Jumaat, Ogos 19, 2011

Saman blogger : Tahniah 'Melayu Pakatan' kerana pertahankan kemungkaran!

Apabila Latheefa Koya dan Khalid Samad mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan menyaman blogger Papagomo, mereka sebenarnya mempunyai hak untuk berbuat begitu berdasarkan undang-undang yang diterimapakai di negara ini. Namun pada masa yang sama, mereka juga mendedahkan sikap sebenar mereka dalam hal yang berkaitan dengan akidah umat.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, mereka sebenarnya lebih mengutamakan undi daripada kaum bukan Melayu untuk PRU13!

Sikap yang ditunjukkan oleh Melayu-Melayu Pakatan Rakyat amat memalukan. Walaupun mereka sebenarnya berhak untuk menyaman atau membuat laporan tentang sesiapa sahaja yang dirasakan telah melakukan fitnah terhadap mereka, respons dan reaksi mereka lebih diperlukan dalam hal yang berhubungan dengan akidah ummat yang sedang terancam sekarang.

Atau barangkali mereka sebenarnya tidak mendokong Perlembagaan Malaysia?

Artikel 11 merupakan Artikel yang paling kerap digunakan oleh para pendakwah agama selain Islam untuk menunjukkan bahawa apa yang mereka lakukan tidak bersalahan dengan undang-undang.

Artikel 11 menyatakan:

11. Kebebasan agama

(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.

(2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak –

(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

(b) menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama atau khairat; dan

(c) memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Mungkin memikirkan yang mereka adalah peguam dan imej peguam ialah mereka arif tentang undang-undang dan perlembagaan negara. Namun tindakan yang ditunjukkan oleh Latheefa Koya mahupun Khalid Samad menjelaskan bahawa mereka sebenarnya menentang Fasal 4 Artikel 11.

Tindakan seharusnya seimbang. Selain cuba mengembalikan semula maruah yang tercalar akibat ‘fitnah’ kedua-dua orang itu juga seharusnya menjunjung kedaulatan Perlembagaan Malaysia. Sedangkan ramai yang melihat tindakan mereka terhadap blogger Papagomo sebenarnya dipenuhi dengan pelbagai maksud politik untuk menidakkan Fasal 4 Artikel 11 Perlembagaan Malaysia.

Setakat ini, selepas pendedahan yang dibuat dan selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS, apakah yang dituturkan oleh kedua-dua orang tersebut, selain daripada mengatakan ia adalah rekaan dan didalangi oleh UMNO?

Jangan tidak, Khalid Samad kemudiannya kembali ‘membetulkan’ kenyataan yang sebelum itu menghentam JAIS dan Hasan Ali, kerana bertindak membuat pemeriksaan yang dilabelkan sebagai penyerbuan. Manakala Latheefa Koya langsung tidak memberikan reaksi terhadap kenyataan Chen Man Hin, imigran yang diterima sebagai rakyat Malaysia dan ‘orang tua’ DAP yang menyatakan bahawa tindakan JAIS adalah tindakan Gestapo walaupun JAIS bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang dan enakmen Negeri Selangor.

Timbul pertanyaan, mengapa kedua-dua orang tersebut yang mewakili Melayu-Melayu Pakatan Rakyat Selangor, begitu takut dengan pendedahan yang dilakukan dan tanpa sebarang siasatan, menyatakan bahawa ia adalah palsu dan fitnah, walhal dalam banyak hal yang mereka timbulkan, termasuklah menuduh Najib Abdul Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shiiribu, ia tidak perlukan pembuktian langsung.

Mengapa tidak mereka usulkan kepada kerajaan negeri Selangor agar ditubuhkan satu Suruhanjaya menyiasat laporan yang ‘sampai’ ke tangan Papagomo? Mengapa terlalu mudah menuduh blogger yang melakukan fitnah seandainya, tindakan daripada pemimpin-pemimpin Melayu Pakatan Rakyat di Selangor sendiri untuk menangani isu murtad membabitkan Gereja Methodist Damansara Utama sendiri, sangat diragui.

Apatah lagi dengan kesungguhan mereka untuk menutup kes tersebut dan melarikan topik perbincangan. Setakat ini, gereja tersebut bukan sahaja tidak diambil sebarang tindakan, penyitaan yang perlu dilakukan terhadap bangunan yang melanggar permit dan kebenaran itu juga, nampaknya jauh daripada direalisasikan. Apa sebab? Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.

Dipetik dari : Selangor Daily.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

Rakan Media Rakyat News berkata...

Salam NUR Ramadhan,

Blog BELANTAN antara blogger hebat yg diperakui tlh mencetuskan persaingan sengit di dalam dunia media maya politik tanah air.

Mohon JASA baik Tuan untuk link blog saya..

JOURNEYMAN
http://journeyisman.blogspot.com/