebab. Saya fikir itu yang patut oleh hakim,” kata Karpal yang memberi bayangan pihaknya akan memohon kepada mahkamah agar dibicarakan kes pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang muncul dalam wawancara bersama TV3, baru-baru ini.

Kenyataan Karpal seperti dilaporkan portal Anwar, Malaysiakini dibuat di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di Kuala Lumpur selepas menemubual seorang lagi saksi, iaitu seorang jururawat Pusrawi, Yazihan Jusoh. Menurut portal itu, Karpal masih mengkaji temubual itu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membuat permohonan kepada mahkamah dalam perbicaraan Isnin ini.

Apabila Karpal membuat permohonan di mahkamah agar dikenakan tindakan kepada Mohd Saiful, maka sekali lagi perbahasan di antara pihak pendakwa dan peguambela akan dilakukan.

Selepas itu, hakim akan membuat keputusan, sekiranya keputusan itu tidak berpihak kepada peguambela Anwar, maka mereka akan memohon penangguhan untuk membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi. Ini merupakan taktik lama Karpal yang pernah dilakukan semasa Utusan Malaysia membuat liputan lengkap prosiding tersebut, di mana peguam veteran itu telah memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan kes.

Selepas hakim membuat keputusan permohonan Karpal itu tidak relevan, peguam itu memohon pula untuk menggugurkan hakim. Inilah strategi Karpal untuk melengah-lengahkan perbicaraan supaya rakyat tidak memberi tumpuan kepada keterangan saksi utama di mahkamah dan dalam masa yang sama untuk mengelirukan pemikiran rakyat dengan memohon perbicaraan dalam perbicaraan.

Dalam masa sama juga, ketika itu pasukan peguambela Anwar kehabisan hujah untuk menyoal balas saksi utama, Mohd Saiful, justeru mereka melakukan taktik pra-perbicaraan supaya rakyat memfokuskan kepada ‘isu yang bukan isu’ untuk menenggelamkan isu utama.

Dalam perkembangan lain, portal pro Anwar dalam laporannya pada 16 Ogos turut menunjukkan isyarat hala tuju yang bakal dibawa oleh peguam-peguam Anwar. Jika sekiranya, mahkamah tetap mahukan pembela memberi keterangan bela diri, Isnin ini tiga kaedah akan dipertimbangkan untuk menentukan kedudukan Anwar.

Menurut Ram Karpal, tiga kaedah itu adalah pertama; Anwar sendiri dipanggil sebagai saksi utama pembelaan dengan berdiri di kandang saksi. Kaedah kedua; memberi keterangan dari ‘dock’ dan ketiga Anwar dibiarkan mendiamkan diri dengan peranannya kesemuanya diambil alih oleh pihak peguambela.

Sementara itu, Sankara Nair, salah seorang lagi peguambela merangkap peguam peribadi Anwar berpendapat masih ada ruang lagi untuk membuat permohonan lanjut berkenaan saksi-saksi.

“Kami masih tidak mengetahui status seorang lagi pembantu rumah” katanya yang telah berjaya menemubual seorang pembantu rumah Hassanuddin Abd. Hamid yang bernama Suchiyati. Menurut Sankara, mereka perlu menemubual seorang lagi pembantu rumah yang bernama Fitria Dipa yang dilaporkan sedang balik bercuti ke Indonesia.

Pada 15 Ogos lalu, mahkamah telah membuat keputusan, “Walau apa keputusan temubual nanti, pada Isnin ini, 22 Ogos, anda kena mula membela diri”.

Keputusan dibuat dengan mengambil kira sudah terdapat empat kali penangguhan membela diri sejak mahkamah memutuskan Anwar perlu membela diri pada 16 Mei lalu.

Apa-apapun kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dimahkamah esok. Samada peguambela Anwar akan membuat permohonan penangguhan baru atau sebaliknya. Ataupun jika keputusan Hakim menolak permohonan peguambela Anwar, maka Anwar sudah tidak ada jalan lain lagi kecuali terpaksa menggunakan 'talian hayat' sepertimana yang sudah dinyatakan oleh peguam beliau sebelum ini iaitu:

1) Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi ( Mempunyai kredibiliti, disoal balas DPP )

2) Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah ( tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak akan disoal balas DPP )

3) Berdiam diri ( terus jatuh hukuman )

Agak-agak yang mana nanti akan menjadi pilihan Anwar dalam membela diri? Tidak kira yang mana jadi pilihan Anwar esok, yang penting segala keterangan dari Anwar sendiri akan menyelamatkan beliau jika benar beliau tidak bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan. Sekurang-kurangnya Anwar telahpun 'memecahkan rekod penangguhan kes' yang paling banyak dalam sejarah penghakiman negara dan rakyat sebenarnya sudah muak dengan tipu muslihat Anwar selama ini.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

wasabi berkata...

Salam..

‎3 pilihan Anwar.

1) Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi (ada kredibiliti, disoal balas DPP)

2) Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak disoal balas DPP)

3) Berdiam diri ( terus jatuh hukuman)

Dalam 3 diatas Anwar memilih yang kedua:

2) Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak disoal balas DPP)...penakut rupanya Omegay ni ya...!!!

Anwar bangkitkan isu pemecatannya semasa baca keterangan - 22/08/2011 10:57am

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membacakan keterangannya kembali membangkitkan insiden dia dipecat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum didakwa dan dipenjara selama 15 tahun atas tuduhan liwat pada 1998.

Tertuduh yang memberi keterangan dari kandang salah turut membangkitkan isu konspirasi dan menyalahkan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraannya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang didakwanya tidak menjalankan tugasnya dengan adil.

Anwar turut membandingkan tindakan Hakim Mohamad Zabidin yang tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pihak-pihak yang dikatakan memprejudiskan pembelaannya dengan Hakim Akhtar Tahir yang sedang mendengar kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.

Kes liwat: Anwar beri keterangan dari kandang tertuduh - 22/08/2011 12:11pm

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Perbicaraan kes liwat peringkat bela diri di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, bermula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku saksi pertama pembelaan memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.

Pilihan ini akan menyebabkan pihak pdakwaan tidak boleh menyoal balas ketua pbangkang tersebut.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bagaimanapun sebelum itu sewaktu menerangkan sekiranya Anwar membuat pilihan tersebut, mahkamah akan mengambil kira bahawa pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh.

Bicara liwat: Anwar dakwa kesnya satu konspirasi - 22/08/2011 1:09pm

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pada penghujung kenyataan sebanyak 32 mukasurat dari kandang tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menyalahkan tindakan-tindakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah sebagai 'menindas haknya dalam mendapatkan perbicaraan yang adil' dan mendakwa perbicaraan kesnya sebagai satu konspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha memasukkannya ke dalam penjara semula.

Disebabkan hujan lebat turun di KL, Anwar minta perbicaraan ditangguhkan esok...!!!

Power bebeno si Anwar nih..dia boleh memberi arahan pada hakim untuk tangguhkan perbicaraan..memang hamPAS la lu Omegay..!!

Salam perjuangan..